View: 4368|Reply: 35
|
pengumuman - latest - 498 kereta seludup keluar negara dikenalpasti
[Copy link]
|
|
Mod ~ bukak thread sekadar nak buat ebahan
Tuntut rebat minyak sampai 14 April
KUALA LUMPUR - Tempoh tuntutan rebat tunai untuk subsidi minyak dilanjutkan daripada 31 Mac kepada 14 April ini bagi kemudahan pemilik kenderaan khususnya yang terpaksa membaharui cukai jalan menjelang akhir bulan ini.
Lanjutan itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan rebat buat kali kedua jika cukai jalan mereka tamat pada dua minggu pertama bulan depan.
Ini kerana mereka hanya dibenarkan membuat satu kali tuntutan rebat sahaja dan lanjutan tempoh itu bagi mereka yang belum berbuat demikian.
Pos Malaysia dalam kenyataan mereka semalam menjelaskan, prosedur tuntutan juga dipercepatkan dengan rebat tunai diagih pada hari yang sama cukai jalan diperbaharui.
"Mereka boleh memperbaharui cukai jalan di pejabat pos atau melalui www.posonline.com.my untuk wang rebat dimasukkan terus ke akaun bank," jelasnya.
Menurutnya, bagi yang bekerja, mereka boleh mengunjungi pejabat pos yang dibuka selepas waktu pejabat atau pada hujung minggu.
Kerajaan pada Jun tahun lepas mengumumkan pembayaran rebat tunai ekoran kenaikan harga bahan api dengan bayaran RM625 untuk kenderaan berkuasa 2000cc ke bawah, pikap dan pacuan empat roda 2500cc ke bawah manakala pemilik motosikal 250cc ke bawah menerima RM150.
[ Last edited by zzcbr at 2-4-2009 14:42 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 zzcbr's post
keter dan motor dah kawtim liaoo...
duit nyer pon dah abiss beli teh tariikkk ngan roti banjerrrr |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya siapa yang gagal pergi ambik rebat sebelum 14 hb april ni dah tak dapat ambik dah selepas dari tarikh itu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau beli motor dalam bulan 3, boleh dapat rebet tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 kawasakininja's post
ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 takumi86's post
ooo..tq. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 zzcbr's post
konpom 14/4 ni pos opis penuhhh..maklumla selalunyer deme ni suke pegi last minuteee...
(termasukla aku..lhdn declaration x submit2 lagi nihhh...) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by takumi86 at 20-3-2009 12:32
ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa
bukan boleh kaa.... katanya kita wat roadtax dr april 2008 sampai mac 2009 bleh claim.... sbb tuh exora lancar bulan 4.... ada konspirasi tanak kasi claim.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kawasakininja's post
tq jer?? open table laa..
esok mlm aarr... hihihiii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 takumi86's post
satu ugutan berupa provokasi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Start 1st April - no more rebat. So aku desak kerajaan turunkan lagi harga minyak dlm 20 ke 30 sen!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by takumi86 at 20-3-2009 12:32 PM
ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa
Boleh la deyyy.. member aku baru ambik keta tu dapat je rm625 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by takumi86 at 20-3-2009 12:32
ni renew roadtax laa deyy.. bukan new purchase maa
chewahhh..jwb dgn confidentnya.... bleh la..as long as pembelian di buat dlm tempoh yg diberikan, mmg boley... |
|
|
|
|
|
|
|
RON95 dijual 1 September
JOHOR BAHRU 21 Mac - Kerajaan akan memperkenalkan petrol jenis RON95 bagi menggantikan RON92 mulai 1 September depan pada harga RM1.70 seliter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, petrol RON95 yang boleh digunakan oleh semua kenderaan lebih berkualiti jika dibandingkan dengan petrol RON92.
"Tiada kemungkinan penurunan harga minyak buat masa ini, jadi untuk mendapatkan harga petrol yang rendah dan berkualiti, kerajaan memutuskan memperkenalkan RON95 pada September tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sini hari ini.
Katanya, petrol RON95 itu bakal dijual pada harga RM1.70 seliter sama seperti harga petrol RON92 yang dijual ketika ini.
Shahrir berkata, pada September ini juga kerajaan akan memperkenalkan minyak diesel Euro 2M yang mengandungi sulfur rendah dan sesuai digunakan untuk enjin kenderaan yang mesra alam.
"Diesel yang digunakan oleh kenderaan di negara kita sekarang kurang berkualiti berbanding negara serantau termasuk Singapura dan Thailand,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|