CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9284|Reply: 51

Seputih kasih... Seharum Kemboja...

 Close [Copy link]
Post time 30-12-2008 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Salam semuanya... Ini percubaan pertama eyta meletakan hasil tulisan eyta di sini....Mohon maaf andai cerita ini ada yang kurang ya.... Segala teguran di terima

"Adakalanya Allah hilangkan matahari kita, DIA gantikan dengan petir dan hujan. Puas kita menangis ke mana hilangnya matahari kita, rupa-rupanya DIA nak hadiahkan kita pelangi"

Sedari kecil lagi bila aku menangis mengenangkan akan nasib diri, kata-kata bernada pujukan itulah yang akan nenek ucapakan kepadaku sambil tangan tuanya akan mengusap belakang tubuhku.

Tangisan aku mula reda.Dengan pandangan sayu aku merenung ke dalam mata tua nenek yang berwarna hazel.Akucuba mencari jawapan di sebalik kata-kata nenek melalui pandangan matanya. Kosong! Aku gagal! Lantas tubuh nenek yang gempal itu aku dakap dengan penuh erat. Maka bergegarlah isi bilik dengan suara tangisan hibaku yang tiada penghujungnya.

Itu kisah lima belas tahun dahulu. Kini semuanya berubah.Aku pun turut berubah. Berubah daripada seorang anak kecil yang hanya tahu menangis kepada seorang dewasa. Cuma kini, aku lebih suka memendamkan segala apa yang aku rasa di satu sudut hatiku yang dalam. Tiada siapa yang dapat baca apa yang tersirat di situ.

Kalaulah nenek masa ada...

Nenek pergi tanpa sempat aku melihat dia buat kali terakhir. Nenek pergi semasa aku sedang berjuang untu khidup. Tiada pesanan terakhir buatku dari nenek. Nenek pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Meninggalkan aku keseorangan dalam meniti hari-hariku yang masih lagi samar-samar di hujung sana.

Setitis demi setitisairmataku gugur.

'Pergilah kesedihan! Pergilah, Andai kata kesedihanitu mengundang kecewaan dan kelukaan yang lebih mendalam lagi!' Bisik ku perlahan.


****

"Khai!"

Aku segera mengesat airmataku. Tanpa berpaling kebelakang. Aku masih lagi duduk membeku di situ.Merenung ke arah ke dua belah kakiku yang sedang menguis pasir putih di situ.

"Khai!"Serta merta pergerakan aku terhenti apabila bahuku di sentuh dari arah belakang. Aku lantas menepis tangan tersebut. Benci aku akan sentuhan tersebut.

"Boleh tak kalau tak sentuh orang!" Perlahan. Tapi tegas aku berkata.

"Salah ke? Serasa abanglah tak akan menjadi kudis pun kalau abang sentuh awak. Lebih dari itu pun boleh."Selamba saja dia berkata tanpa menyedari bahawa muka aku sudah pun kemerah-merahan menahan marah.

Kedua belah tangan aku genggam dengan erat. Aku mengigit bibir bawahku dengan kuat. Menahan diri daripada terus mengeluarkan kata.

Dia mengambil tempat disebelahku. Bahu kami bersentuhan di antara satu sama lain. Aku mengesot ketepi. Menjarakkan kedudukkan kami berdua. Di antara kami seharusnya ada garisan. Garisan yang meletakan aku dan dia di kedudukan yang berbeza. Walaupun dia berhak ke atas aku.

Dia yang sudah menduga akan reaksiku hanya tersenyum hambar saja.

Dia tahu aku bersikap dingin dengannya. Sedingin salju di kutub utara.Tiada apa yang dapat mencairkan tembok ke dinginan yang sudah bertahun tercipta di situ. Buatlah apa saja. Yang pasti mereka semua tidak akan berjaya.

Suasana sunyi menyelubungi diantara kami berdua.Aku lebih senang memerhatikan keindahan ciptaanNYA. Daripada memulakan bicara. Kekok rasanya andai tiada kemesraan yang pernah terjalin diantara kami.Perhubungan kami lebih banyak pahitnya daripada madu.

Dia memejamkan kedua belahkelopak matanya.

'Berbicaralah dengan abang,Khai. Jangan kau terus memilih membisu begitu. Kebisuaanmu itu bisa membunuh segala ketenangan di dalam diri abang.Jika dulu pun kau bersikap dingin, kau masih lagi boleh lantang bersuara andai diri kau di perlehkehkan. Kenapa tidak sekarang? Mana perginya kelantangan suaramu itu?'Dia merintih sayu.


Kebahagian itu ada di mana-mana...

Namun kenapa sukar untuk dia mengapainya...


