CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11200|Reply: 15

Toyota Vios J

[Copy link]
Post time 4-10-2008 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Penyambung populariti - Toyota Vios J
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
[email protected]

REKA bentuk bumper hadapan yang lebar dan kelihatan
seperti model Toyota Yaris.

MULA diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2003, Toyota Vios bertanggungjawab mengisi ruang pasaran di bawah model Corolla Altis dan Camry.
Bagi segmen sedan entry level bukan keluaran tempatan, model ini sememangnya sudah menjuarai carta sejak sekian lama.

Buktinya, Toyota Vios menguasai sebanyak 50 peratus pasaran kereta penumpang berkapasiti 1.4 liter hingga 1.5 liter pada tahun 2007. Dengan jualan mencecah 100,000 unit, ia dilihat sebagai salah satu model paling popular keluaran Toyota.

Model yang pada awalnya dibangunkan oleh Toyota Motors untuk pasaran Asia Tenggara dan China ini nyata begitu sukar disaingi oleh pengeluar kereta Jepun lain termasuklah daripada Honda dan Nissan.

Selepas mengalami proses facelift pada model generasi pertama Vios, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. memperkenalkan pula Toyota Vios serba baru pada Oktober tahun lalu. Pada ketika itu, tiga varian ditawarkan iaitu 1.5E, 1,5G dan 1.5S dengan empat pilihan warna.

Mahu memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., mengetengahkan dua lagi varian baru yang disifatkan sebagai lebih mampu milik, dikenali sebagai Vios J pada pertengahan tahun 2008. Sekali lagi, jualan yang dicatatkan adalah memberangsangkan dengan purata sekitar 2,500 unit sebulan.





Memandangkan ia dihasilkan sebagai sebuah kenderaan bajet, adalah tidak adil untuk anda membuat ekspektasi bahawa semuanya ada, pada sebuah Toyota Vios J. Sememangnya pengenalan varian ini dilihat sebagai tepat, berikutan kenaikan harga petrol yang sukar dijangka.

Jika dilihat dari aspek luaran, tiada perubahan ketara yang membuatkannya ia berbeza berbanding varian lain, kecuali mereka yang benar-benar mengenali model ini.

Selain, huruf 'J' yang tertampal di bahagian belakang sedan ini, Vios J hadir tanpa sebarang 'perkakasan' tambahan seperti side skirt, lampu kabus dan lampu isyarat pada perumah cermin sisinya.

Malah, tayar yang ada pada model ini hanya berdiameter 14 inci. Ya, memang sedikit kecil untuk sebuah kereta segmen sedan bukan tempatan, apatah lagi jika hendak dipadankan dengan bumper hadapannya yang begitu lebar.


ENJIN VVT-i bersesaran 1.5 liter ini berkuasa dan tidak mengecewakan.

Unit pandu uji Toyota Vios J kali ini bertransmisi manual. Harus penulis katakan bahawa unit enjin bersesaran 1.5 liter ini tidak mengecewakan. Malah, enjin empat silinder 16 injap DOHC dengan sistem VVT-i ini dapat menghamburkan kuasa sewajarnya setiap kali klac dipijak dan gear ditukar.

Dilihat di atas kertas, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 109 PS @ 6,000 rpm dengan tork maksimum 141 Nm pada putaran enjin mencecah 4,200 rpm.

Kotak gear lima kelajuan ini juga dapat berkolaborasi dengan cukup baik. Jadi, jangan lupa untuk merasai kuasanya dengan dengan membiarkan jarum rpm naik hingga takat maksimum.


RUANG dalaman Vios J yang tidaklah kelihatan terlalu murah.

Berada di dalam kabin Vios J, anda akan dihidangkan dengan lakaran papan pemuka yang sama seperti varian Vios lain. Keseluruhan 'wilayah' ini dikuasai oleh material plastik berwarna hitam, tetapi tidaklah membuatkannya nampak terlalu murah.

Konsol tengahnya menempatkan corong pendingin hawa dan unit audio satu DIN. Di bahagian bawah ruang penyimpanan barang, tiga tombol bulat untuk mengawal suhu, kelajuan dan mode pendingin hawa disusun dalam bentuk tiga segi.

Jika untuk varian 1.5S dan 1.5G kawasan ini berwarna perak, Vios J memberikan sekali lagi kepada anda warna hitam. Tiada butang-butang untuk kawalan audio pada sterengnya. Sementara tombol gearnya juga terasa sedikit membosankan.

Tempat duduknya pula disalut dengan fabrik berwarna kelabu gelap, nampak bagus dan boleh bertahan dalam tempoh yang lama. Tahap NVH model ini tidaklah begitu membanggakan, anda masih boleh mendengar bunyi angin sekiranya memandu dalam kelajuan yang tinggi.

