CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14716|Reply: 16

Pick-up Isuzu D-Max

[Copy link]
Post time 25-8-2008 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Isuzu D-Max krisis dorong inovasi teknologi

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN


Sebuah daripada trak pikap Isuzu D-Max yang datang dari Bangkok.

KRISIS ekonomi yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 memberi kesan amat buruk kepada Thailand apabila jumlah jualan kenderaannya merosot daripada kira-kira 590,000 unit pada tahun itu jatuh kepada hanya sekitar 144,000 unit pada tahun 1998.

Namun, kemerosotan yang melanda ini menjadi pendorong kepada Tri Petch Isuzu Sales Co. Ltd. (Isuzu) untuk meningkatkan lagi kualiti produk mereka dan merangka strategi untuk mengembalikan keyakinan pelanggan terhadap barangan mereka.

Hasil usaha gigih dengan usaha sama King Mongkut University of Technology, Isuzu memperkenal Fuel Economy Runs (FER) sebagai satu langkah untuk membuktikan kepada bakal pembeli dan pesaingnya bahawa pikap yang mereka hasilkan adalah lebih menjimatkan dari segi penggunaan minyak.

Timbalan Presidennya, Panatda Chennavasin berkata, FER membawa objektif utama untuk menyedarkan orang ramai bahawa penjimatan dalam penggunaan bahan api merupakan penekanan utama oleh Isuzu.

揔risis ekonomi yang melanda ini menyebabkan jualan kami merosot maka kami melakukan kajian untuk memberi pengguna kenderaan yang dapat menjimatkan minyak.

揗elalui FER pula, kami mahu masyarakat melihat sendiri bagaimana produk kami mampu memberi faedah kepada mereka terutama sekali mengurangkan kos yang kini semakin meningkat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2008 09:02 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

wahaha..nak buat drive-by shooting ker pakai d-max
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 11:07 PM | Show all posts
Isuzu D-Max Hi-DEF trak maskulin mewah

Oleh JOHARDY IBRAHIM





ISUZU adalah sebuah pengeluar kenderaan yang unik. Ia hanya menawarkan sejenis produk iaitu trak pikap D-Max. Dengan produk tunggal ini, Isuzu memainkan peranannya dengan begitu berkesan untuk memperkenalkan penggunaan trak pikap sebagai kenderaan harian dan tidak sekadar kenderaan untuk kontraktor semata-mata.

Tanpa mahu mengikut contoh jenama lain, Isuzu mempertahankan ciri-ciri tradisional pikap trak iaitu besar, bersegi empat dan berenjin diesel.

Hakikatnya, trak pikap hanya popular di Sabah dan Sarawak disebabkan faktor muka bumi dan cukai jalan yang jauh lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, pendekatan pemasaran Isuzu yang memberi tumpuan kepada enjin dieselnya yang jimat minyak, banyak mendorong orang ramai memilihnya.

Atas faktor yang sama, Isuzu terus berusaha agar model satu-satunya ini (sehingga pusingan hayat D-Max tamat sedikit masa lagi), diberi kesegaran. Maka versi facelift yang diberi nama Hi-DEF dilancarkan ke pasaran akhir bulan Ogos lalu.

Versi Hi-DEF edisi terhad ini memaparkan sebuah trak pikap paling mewah dan serba lengkap di pasaran. Berasaskan model Super Commonrail 3 liter yang menjimatkan minyak lagi serba boleh, Hi-DEF ternyata kenderaan yang menyerlah kerana dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik yang pasti dikagumi oleh mana-mana pemilik pikap.

Paling menarik, semua kelebihan dan kelengkapan ini dipasang terus oleh Isuzu supaya pemilik boleh menikmati waranti penuh kereta dan juga aksesori tambahan tersebut.

Hi-DEF ini nyata berbeza daripada trak pikap biasa dan menepati keperluan segmen pemilik yang mahukan ciri serba boleh sebuah kenderaan lasak tanpa sentuhan atau penampilan lasak.

Hi-DEF 2008 menyerlah dengan gaya yang lebih menarik dan ketara dengan pelbagai ciri plat krom seperti jeriji radiator, bampar depan dan bekas lampu kabus yang memaparkan keteguhan kereta ini.

Pemandu yang mempunyai pelbagai keperluan juga menghargai hakikat bahawa Hi-DEF dilengkapi dengan pilihan penutup sport 'D-Box' atau Roll Bar aluminium saduran anod berbentuk tiub yang unik untuk memenuhi keperluan muatan setiap pengguna.

