View: 14939|Reply: 65
|
Mana lgi best... Alih Suara ke Subtitle....
[Copy link]
|
|
Dlu2 anime2 jepun tayang dkat stesen tv malaysia kebanyakan nya alih suara. Tpi, skrang ni ada anime yang subtitle... Contoh mcm Bleach, Melancholy of Haruhi Suzumiya... Cartoon US plak skrang ni banyak yg alih suara... So, korang lebih prefer yg mne...??? Klau aku, aku lagi ske tgk yg subtitle, sbb aku ske tgk Anime/cartoon dlm bhsa asalnya.... Apa pendapat korang....?? Mne lgi best. Alih suara ke subtitle...??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 danialarif\ catat
subtitle |
|
|
|
|
|
|
|
aku benci alih suara..
opkos aku pilih subtitle.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti la subtitle nyer....
yg aku x faham kenape la diorang pi VA kartun US tu -.-
kalo jepunnye leh faham laa tpi nape US nyer?? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rsa patut buat lebih byk anime yg di sub kan drpd buat alih bahasa pny... Mcm Naruto dgn One Piece tu pun aku rsa patut x pyh buat alih suara.... Buat sub pun da ckup da... Aku harap lbih byk anime yg di sub kan dri dialih bahasa... |
|
|
|
|
|
|
|
benci aku tgk Kamen Rider Kabuto aku d alih suarakan..
mcm sampah jadinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.... da bnyk dibincangkan pasal ni. tgk org jugak la. ada bole terima, ada tak boleh terima.
p.s Personally aku mmg tak minat dub/alihsuara. bole kata benci jugak la. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai dlm perniagaan tv bersepakat bhw alih suara tu perlu utk naikkan TV ratings, ni penting utk mengagihkan hasil iklan. kalau letak sub je letak kat waktu yg tak senang. lagipun martabat bahasa kita menjadi perbualan hangat masa ni, jd masyarakat mintak lebihkan kandungan berbahasa melayu agar generasi masa depan x agung2kan bahasa lain.
bagi sy ada alih suara yg best dan ada yg sebaliknya. yg best bg sy ialah one piece, wonderpets, school rumble, el tigre, putera tenis, kiteretsu, yg boleh tahan termasuk sinchan, spongebob, conan, gundam 00, shaman king...yg x best ialah kekkaishi, naruto [episod terbaru], keroro...tp xde yg boleh menandingi citer tempatan buatan les copaque!
cuma ada sau yg sy tak berkenan dgn semua kerja alih suara: CREDITS ROLL (maklumat pelakon dan kakitangan). mengapa tidak dialih bahasa sekali? tambah lagi nama2 pengalih suara tempatan tu semua?
bidang alih suara BM memang x macam dulu, kartun omputih diutamakan sampai seolah2 pinggirkan anime; nasib baik ada beberapa studio baru termasuk sebuah dr singapura yg berjinak2 dgn bhs pasar.
[ Last edited by scorpio_mmiv at 10-3-2009 22:32 ] |
|
|
|
|
|
|
|
saya menyokong subtitle bagi megekalkan keaslian siri anime/ cartoon tersebut. alih bahasa pula tidak dinafikan boleh menaikkan rating tv kerana ramai kanak-kanak belum boleh faham bahasa yang asal english atau jepon.ramai juga rakan saya yang tak lulus spam dalam bahsa inggeris tak faham pon subtitle bahasa bi tu. Saya berharap agar juru alih bahasa dapat mempertingkatkan lagi kualiti suara (bukan bermaksud suara merdu) dan ekpressi percakapan supaya boleh menggambarkan dengan lebih jelas dan lebih padan dengan situasi dan watak. contoh anime alih bahasa yang saya anggap berjaya dan padan dengan watak ialah doremon, chibi maruko, sin chan, dan slamdunk. diantara anime yang saya sebutkan saya rasa paling berjaya ialah slamdunk. syabas |
|
|
|
|
|
|
|
di sini bukan masalah ketuanan bahasa melayu..
