View: 6825|Reply: 4
|
Kekalkan warisan Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
Kekalkan warisan Pulau PinangOleh SUBASHINI RAJANDRA
[email protected]
Rancangan untuk mendirikan beberapa buah bangunan pencakar langit besar kemungkinan menggugat status zon warisan dunia ini.
TEMBOK Fort Cornwallis.
PEMBINAAN empat buah hotel di zon larangan pembangunan pesat di Pulau Pinang telah menimbulkan 'kekecohan'. Isu ini mendapat perhatian awam berikutan rancangan mendirikan bangunan pencakar langit di zon itu. Besar kemungkinan, pelaksanaannya akan menggugat status zon warisan dunia seperti yang diiktiraf oleh UNESCO.
Seluruh rakyat Malaysia menyambut baik berita pengisytiharan Georgetown dan Melaka sebagai tapak warisan dunia pada 7 Julai 2008.
Dua bandar bersejarah ini tersenarai sebaris dengan 139 buah negara lain yang mempunyai tapak warisan dunia. Namun, tugas penyenaraian ini tidak semudah yang disangka.
Daripada pengumpulan dokumen zaman silam yang masih utuh dan sah diterima hinggalah penyertaan yang menepati kriteria-kriteria yang digariskan oleh UNESCO, segala-galanya mengambil masa untuk dinilai oleh jawatankuasa khas.
MASJID Kapitan ******.
Tujuh tahun lalu, kerajaan negeri Melaka dan Pulau Pinang membuat aplikasi secara bersama, namun nasib tidak menyebelahi kerana dokumen yang disertakan tidak lengkap, termasuk komitmen yang mengecewakan daripada pihak berkuasa.
Namun begitu idea yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memegang portfolio Menteri Pelajaran pada tahun 1995 hingga 1999 itu diteruskan. Kini, komitmen yang konsisten membuahkan hasil yang cemerlang dan boleh dibanggakan hingga generasi seterusnya.
Bukan hanya bergelar Bandar Raya Warisan Dunia atas nama tetapi penyenaraian ini merupakan salah satu pemangkin utama dalam melonjakkan sektor pelancongan di Pulau Pinang dan Melaka.
Sungguhpun begitu, banyak perkara diungkitkan dan dipertikaikan dalam kes zon warisan dunia di Pulau Pinang.
Ada pihak membangkitkan isu kewujudan dan peradaban masyarakat Melayu dipinggirkan sekalipun Masjid Melayu Jalan Acheh dan Masjid Kapitan ****** diwartakan oleh UNESCO.
DERETAN bangunan kedai yang bercirikan seni bina British.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal enggan berganjak selagi tidak mendapat penjelasan yang menyakinkan berhubung masalah ini daripada kerajaan negeri.
Orang ramai terutamanya anak jati Pulau Pinang, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan Pulau Pinang memandangkan zon warisan dan zon ini perlu dijauhi daripada sebarang jenis pembangunan pesat.
Ini kerana pembangunan pesat akan menjejaskan imej zon warisan yang tentunya akan dimamah era globalisasi yang tidak terkawal.
Tatkala penganugerahan ini menjadi milik Pulau Pinang selepas tiga kali ditolak, Presiden Yayasan Warisan Pulau Pinang (PHT), Dr. Choong Sim Poey tergamam seketika memikirkan kenapa pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui dalam perjanjian UNESCO sebelum ini.
"PHT telah mengenal pasti lima buah bangunan tinggi di kawasan utama dan penampan zon warisan. Ini sudah tentu melanggar garis panduan pihak UNESCO."
Sebelum ini, Choong pernah mengingatkan kesan proses urbanisasi yang memberi tekanan di kawasan sekitar zon warisan sedunia. "Selama 12 tahun, PHT, MPPP dan kerajaan negeri yang lalu bekerjasama untuk memperoleh pengisytiharan tersebut. Saya ingin tahu, apakah alasan MPPP membenarkan projek ini diteruskan," katanya yang berpendirian tegas.
MENARA Jam Jubli Queen Victoria.
Ahli sejarah, Tan Sri Prof. Dr. Khoo Kay Khim, turut melahirkan kekesalan atas sikap segelintir individu yang lebih mementingkan keuntungan dan nilai komersiol daripada menghargai nilai-nilai sejarah yang terdapat di zon warisan dunia sejak beratus tahun.
"Warisan bangunan Pulau Pinang yang bercirikan budaya dan tradisi turun-temurun, bukan sahaja terkenal di Malaysia, tetapi juga dikenali di negara barat. Kita semua berbesar hati dengan pemilihan Pulau Pinang dan Melaka ini. Tetapi apabila ia dinodai, banyak hati yang terguris."
"Kerajaan harus memahami perasaan masyarakat sejagat. Projek ini masih boleh dijalankan tetapi cari lokasi baru yang lebih jauh," katanya yang mencadangkan supaya idea asal untuk membina hotel digantikan dengan penyediaan rumah kampung yang lebih diminati pelancong asing.
Jika gelaran ini dilucutkan pada masa akan datang akibat sikap manusia yang alpa dan mata duitan, maka keadaan akan menjadi lebih buruk kerana proses permohonan terpaksa diulang semula.
