CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5340|Reply: 17

Perangi Denggi, Malaria & Chikungunya

[Copy link]
Post time 17-3-2009 08:02 AM | Show all posts |Read mode
209 kes denggi di Negeri Sembilan bermula Januari laluSEREMBAN 16 Mac - Sebanyak 209 kes denggi yang melibatkan duakematian dilaporkan di seluruh negeri ini dalam tempoh 1 Januari hinggahari ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, daripadajumlah tersebut, sebanyak 188 kes adalah demam denggi manakala 21 keslagi demam denggi berdarah.

Menurut beliau, daerah Seremban mencatatkan jumlah tertinggisebanyak 160 kes diikuti oleh Port Dickson (22 kes), Jempol (10 kes),Kuala Pilah (5 kes), Jelebu (5 kes), Tampin (4 kes) dan Rembau (3 kes).


Katanya, sepanjang tempoh tersebut, dua kematian akibat demam denggi berdarah dilaporkan di Seremban.

"Bagaimanapun sepanjang tempoh sama, Negeri Sembilan mencatatkanpenurunan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun lalu yang mencatatkan219 kes demam denggi dan denggi berdarah bagi 2008," kata beliau disini hari ini.

Jelas Dr. Zainal, Seremban memperlihatkan peningkatan yang begitumembimbangkan berbanding tahun lalu iaitu dari 140 kes bagi 2008meningkat kepada 160 kes bagi 2009 dalam tempoh yang sama.

''Berdasarkan perbandingan kes denggi kumulatif mengikut daerah,hanya daerah Seremban dan Jelebu yang menunjukkan peningkatanberbanding daerah-daerah lain dalam tempoh yang sama," kata Dr. Zainal.

Beliau menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera sekiranya mengesyaki menghidapi demam denggi.

Menurutnya, kesemua pengamal perubatan swasta juga dimintamelaporkan kes-kes denggi kepada Pejabat Kesihatan berhampiran supayatindakan kawalan dapat diambil dengan segera

[ Last edited by  Syd at 25-4-2009 16:59 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2009 11:35 PM | Show all posts
Tinjauan Sahkan Sikap 'Tidak Apa' Akan Denggi

Oleh Ravichandran D.J Paul

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Di kala 96 peratus daripada penduduk bandar di Malaysia sedar akan bahaya demam denggi, satu tinjauan baru-baru ini mengesahkan masih ada sikap 'tidak apa' di kalangan mereka terutama yang melibatkan usaha pencegahan.

Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat penyelidikan pasaran terkemuka, Synovate, menunjukkan sikap ini berlaku kerana tanggapan salah yang sedia wujud dan kurangnya kefahaman mengenai bagaimana dan akibat demam denggi.

Jon-Paul Best, pengarah sekutu Synovate, semasa persidangan akhbar untuk mengumumkan penemuan tinjuan itu, yang dijalankan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu di sini hari ini, menyimpulkan bahawa sebilangan besar anggota masyarakat sememangnya tidak bimbang akan demam denggi.

Tinjauan itu yang berdasarkan kepada satu sampel 456 orang mendapati sehingga 34 peratus responden menyatakan bahawa langkah pencegahan tidak perlu atas alasan tiada nyamuk aedes di kediaman mereka (29%), kediaman mereka sentiasa bersih (11%), dan mereka tidak mempunyai masa untuk semua ini (6%).

Jon-Paul juga menunjukkan beberapa tanggapan salah berhubung demam denggi dalam minda warga Malaysia yang antara lain mereka tidak perlu bimbang kerana tinggal di bangunan tinggi (5%), nyamuk aedes membiak di luar kediaman sahaja (37%) dan nyamuk hanya menggigit pada waktu senja (29%).

Kajian telah menunjukkan hakikat sebenar yang nyamuk aedes boleh sampai ke tingkat 12, ia boleh membiak di luar dan di dalam rumah dan boleh menggigit pada bila-bila masa.

Tinjauan itu juga mendedahkan satu lagi mitos yang dipercayai warga Malaysia - demam denggi boleh dirawat (24%) dan terdapat vaksin denggi (31%) sedangkan tiada rawatan atau vaksin bagi demam denggi.

Walaupun media melakukan liputan meluas berhubung wabak denggi dan sehingga 7 peratus daripada responden mendakwa mereka mengetahui orang yang dijangkiti denggi, majoriti (76%) memilih untuk menyisihkan diri daripada mengambil bahagian dalam aktiviti anti-denggi.