[ Last edited by  nureyta at 31-12-2008 08:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 02:33 PM | Show all posts
sambung laa lg... best nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:58 PM | Show all posts
cantik alunan bahasa, klu boleh padatkan dengan keindahan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 03:38 PM | Show all posts
cam cerita best ni.... cpt skit ya n3nya....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 04:11 PM | Show all posts
ada ayat yg tak der spacing lah...atau pc aku jer yang kena....

peh tajuk dia buat mata ku teruja

cam derang tu dah kawin jer....apa masalah yang membelenggu agak nyer yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2008 09:14 PM | Show all posts
Terima kasih di atas komen2 tersebut. Telagamuda eyta dh edit balik...

揔hai jom kita厰 Dia menoleh ke kanan. Namun tiada siapa di situ.

慚ana dia pergi?抂/size]

Segera dia bingkas bangun dari kerusi kayu itu. Matanya melingas ke sana dan ke sini mencari aku yang sudah hilang daripada pandangan mata.Saku seluarnya di selup kedalam lalu mengeluarkan handponenya. Dia cuba mencari nombor handponeku di dalam nombor rangkaian temanya.

Dahinya di tepuk.

慚acam mana aku boleh tak save nombor handpone Khai ni. Kalau aku ingat tak apa jugak. Masalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2009 11:30 AM | Show all posts

Balas #6 nureyta\ catat

oh dah kahwin.... belum ada penerangan lagi ni cam ne boleh timbul konflik perkahwinan mereka... cepat skit ya.... baru nak panaskan minda nak berfikir ni......
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 07:47 PM | Show all posts
mcm best jek..citer lepas kawin yer..hmm..ape yg dah jadik sebenarnya? Dulu depa kene kawin paksa ke? bila khai kata 8 thn lalu tu..mcm suami dia tak suka khai dulu...lps berthn baru ariel tu sedaar yg dlm hati dia ada cinta utk isterinya tu..

ok eyta..next n3..hehe..nk tau awat jadi camtu..err ni Eyta yg mana ye? klu sy x slh org, ni eyta yg slalu tulis citer kat blog tu ker? citer ni ade kt blog awak tu jugak ke? sorry klu salah org..

[ Last edited by  arijah_08 at 3-1-2009 08:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2009 07:59 AM | Show all posts
nak lagi!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 09:28 AM | Show all posts

Reply #8 arijah_08's post

amboii ari..............lama sgt la  8tahun tu.........8bulan je la  


klu la 8thn tu mmang takde otak la si ariel tu leh seksa khai gantung tak btali slama tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 10:02 AM | Show all posts

Reply #10 juliet80's post

hil hik..ye ke? sori tersilap plaks..tapi ritu baca cam lapan thn..mata kero kot.....ke masa taip tu tgh berkhayal .

[ Last edited by  arijah_08 at 3-1-2009 10:05 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 05:51 PM | Show all posts

Balas #8 arijah_08\ catat

Blog yg mane yea Ari? Eyta mmg ada blog untuk Cerita Cahaya Kasih.... Cerita ni eyta tk letak dkt blog lagi... Tk dkt TS mmg ada letak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 06:11 PM | Show all posts
Di rumah, aku hanya menguncikan diri di dalam bilik saja.Beg hitam sedarhana besarnya aku masukkankesemua pakaianku ke dalam. Setelah yakin tiada apa lagi yang perlu aku bawa bersama, aku menjinjit beg hitam tersebut lalu menapak keluar dari situ.

慡elamat tinggal semuanya.抂/size]

揇ah nak berambus dah?Ingatkan selama ini tak faham-faham lagi apa yang cuba aku sampaikan selama ini. Bagusalah kalau kau sedardiri akhirnya.擯uan Qaisara yang sedang menonton TV di ruang tamu bersuara dengan nada sinis sekali sebaik saja melihat kelibatku di situ.

Aku tersenyum pahit.Dengankaki yang sedikit tempang, aku menghampirinya.

揢mi厰Aku cuba mencapai tangannya. Namun di tepisnya.Aku yang masih mahu mencium tangannya buat kali terakhir mencuba sekali lagi. Kali ini aku memegangnya dengan erat sekali.Walaupun aku tahu dia berasa jengkel bila aku menyentuh tangannya.

揢mi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2009 06:15 PM | Show all posts
揂yah, umi apa dah jadi?擹afri yang baru pulang daripada bermain bola sepak, terkejut melihat keadaan didalam rumahnya.

揨af tolong ayah untuk jauhkan umi dari adik kamu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 11:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:52 PM | Show all posts
next.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 01:54 PM | Show all posts
oo belajar lagi ker eyta. walau dah masuk kelas n3 jangan tak post pula yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 06:53 PM | Show all posts
Salam, lagi satu n3 buat semua
Selamat membaca...



