CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6634|Reply: 21

Salam Aidil Adha : Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

[Copy link]
Post time 18-10-2008 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 11-8-2019 11:47 AM

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaankamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


http://mydungun.com.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=4

[ Last edited by  BeachBoys at 18-10-2008 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2008 05:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2014 02:57 PM | Show all posts
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
bersalawat ke atas Nabi (Muhammad S.A.W).
Wahai orang-orang yang beriman
bersalawatlah kamu ke atasnya
serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
(33:56)

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 02:02 PM | Show all posts
Mengapa mencintai Rasulullah?
sumber pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/?p=31280



Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 02:05 PM | Show all posts
DALAM merayakan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang merupakan suatu detik yang bersejarah dalam peradaban umat manusia, para fuqaha ahli sunnah mengkategorikan tradisi perayaan Maulidur Rasul ini sebagai bidaah hasanah. Demikian juga praktik perayaan Maulidur Rasul di negara kita telah menjadi tradisi yang mengakar dan dihormati serta mendapat dukungan daripada para ulama dan cendekiawan Muslim setempat.

Demikian juga perayaan Maulidur Rasul di negara Islam lain tidak kurang hebatnya. Di Mesir, utara Iraq, Turki, Afrika Utara, China, Iran, dan Maghribi perayaan Maulidur Rasul disambut dengan meriah dan diisi dengan khutbah dan pembacaan syair-syair tentang kemuliaan Rasulullah. Perayaan ini disambut bagi mengingatkan peri pentingnya menjaga semangat keislaman dan kecintaan pada Nabi agar dapat terpelihara dan kukuh dalam sanubari umat Islam di bawah tekanan modenisasi dan propaganda sekularisme.


Penulis teringat kisah pada akhir tahun 1920-an, tuan guru Haji Abdul Rahman Selehor, iaitu tokoh ulama dari Tumpat Kelantan, pernah dikritik hebat oleh akhbar-akhbar perdana pada waktu itu kerana mempelopori perayaan Maulidur Rasul secara besar-besaran. Hal demikian itu, kerana bagi sesetengah pihak perbuatan ini satu bidaah dan sesat. Kononnya, ia dianggap satu perkara yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Sebenarnya perayaan Maulidur Rasul adalah hal yang amat digalakkan sebagai wadah bagi melahirkan kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah? Kerana baginda sememangnya wajar untuk dicintai. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya’’ (Surah an-Nisa’: ayat 69).


Kita tidak mempertuhankan baginda. Kita hanya mengatakan bahawa baginda seorang hamba Allah dan Rasul-Nya. Kewajipan umat baginda hanyalah mengarahkan perhatian kepada baginda dan mengikutinya dengan sebaik-baiknya. Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin dan kepimpinannya itu hanyalah bagi orang yang menginginkannya. Baginda adalah pemimpin bagi orang-orang yang taat, benar dan ikhlas serta pemimpin bagi para wali (kekasih) Allah.





Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 02:06 PM | Show all posts
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu seperti orang-orang Nasrani yang menganggap nabi mereka, Nabi Isa putera Mariam sebagai Tuhan atau anak Tuhan. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan Rasul-Nya.

Justeru, mencintai Rasulullah menjadi suatu keharusan dalam konteks iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan suka atau tidak suka. Seorang Muslim perlu menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekalipun. Idealnya, mencintai Rasulullah lebih daripada segala sesuatu yang dia miliki, bahkan dirinya sekalipun. Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna. Sabda Nabi yang bermaksud: Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih dia cintai daripada dirinya sendiri.


Meskipun begitu, terdapat juga beberapa mazhab yang menentang adanya perayaan serupa itu. Salah satu mazhab yang menentang perayaan Maulidur Rasul itu adalah kaum Kharaji di Oman. Namun para fuqaha besar seperti Ibnu Hajar, al-Nawawi, al-Syaukani serta para ulama ortodoks lainnya dalam karya-karya mereka menegaskan bahawa perlunya perayaan Maulidur Rasul disambut oleh setiap orang Muslim.


Kaum ulama mazhab Sunni (kaum Salafi) keturunan mazhab Hambali sentiasa berada pada barisan depan dalam mempromosikan perayaan-perayaan Islam di pelbagai tempat. Contohnya, Ibnu Taimiyah, seorang ulama Syria abad pertengahan, memberi pandangan: “Merayakan dan memberi rasa hormat kepada kelahiran Rasulullah dan memandangnya saat yang bersejarah sebagaimana yang dilakukan saudara Muslim kita adalah suatu perbuatan positif. Di dalam perbuatan itu terkandung ganjaran yang besar di sisi Allah kerana niat tulus dan ikhlas mereka menghormati Nabi Muhammad.’’