Ringkasan tinjauan itu menunjukkan sebilangan besar warga Malaysia jahil akan bagaimana berlakunya demam itu serta akibatnya dan ini merupakan penghalang besar dalam usaha pencegahan.

Tinjauan ini yang diusahakan oleh Sara Lee, syarikat pemasaran racun serangga nombor satu di negara ini, akan menjadi asas bagi satu kempen anti denggi yang akan dijalankan oleh syarikat itu pada April.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:33 AM | Show all posts
kek pilah ado 5 kes..

salah satu kes kawan baik adik den..
sodih gilo arwah ni sepatutnya nikah 29 mac ni tp Allah lg menyayanginya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:35 AM | Show all posts
takutkan kono denggi nih  maso anak sulung kono aghi tu
tak tido menjago dio. dio kono kek sekolah kek SBPI selandar
sempadan dongan NS tu. seminggu kek sepital.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:37 AM | Show all posts
kalau balik kg nyamuk aedes bosa-bosa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2009 10:11 AM | Show all posts
Perangi denggi, chikungunya

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
[email protected]


Ismail Taib (dua dari kanan) dan bersama Dr. Zainal Ariffin Omar (kanan) beramah mesra dengan pelajar Sekolah Sri Sembilan selepas merasmikan Kempen Jom Tangani Denggi dan Chikungunya, Pelajar Perlu Bertindak peringkat Negeri Sembilan di Seremban, semalam. - UTUSAN/NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

SEREMBAN 30 Mac - Program Bebas Denggi di Sekolah (PBDS) perlu dimantapkan lagi dengan pembabitan menyeluruh daripada guru dan pelajar dalam usaha membendung penyakit denggi dan chikungunya di kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, tahap keberkesanan program tersebut di sekolah masih pada tahap rendah di samping terdapat sekolah yang dikenal pasti positif dalam pembiakan jentik-jentik.

"Statistik menunjukkan bahawa pada 2007, sebanyak 32 buah sekolah dikenal pasti positif membiak jentik-jentik dan pada 2008 pula meningkat kepada 43 buah sekolah.

"Tahun ini sehingga Mac, sebanyak enam buah sekolah telah dikesan membiak jentik-jentik dan dikompaun. Jadi penting untuk program ini diperkasakan dengan menyeluruh di sekolah-sekolah," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Jom Tangani Denggi dan Chikungunya, Pelajar Perlu Bertindak peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Sri Sembilan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainal Ariffin Omar.

Beliau menambah, tren denggi yang tidak menentu pada ketika ini juga mengancam seluruh masyarakat termasuk golongan pelajar.

"Daripada statistik Jabatan Kesihatan negeri juga golongan pelajar iaitu peringkat pra sekolah hingga tingkatan enam yang dijangkiti denggi sehingga kini adalah sebanyak 24.8 peratus.

"Ini menjelaskan bahawa pelajar sekolah juga terdedah kepada risiko jangkitan penyakit semasa mereka dalam perjalanan pergi ke sekolah di waktu pagi, dan juga semasa balik sekolah atau bermain di waktu petang," tambahnya.

Mengenai program bebas denggi di sekolah, katanya, banyak aktiviti boleh dijalankan seperti mencari dan memusnah jentik-jentik secara gotong-royong, pertandingan melukis berkaitan tempat pembiakan dan sebagainya.

"Jadi kita berharap agar pihak sekolah dapat mempraktikkan amalan dan kemahiran dalam mencegah penyakit denggi dan chikungunya.

"Kita juga tidak mahu pihak sekolah memtaklumkan jika terdapat banyak nyamuk dan terus memohon aktiviti fogging," katanya.

Beliau menambah, Jabatan Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengenakan kompaun ke atas sekolah terbabit jika didapati menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2009 10:48 AM | Show all posts
Sentral: 6 sekolah dikompaun biak aedes

SEREMBAN: Sebanyak enam sekolah di negeri ini dikenakan kompaun RM300 selepas pemeriksaan Jabatan Kesihatan sepanjang dua bulan pertama tahun ini mendapati sekolah terbabit menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib, berkata penemuan jentik-jentik yang membesar menjadi nyamuk aedes tidak sepatutnya berlaku kerana membahayakan kesihatan pelajar yang berisiko tinggi dijangkiti denggi.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pentadbiran semua sekolah supaya memastikan persekitaran sekolah bersih dan bebas daripada pembiakan jentik-jentik kerana Jabatan Kesihatan tidak berkompromi dengan kesalahan itu.