“Kau anak luar nikah!”

Pang! Satu tamparan hinggap di muka Zafri.Yang pasti tamparan tersebut bukannya datang dari abah… kecuali…

Ariel!

Jikatadi aku melihat wajah ayah yang tegang kemerahan kini wajah Ariel pula yang kemerahan seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya.

“Jaga mulut kau Zaf!” Jerkah Ariel.

Puan Qaisara yang baru tenang di bilik, tersentak bila terdengar bunyi bising di ruang tamu.Lemah tidak bermaya dia bangun dari katil. Langkah di atur dengan perlahan lalu tombol pintu biliknya di buka perlahan tanpa menghasilkan sembarang bunyi yang boleh di dengari mereka diruang tamu.Tangannya di tekap di dada dengan kuat. Sakit! Dia menyandarkan tubuhnya di dinding supaya dia tidak jatuh.

Matanya di pejam serapat yang boleh. Namun telinganya masih mampu mendengar pertelingkahan yang berlaku di ruang tamunnya.

“Tak betul ke apa yang Zaf cakapkan selama ini.Umi sendiri yang beritahu Zafdan kak Fina. Umi mengandungkan dia ni setelah umi diperkosa beramai-ramai. Dan cuba kau bandingkan diri dia, aku dan kakak Fina.Dan kau akan lihat kebenarannya!” Tengking Zafri sambil menuding jarike arahku yang duduk kaku di situ.

Tersentak!Aku jatuh terdudukdi lantai.Semangat aku benar-benar hilang waktu itu. Kebenaran yang aku tidak tahu selama ini terjawab sudah.Patutlah Umi dingin denganku.Patutlah ayah seperti keberatan untuk bermesra dengan aku semakin aku meningkat dewasa, Sebabnya aku anak luar nikah! Antara aku dan ayah boleh batal air sembahayang bila bersentuhan. Patutlah raut wajah aku lain. Tidak sama dengan mereka.

Aku fikir sebab kekurangan diri ini yang buat mereka tidak betah rapat denganku. Patutlah bila aku pernah bersuara kepada arwah nenek akan kelainan raut wajah aku antara adik beradik yang lain, arwah nenek pasti akan memarahi aku.

Rupa-rupanya ada rahsia besar yang di sembunyikan mereka semua.Aku di lahirkan sebagai anak luar nikah! Ya Allah sukarnya untuk menerima kebenaran ini.Aku menutup kelopak mataku cuba mencari kekuatan di situ.Namun tiada titisan mutiara jernih yang bertakung di kelopak mataku. Ajaib!

“Zaf… Engkau…”

“Hey!Ril engkau sendiri ada di situ waktu Umi beritahu kita. Sebelum engkau mahu berkahwin dengan dia.Tapi engkau bodoh, kerana kasihankan dia dan juga mahu menunaikan janji kau dekat arwah nenek untuk melindungi dia,kau berkahwin juga dengan dia. Kau sanggup putus dengan Faezah yang kaudah kenal dari poly sehingga ke university gara-gara dia ni.
Akuingat kau bodoh. Rupa-rupanya tidak. Tak sangka, belum sehari kaukahwin dengan dia kau dah gantung dia tak bertali. Hebat juga kau ni ya!” Bidas Zafril tanpa memberi peluang untuk Ariel berkata.

“Zaf kau memang…”

‘Faezah…’Sebaris nama itu aku sebut perlahan. Berakhir sudah teka-teki aku selama ini siapa sebenarnya yang bertakhta di hati Ariel.Tiba-tiba hadir satu perasaan lain yang menjalar di dalam diriku.Aku mengigit bibir. Tidak tahu apakah perasaan tersebut. Aku keliru.

“Berhenti!!!!”Aku menjerit. Tidak sanggup aku mendengar semua itu.Aku di permainkan semua orang di dalam rumah ini. Termasuk Ariel teman sepermainan akusedari kecil hinggalah dia menjadi suamiku yang sah!

Kini aku baru mengerti kenapa dia gantung aku tidak bertali setelah kami bernikah tidak sampai pun sehari.Kenapalah aku bodoh tidak dapat menilai kejujurannya sewaktu mahu mengahwini aku.Patutlah dia agak dingin dan semakin lama aku merasakan persahabatan kami makinrenggang.Bodohnya aku…

‘Sampai hati awak mempermainkan harga diri saya Ariel…Awak kejam…’

Perlahan-lahan aku mengesot ke arah Encik Zamani.

“Ay…Pak…” Sukarnya untuk aku menyebut perkataan ayah bila tahu dia bukan ayahku.

