CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17785|Reply: 78

kes histeria di sekolah menjadi2...

[Copy link]
Post time 9-8-2008 02:59 AM | Show all posts |Read mode
apa dah jadi dgn sekolah2 sekarang?

selepas kejadian di Tanjung Lumpur, Pahang; semalam histeria berlaku di SMK USJ23.
sebelum ini berlaku di SMK seksyen 11, Shah Alam.

apa yg menyebabkan makhluk2 ghaib ini mengganass....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2008 03:00 AM | Show all posts
Pertemuan Jabatan Pelajaran-PIBG cari penyelesaian kes histeria


Salah seorang pelajar lelaki yang keletihan akibat diserang histeria dipapah ke surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 03:03 AM | Show all posts
Histeria di SMK Tanjung Lumpur tambah buruk
KUANTAN 7 Ogos - Kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini bertambah buruk apabila beberapa pelajar perempuan hari ini bertindak lebih agresif, termasuk cuba melarikan diri dari sekolah dan melawan guru yang cuba membantu mereka.

Sekumpulan wartawan dan jurugambar yang berada di sekolah itu hari ini menyaksikan sendiri bagaimana beberapa pelajar dalam keadaan tidak terurus berlari ke arah pagar sekolah.

Mereka juga meronta-ronta apabila cuba dihalang keluar dari perkarangan sekolah oleh guru dan pengawal keselamatan.

Lebih 'menyeramkan', dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, pelajar berkenaan bersuara dengan nada yang keras dan memandang tajam ke arah guru serta pengawal keselamatan sekolah sebelum terhuyung-hayang dan pengsan di atas tanah selama kira-kira seminit.

Sejurus itu, seorang lagi pelajar perempuan yang berlari dari arah jauh sambil menanggalkan tudung kepala dan menjerit-jerit dengan suara keras serta cuba mendekati mangsa pertama yang sedang dibantu beberapa orang guru.

Seorang sumber yang ditemui pemberita hari ini berkata, terdapat tiga pelajar diserang histeria antara pukul 10.30 hingga 11.30 pagi yang bertindak lebih agresif, bersuara keras, memandang dengan pandangan mata yang tajam serta cenderung untuk melawan ketika cuba dibantu pihak sekolah.

"Ada yang sedang meracau seorang diri di belakang bangunan sekolah ketika ditemui oleh rakan dan guru.

"Ada juga yang ditemui pengsan di atas tanah dan ada menjerit-jerit dengan suara serta mengeluarkan perkataan keras," katanya.

Kejadian misteri di SMK Tanjung Lumpur menarik perhatian media dan orang ramai apabila Utusan Malaysia pada 25 Julai lalu melaporkan sebilangan pelajar sekolah berkenaan diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari terutama menjelang waktu tengah hari sejak Mei lalu.

Menurut sumber berkenaan, kejadian hari ini adalah yang paling buruk dibandingkan dengan kejadian histeria sebelum ini malah mangsa dikatakan mengalami kejadian itu tanpa disedari lebih awal oleh rakan mahu pun guru.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff ketika dihubungi berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian terbaru itu tetapi belum menerima laporan penuh.

Tambah Abdul Aziz, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa 35 pelajar yang terlibat dalam masa terdekat kerana kebanyakan ibu bapa tidak setuju dengan cadangan memindahkan anak mereka ke sekolah lain.

Semalam, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dilapor akan menyegerakan proses memindahkan 35 SMK Tanjung Lumpur yang mengalami histeria, ke sekolah lain sebagai usaha menamatkan kejadian misteri yang berlaku di sekolah berkenaan sejak empat bulan lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 03:06 AM | Show all posts
risau nyer....masa zaman sekolah dulu kawan jay pun penah nampak nenek kebayan dalam dorm asrama aspuri (asrama puteri) ..masa tu siang hari lagik...baru jer balik sekolah n lepas lunch..

dia nak baring2 atas katil walhal ramai jer budak2 duk sembang kat sebelah dia..namun budak2 lain tak nampak,hanya dia jer yang nampak nenek tu, masa dia nampak terus dia tak leh nak bergerak, macam kena pasung...lama jugak x leh gerak,nak bukak mulut pun takleh...mata plak xleh nak tutup ..lebey kurang 2 minit nenek tu duk senym2 kat dia sambil pegang tongkat kayu..

pastu nenek tu ilang dia baru leh gerak n berpeluh basah kuyup...dia citer kat kawan2 dia tak percaya sumernya..

p/s: aku lah salah sorang kawan dia yang tak percaya tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 03:07 AM | Show all posts
Dirasuk Makhluk Bermata Merah
Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 03:11 AM | Show all posts
Histeria: Haron Din saran pelajar amal Muawizat

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam beberapa hari lepas adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam , salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah tersebut yang terpaksa ditutup selama tiga hari baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.

"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Semalam, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat

"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2008 03:11 AM | Show all posts
DUNGUN: Hampir 200 pelajar perempuan dan lelaki Sekolah Menengah Sains Dungun di sini, histeria menyebabkan sesi persekolahan di sekolah berasrama penuh itu terpaksa ditutup empat hari sejak Ahad lalu.

Kejadian dipercayai bermula jam 9.30 pagi selepas seorang pelajar tingkatan dua mula menjerit sebaik tamat perhimpunan di sekolah yang mempunyai 600 pelajar itu.

Ini disusuli beberapa pelajar lain menyebabkan mereka dibawa ke asrama dan ditempatkan ke sebuah dewan sebelum menular dari satu bilik asrama ke bilik asrama lain.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 16, berkata pada mulanya dia melaporkan kejadian rakannya menjerit kepada seorang guru sebelum dia mengalami sakit kepala.


