CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1988|Reply: 11

zon motosikal diperkenal!!

[Copy link]
Post time 11-9-2008 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Zon motosikal diperkenal

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI



Zon motosikal bertujuan memastikan orang ramai dapat melintas dengan selesa dan selamat manakala penunggang motosikal juga selamat kerana terasing daripada kenderaan lain terutama kenderaan besar dan berat.

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Kepesatan pembangunan ibu kota Kuala Lumpur menyebabkan jalan rayanya semakin sesak dengan pelbagai jenis kenderaan sama ada yang ringan mahupun yang besar dan berat.

Apabila jumlah kenderaan bertambah, pastinya risiko untuk berlaku kemalangan juga semakin mudah terutama jika peraturan jalan raya diabaikan atau diambil mudah oleh pengguna.

Kemalangan demi kemalangan akan terus berlaku selagi sikap mementingkan diri sendiri menjadi amalan pengguna jalan raya walaupun pelbagai bentuk peringatan diberikan.

Daripada sebahagian besar kemalangan di jalan raya, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan yang paling ramai terlibat dan ramai di antara mereka yang maut.

Justeru, bagi meningkatkan keselamatan penunggang motosikal dan juga pejalan kaki, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba untuk memperkenalkan satu bentuk sistem keselamatan kepada golongan tersebut.

Satu petak khas yang dinamakan sebagai Zon Keutamaan Motosikal diwujudkan secara percubaan di dua persimpangan lampu isyarat yang dikenal pasti antara yang tersibuk di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan berkata, langkah itu diambil supaya motosikal dapat diasingkan daripada kenderaan-kenderaan lain semasa menunggu lampu isyarat.

Petak khas itu juga bertujuan mengelakkan wujudnya halangan pada lintasan pejalan kaki terutama di kalangan penunggang motosikal yang ingin berada di depan sehingga memberhentikan kenderaan mereka pada jaluran orang melintas.

Beliau berkata, sistem tersebut masih dalam proses percubaan selama sebulan sejak 25 Ogos lalu untuk melihat sama ada penunggang motosikal menyedari kewujudan petak itu dan keberkesanannya.

"Zon Keutamaan motosikal ini akan melibatkan pelaksanaan satu petak khas yang dibuat di belakang laluan pejalan kaki untuk penunggang motosikal supaya keadaan mereka dan pejalan kaki akan lebih tersusun.

"Dengan adanya petak khas ini, ia dapat memudahkan pejalan kaki melintas tanpa ada halangan oleh penunggang motosikal dan penunggang motosikal pula berada di hadapan kenderaan-kenderaan lain," katanya ketika ditemui di sini.

Ab. Hakim berkata, apabila dikuatkuasakan kelak, sekiranya penunggang dan pemandu kenderaan lain tidak mematuhi peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM300 di bawah Undang-undang Lalu lintas.

"Oleh demikian, saya amat berharap dengan pelaksanaan sistem ini, ia dapat mengurangkan kemalangan serta kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar.
" Penunggang motosikal juga diminta mengikut peraturan ini bagi menjamin keselamatan semua pengguna," tegasnya.

Bagaimanapun, kaedah tersebut masih lagi di dalam tempoh percubaan dan untuk permulaan ia hanya dilaksanakan di dua jalan sahaja iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Sementara itu, tinjauan kami ke lokasi yang dimaksudkan itu mendapati kebanyakan penunggang motosikal masih tidak mematuhi pelaksanaan kaedah tersebut.

Sama ada mereka tidak mengetahui tentang kewujudan dan penggunaan zon tersebut ataupun buat-buat tidak tahu tentangnya, hanya mereka sahaja yang tahu.

Apa yang pasti, rata-rata penunggang lebih gemar melebihi garisan zon motosikal yang ditetapkan kerana ingin berada di hadapan daripada rakan-rakan penunggang dan kenderaan lain.

Namun, apa yang mereka tidak sedar ialah sikap mereka itu akan menyusahkan pengguna-pengguna lain terutamanya pejalan kaki untuk melintas.
Kebanyakan pejalan kaki terpaksa menyelit-nyelit di antara penunggang motosikal dan kereta untuk melintas jalan tersebut sedangkan masa yang diberikan untuk melintas adalah pendek.

Satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak sama ada sekali ialah mereka tidak mengetahui wujudkan petak khas itu walaupun dilukis gambar motosikal dan ditulis zon motosikal dengan jelas di situ.

Namun, oleh kerana petak itu masih baru dan dalam proses percubaan, sewajarnya pihak DBKL menguar-uarkannya dengan lebih meluas lagi supaya kewujudannya disedari dan membawa manfaat.

Perlu juga dihebahkan ialah kegagalan menggunakan petak itu boleh menyebabkan penunggang didenda sehingga RM300 supaya mereka tidak menganggap petak itu hanya satu pilihan.




yee hah!!!  aku suka camni.. tapi kat KL ajer ke     kat s alam pun worang naik motor gak aper!!!  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 04:50 PM | Show all posts
Dah nama pun peringkat percubaan, so dah tentu la diorang akan buat test kat KL dulu pastu buat traffic survey untuk kaji keberkesanan dier. Kalau berjaya baru la diperluaskan especially kat bandar2 besar dgn area yang banyak penunggang motor laa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 05:02 PM | Show all posts
denda rm300 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 05:29 PM | Show all posts
kt kg aku dulu,dh lamer dh buat zon motosikal..
maner taknyerr..
jalan masuk kecik jerr..
muat muat masuk moto sebijik..
kalau nk bawk masuk keta..
kena stunt men sket arrr..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by BSundayB at 11/9/08 05:02 PM
denda rm300 tu..


sib baik rm300..
kena 300 dirham..
ana pengsann
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 07:13 PM | Show all posts
boleh blah la.....

jalan pon lobang2 membahaya kan motorist.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2008 08:01 PM | Show all posts
....................lps satu2 perancangan oleh Gomen...tp byk yang tak berjaya...tu ha...lorong muto kat federal heway tu ...buat semenggah dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 08:52 PM | Show all posts

Reply #7 medangmru's post

lorong motot kat federal highway byk PAKU pakis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2008 01:03 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

cittt.. msia baru nak buattt...
kat jepunggg, sumer trapic lite apply camni... padal motor diorang boley bilang ngan jari jerrr.. hampeehh itu samy vellu JKR.. nasib baik dia dah yeellekk
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 07:50 AM | Show all posts
lepas baca berita ni baru la aku tau..ape la diaorg ni..buat benda senyap2..aku rasa ramai yg tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 07:58 AM | Show all posts
tggu tgok cemana nti jdnyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 09:17 AM | Show all posts
ramai yg naik motor skarang ni. dan antara mereka ada yg masih baru dgn motosikal dan blum mahir sepenuhnya. tapi oleh kerana desakan kos yg tinggi, dia terpaksa guna motosikal. selain dari zon khas motosikal kat trafic light, elok jugak diwujudkan laluan motosikal yg lebih selamat. supaya mereka tak perlu menyelit celah kereta. mungkin sukar dilaksana berdasar faktor jln sempit. tapi at least boleh diperkenal atau test kat jln besar macam jln sultan ismail.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.081571 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list