"Mereka yang didapati bersalah akan dikompaun RM300 dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan," katanya ketika merasmikan kempen 'Jom Tangani Denggi dan Chikungunya, Pelajar Perlu Bertindak' peringkat negeri di Sekolah Sri Seremban, di sini semalam.

Tahun lalu, sebanyak 43 sekolah didapati menjadi tempat pembiakan jentik-jentik, meningkat 11 sekolah berbanding 32 sekolah pada tahun sebelumnya.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Linggi berkata, sebanyak 24.8 peratus golongan pelajar di negeri ini iaitu meliputi peringkat prasekolah hingga Tingkatan Enam dijangkiti demam denggi.

"Pelajar sekolah juga terdedah kepada risiko jangkitan ketika dalam perjalanan pergi ke sekolah pada waktu pagi dan pada waktu petang ketika balik dari sekolah atau bermain," katanya.

Beliau turut berharap kerjasama antara Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran melalui Program Bebas Denggi Sekolah (PBDS) yang bermula sejak 1995 dapat dimantapkan dengan pelbagai aktiviti dan program bagi menyedarkan golongan pelajar mengenai bahaya denggi dan chikungunya.

"Banyak aspek kesihatan yang perlu diterapkan kepada pelajar seperti amalan pemakanan sihat, senaman dan persekitaran sihat. Namun, perlu diingat untuk mencapai persekitaran sihat, generasi muda perlu dididik dari sekarang.

"Proses pembelajaran itu perlu disemai dan dipupuk melalui pengalaman berharga yang boleh didapati daripada persekitaran rumah, sekolah dan masyarakat," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 04:04 PM | Show all posts
den lak..buleh katokan 1 famly kono Chikungunya
den jo xkono...sekso weh den tgk famly den...sedaro maro den pn ghamai kono...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2009 07:18 AM | Show all posts
Wabak denggi terus merebak

KUALA LUMPUR 1 April - Wabak denggi di Malaysia semakin membimbangkan apabila 146 kes baru dilaporkan dalam tempoh dua minggu ini iaitu peningkatan 14 peratus.

Minggu lalu, 1,029 kes denggi dilaporkan dengan Selangor merupakan negeri paling berisiko terdedah kepada ancaman penyakit tersebut.

Sehingga kini, tiga kes kematian dilaporkan ekoran wabak itu iaitu dua di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.

Peningkatan wabak itu turut melibatkan tujuh negeri lain iaitu Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu, Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan akhbar di sini berkata, kes kematian denggi turut meningkat tahun ini iaitu 38 kes.

"Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 25 kes diikuti lima kes di Wilayah Persekutuan, empat kes di Negeri Sembilan, dua di Johor, manakala Pahang dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kes," katanya.

Kementerian turut mengenal pasti 27 lokaliti hot spot baru antaranya Taman Sri Andalas, Rumah Teres Putrajaya Jalan P11 A2 dan A1 serta Kampung Sungai Bedil Besar.

Sebanyak 423 kompaun bernilai RM76,760 dan 312 notis arahan pembersihan dikeluarkan di seluruh negara ekoran masyarakat tidak prihatin tentang wabak ini.

Bagi penyakit chikungunya, 45 kes baru dilaporkan di seluruh negara iaitu peningkatan sembilan peratus berbanding 36 kes pada minggu sebelumnya.

"Jumlah keseluruhan kes chikungunya tahun ini ialah 1,117 kes dan tiada kematian dilaporkan," jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 07:54 AM | Show all posts
CHIKUNGUNYA

Ianya merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis Alpha virus. Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Ia berkembang dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaupun tiada ubat khusus untuk merawatnya akan tetapi terdapat cara yang paling berkesan untuk mngelakkannya iaitu dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi pembawa penyakit ini.

Tanda-tanda Chikungunya.

   1. Mengalami demam tinggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan (ruam) muncul setelah 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah disertai tanda-tanda seperti selsema.

   2. Pada kanak-kanak yang lebih besar demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kelenjar.

   3. Pada orang dewasa gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit bila berjalan. Kadang kala timbul rasa mual sehingga muntah.

