CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9393|Reply: 6

sejarah peninggalan bukit besi, dungun, ganu

[Copy link]
Post time 15-9-2008 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Peninggalan Bukit Besi

Oleh MANIRAH OTHMAN





RENUNGAN Taib Saad, 72, di sekitar kawasan Bukit Besi, Dungun, Terengganu mempunyai seribu makna. Pekan tinggal yang terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar Kuala Terengganu itu jauh lebih mundur berbanding ketika dia menjejakkan kaki di tempat itu dulu.

Sambil menghela nafas panjang, riak di wajah tuanya menceritakan betapa dia kesal dengan persekitaran Bukit Besi yang sudah menjadi kampung halamannya sejak berhijrah dari Jerteh pada tahun 1976.

Sambil matanya melilau ke sekeliling, dia sedikit tersenyum seolah-olah kenangan sebelum operasi perlombongan bijih besi itu dihentikan pada tahun 1971, kembali segar.


BINAAN ini memiliki daya tarikan pelancongan jika bandar tinggal Bukit Besi dibangunkan dengan pelbagai kemudahan.

"Kawasan ini dulunya tidak pernah sunyi. Siang atau malam sama sahaja. Bekalan elektrik dan air tak perlu bayar, malah kami juga boleh tengok wayang secara percuma," imbasnya bersungguh-sungguh.

Katanya, di situ juga terdapat rumah rehat, kolam renang, balai polis, hospital dan pasar basah selain aktiviti malam minggu. Antara primadona Melayu yang pernah mengadakan persembahan di situ ialah Mariam Menado.

Semua itu adalah hasil kemajuan perlombongan bijih besi yang diusahakan oleh syarikat dari Jepun, Kuhara Mining Company pada tahun 1925 sebelum diambil alih syarikat British, Eastern Mining and Metal Company Limited pada tahun 1948.

"Suasana di sini seolah-olah seperti di Kuala Lumpur, sangat maju. Bunyi siren kereta api selain lori pengangkut bijih rocker menyebabkan tempat ini sentiasa hingar," katanya.

Menurutnya, operasi perlombongan bijih besi itu dibahagikan kepada tiga syif. Ia berlangsung selama 24 jam setiap hari kecuali pada hari raya pertama Aidilfitri dan Aidiladha setiap tahun.

Pada zaman kemuncak aktivitinya, lombong berkenaan menyumbang hampir satu pertiga daripada hasil keseluruhan negeri Terengganu. Sebelum itu hampir 100 peratus bergantung kepada sektor pertanian dan pembalakan.

TAPAK perlombongan dilengkapi dengan jentera-jentera semasa zaman kegemilangannya sebagai pengeluar bijih besi.

Jika tidak melihat pada binaan-binaan lama yang terdapat di kawasan ini mungkin penulis tidak akan percaya dengan kisah Taib lantaran pekan itu sangat sunyi.

Untuk melihat kenderaan melintas atau mencari kedai runcit pun agak sukar.

Menceritakan permulaan kisahnya di Bukit Besi, Taib memberitahu, dia tertarik untuk berhijrah ke situ untuk bekerja di lombong selepas ramai rakan-rakannya memberitahu ia umpama lubuk emas untuk mencari rezeki.

"Sepanjang perjalanan menaiki beberapa buah feri dari Jerteh sebelum tiba di pelabuhan Dungun yang kemudiannya disambung dengan menaiki kereta api, yang banyak dilihat ketika itu adalah hutan belantara," katanya.

Bagaimanapun, ketika tiba di situ, katanya, dia melihat sebuah bandar yang sangat maju. Trek kereta api yang berselirat dengan lokomotif tidak putus mengangkut bijih seolah-olah datang dari semua arah.

"Saya mula bekerja di sini pada bulan Oktober 1976 dengan gaji permulaan sebanyak RM3.75 sehari. Ketika itu jumlah itu cukup banyak untuk menampung saya dan keluarga," katanya.

Daripada cerita itu, dapat dirasai bagaimana penduduk di situ terpaksa mengubah jalan hidup dengan hanya tapak bangunan lama dan gambar menjadi kenangan.




"Apabila lombong ini ditutup pada tahun 1971, semuanya berubah. Pihak syarikat telah mengambil semula kemudahan yang disediakan kepada kami seperti bekalan elektrik dan air.

"Hidup kami yang sebelum ini cerah tiba-tiba sahaja menjadi sangat gelap dan ketika itu kami benar-benar terasa perubahan hidup yang begitu ketara," katanya.

Ujarnya, pelbagai bangunan yang dulunya sangat gah, kini hanyalah batu-bata yang runtuh menyembah bumi. Malah kebanyakan alatan melombong hilang dan tidak dijaga.

Jelasnya, pelabur dan migran termasuk dari England, Eropah, India dan China yang sama-sama mengaut keuntungan daripada hasil bumi Bukit Besi, turut meninggalkan kawasan itu selepas semuanya berakhir.

"Kawasan ini yang dulunya hiruk-pikuk dengan deruman jentera, siulan wisel kereta api kargo dan mel juga kini kembali sepi selepas aktiviti mengaut hasil bumi itu dihentikan," katanya.

KAWASAN ini dahulu memiliki aktiviti malam minggu yang cukup meriah tetapi kini sepi.

Apa yang dikesali penduduk di situ kerana bukan sahaja sumber mata pencarian mereka tertutup, malah tempat itu yang sangat maju berubah seolah-olah tiada pembangunan pernah berlaku lebih 40 tahun dulu.

Menurutnya, antara faktor utama aktiviti perlombongan itu dihentikan kerana pelabur beralih ke Australia kerana bijih besi di kawasan itu semakin berkurangan.

Ngah Daud, 55, memang berharap agar kerajaan dapat menghidupkan industri perlombongan di kawasan itu kerana itu merupakan sumber utama pendapatan penduduk di situ.

"Jika tidak pun, saya harap kerajaan dapat mengekalkan warisan sejarah di sini dan jadikannya sebagai satu tempat tarikan pelancong.

"Chimney itu, tempat memasak bijih," katanya sambil menunjuk ke sebuah binaan yang mempunyai serombong setinggi kira-kira 20 meter di pintu masuk ke bandar itu.

BANGUNAN-bangunan lama ini dikhuatiri akan musnah jika tidak dipulihara.

Namun, katanya selepas hampir empat dekad, banyak yang sudah hilang termasuk jalinan rel kereta api yang banyak memainkan peranan sebagai pengangkutan utama






aku .. kalu lombong bijih besi.. aku tak penah pegi... tapi lombong bijih timah  mmg aku ada pegi   ///  mandi lagi kat lombong!!! besttttttt .. tapi bahaya wooo .... ada jiran aku masa aku kecik dulu.. anak dia sekolah sama ngan aku.. mati lemas  kat lombong ... lombong bijih timah ......  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 11:06 PM | Show all posts
ada lagi ke bjih besi kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 11:31 PM | Show all posts
aku stay area sini je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 02:31 PM | Show all posts
sambung ler cite ni.. mcm best je the lost city ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 02:52 PM | Show all posts
Kalo xpulihara tempat2 camni..alamat jadi cam sg lembing laa..tinggal tapak jer..sampai kepala keretapi pon set2 besi buruk ni sebat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 02:59 PM | Show all posts
Duit nak pulihara mungkin tak cukup, kebarangkalian menjadi tarikan ramai belum pasti. Aga-agak tu la sebab kerajaan negeri atau jabatan muzium tak nak amik usaha...

Ni andaian sajer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu dipulihara tempat ni utk generasi akan datang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051949 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list