CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85606|Reply: 131

Silat Cekak

[Copy link]
Post time 6-12-2008 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Silat Cekak umumnya terbahagi kepada dua.. Cekak Malaysia dan Cekak Hanafi.. Without prejudis, nak gak kongsi idea dan info pasal silat cekak ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 10:29 PM | Show all posts
Masing-masing mendakwa merekalah yang mengikuti silat cekak yang asli sehingga timbul permusuhan antara satu sama lain. Malang sungguh silat melayu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 10:37 PM | Show all posts
Kedua-duanya sama saja. Pergerakan dan nama buah pun sama. Aku masuk silat nie time study kat USM dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2008 11:49 AM | Show all posts

Balas #2 Oranggunung\ catat

Rugi kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2008 11:51 AM | Show all posts

Balas #3 musang_api\ catat

Ko masuk cekak malaysia ke..

Buah mmg sama.. dua2 dari pengasas yg sama.. Allahyarham ustaz hanafi ahmad..

Yg berbeza dari segi persatuan dan guru utama..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2008 11:54 AM | Show all posts
Aku belajar silat cekak hanafi.. So aku blehle cite serba sedikit pasal cekak hanafi.. sapa2 yg cekak malaysia mungkin bleh share jugak.. xmaule gado2 yer.. klu ngan silat dan martial arts lain bleh berbaik, kenapa tidak dengan silat yg aliran hampir sama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-12-2008 02:56 PM | Show all posts


lambang persilatan silat cekak hanafi
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 07:18 PM | Show all posts
Tak pernah masuk silat
Tapi pernah tengok dia orang berlawan tongkat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2008 07:05 PM | Show all posts

Balas #8 es@h\ catat

Oo. Yg berpasangan atau kumpulan? Ko tgk kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 01:10 AM | Show all posts

Reply #1 Talisman's post

talisman belajo silat cekak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2008 06:58 PM | Show all posts

Balas #10 decent_sho\ catat

refer post #6
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2008 08:31 AM | Show all posts


Salah satu buah silat cekak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 11:13 PM | Show all posts
Silat Cekak Hanafi tubuh akademi
Oleh NAZARALI SAERIL

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Seni Silat Cekak Hanafi melakukan anjakan paradigma apabila menjadi perintis kepada semua pertubuhan silat seluruh negara dengan menubuhkan sebuah akademi ala Institusi Pengajian Tinggi (IPT) demi memartabatkan warisan bela diri Melayu itu.

Pemangku Presidennya, Md Nasir Md Arshad, berkata Akademi Silat Cekak Hanafi (ASCH) akan dilengkapi pelbagai peralatan serta kemudahan sokongan selain silibus pelajaran khas bagi memastikan pelajar dan jurulatih mendapat pengetahuan teori juga praktikal terbaik.

“Dengan adanya ASCH, kita mampu mengeluarkan pelajar serta jurulatih berwibawa. Mereka perlu lulus setiap ujian dijalankan, sama ada teori atau praktikal, untuk mendapatkan sijil, diploma atau ijazah.

“Tujuan penubuhan akademi berkenaan ialah memastikan warisan seni bela diri Melayu ini tidak dipandang sepi generasi akan datang, selain menjadikan silat lebih bersifat global,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 1403 Hijrah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Selangor, Yaakob Sapari.

Menurut Md Nasir, pihaknya mencari tapak seluas kira-kira empat hektar bagi membina akademi berkenaan dan Selangor menjadi lokasi pilihan utama.

“ASCH ditubuhkan selepas mendapat kelulusan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi pada 22 Mei 2008 menerusi Silat Cekak Hanafi Sdn Bhd.

“Kami harap pembukaannya dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Kita mahu setiap pelajar serta jurulatih silat ini menerima pengetahuan terbaik sebelum ia dicurahkan kepada generasi akan datang,” katanya.

Selain itu, pelajar serta jurulatih keluaran ASCH diharap mampu menghasilkan lebih banyak bahan akademik berkaitan silat berkenaan dan lain-lain lagi untuk dijadikan rujukan.

“Silat Cekak Hanafi melahirkan kira-kira 65,000 pelajar serta jurulatih sejak ditubuhkan 44 tahun lalu dan ia semakin berkembang berdasarkan minat mendalam generasi muda yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara.

“Dengan adanya ASCH, seni warisan bangsa kita ini diharap tidak pupus atau ketinggalan berbanding seni bela diri bangsa lain,” katanya.

Sementara itu, jurulatih silat berkenaan, Roslan Zairi Ahmad Zawawi, 34, bersetuju dengan penubuhan ASCH kerana ia bukan saja meningkatkan darjat seni bela diri warisan bangsa Melayu berkenaan, malah mampu menarik lebih ramai golongan profesional menyertainya.

“Penubuhannya mampu menjadikan silat ini lebih dinamik selain tersusun. Dalam masa sama, pelajar serta jurulatih keluarannya pasti menerima lebih banyak input berkaitan teori serta praktikal,” katanya yang bertugas sebagai jurulatih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by Talisman at 6-12-2008 09:15 PM
Silat Cekak umumnya terbahagi kepada dua.. Cekak Malaysia dan Cekak Hanafi.. Without prejudis, nak gak kongsi idea dan info pasal silat cekak ni..


Umum sangat.. haha.. Sebenarnya bukan perguruan silat yang mengaku diwarisi oleh Ustaz Hanafi sahaja yang menggunakan perkataan "Cekak". Ada juga silat lain seperti Silat Cekak Bangkahulu dan lelain lagi. Perguruan Silat Cekak yang mengaku mewarisi dari Ustaz Hanafi  ada tiga sekarang iaitu PSSCM (Cekak Malaysia), PSSCUHM (Cekak Hanafi) dan terbaharu PSSCPUHM (Cekak Pusaka Hanafi). Ustaz Hanafi mewarisi silat ini dari Guru Yahya Said yang kemudian menubuhkan Silat Kalimah Malaysia bersama bekas pelajar Ustaz Hanafi iaitu Azmi Long...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 04:49 PM | Show all posts

Balas #14 tdpp2006\ catat

ERm.. ya..

PSSCPUHM ni masih di bawah en mad radzi sebagai GU
PSSCUHM di bawah en marwi latif sebagai GU
Manakala PSSCM pula ishak hitam bertindak sebagai GU..

Ada ura2 ishak itam sakit sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:29 PM | Show all posts
pusaka hanafi?? perghh terkejut aku ada persatuan cekak yg baru! dulu aku belajar under persatuan cekak hanafi, tp dah lama x pegi latihan, jurulatih2 aku mmg sokong en md radzi, so mesti diorg skrg ni under pusaka hanafi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 08:56 PM | Show all posts
korang leh gitau lokasi nak blajar silat yg korang tau....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 10:34 PM | Show all posts
kalau cekak malaysia..dekat jalan kent 2..belakang utm semarak aje..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 08:52 AM | Show all posts
Sekarang UTM KL dan JB guna pertubuhan mana yek??
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 11:14 AM | Show all posts
teringin nk belajar.. tp baju dia pasal xbape lawa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.093259 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list