tetapi adalah keaslian anime/tokusatsu itu sendiri..
dah jadi kelakar dan hilang mood aku nak layan..
kalau suara tu kena ngan watak tu x kisah la jugak..
ni x kena langsung.. aduhaiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 amattkp\ catat
btul tu...kenapalah kita sbg peminat kartun/anime/tokusatsu x memberi sokongan dan kritikan membina kpd juru alih suara kita? |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik bubuh subtitle jer... kalau alih suara tu takut lain lak jadinya... macam dgn musuh pun bleh ber'saya-awak' lak, lawak giler... dah la tu, nak guna kata makian walau setakat "bodoh" pun takleh, sengal giler tuu... padahal zaman P. Ramlee dulu tu macam2 ayat kuar cam "cilaka, sial, setan, bodoh, bahlol, bangang, kelabu asap..." dan macam2 lagi laa, takder saper marah pun... |
|
|
|
|
|
|
|
masalah skrg, untuk menjadi suara karektor perlukan penghayatan. sbb itu kalau anime jepun suara asal nampak menjadi kerana penghayatan lebih. Tp bila aku dengar yg alih B.I, terutama chan. animax disebabkan alih bahasa kurang penghayatan menyebabkan aku kurang berminat.
Bagus juga alih bahasa ni, kekadang kita asyik tumpu pada subtitle hingga terlepas aksi tertentu. Malahan ini membuka peluang pekerjaan betul tak?
Yang penting suara karektor tersebut mestilah dihayati dengan sepenuhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak dgar sore ori..x nak alih sore.....
sedih...
x feel...
boleh hilang mood..
bengong.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Squall-Leonhart's post
pernah tengok kah rancangan ally kat tv3 waktu tahun baru cina? mereka pernah bincangkan kesan bahasa pasar kpd martabat bahasa kebangsaan. siap lagi dgn dua sedutan video yg memaparkan babak yg sama dilakonkan dlm bhs pasar dan bhs baku. ally sendiri pernah mengaku terpaksa berbahasa inggeris dgn kaum lain krn kaum lain x paham bahasa melayu amali yg jauh berbeza dr apa yg diajar di sekolah/
[ Last edited by scorpio_mmiv at 11-3-2009 12:27 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 ra5101's post
sy pernah dengar cerita psl kerja bidang alih suara yg memerlukan pelakonnya sanggup bertugas hingga waktu 3 pagi tiap2 hari. sy khuatir bhw ini boleh melemahkan keupayaan mereka krn waktu lewat malam sepatutnya digunakan utk tidur dan pulihkan tenaga. penyelesaian yg bagus ialah perbanyakkan studio alih suara di negara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 scorpio_mmiv's post
Itu memang tak dinafikan. Tapi kan, sebagai pakar bahasa, warga2 DBP kena faham setiap bahasa memang ada bahasa pasar memasing. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum ni pulak, budaya bahasa rojak ataupun code-switching memang normal, dan hakikat ni pun kita kena terima jugak. Tengok kat Jepun dah cukup la, diorang sekarang memandang tinggi budaya merojak drp bahasa Inggeris untuk memperkayakan bahasa diorang laa.
Cuma yang kita nak kena betulkan ialah kena pandai guna gaya bahasa ikut situasi laa. Kalau sesama kengkawan, normal laa kalau pakai bahasa pasar dan rojak, dan memang nampak pelik giler laa kalau pakai bahasa baku time cakap dgn kengkawan, silap2 kena tepon hospital sakit jiwa kat Tampoi tu. Serupa jugak kalau dalam situasi formal macam kat ofis ker ataupun majlis rasmi, yang tu memang kena pakai gaya formal laa. Itu la sebenarnya cara penggunaan bahasa yang betul - bukan jer untuk Bahasa Melayu tapi gak sumer bahasa lain. |
|
|
|
|
|
|
|
subtitle....
alih bahasa takde feel....
xde penghayatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat gile one piece.
bile tgk one piece yang alih bahasanye kat tv
trus aku tutup tv, gile tak best....
baik aku layan one piece yang asal.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|