D-Box yang direka cipta secara eksklusif oleh Isuzu Malaysia mampu melindungi muatan daripada cuaca monsun di Malaysia dengan penutup yang boleh dikunci dan berlampu.

Sejajar dengan penampilan yang mengagumkan, tapak tepinya diperbuat daripada aluminium, dengan kemasan warna badan di hujung manakala sisipan stad menaikkan keanggunan reka bentuk.

Apabila membuka pintu, pemandu akan disambut oleh keanggunan tempat duduk kulit Itali tulen yang tampak mewah. Kerusi bersarung kulit dan kemasan pintu menggunakan jahitan satin berganda dengan logo D-Max bersulam di kerusi depan menyerlahkan lagi penampilan ketara.

Walaupun D-Max sudah sememangnya selesa, sentuhan tambahan bagi Hi-DEF di ruang dalam disediakan menerusi pusat kawalan hiburan dan navigasi bersepadu.

Unit multimedia skrin sentuh 7 inci ini boleh memainkan hampir sebarang format kod termasuk MP3, MPEG4 dan menayangkan filem menerusi CD, CDR, VCD, DVD, DVD-R atau menerusi sambungan kabel USB. Malah pemilik juga boleh memasukkan kad SD kamera untuk melihat gambar.

Untuk memastikan tidak lagi sesat di jalan, sistem pengemudian navigasi satelit GPS dibina ke dalam sistem dan berfungsi bersama kamera undur.

Hi-DEF ialah versi edisi terhad dan hanya dikeluarkan secara eksklusif sebanyak 200 unit di seluruh negara. Hi-DEF boleh didapati dalam dua warna istimewa Midnight Maroon Mica dan Mercury Silver Metallic dan boleh ditempah dengan pacuan Manual atau Automatik, serta versi 4 x 2 atau 4 x 4.

Isuzu D-Max Hi-DEF Edisi Terhad dijual pada harga atas jalan tanpa insurans mulai dari RM92,378.10 (RM93,778.60 di Sabah) (RM93,311.10 di Sarawak).





aku kalu tak hilux dapat  isuzu dmax ni...  aku laffin ler....  mmg aku minat tol ngan pikap trucks nih!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 01:15 AM | Show all posts
aku mmg minat ngan d-max nie..
Reply

Use magic Report

Reign This user has been deleted
Post time 5-10-2008 07:38 AM | Show all posts
Harga lebih kurang sama dengan Triton 4X4 3.2... beli Triton Lite je murah cuma 60K++
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 08:53 AM | Show all posts
Wow..  besar gak Hi Def ni..

[ Last edited by  BSundayB at 5-10-2008 09:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2008 02:51 AM | Show all posts
nampak cam cun n bergaya gak Isuzu D-Max Hi-DEF ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 09:52 AM | Show all posts

Reply #5 Reign's post

nyesal sapa ambik proton arena.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 10:30 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 7-10-2008 09:52 AM
nyesal sapa ambik proton arena.......


mana lagi nyesal dengan yg amik tata telcoline?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 10:36 AM | Show all posts

Reply #9 geng_tx's post

teruk sgt ke tata telcoline neh...?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 7-10-2008 09:52 AM
nyesal sapa ambik proton arena.......


org osotolia suko apo proton jumbuck nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 11:27 AM | Show all posts

Reply #11 orangdalam's post

sano laen....mmg market besar kete2 mcm ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2008 02:36 PM | Show all posts
Pikap Hi-Def mewah, bergaya
Oleh Mohd Razlan Salleh



PIKAP sebagai kenderaan keluarga bukan sesuatu yang asing di negara ini, apatah lagi dengan kemasukan pelbagai model terkini dengan teknologi moden.

PIKAP sebagai kenderaan keluarga bukan sesuatu yang asing di negara ini, apatah lagi dengan kemasukan pelbagai model terkini dengan teknologi moden.

Bagaimanapun, bentuknya yang gabair kadang kala menyukarkan pemandu mengendalikan terutama ketika mengundur atau memasuki kawasan letak kenderaan sempit.

Namun, memandu uji pikap terbaru daripada Isuzu, Hi-Def yang serba mewah dan bergaya, ia nyata berbeza.

Jarang sekali sebuah pikap yang terkenal dengan kelasakan dilengkapi ciri mewah termasuk kerusi bersalut kulit dari Itali.