Dalam tradisi kaum Salaf, para Salaf al-Shalih ini telah menghasilkan karya-karya apresiatif atau berbentuk penghargaan terhadap perayaan Maulidur Rasul yang secara khusus dibicara di hadapan umat Islam pada setiap kali perayaan itu. Salah satu di antaranya ialah karya Ibnu Katsir berjudul Maulidur yang dianggap terbaik di antara karya-karya kaum salaf itu. Karya Ibnu Katsir itu terkenal di kalangan kaum Muslimin di seluruh dunia.
Mufasir besar ini memulakan maulidnya dengan mengatakan: “malam kelahiran Nabi agung itu adalah suatu malam yang penuh berkat, penuh kesakralan, kemuliaan, keagungan. Dan malam itu juga merupakan malam yang sinar cahaya dan malam yang tidak ternilai harganya bagi para pengikut setia Muhammad.’’


Imam al-Bukhari menyebutkan, daripada Kaab bin Ajrah yang berkata bahawa Nabi ditanya: “Ya Rasulullah, salam kepada tuan telah kami ketahui, namun bagaimana dengan selawat?’’, Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kamu, Allahumma shalliala Muhammad waali Muhammad.’’
Abu Said al-Khudri berkata,“Ya Rasulullah, ini adalah salam, namun bagaimana kami mengucapkan selawat kepada tuan?’’ Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kamu Allahumma shalli ala Muhammad waali Muhammad.’’


Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. “Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kepadanya, dan berilah salam dengan bersungguh-sungguh.’’ (surah al-Ahzab: 56).
Imam al-Bukhari menyatakan di dalam sahihnya pada bahagian al-Tafsir, bahawa menurut Abu al-Aliyah, maksud selawat daripada Allah itu adalah sanjungan Allah terhadap Nabi Muhammad di hadapan para malaikat-Nya. Sedangkan selawat malaikat itu adalah doa.


Dalam komentarnya terhadap tafsir Jalalayn tentang surah al-Ahzab ayat 56 (Allah telah melimpahkan kasih sayang dan meredai nabi-Nya. Para malaikat memanjatkan doa untuknya, maka wahai orang-orang yang beriman, panjatkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad). al-Arif al-Shawi menyatakan bahawa di dalam ayat tersebut tersirat satu dalil yang amat besar bahawa Rasulullah adalah tempat curahan rahmat dan makhluk yang paling utama secara mutlak. Qadi Iyadh berkata, “Seluruh ulama telah sepakat, bahawa ayat ini menunjukkan pengagungan dan pujian terhadap Nabi yang tidak terdapat pada orang lain selain beliau.’’



Banyak riwayat hadis menyebutkan bahawa seluruh makhluk mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad berhenti di Baitulmaqdis melakukan solat dan berjemaah dengan semua nabi dan rasul. Nabi sebagai imam. Pertemuan tersebut diawali dan diakhiri dengan menyampaikan selawat kepada baginda sebagai tanda penghormatan tertinggi yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad.


Ketika Allah mewajibkan umat manusia untuk mencintai Nabi Muhammad , arahan tersebut jelas bukan satu perintah tanpa tujuan. Namun begitu, tujuan tersebut juga bukan sesuatu yang kepentingannya akan kembali kepada Allah atau Rasul-Nya. Dengan demikian, mencintai Rasulullah adalah satu perintah yang manfaatnya semata-mata untuk kepentingan manusia itu sendiri.

Di antara manfaatnya, kita merasakan akan terpaut hati ini kepada peribadi Nabi Muhammad. Apabila kita jujur dalam mencintai Nabi Muhammad, maka akan terbit kerinduan terhadap baginda.
Hal demikian ini, akan membawa kita untuk mengetahui secara mendalam tentang diri baginda yang mencakupi aspek kehidupan peribadi, keluarga, hubungan sesama Muslim dan sebagainya. Justeru itu, apabila kita ingin mengetahui sejarah Nabi Muhammad, hendaklah ia diawali dengan rasa cinta terlebih dahulu. Di sinilah, kita akan mengetahui mengapa Allah mewajibkan mencintai Nabi Muhammad.


