|
KLR650 hadiah terbaik Kawasaki
Oleh Lokman Zainal Abidin
SEJAK mula diperkenalkan pada 1987, Kawasaki KLR650 sudah melalui beberapa siri pengubahsuaian kecil bagi membolehkan ia menjadi antara jentera dua kegunaan yang paling efektif dan diminati.
Sesuai dengan namanya sebagai jentera dua kegunaan (off-road dan jalan biasa), KLR650 ternyata tidak mengecewakan dan hasil tangan jurutera Kawasaki itu boleh dianggap sebagai hadiah terbaik buat penggemarnya.
Apa tidaknya, sebut saja apa permukaan jalan yang bakal anda tempuhi, sama ada ia berlopak, berbonggol, berlubang, tidak rata mahupun lebuh raya, KLR650 langsung tidak mengecewakan.
KLR650 boleh dianggap sebagai jentera yang cukup klasik. Model pertama untuk pasaran Amerika Syarikat dikeluarkan pada 1987 dan kelibat KLR650 yang dilihat di jalan raya kini ialah model yang diilhamkan sejak lebih 20 tahun lalu.
Perubahan kecil sudah mula dilakukan sejak 1987 dan 1996 menjadi tahun KLR650 mengharungi zaman pengubahsuaian kecil yang paling banyak, tetapi jentera itu tetap kekal dengan kerektor sendiri dan ia sesuatu yang terlalu sukar untuk diungkapkan.
KLR650 adalah jentera dua kegunaan yang sporty dan dianggap sebagai paling berjaya.
Berdasarkan kenyataan Kawasaki, KLR650 mengatasi semua pesaingnya dalam kategori dua kegunaan.
Harganya sekitar RM40,000 (mungkin sedikit mahal, tetapi percayalah ia berbaloi) dan harga itu lebih murah berbanding jentera kategori serupa yang dihasilkan pengeluar lain dan faktor harga yang membuatkan KLR650 menjadi buruan.
Mudah dikendalikan, boleh dipercayai dan selesa ketika berada di lebuh raya selain memberikan rasa serupa ketika off-road membuatkan KLR650 disegani oleh pesaingnya.
Apakah yang diubah Kawasaki sepanjang 20 tahun penghasilan KLR650? Ia masih menggunakan enjin serupa yang dijana karpekpekor CV dan bukannya jenis suntikan, masih menggunakan transmisi lima kelajuan selain sesekali perlu menarik choke untuk menghidupkan enjinnya pada waktu pagi.
Begitupun, kuasa enjinnya dipertingkatkan menerusi kotak timing berbalik, kepala silinder yang diubah suai serta menggunakan porting intake baru, gelang piston baru bagi mengurangkan penggunaan petrol selain penggunaan paip ekzos baru yang lebih lancar.
Sistem suspensi juga diubah untuk memberikan rasa yang lebih mantap. Fork depan mempunyai ketinggian 7.9 inci (berbanding 9.1 inci sebelum ini) dan sistem baru ini mempunyai rasa yang lebih lembut dan sedap berbanding jentera lain.
Cakera brek depan dan belakang KLR650 juga lebih meyakinkan. Cakera depan lebih lebar dan kini berukuran 280 milimeter serta diperkuatkan dengan caliper dua piston, sama seperti cakera belakang.
Tidak kira apa juga tujuan anda memiliki jentera ini, ia boleh dianggap satu pembelian yang berbaloi.
>Spesifikasi
ENJIN: Empat lejang, DOHC, empat injap tunggal
SEJUKAN: Cecair
KARpekpekOR: Keihin CVK40
TRANSMISI: Lima kelajuan manual
KERANGKA: Cradle separa berganda, keluli
SUSPENSI DEPAN: 41mm fork teleskopik / 7.9 inci.
SUSPENSI BELAKANG: UNI-TRAK/ 7.3 inci.
TAYAR DEPAN: 90/90x21
TAYAR BELAKANG: 130/80x17
BREK DEPAN/BELAKANG: Cakera tunggal 280mm, dua piston caliper / tunggal 240mm, piston caliper tunggal
PANJANG KESELURUHAN: 90.4 inci
LEBAR KESELURUHAN: 37.8 inci
TINGGI KESELURUHAN: 53.1 inci
KETINGGIAN PELANA: 35.0 inci
kawasakininja kena bawak aku naik klr 650 nih ekkkkkkkkk :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 BSundayB's post
bro.. antara LC4 640 Enduro dgn DR650 mana yg lebey mantap..??
errkk... aku tanya je blom nak beli
psstt.. kalo aprilia takyah komen la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 BSundayB's post
tapi kan... apasal la ada orang tu hari tu beli aprilia tu ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 BSundayB\ catat
serius bro...aku pun kenan jugak gak model klr nih...bagi aku, dier memang sesuai dengan purpose muto nih untuk off road boley, on road pun bley...aku pun kadang dok berangan, kalo pakai muto jenis nih, teringin nak bawak sampai kaki gunung everst tuh...
huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 dainese's post
caya caya... KLR ni boleh buat pergi pasar... nak parking pun senang, parking aje atas pavement.. jadikan motor ni mcm motor kapchai..
tapi sebelum bro beli, bro kena tukar mindset bro tu dulu... macam aku, no more above 160kmph... pada aku, bawak laju tu setakat nak potong kereta mmg dah cukup...
remember, speed is not everything... tgk scenery yg paling best, kasi cop itu passport.... lagi satu, jangan nak rush and asyik speeding... nanti mental and body cepat letih...
kalau kat highway kereta bawak average 120kmph, kita bawak laju sikit, i.e. 140kmph... sekadar nak potong aje... kalau bawak same speed dgn kereta/bas, mmg tak selamat wooo...
biarlah superbikers potong kita.. diaorang tu nak ke cameron atau penang... kita ride sampai ke thailand sana.. kalau boleh, kita sume ride motor dualpurpose nis sesama.. mindset pun biar dah tuned sama... bawak average speed pun sama (140-150kmph)... nak singgah isi minyak pun sesama...
pastu, outfit bro pun kena tukar bila nak ride jauh2 nih... pakai waterproof atau goretex... ataupun jersey motorcross... bootpun pakai macam boot motorcross.. helmet pun pakai helmet motorcross.. baru nampak cun & ranggi bro... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 BSundayB's post
tepek sikit gambau moto baru bang...
errr... dulu masa main moto pompom blom ingat ini statement arrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 dainese's post
oittt.. siot jer.. aku dah insaf daaa...
lepas ni layan moto tegak je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|