Paling bergaya, D-Max dilengkapi kamera yang memudahkan pemandu melihat sebarang objek terselindung di sebalik tubuhnya yang besar ketika mengundur.

Sebaik pintu dibuka, terserlah logo Isuzu yang bercahaya di bahagian tepi pintu, memberi gambaran ia bukan pikap biasa.

Sistem audio pada Hi-Def membuatkan penulis teruja kerana selain berperanan menerima frekuensi radio, ia mampu memainkan cakera padat digital (DVD), MP3, USB, kamera undur dan navigasi satelit bersuara.

Walaupun kelihatan agak 'semak' dengan pelbagai fungsi, skrin sentuhan tangan jelas memudahkan pemandu membuat pilihan ketika mahu memulakan pemanduan.

Ruang kokpit yang kemas dengan pelbagai tombol tersusun rapi menjadikan Hi-Def sesuai digunakan sebagai kenderaan harian di kota.

Mod kawalan pacuan empat roda boleh ditukar dengan hanya menggunakan butang.

Bahagian dalaman amat luas dan selesa bagi lima penumpang dewasa menempuh perjalanan selesa.

Bagi versi Hi-Def, Isuzu hanya menawarkan 200 unit kepada pelanggan bertuah.

Sudut luaran diperbaharui apabila Hi-Def dibekalkan dengan kemasan bumper lebih menarik, gril depan dan lampu kabus bersalut krom tebal, pemijak sisi aluminium serta pilihan penutup D-Box sporty atau palang belakang aloi.

Enjin diesel 3.0 L Ddi iTEQ empat silinder turbo intercooler dengan Super Commonrail berjaya menghasilkan 134 kuasa kuda pada 3,400rpm manakala tork 294Nm antara 1,400-3,000 rpm.

Walaupun kapasiti enjin berkuasa 2,999cc, daya terjahan sedikit lemah kerana model ini lebih mengutamakan penjimatan minyak.

Tidak hairanlah dengan setangki penuh, jentera seberat 2,750 kilogram ini mampu menempuh perjalanan lebih 600 kilometer (km) termasuk menaiki bukit, memecut di lebuh raya dan kesesakan lalu lintas.

Difahamkan, bagi versi manual, jentera ini mampu bergerak sejauh 800 km atau 1,000 km jika pemanduan lebih prihatin.

Sistem suspensi yang direka untuk kenderaan pikap memang agak keras berbanding sedan dan penumpang di belakang 'terlompat-lompat' sedikit kerana suspensi belakang direka untuk muatan, bukan penumpang.

Unit pandu uji ini didatangkan dengan D-Box, penutup belakang yang sporty, kalis cuaca dan selamat untuk meletakkan barangan peribadi.

Selain dilengkapi kunci, bahagian pintunya boleh dicabut bagi membolehkan pemilik membawa muatan yang tinggi.

Pembeli juga boleh memilih menggunakan palang aloi sekiranya tidak memerlukan kotak D-Box.

Selain berkuasa 4X4 transmisi automatik, Hi-Def juga didatangkan dengan versi 4X4 manual dan 4X2 automatik.

Dengan harga RM107,644.30 atas jalan termasuk insuran (4X4 automatik), pengendalian jentera pikap kini menjadi lebih mudah, selesa dan menjimatkan.



SPESIFIKASI

Isuzu D-Max Hi-Def

Enjin: Empat silinder selari 2,999cc diesel turbo intercooler DOHC 16 injap

Kuasa maksimum: 134hp pada 3,400rpm

Tork maksimum: 294Nm pada 1400-3000rpm

Transmisi: Empat kelajuan automatik 4X4

Ciri keselamatan: Dua beg udara (versi automatik), ABS, EBD dengan G-sensor.

Harga: RM107,644.30 (termasuk insurans)

Tayar yang dicadangkan: ContiCrossContact LX 245/70R16 107T





aku suker pikap pikap ni... senang nak pikap awex...... (arap sos dan azza tak baca ler ni... )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2009 08:07 PM | Show all posts
Pikap besar tapi jimat
Oleh Mohd Razlan Salleh


2009 diramal sebagai tahun untuk mengawal perbelanjaan bagi menghadapi kelembapan ekonomi dunia.

2009 diramal sebagai tahun untuk mengawal perbelanjaan bagi menghadapi kelembapan ekonomi dunia.