Prof. Madya A. Ghafar Ahmad, pensyarah pusat perancangan bandar dan perumahan Universiti Sains Malaysia (USM), juga berharap agar rancangan untuk membina hotel setinggi 20 tingkat di zon warisan Georgetown dibatalkan.
"Kalau nak bina bangunan hotel lima tingkat pun, kena fikir panjang. Inikan 20 tingkat yang boleh menjejaskan kedudukan dan status zon warisan tersebut. Apa salahnya mengubahsuai bangunan-bangunan lama yang usang dan terbiar, ditukar menjadi hotel butik. Lagi cantik dan tidak menggugat nilai sejarah," katanya.
Beliau juga menambah, menara tinjau yang didirikan di salah satu tapak warisan dunia di Jerman telah diberi amaran keras oleh UNESCO meskipun ia terletak tiga kilometer dari zon yang diwartakan.
Selain Pulau Pinang dan Melaka, Malaysia mempunyai dua lagi tapak warisan iaitu Taman Negara Mulu, Sarawak dan Taman Negara Kinabalu, Sabah yang diiktiraf pada tahun 1988. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haku harap shemua neh dikekalkan.... Maju.. Maju gak... warisan sejarah takkan nak "hapuskan" gak demi pembangunan? |
|
|
|
|
|
|
|
tu lah negara kita ni...
kalau di oversea contohnya aberdeen, ada akta yang menghalang bangunan warisan ni di runtuhkan. kalau di union street (satu kaw. shopping utama kat sini) semua facade bangunan dia tak berubah sejak tahun 1900. tapi, kalau masuk dalam kedai semuanya moden. diorang dibenarkan renovate dalam bangunan sahaja. lantaklah nak pecahkan semua tingkat dan nak buat apa pun, asalkan kat luar tak boleh ubah.
kalau sign board pun ada size yang di benarkan so tak lah macam kat penang street signboard macam2 jenis, bentuk, kaler, size memang nampak caca marba. mungkin kita masih kena belajar dgn bangsa asing pasai conservation ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan sekarang menghadapi 2 masalah:
nak kemajuan / nak warisan?
Nak kemajuan, warisan terancam.
Nak warisan, pembangunan terhad.
Jikalau pembangunan dihadkan, mungkin pemaju akan saman kerajaan negeri pasal plan dah diluluskan oleh kerajaan yg lalu...susah, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
RapidPenang Sedia Bas Percuma Keliling Tapak Warisan Dunia
PULAU PINANG, 20 Jan (Bernama) -- Rapid Penang Sdn Bhd (RapidPenang) akan memperkenalkan perkhidmatan bas percuma di sekitar kawasan Tapak Warisan Dunia Georgetown mulai Jumaat ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perkhidmatan bas yang dikenali dengan nama Central Area Transit (CAT) itu dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong asing dan tempatan ke Pulau Pinang.
"Kerajaan negeri menyambut baik perkhidmatan itu yang akan membawa penumpang mengelilingi kawasan tapak warisan bersejarah, pusat membeli belah, lokasi tarikan pelancong dan Terminal Feri Pengkalan Raja Tun Uda itu.
"Kami jangka perkhidmatan itu mampu menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang kerana ia pasti akan memudahkan pergerakan pelancong di sekitar pusat bandar Georgetown," katanya pada satu persidangan akhbar selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif RapidPenang, Azhar Ahmad di pejabatnya di sini hari ini.
Lim berkata 19 buah stesen perhentian bas disediakan sepanjang laluan bas CAT, dan bas akan berlepas setiap 15 minit dari stesen pertama.
"Maklumat lanjut hasil kerjasama antara kerajaan negeri dan RapidPenang ini akan diumumkan pada hari pelancarannya Jumaat ini," katanya.
Sementara itu Azhar berkata 15 laluan baru iaitu 14 laluan di bahagian tanah besar akan mua diperkenalkan awal bulan depan bagi memenuhi permintaan pengguna.
"Satu laluan baru dibahagian pulau ialah laluan terus dari pusat bandar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL). Kami membuat laluan-laluan baru ini ekoran permintaan tinggi daripada masyarakat umum dalam dan luar negara yang memerlukan perkhidmatan bas untuk memudahkan pergerakan mereka," katanya.
Beliau berkata RapidPenang juga akan menambah bilangan bas sedia ada iaitu daripada 150 buah kepada 350 buah dalam tempoh sepanjang tahun ini bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat.
Katanya pihaknya mencatatkan purata jumlah penumpang seramai 1.3 juta orang sebulan berbanding 1.6 juta sejak Ogos lepas dan ini menunjukkan satu perkembangan positif.
Sementara itu Lim berkata kerajaan negeri menyambut baik pelancaran laluan penerbangan antarabangsa Pulau Pinang ke Macau oleh syarikat penerbangan AirAsia kerana ia dijangka menarik lebih ramai pelancong asing ke Pulau Pinang.
Katanya penerbangan Air Asia itu adalah satu permulaan yang baik bagi Pulau Pinang kerana secara tidak langsung ia mampu mempromosikan negeri.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|