“Pakcik,betul ke apa yang dikatakan Zafri.Saya mohon dekat pakcik agar berkatadengan sejujur-jujurnya kepada saya.Tolong jangan menyembunyikan apa-apa lagi dekat saya.Jangan buat saya macam orang bodoh di sini.” Lirih aku berkata memohon pengertian.

Tiada apa yang terkeluar dari bibir Encik Zamani.Dia hanya diam di tempat duduknya.Aku hampa melihat kebisuaannya. Aku benar-benar berharap agar dia berkata sebaliknya. Mengaku bahawa semuanya bohong dan dusta belaka. Mengaku yang aku anaknya.Darah dagingnya!

Melihat kebisuan Encik Zamani, mengertilah aku bahawa apa yang di bahaskan mereka semua sebentar tadi adalah benar.

Penuh kepayahan aku bangun. Lemah tidak berdaya pun aku harus bangun danpergi dari situ.Aku mencapai beg hitamku. Kesakitan yang aku rasakan dikaki, tidak aku hiraukan lagi. Aku harus cepat keluar dari situ.

“Halakan makan minum saya semasa di sini. Maaf andai kehadiran saya di rumah Pakcik mengundang perbalahan di antara satu sama lain. Terima kasih kerana sudah bersusah payah membesarkan saya insan yang kotor ni. HanyaAllah saja yang dapat membalasNYA.” Perlahan aku berkata kepada Encik Zamani yang masih membisu dan kaku di tempat duduknya.

“Terima kasih Zafri kerana awak sudah memberitahu segala-galanya. Terima kasih kerana sudah memberitahu siapa diri saya di dalam rumah ini.Anak luarnikah… Moga selepas ini tiada lagi kebencian dan dendam di dalam diriawak.” Aku tersenyum tapi hambar.

Bila aku mahu berjalan keluar, aku baru menyedari yang Umi tersandar lemah di dinding dengan matanya terpejam rapat.

Sebak semakin menghimpit aku bila melihat umi berkeadaan begitu.

‘Umi…orang tidak menyangka Umi mempunyai sejarah hitam yang memilukanitu.Orang mengerti andai Umi tidak dapat menerima orang dalam hidupUmi. Kehadiran orang pasti mengingatkan Umi akan peristiwa hitamitu.Maafkan orang Umi.’ Kata-kata tersebut hanya mampu aku katakan didalam hati. Aku tidak terdaya lagi mahu berdepan dengan Umi. Cukuplah selama ini dengan kehadiran aku di sini. Ia sudah pun memberikan Umi tekanan emosi yang maha hebat

Selangkah, demi selangkah sebelum aku menjejakkan kaki ku keluar pintu rumah. Namaku di sebut.

“Khai…”

Aku tidak mengendahkannya. Aku benar-benar keliru saat ini.

“Khai. Biar abang…” Dia menarik aku ke arahnya . Dan kali ini kami saling berpandangan.

Aku meletakkan jari telunjukku dekat bibir Ariel. Menahannya dari terus bersuara. Lama aku merenung ke dalam anak matanya yang berwarna coklatgelap itu. Mencari sesuatu di situ.

“Bibir awak tak perlu mengatakan apa-apa Ariel. Semuanya sudah jelas. Mata awak sudah menceritakan segala-galanya. Awak tak perlu menjelaskan apa-apa. Just save your explaination in court.Kita bertemu di makamah nanti.” Aku terus melangkah keluar dari rumah tersebut. Rumah yang lebih banyak menyimpan kisah dukaku dari kisah gembira.

Ariel berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa.Sungguh dia berasa terkejut. Terkejut yang amat!Sehinggakan otaknya tiba-tiba berasa tepu tanpa mampu berfikir apa-apa pun dengan baik. Yang dia tahu ayat terakhir aku ‘kita jumpa dimakamah nanti’ berulang kali bermain di fikirannya bagaikan pita rakaman yang sudah rosak..

Dia mula merasakan sesuatu. Peluh dingin mula merencik ke dahinya. Dia takut. Kini dia baru dia sedar,dia sudah mula merasakan sesuatu kehilangan.Dan dia tidak mahu kehilangan ‘benda’ tersebut. Tetapi kenapa dia tidak mampu mengejarnya?

Cinta itu suci...
Dari sekeping hati yang luhur...  


[ Last edited by  nureyta at 8-1-2009 06:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 08:09 AM | Show all posts
lagi3....
hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 08:41 AM | Show all posts
nak lg.... kesian dkt khai.. bukan dia yg bersalah.. nape laa nak put all the blames on her shoulder.. kesiannye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.087544 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list