Bagi mereka yang mahukan penjimatan maksimum, mungkin model Isuzu D-Max boleh membantu mengawal perbelanjaan dalam aspek pengangkutan.

Kesempatan menghabiskan cuti hujung tahun bersama jentera lasak Isuzu D-Max jelas memberi gambaran bahawa inilah kenderaan pacuan empat roda paling menjimatkan.

Populariti D-Max di beberapa negara Asean tidak perlu diceritakan lagi, malah kebanjiran pikap ini di Thailand menunjukkan ia sebuah kenderaan yang sentiasa mendapat sambutan hangat.

Model yang dijana enjin diesel 3.0 liter suntikan terus turbo intercooler ini menawarkan kapasiti kuasa yang tinggi dalam kelasnya selain tambahan tork berbanding pesaingnya yang lain.

Jentera ini memiliki wajah luaran gaya Eropah terutama lampu depan selain keselesaan dalaman dengan bahagian papan pemuka ringkas, mudah dicapai serta kelebihan pengendalian menerusi butang tekan untuk peralihan sistem pacuan empat rodanya.

Pikap dengan wajah tegap dan selesa ini ditawarkan dalam pacuan empat roda (4x4) transmisi manual, menjadikannya lebih seronok dipandu.

Enjin 3.0L Intercooler Turbo Diesel Suntikan Terus ini menghasilkan tork maksimum 280 Nm pada 2,000 rpm dan kuasa maksimum 130 PS pada 3,800 rpm.

Untuk menguji prestasi dan kemantapan jentera versi automatik 4X4 yang dipinjamkan itu, penulis memilih beberapa laluan lasak sekitar Gombak selain menempuh kesesakan jalan raya pada waktu puncak.

Perjalanan ke lokasi berbeza begitu selesa berikutan bahagian suspensi yang lembut tidak melantunkan kenderaan serta berfungsi dengan cemerlang ketika melalui laluan tanah merah tidak rata dan berlubang.

Laluan yang mencabar dilalui dengan mudah hasil daripada teknologi terkini menerusi butang peralihan sistem pacuan empat rodanya.

Jika melalui laluan yang sukar, pemandu hanya perlu menekan butang khas selama tiga saat untuk menukar sistem pacuan dua roda kepada empat roda.

D-Max dilengkapi dengan pacuan empat roda nisbah rendah yang mengunci ketiga-tiga pembeza dan membolehkan keempat-empat roda bergerak pada kelajuan sama.

Untuk keselamatan dalam pemanduan meyakinkan ke destinasi, D-Max dilengkapi sistem brek ABS dengan EBD dengan teknologi G-sensor.

Bagi sebuah pikap, penulis berasakan D-Max berada dalam kelas tersendiri kerana memiliki pelbagai ciri dan kemasan dalaman yang 'bukan sekadar biasa'.

Antaranya, jentera gagah ini dilengkapi butang kawalan untuk pertukaran pacuan dua roda kepada empat roda berbanding penggunaan tombol gear.

One Button Touch-On-The-Fly membolehkan pertukaran daripada 2H kepada 4H atau sebaliknya pada kelajuan sehingga 100 kilometer (km) sejam.

Sementara bagi penumpang, ruang dalaman dengan kerusi dan sistem audio cukup selesa dan penumpang termasuk di belakang tidak akan merungut mengenai ruang kaki.

Walaupun penumpang belakang kelihatan seperti terloncat-loncat apabila melalui jalan tidak rata, perkara berkenaan lumrah bagi kenderaan pikap.

Jentera pikap terasa lebih selesa apabila bebanan diisi pada bahagian belakang kenderaan, menjadikan sistem suspensi beroperasi dengan baik.

D-Max direka untuk menjadi kenderaan yang benar-benar kuat dan teguh melalui binaan kerangka casis dengan zon renyuk depan dan belakang, bagi memberi perlindungan kepada semua penumpang.

Secara keseluruhan model D-Max satu pilihan baik buat peminat pacuan empat roda yang inginkan keselesaan dalam segmen pikap kerana ia memiliki beberapa kelebihan dari segi suspensi dan pengendalian dalam meredah laluan lasak.

Malah, setangki penuh diesel mampu membawa pemandu merentasi jarak sehingga melebihi 900km amat mengagumkan.

Untuk mereka yang berminat, D-Max berharga RM89,011 bagi transmisi 4X4 manual dengan lima warna pilihan.