揑tu saja yang saya ingat kerana selepas itu saya tidak sedarkan diri,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 03:14 AM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 9-8-2008 03:06 AM
risau nyer....masa zaman sekolah dulu kawan jay pun penah nampak nenek kebayan dalam dorm asrama aspuri (asrama puteri) ..masa tu siang hari lagik...baru jer balik sekolah n lepas lunch..

dia  ...


kalau dia jenis penakut (lemah semangat), mungkin dah terjerit2 ketakutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2008 03:31 AM | Show all posts
Bulan Hantu Lapar bagi kaum Cina.Itu sebab byk hantu buat hal
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 03:32 AM | Show all posts
hmmm


saya sedang memantau kes ini..

kepada wanita wanita....jaga jagalah TAMPON korang ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 07:51 AM | Show all posts
kejadian histeria ni mmg selalu berlaku. kat sekolah sy dulu ada sorang kakak ni rajin jugaklah histeria time prep malam. tp takdelah org lain menjangkit..kitorang naik menyampah n buat assumption dia tu cuma gille glamor jek..sbb bila isteria nanti boys tolong pegang....sukalah tu...heheh...tak baik kan..tapi mmg mcm nak cheap pub jek...adelah pulk yg tokok tambah kata kakak tu ada minat somebody tp cintanya tak berbalas..tu yg dia buat2 histeria tu..wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:32 AM | Show all posts
teringat kes histeria kat brunei dulu..

mmg ada kaitan ker histeria ni dgn bulan2 tertentu.. muskil la.. dulu kat brunei, kes histeria menjadi2 dlm bulan 7-8,  skng kat msia lak.. agaknya bahtera jin2 tu tengah berlabuh kat msia tak?
klu betul, jin2 tu nak pegi mana ek?

* korang ingat tak, budak yg histeria kat brunei tu ckp, bos depa nak dtg, bawa angkatan jin dgn bahtera ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:34 AM | Show all posts
mmg salah projek pmbinaan tu la agaknye

skola aku dlu pon ade kwsn2 trtentu xleh diusik even nk wat bangunan bru kt situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2008 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by Uncle_K at 9-8-2008 03:32 AM
hmmm


saya sedang memantau kes ini..

kepada wanita wanita....jaga jagalah TAMPON korang ye


apa kena mengena dgn tampon plak?
jelaskanlah sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 01:40 PM | Show all posts

Reply #11 nurkasih74's post

heh samalah kita
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 01:45 PM | Show all posts
yang kes histeria kat smk tanjung lumpur.....
mak kawe tertengok kat tv9 ade tunjuk rakaman masa kejadian tu berlaku.....
mula2 tak perasan pasal nih....tp bila dengo org tv tu cakap atas permintaan ramai kami siarkan semula rakaman kejadian histeria....dpt le tgk...
ade sorang murid pompuan tgh berlari2 kat padang sambil kene kejo ngan cikgu....
kawe google takde lak jumpa sape2 yg upload vid tue....teringin gak nak tgk nye....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2008 01:51 PM | Show all posts
dulu mase skolah...
dok asrama..
then senior2 slalu ckp..
dlm mase bln 7,8 n 9...
atau pun 6,7, n 8 nie..
mmg slalu berlaku kes2 histeria nie...
da mmg slalu pd bulan2 nie
akan slalu kedengaran cerita2 seram dlm asrama....
maybe salah satu sebab lg ialah...
org sume tgh tension blaja...
sebab da nk exam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 02:12 PM | Show all posts
Budak budak sekolah perlu didedahkan dengan pengetahun tentang jin menurut Islam..

Harus diberitahu dalam keadaan macam mana jin dan syaitan mengganggu dan merasuk manusia dan cara-cara mengelakkannya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 03:30 PM | Show all posts

Reply #14 biezie_slalu's post

klu angkel k nak gurau pasal tampon tu,takpe, red tulung xplen kan..

tampon yg dah diguna pakai tu, kotor..iblis syaitan suka ngan benda2 kotor mcm tu..so jgn buang merata2 la, kalau boleh, yg pakai pad lak, cuci bersih dulu pad tu, klu tak sanggup,sebelum buang, bungkus la ngan apa yg patut, mcm korang bungkus dgn kertas + plastik..  

klu badan tak bersih, (ie, dtg bulan) mmg makhluk tu suka sangat.. jd, beware je la..apa yg red tau, dah la kita pompuan ni semangat lemah, bila bdn tak bersih, lagi senang makhluk2 mcm tu nak dekat dgn kita..

err, dpt diterima pakai tak xplenation aku tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 03:33 PM | Show all posts

Reply #14 biezie_slalu's post

klu angkel k nak gurau pasal tampon tu,takpe, red tulung xplen kan..

tampon yg dah diguna pakai tu, kotor..iblis syaitan suka ngan benda2 kotor mcm tu..so jgn buang merata2 la, kalau boleh, yg pakai pad lak, cuci bersih dulu pad tu, klu tak sanggup,sebelum buang, bungkus la ngan apa yg patut, mcm korang bungkus dgn kertas + plastik..  

klu badan tak bersih, (ie, dtg bulan) mmg makhluk tu suka sangat.. jd, beware je la..apa yg red tau, dah la kita pompuan ni semangat lemah, bila bdn tak bersih, lagi senang makhluk2 mcm tu nak dekat dgn kita..

err, dpt diterima pakai tak xplenation aku tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064133 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list