CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5450|Reply: 31

Pengganti minyak hitam?

[Copy link]
Post time 15-11-2008 08:16 AM | Show all posts |Read mode
dah ada blom?

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.
Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama


- baguih nih, time nak tukar minyak baru kang, minyak lama bleh recycle goreng ayam.. kekeke..

[ Last edited by  nascimento at 15-11-2008 08:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 09:18 AM | Show all posts
bagusla kalo camtu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 09:24 AM | Show all posts
kalu nak lebih kuasa enjin...cuba bubuh minyak lintah tapa sebagai minyak itam
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 10:37 AM | Show all posts
macam best jer...kurang pencemaran..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:19 PM | Show all posts
boleh ke??
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 02:15 PM | Show all posts

Balas #3 zzcbr\ catat

tuh enjin tuan kereta ler tuh nak power lebih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2008 03:02 PM | Show all posts
tak nak aku tanggung risiko utk jangka masa panjang..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 02:56 AM | Show all posts
tak pe tunggu dulu depa pakai berape lame tahan..
hu4..aku pon tak sanggup nak tanggung risiko..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 10:55 AM | Show all posts
nak cuba kat motor teman duluuu.......
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:23 PM | Show all posts
nak jimat sepuluh dua...sekali rosak,bohtsk kepala..

lagi pun, tgk lah keta apa yg derang wat xperimen tu....

kalu kena kat keta mahal tosse apa macam apa ?


p/s: pernah guna minyak kelapa untuk:

1. 2t motor masa ekpedisi pos iskandar... masa tu naik srcamb, getah tangki 2t terlucut, abis 2t, guna miyak kelapa yg di pow dari asli pos iskandar...

2. buat minyak rambut... sebab abis stok...

tak pernah buat:

1. guna minyak kelapa mengantikan ky jelly yg dah abisss..... cabuttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:29 PM | Show all posts
kreatif betul org melayu sekarang..  


kalau enjin rosak, mula lah salahkan proton..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:04 AM | Show all posts
Kalau motor honda cup memang boleh pakai minyak masak ganti minyak hitam. Kereta tak pasti lak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 09:30 AM | Show all posts

Reply #10 geng_tx's post

ky jelly la yg patut diguna utk ganti minyak itam kereta... kan ke pelincir tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 04:07 PM | Show all posts

Reply #13 bzzts's post

sungguh licin 'perjalanan' itu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by nascimento at 15-11-2008 08:16 AM
"Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."



tak sangka pulak aku makan minyak paling sintetik tiap2 hari
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:11 PM | Show all posts

Reply #15 slax's post

Tapi lepas ni jangan lak pi goreng ikan ker ayam ker haper ker pakai minyak itam lak, hehehehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 05:16 PM | Show all posts
haku biasanyer guna minyak kuning (kebanyakan brand), minyak merah (cap toyota kalau tak silap haku, ader satu jenis kaler merah) dan minyak hijau (brand Duckhams hyper grade), tak pernah lagi jumpa minyak enjin kaler hitam.. wakakkak

dier kaler hitam sebab dah kotor
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:19 PM | Show all posts

Reply #17 Fast-N-Furious's post

Kalau minyak cap buruh lak dah pernah try tak...?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 17-11-2008 05:19 PM
Kalau minyak cap buruh lak dah pernah try tak...?

bulum try.. tapik kalau haku nak try, mintak kat McDonald jer, dier worang goreng frice ader banyak lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 01:47 AM | Show all posts
Originally posted by Fast-N-Furious at 17-11-2008 05:16 PM
haku biasanyer guna minyak kuning (kebanyakan brand), minyak merah (cap toyota kalau tak silap haku, ader satu jenis kaler merah) dan minyak hijau (brand Duckhams hyper grade), tak pernah lagi ju ...


kotor sebab banyak daki dalam enjin tuh..
agak2 minyak sapi ke, minyak jagung pun boleh on ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.059593 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list