SPESIFIKASI

MODEL : Isuzu D-MAX

ENJIN : 3.0 liter diesel turbo intercooler

KUASA ENJIN : 2, 999 cc

KUASA MAKSIMUM : 130PS pada 3, 800rpm

Tork maksimum : 280Nm pada 2, 000rpm

TRANSMISI : Manual lima kelajuan

SISTEM MINYAK : Pam kawalan elektronik suntikan minyak

SISTEM PACUAN : 4WD boleh ubah dengan butang sentuhan

HARGA: RM89,011

Tayar yang dicadangkan : ContiCrossContact LX 245/70R16 107T
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2009 02:42 PM | Show all posts
D-Max ketahanan terbukti

Oleh ABD. HALIM HADI



TEKNOLOGI enjin Super Commonrail yang berkuasa juga
memiliki tork yang baik untuk pemanduan di semua jenis permukaan jalan.

TRAK pikap paling laris D-Max pernah membuktikan penjimatan bahan bakar terunggul dengan rekod perjalanan sejauh 1,501 kilometer (km) dari Bangkok ke Kuala Lumpur menggunakan hanya 76 liter diesel tanpa isian semula.

Ketika diperkenalkan di Thailand pada 2003, pacuan empat roda keluaran Isuzu itu melonjak sebagai kenderaan paling laris di negara pengeluarnya apabila 10,000 unit terjual pada bulan pertama.

Di negara ini, D-Max yang dipakej dengan prestasi, penjimatan dan keselesaan kini muncul antara model yang semakin dipercayai.

Selepas membuktikan 19 peratus penjimatan bahan bakar melalui cabaran Isuzu Dura-Mile pada 2007, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. sekali lagi membuktikan kehebatan D-Max.

Kali ini wakil media diterbangkan ke Ba' Kelalan, Sarawak untuk menguji daya lasak jentera itu pada pengembaraan Isuzu-Dura Mission sejauh 708 km.

Ba' Kelalan-Lawas-Lembangan Maliau-Tawau

Sebelum pesawat 19 tempat duduk yang dinaiki kami mendarat, mata sempat memandang lingkaran jalan tanah merah berhampiran landasan kecil yang menjadi nadi pengangkutan di Ba' Kelalan.

Ketibaan penerbangan MASwings dari Miri itu disambut meriah dengan tiupan alat muzik tradisional dan kehalusan seni tari masyarakat Lun Bawang yang mendiami kawasan tanah tinggi itu.

Persinggahan dikira bernasib baik kerana kami berpeluang menikmati kerangupan epal Ba'Kelalan yang ketika itu hanya menunggu masa untuk dituai. Ditemani Pak Tagal, pemilik ladang seluas tiga hektar itu, kami dibawa ke ladang epal yang dikelilingi kawasan penanaman padi bukit yang begitu mendamaikan.

Ia adalah pengalaman paling berharga di situ sebelum meninggalkan Ba' Kelalan untuk meneruskan misi sebenar di tengah-tengah Kepulauan Borneo itu. Seperti yang diketahui, Ba' Kelalan (selain Bario) adalah antara kawasan paling terpencil di Sarawak.

Misi kali ini adalah untuk keluar dari kawasan itu melalui jalan darat yang pastinya menguji kemampuan setiap kenderaan. Dan satu-satunya kenderaan yang dapat melepasi laluan lori balak itu hanyalah pacuan empat roda. Semestinya daripada yang terbaik.

Dalam ekspedisi ini, kenderaan yang dimaksudkan adalah D-Max. Sebanyak 10 buah jentera (2.5 liter dan 3 liter) bertransmisi manual dan automatik sedia untuk diuji.

Langkah pertama ke dalam kabin bermula dengan tanggapan yang cukup memuaskan. Ruang yang luas dan cukup selesa untuk lima orang.

Perjalanan pada hari pertama menuju ke pekan Lawas yang terletak kira-kira 150 kilometer (km) dari tiga buah perkampungan di Ba' Kelalan itu.

Menggunakan jentera berkuasa 3.0 manual, gear pemanduan 4L benar-benar membuktikan kuasa. Bukan sahaja laluan becak diredah mudah malah pada gear empat D-Max masih kuat untuk mendaki.

Selepas 10 kilometer pertama kami singgah di pondok garam untuk melihat bagaimana penduduk pribumi Sarawak menghasilkan garam daripada air telaga masin.