Kita memohon kepada Allah agar mengukuhkan keberadaan dan perjalanan hidup kita di jalan Rasulullah, menjadikan kita sebagai pengikut setia baginda, memberi kita kesempatan untuk meneguk air telaga kasihnya dan menghimpunkan kita di bawah panji kemuliaannya.
Justeru, perayaan Maulidur Rasul yang disambut saban tahun adalah di antara tanda kasih sayang dan rasa terima kasih kita terhadap Rasulullah. Selawat dan salam untuk baginda yang menyuluh jalan kita dengan syafaatnya.ABABIL





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2017 02:12 PM | Show all posts
binnabil huda




















Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak caye yg ni thread aku...hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
By the way, bila ID aku nak kembali normal?

Tolong buang "cmf_" tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 01:54 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 30-11-2017 10:29 PM
Macam tak caye yg ni thread aku...hihihi

iye
memang baik sekali
maklumlah nak ingatkan sesama kita - tentang nasihat Rasulullah pada umatnya

cuma janganlah dimerahkan/highlight yg sebahagian je
kan semuanya tu adalah perkataan NABI
kena ambil pakai semuanya lah ye, baru dapat masuk golongan ASWJ
kalau ambil setompok2 je, jadi cam tompok2 taik unta je le kan ....betul tak?

tq
KETENANGAN ITU MENDAMAIKAN
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 01:58 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 30-11-2017 02:02 PM
Mengapa mencintai Rasulullah?sumber pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/?p=31280

Menyintai Rasulullah dgn berarak?
mushkil jugak aku camni
kat Kitab HADITH yg mana satu ni ye yg diambil praktikkan

hanya
aku teringat PESAN RASULULLAH....
SEKIRANYA KAMU MENYINTAI AKU, MAKA BERSIAP SEDIALAH
KERANA KEMISKINAN AKAN DATANG PADAMU LEBIH DERAS DARI AIR YG TURUN DARI BATU

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2017 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah pun kalau nak berarak...takde ulama pun kata berarak tu haram dah boleh masuk neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 09:29 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 3-12-2017 02:02 AM
Tak salah pun kalau nak berarak...takde ulama pun kata berarak tu haram dah boleh masuk neraka.

ni bukannya ttg salah atau tak salah
tapi ttg .....TAATLAH ALLAH, TAATLAH RASUL
camna nak kata TAAT RASUL
yg berkitab2 Hadith Shoheh pun tak dijalankan dgn sempurna
nak juga pada yg di ADA-ADAKAN ( depa kata apa -bidaah kot)

amacam kalau kita syorkan
wat Subuh dan Maghrib 4 rokaat juga
mudahkan, tak yah dok kira2 selalu (especially masa dok Solat)
tak haram kan dan lom tentu masuk neraka kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 5-12-2017 09:29 PM
ni bukannya ttg salah atau tak salah
tapi ttg .....TAATLAH ALLAH, TAATLAH RASUL
camna nak kata T ...

???????????????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 07:58 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-12-2017 10:47 PM
???????????????????????????????

faham ke atau buat2 tak faham???
pandai2lah bawa diri kat dunia ni
aku hanya sampaikan aje

SABDA MUHAMMAD: DI AKHIR ZAMAN KELAK APABILA UMATKU TELAH ROSAK
  DAN KAMU DAPAT SUNNAHKU, MAKA GIGITLAH DGN GIGI GERAHAM KAMU KUAT2
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 02:37 PM | Show all posts
Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


sekarang nie sistem perbankan semua ada interest.. loan yg kita buat tuk hire purchase, beli rumah dsb pun ada interest (riba').. persoalannya, pemansuhan riba dalam perbankan Islam tu, memang betul2 mansuh ke? atau sekadar tukar terma je? can someone pls illuminate me.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2018 10:21 PM | Show all posts
Hayatilah inti pati khutbah  yg disampaikan oleh rasulullah saw  1 400 tahun dahulu; nilaikan apa yg dibimbangi baginda, dan apa yg berlaku sekarang dan apa cabarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 10:24 PM | Show all posts
ketahuilah baginda sw beserta sahabat bersusah payah mempertahankan Islma sekudrat yg boleh  dan gigihnya usaha pendakwah melalui jalan sutera dalam membawa risalah tauhid, jadi  hargai mereka , dan   ketahuialh ini bukan inisiatif yg mudah tapi dilakukan atas redha ALLAH.. so powerful.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2019 11:49 AM | Show all posts
selamat mendengar , semoga mendapat manfaat


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2019 11:50 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 11-8-2019 11:51 AM

binnabil huda


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053629 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list