   4. Pada umumnya demam pada anak hanya berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 07:55 AM | Show all posts
demam nih dia attack hari 1 2
then dia diam je
ingat dah sembuh

modus operandi dia

dia attack tahap gaban

hari 3/4

jaga2

jgn tertipu

petanda demam nih sembuh..

bila ruam2 dah kuar


lagi satu, katanya virus chikungunya nih

dok ada dalam badan kita selama 6 bulan - 1 tahun the baru sembuh sepenuh nye

oh ye...memula kita demam kan

then kita elok


dan tak mustahil kita akan dapat sakit sendii2 tu

semula



dia attack lutut (orang2 dewasa laaa)

budak2 jarang kena balik...yelah...antibodi dorang lagi kuat dari orng tua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 07:56 AM | Show all posts
beza denggi ngan chikungunya


denggi:

- bawak maut
- tak kira umor (tua & muda)
- kalau amek darah, platlet darah sokmo rendah


chikungunya
- tak bawak maut (kecuali ada kombinasi2 penyakit lain...mmg cepat laa....selalu orang tua2)
- platlet darah tinggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 07:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 09:29 PM | Show all posts
NEW DELHI: While the authorities across India continue to battle increasing number of dengue fever, which has no known vaccine, papaya leaves juice has been found to be helpful in combating the fever.

According to a message received from Dr Sumedha Bajaj of Bombay Hospital, two tablespoon full of papaya leaves juice once a day works wonders for the dengue affected persons.

Dr Bajaj quotes an instance of a patient suffering with dengue fever whose platelet count had dropped to 28,000 after three days in hospital and water had started to fill up her lung making it difficult for her to breathe.

Doctors had given up saying that there was no cure for dengue and the body’s immune system needed to build up resistance against dengue and fight its own battle.

It was then that papaya leaves juice came to her rescue. The very next day of having taken the juice that platelet count showed an upward trend and her fever subsided. With the continuous feeding of papaya leaf juice she recovered in three days.

Dr Bajaj says, just clean two pieces of only the leafy part, no stem or sap, and pound and squeeze with filter cloth. One leaf gives one tablespoon juice. The juice need not be boiled or cooked or rinsed with water, or it will loose its strength. Although, the juice is very bitter, it needs to be swallowed as it is and it works
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 04:59 PM | Show all posts
Tujuh kes malaria dikesan di Jempol

SEREMBAN 24 April - Jabatan Kesihatan negeri mengesan tujuh kes malaria di sekitar kawasan Ladang Lui Selatan 1 dekat Jempol sejak 17 April lalu.

Pengarahnya, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, kesemua kes itu membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di ladang getah dan kelapa sawit sekitar kawasan berkenaan.

Jelas beliau, kesukaran mengesan kes malaria di kalangan warganegara asing terutama PATI merupakan masalah utama yang dihadapi Jabatan Kesihatan negeri dalam mengawal penularan wabak itu di Jempol.

"Pekerja asing terbabit berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain dan melarikan diri semasa petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan bagi mengelakkan ditangkap," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zainal, kelewatan pekerja-pekerja asing mendapatkan rawatan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada penularan wabak malaria di Jempol.

Menurut beliau, antara langkah yang telah diambil bagi membendung wabak malaria di Jempol termasuk mengadakan perbincangan dengan pengurusan ladang serta agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Jempol dan Jabatan Imigresen.

"Memandangkan masalah malaria berlarutan, Jabatan Kesihatan negeri bertindak tegas menguatkuasakan Seksyen 10 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Di samping itu, mana-mana pihak termasuk kontraktor pembekal tenaga kerja atau pengurus ladang yang gagal memaklumkan status penyakit pekerja boleh dikompaun di bawah Seksyen 25 akta yang sama," tegasnya.

Kata Zainal, Jabatan Kesihatan negeri akan menjalankan penguatkuasaan bersama Jabatan Imigresen bagi mengesan dan menghantar PATI yang menghidapi malaria ke negara asal masing-masing.

Ujar beliau, pengurusan ladang turut diminta melaporkan kes malaria yang membabitkan pekerja mereka kepada Pejabat Kesihatan berhampiran dengan segera.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 05:06 PM | Show all posts
bahaya denggue nie. first klo dah rasa nak demam tu telan air banyak2 bior sampai terkencing2 & perut penuh air.
org kata kklo kena dengue bagus klo minum air ketam rebus... katanya dapat naikkan trombosit. tapi klo secara medis obatnyer minum air je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2010 07:06 AM | Show all posts
Kes demam denggi kritikal di N. Sembilan

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
[email protected]

SEREMBAN 30 Jun - Negeri Sembilan kini berada pada tahap kritikal dengan jumlah kes demam denggi yang dilaporkan dalam tempoh setengah tahun ini meningkat sehingga 1,146 orang, manakala enam orang meninggal dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, berdasarkan statistik tahun lalu, yang mana cuma 595 orang dilaporkan telah dijangkiti demam denggi dengan empat kematian direkodkan.