Pembaharuan Isuzu

Berbanding model-model terdahulu, pembaharuan yang jelas pada model D-Max adalah bunyi enjin yang tidak lagi meraung kuat seperti Rodeo dan Trooper. Kuasa enjin tiga liter Super Commonrail pula seperti tidak pernah mengah. Bukan sahaja bertenaga malah kuasa tork juga berterusan sepanjang pemanduan, terutama ketika memotong dan melalui laluan sukar.

Selepas menyeberangi Sungai Semadoh, peserta berhenti rehat untuk menikmati makan tengah hari di tebing sungai dan melakukan pertukaran pemandu. Walhal bagi saya, selepas 38 km perjalanan, tidak terasa kepenatan memandu D-Max.

Pengurus Perancangan Produk dan Latihan, Wan Zaqi Zacary berkata, pengembaraan dari Ba' Kelalan ke Maliau Basin, Sabah bertujuan menguji ketahanan D-Max selepas membuktikan penjimatan minyak melalui ujian dua tahun lalu.

"Laluan kali ini juga berbeza dengan laluan dari Kuching ke Kota Kinabalu yang diadakan tahun lepas.

"Sebahagian besar daripada laluan Dura-Mission kali ini melibatkan jalan off-road yang sememangnya diakui antara paling panjang dan sukar di negara ini," jelasnya merujuk kepada bentuk muka bumi Sabah dan Sarawak.

Selain kuasa enjin, secara peribadi saya merasakan pengalaman sepanjang memandu D-Max cukup selamat, walaupun ada kalanya kami mengharungi sungai dan jambatan kayu yang sempit.

Selain laluan selut dan licin, cabaran berbahaya sepanjang ekspedisi adalah ketika berselisih dengan lori-lori balak yang memecut laju menuruni bukit. Habuk yang mengaburi pandangan kadang-kala memaksa setiap kenderaan berhenti di kaki jalan.

Ketika menghampiri 'lebuh raya' tidak berturap ke Pekan Lawas, peserta melencong ke kawasan rekreasi Merarap HotSpring untuk menikmati makan petang dan berehat di kolam air panas di situ.

Sebaik menyeberangi Pos Kawalan Imigresen Sindumin, Sabah, konvoi D-Max 'disambut meriah' dengan suluhan high beam oleh pemandu-pemandu D-Max yang 'menguasai' jalan-jalan di Sabah. Untuk makluman, Sabah dan Sarawak merupakan pasaran terbesar D-Max di negara ini.

Destinasi seterusnya adalah Lembangan Maliau atau 'Lost World of Borneo'. Kawasan hutan dara paling terpencil dan terpelihara di negeri bawah bayu itu. Menaiki helikopter yang disewa khas, media dibawa menikmati keindahan pemandangan di kawasan seluas 390 km persegi itu. Dari udara, Lembangan Maliau yang berbentuk bulat kelihatan seakan-akan sebuah kawah meteor.

Keesokkan harinya pengembaraan Dura-Mission diteruskan ke Tawau. Bahagian terakhir itu adalah laluan paling mencabar kerana peserta terpaksa memandu di jalan penuh debu sejauh lebih 100 km. Pada jarak penglihatan kurang daripada 10 meter, setiap pemandu hanya bergantung pada panduan daripada pemandu paling hadapan menggunakan walkie-talkie.

Mengagumkan. Ekspedisi lasak Dura-Mission berakhir di Tawau tanpa sebarang kerosakan pada setiap kenderaan yang digunakan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Isuzu Malaysia, Takashi Hata ketika ditemui berpuas hati dan yakin rekod jualan 5,026 unit pada tahun lalu akan terus meningkat di negara ini berdasarkan trend pembelian kenderaan yang jimat dan tahan lasak.

"Dua faktor itu adalah penarik utama kepada pemilik-pemilik kereta salun yang ingin beralih kepada kenderaan serba boleh," ujarnya.




kawan aku kat north amerikana  baru beli bronco  seken hand... cayer  tak  1000 bucks ajer...........cissssssss murah betol keta kat sana ekkk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2009 06:37 PM | Show all posts
Wajah perkasa New D-MaxOleh Mohd Razlan Salleh





BUDAYA memilih trak pikap sebagai kenderaan kegunaan harian bukanlah perkara baru di negara ini.

Kini, ramai gemar memandu trak berikutan keadaan fizikalnya besar selain tahan lasak.