Tetapi, kesemua ini tidak membuatkan Vios J sebuah sedan yang tidak berbaloi untuk dimiliki. Ini kerana Vios J menjanjikan pemanduan yang selesa menerusi penggunaan suspensi topang MacPherson buat roda hadapan dan sistem suspensi jenis torsion beam pada baki tayarnya yang dibuat pada talaan agak lembut.



Tanpa beg udara SRS, aspek keselamatan lebih terarah kepada sistem keselamatan aktif seperti brek ABS, sistem EBD (Electronic Brake Distribution) dan BA (Brake Assist) bagi memberikan lebih keyakinan ketika hendak memberhentikan sedan ini.

Vios J mengaplikasikan brek cakera untuk roda hadapan dan brek gelondong buat roda belakangnya. Sama seperti varian yang lain, Vios J dibina di atas kerangka yang melepasi standard GOA (Global Outstanding Assessment) binaan Toyota.

Stereng model ini juga terasa begitu ringan, terima kasih kepada sistem EPS (Electronic Power Steering) yang sedikit sebanyak turut membantu dalam menjimatkan penggunaan minyak. Sama seperti rakan-rakan lain yang pernah memandu uji Vios J, penulis juga gagal untuk menghabiskan setangki petrolnya.

Varian Vios J ditawarkan pada harga RM69,825 seunit untuk transmisi manual (bersama insurans) dan RM73,525 seunit (automatik empat kelajuan). Hanya tiga warna ditawarkan iaitu hitam, perak dan biru.





ni aku nak pesang kat din... vios ni tarak mcm dugong langsung wokey.. ..  cuzzen aku baru beli best aku naik ronda2 rumah sedara masa ghayer...    smooth betul... best gak vios ni ghopanyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2008 08:00 PM | Show all posts
73525
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 08:40 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

aiyakkk.. ini tred sudah ada laa bang amazed..
sure makan rendang banyak sangat ni gamaknyerrrr

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &highlight=vios

mod, merge plsssssssssss....  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 11:03 PM | Show all posts

Reply #3 takumi86's post

aiyakkkkkkkkk  aku punyer serber semalam kiok ler taku...  
tu yang bila aku search tak bley nak kuar apa pung... :@

ko tulun ler merge kan.. cisssssssssss   padan muka aku nih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:43 AM | Show all posts
J model ni pakai petrol ron 95 bole x?
sape ade pengalaman pakai?


tq
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 12:01 AM | Show all posts
J model ni pakai petrol ron 95 bole x?
sape ade pengalaman pakai?


tq
NOKIA_14 Post at 6-1-2011 09:43



    rajin selak balik tred lama... bagus.. heheh... mmg bole pn pakai RONsembilanlime.. takda hal la... bukan 2000cc keatas pn.. mahupun pendesak turbo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2011 10:50 AM | Show all posts
Menyedihkan Vios J ni.......Patutnya dijual pada harga RM45K je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 02:53 PM | Show all posts
ni kira vios paling basic le nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 02:59 PM | Show all posts
nampak banyak giler kete vios baru kaler putih kat jalan raya .
cam okay jerk.
aku pakai new honda city tapi
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 03:09 PM | Show all posts
Menyedihkan Vios J ni.......Patutnya dijual pada harga RM45K je
penyo. Post at 7-1-2011 10:50


Oit MITI pun nak gosok perut jugak...hingat salesman sowang aje ke nak gosok perut
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 09:27 PM | Show all posts
salam

if sy berminat nk beli vios ni
bolee rekemen mana dealer dan branch yg bagus
dan offer yg terbaik?


tqq


regards
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:28 PM | Show all posts
salam

if sy berminat nk beli vios ni
bolee rekemen mana dealer dan branch yg bagus
dan offer yg ...
zarul427 Post at 6-2-2012 21:27


abes semua thread vios ko ping erk?

btw ckp la ko dok area mana br senang org nak rekmen.

ni kalo ko dok kat tanah merah nun x kan org nak rekmen kedai kat sijangkang nun? huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:28 AM | Show all posts
honda city much better
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 03:10 PM | Show all posts
abes semua thread vios ko ping erk?

btw ckp la ko dok area mana br senang org nak rekme ...
otai_g Post at 6-2-2012 11:28 PM



    hehehehheheheh
    area kl/kajang/seri kembangan/shah alam/puchong/pj/damansara


regards
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 08:32 PM | Show all posts
The truly Dugong
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 11:20 PM | Show all posts
The truly Dugong
penyo Post at 7-2-2012 20:32



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050391 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list