CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8394|Reply: 2

hidupan liar sigirya, sri lanka!!

[Copy link]
Post time 30-9-2008 02:22 AM | Show all posts |Read mode
Tarikan hidupan liar Sigiriya
Sri Lanka amat kaya dengan spesies monyet dan jumlahnya yang begitu banyak membuatkan ia mudah untuk dikesan.



HIDUPAN liar di Sri Lanka diharap dapat menggoda
lebih ramai pelancong ke negara itu.



DENGAN tanah paya, hutan menghijau, rama-rama pelbagai warna dan monyet serta kera, Sri Lanka bercadang untuk menjadikannya sebagai tarikan terbaru untuk pelancong yang menggemari hidupan liar.

Terdapat sekurang-kurangnya lima spesies monyet termasuk monyet bermuka daun dan monyet putih yang dikenali sebagai hanuman langur untuk menarik lebih ramai pelancong meneroka kawasan tersebut.

Hanuman langur yang mempunyai bulu mata panjang untuk mengelak silau cahaya mentari ketika mencari makan di atas pokok, dipercayai oleh penganut Hindu sebagai jelmaan tuhan monyet Hanuman.

MONYET Hanuman langur.

Mengikut sejarah, Hanuman telah membakar muka, tangan dan kakinya selepas terperangkap dalam api yang marak apabila menyelamatkan ratu dari hutan Sri Lanka.

"Monyet atau kera sentiasa menarik imaginasi manusia. Mungkin ia disebabkan mereka kelihatan dan mempunyai kelakuan seperti manusia," kata Ketua Percutian Eko-pelancongan Jetwing, Gehan de Silva Wijeyeratne kepada AFP sewaktu menjejak spesies monyet toque di Sigiriya, kira-kira 170 kilometer ke utara Colombo.
"Sri Lanka amat kaya dengan spesies monyet dan jumlahnya yang begitu banyak membuatkan ia mudah untuk dikesan."
Sigiriya, tapak warisan dunia dan rumah kepada kubu batu abad kelima yang mengagumkan, ialah kawasan utama untuk menyaksikan monyet spesies langur dan toque.
"Haiwan tersebut kelihatan amat selesa dengan manusia yang berada di sekelilingnya," kata Manduka Premaratne, seorang pengunjung tempatan yang asyik memerhatikan kawanan monyet bermain sesama sendiri di atas pokok.



BIAWAK turut menjadi penghuni Sigiriya.

Spesies monyet juga boleh ditemui di tapak sejarah berhampiran di Polonnaruwa, Kandy, ke arah selatan bandar Galle dan kawasan paya sekitar Colombo.
Monyet bermuka daun yang merupakan spesies terancam boleh ditemui di kawasan kota Colombo manakala monyet spesies loris tinggal di taman negara kepulauan Horton Plains.

"Loris adalah spesies monyet yang jarang-jarang ditemui. Beberapa kawasan untuk melihatnya telah dibuat," kata Nalin Perera dari Kesatuan Pemuliharaan Antarabangsa di Sri Lanka.

Berdasarkan amalan tradisional, monyet loris telah banyak dibunuh untuk dijadikan bahan perubatan daripada bahagian tubuhnya.

"Selain spesies monyet, Sri Lanka juga merupakan syurga kepada rama-rama, pepatung, harimau bintang dan burung-burung eksotik yang banyak ditemui di kawasan hutan hujan kepulauan tersebut," ujar Chandra Jayawardene, seorang pakar kajian tumbuhan dan binatang di Hotel Vil Uyana.


Rusa Sri Lanka.

Menurut Jayawardene, sehingga kini lebih 243 spesies rama-rama dan 118 spesies pepatung telah ditemui.

Wijeyeratne pula berkata, industri pelancongan di Sri Lanka semakin merosot disebabkan peperangan sivil yang berlaku di sana meskipun negara itu kaya dengan keindahan pantai, tanaman teh dan tapak peninggalan kuno yang sebelum ini berjaya menarik kehadiran pelancong.

Justeru itu, beliau berharap dengan adanya daya tarikan terbaru itu, pelancong akan mula membanjiri negara berkenaan.

RAMA-RAMA spesies Indian Crow.

Setakat Julai lalu, kehadiran pelancong di Sri Lanka hanya mencecah 225,000 dan pihak berkuasa sebelum ini mensasarkan jumlah tersebut mungkin mencapai 600,000.

"Saya tidak fikir ia akan melepasi sasaran tersebut kerana masalah pengganas dan pertempuran antara pejuang Tamil Tiger dan askar. Tetapi kami berharap pelancongan alam sekitar akan dapat membantu meningkatkan kehadiran pelancong pada masa akan datang." - AFP





wowzieeeeeeeeeeee canteknya ghusa sri lanka tu!!!! comeyyyy  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2008 06:16 AM | Show all posts
comey lagi monyet hanuman tuh..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2008 10:01 AM | Show all posts

Reply #2 LoveSungmin's post

LMFAO...ye lor... ada iras kawan baek aku si beskot tu...  seghopa ajer... tang warna bulu2nya...  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.187452 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list