Minat rakyat tempatan itu mendorong Isuzu Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model terbaru, Isuzu New D-Max 3.0L versi Hi-Def.

Ia hanya ditawarkan 200 unit tahun lalu dan habis dijual.

New D-Max masih menggunakan enjin Ddi iTEQ empat silinder turbo intercooler dengan Super Commonrail yang menghasilkan 134 hp pada 3,400rpm manakala tork pula pada 294Nm antara 1,400 hingga 3,000rpm.

Enjin berkenaan menawarkan penjimatan maksimum dan tidak hairanlah setangki penuh diesel mampu membawa penulis dari ibu kota ke Haadyai.

Bagaimanapun, pihak Isuzu yang memberi unit pandu uji pada hari bekerja menyukarkan penulis menguji tahap penggunaan bahan api yang diisi penuh di dalam tangki.

Sepanjang empat hari memandu uji di sekitar ibu kota seperti menempuh kesesakan jalan raya ketika berulang- alik dari rumah ke pejabat dalam jarak 40 kilometer sehari, penulis mendapati tolok bahan apinya hampir tidak bergerak. Menakjubkan!

Perkara ini tidak mustahil kerana D-Max terbaru ini dibekalkan enjin terbaru dikenali High Frequency Induction Hardening (HFIH) yang menawarkan mampatan lebih baik pada kebuk pembakaran serta omboh aloi ringan.

Selain itu, model ini dipadankan dengan rantai pemasa yang lebih lasak berbanding tali pemasa yang perlu ditukar setiap 80,000 kilometer.

Dari segi gaya luaran, D-Max terbaru masih lampu hadapan projektor Ellipsoid dalam perumah bertingkat, tetapi gril hadapan diberikan rupa baru lebih bergaya.

Bahagian hadapan terserlah wajah perkasa D-Max dan jentera pacuan empat roda ini tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan melampau.

Bahagian sisi turut dipertingkatkan apabila pemijak sisi dilebarkan bagi memudahkan penumpang terutama kanak-kanak memasuki ruang kabin.

Ruang belakang hanya dipadankan dengan 'Roll Bar' tidak seperti model Hi-Def yang ditawarkan dengan D-Box.

Bagaimanapun, Roll Bar krom kalis calar sudah memadai bagi New D-Max kelihatan tegap dan maskulin.

Kabin juga dipertingkatkan dengan salutan kulit kemas seperti sebuah kereta sedan.

Sistem audio 'In-Car DVD' bukan sahaja menawarkan sistem audio dan gambar jelas, tetapi disatukan dengan sistem navigasi terbina.

Sistem hiburan berkenaan kelihatan menarik bersama kokpit kemasan titanium yang bukan sahaja lebih menarik, malah kemas dan cantik.

Walaupun New D-Max transmisi automatik ini dipandu secara agresif di kawasan bandar, ia menawarkan keselesaan walaupun masih kekal konsep pikap.

Penumpang belakang masih terasa terlompat-lompat kerana spring belakang direka untuk muatan, bukan penumpang.

Bagaimanapun, dengan sistem hiburan terbaik, kerusi balutan kulit dan penjimatan minyak terunggul dalam kategori pikap menjadikan New D-Max tetap pilihan berbaloi.

Berharga RM84,638.40 (tanpa insurans), New D-Max adalah jentera pikap terbaik daripada Isuzu.

>SPESIFIKASI

Isuzu New D-Max

Enjin: 4JJ1 2,999cc empat silinder sebaris Intercooler Turbo Diesel DOHC 16V

Sistem Bahan Api: Suntikan Terus Elektronik Commonrail

Kuasa maksimum: 134 hp pada 3,400rpm.

Tork maksimum: 294Nm antara 1,400 hingga 3,000rpm.

Transmisi: Automatik empat kelajuan dengan Grade Logic Control.

Ciri keselamatan: Beg Udara berkembar SRS, ABS, EBD, LSD dan penghadang sisi

Harga: RM84,634.40 tanpa insurans

Tayar Dicadangkan: ContiCrossContact LX 245/70R16 107T
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2009 03:28 PM | Show all posts
Isuzu Dmax nie makin lama makin improve keta tahan lasak dan minyak amat jimat...
Tapi aku tak bernasib baik sikit beli benda nie...Sistem turbo Dmax aku ada problem sampai habis waranti SC tak boleh settle...
Tak per nanti tukar Fortuner pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.116764 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list