''Dalam tempoh setengah tahun ini, sudah 1,146 orang dilaporkan menghidap demam denggi. Ini sudah melebihi 100 peratus kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang tahun lalu di seluruh negeri ini. Bagi saya ini adalah kritikal," katanya.

Mohamad ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco serta menyampaikan bantuan kepada orang ramai di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mohamad berkata, bukan hasratnya untuk mendahului Jabatan Kesihatan negeri, mahupun Kementerian Kesihatan tetapi angka itu menunjukkan satu yang amat serius.

''Ini satu angka yang amat membimbangkan dan satu perkara yang semua orang perlu ambil serius.

''Perlu ada kesedaran yang tinggi di kalangan orang ramai agar lokasi pembiakan nyamuk aedes ini dapat dihapuskan segera," katanya.

Sehubungan itu, kata Mohamad, arahan telah dikeluarkan kepada semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan penduduk sama-sama menggerakkan satu agenda besar memerangi wabak denggi ini.

''Orang ramai lebih ambil perhatian terhadap penyakit H1N1 tetapi alpa dalam soal penjagaan kebersihan dan serangan wabak denggi ini.

''Denggi ini bahaya dan ia juga boleh menyebabkan kematian," katanya.

Justeru Mohamad mahu semua rakyat di negeri ini jangan lagi memandang mudah dan ringan soal yang ada hubungkait dengan demam denggi dan nyamuk aedes ini.

''Jangan harapkan kerajaan semata-mata untuk menangani wabak ini atau melakukan semburan asap. Kita harus juga peka dengan persekitaran yang kotor.

''Musnahkan tempat yang menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes," tambahnya.

Katanya, antara kawasan yang dicatatkan peningkatan wabak ini adalah di daerah Seremban dan ia dibimbangi akan meningkat, jika masyarakat terus mengabaikannya faktor kesihatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2010 02:07 PM | Show all posts
Published: Khamis Julai 15, 2010 MYT 1:45:00 PM
Jangan Hantar Suspek Denggi Pulang Ke Rumah - Liow

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta doktor supaya tidak menghantar pulang mereka yang disyaki dijangkiti demam denggi sebaliknya diletakkan di bawah pengawasan di wad hospital.

Beliau berkata beliau menerima aduan bahawa terdapat mereka yang disyaki menghidap denggi telah diminta untuk pulang dahulu ke rumah, sementara menunggu hasil ujian yang dilakukan ke atas suspek.

"Saya melihat sejumlah kes di mana pesakit denggi mati di hospital selepas sehari, dua tiga hari dimasukkan ke wad. Saya mahu mereka (doktor) melihat kepada kes kematian, bagaimana mahu mengurangkan kematian.

"Selepas kita memasukkan mereka (suspek pesakit) di wad, ia mudah untuk dipantau. Selain itu, pemantauan perlu dilakukan secara kerap dan berkesan, setiap empat jam.

"Jangan hantar suspek pesakit denggi balik," katanya.

Liow berkata usaha akan dipertingkatkan untuk memerangi denggi selaras dengan sasaran kementerian untuk melaksanakan sehingga 1,000 program komunikasi untuk perubahan tingkah laku (COMBI) di seluruh negara.

COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan menggunakan pendekatan komunikasi bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit seperti penyakit TB, kusta dan filariasis di beberapa negara.

"Kita akan mendapatkan bantuan NGO (badan bukan kerajaan), menghantar pegawai untuk memantau semua COMBI agar COMBI akan menjadi berkesan," katanya.

Selain COMBI, Kementerian Kesihatan juga turut melaksanakan rancangan lima tahun Pelan Strategik Kebangsaan untuk mengawal denggi sejak April lalu bagi tempoh masa 2009-2013.

Sasaran pelan ini ialah untuk mengurangkan jumlah kes sebanyak 10 peratus setiap tahun dan 50 peratus daripada 49,335 kes pada 2009 kepada 21,430 kes tahun ini.

"Masalah denggi adalah sangat serius kerana jumlah kes masih dianggap tinggi di mana kementerian sering menggalakkan penyertaan lebih ramai anggota masyarakat dalam program mengawal denggi," kata Liow.

Beliau mengingatkan bahawa peperangan terhadap denggi merupakan tanggungjawab setiap orang kerana tindakan penyemburan kabus semata-mata tidak boleh mengawal denggi.

Selagi masih terdapat tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjai punca kepada penyakit denggi, Aedes akan terus muncul dan mendatangkan penyakit, kata beliau. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062085 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list