|
Hibrid pintarOleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
[email protected]
Di Malaysia, usaha memperkenalkan kenderaan ‘hijau’ dimulakan oleh pihak Honda Malaysia melalui model Honda Civic Hybrid.
JENTERA ini berkongsi hampir semua penampilan fizikal model Honda Civic generasi kelapan bersesaran 1.8L dan 2.0 liter.
| AGAK sukar untuk melihat emblem ini di atas jalan raya.
|
SABTU lalu, seluruh dunia menyambut Earth Hour. Disertai oleh 3,929 bandar utama dunia termasuk Kuala Lumpur, penduduk antarabangsa sanggup bergelap selama satu jam dalam menyemai kesedaran terhadap penjimatan tenaga dan perubahan iklim.
Earth Hour yang dirintis oleh World Wildlife Fund (WWF) dan Sydney Morning Herald Australia pada tahun 2007 dilihat satu usaha bersungguh warga dunia untuk menyelamatkan alam sekitar dalam skala besar.
Dalam industri automotif, usaha sama berkaitan hal penjagaan alam sekitar telah lama dilaksanakan. Buktinya, sejak tahun 1993, negara-negara Eropah mula mengaplikasikan satu piawaian pelepasan asap kenderaan menerusi standard Emisi Eropah (Euro Emission Standard).
Untuk menepati standard tersebut, semua pengeluar kereta perlu menghasilkan teknologi kenderaan yang mesra alam sama ada kenderaan yang kurang menggunakan bahan api atau harus bersandarkan kepada sumber tenaga alternatif.
Amat sukar untuk menentukan teknologi manakah yang akan menerajui kenderaan masa depan itu. Penerimaan terhadap kereta elektrik, hibrid, NGV atau kenderaan yang menggunakan bahan api bio banyak bergantung kepada infrastruktur, kos efektif dan polisi pemerintah di sesebuah negara.
Di Malaysia, usaha memperkenalkan kenderaan 'hijau' dimulakan oleh pihak Honda Malaysia melalui model Honda Civic Hybrid.
Biarpun penerimaan awal terhadapnya sedikit perlahan, namun model itu mula mendapat momentum baru apabila harga terkininya sangat menarik.
Jentera itu ditawarkan pada harga RM129,800 iaitu kurang 20 peratus berbanding harga sebelumnya setelah menerima insentif cukai untuk kenderaan hibrid sebagaimana yang diumumkan dalam Bajet 2009.
PAPARAN meter futuristik dan informatif menambah gaya elegan jentera ini.
Pada harga baru itu, Honda Malaysia meletakkan sasaran menjual 300 unit model tersebut pada tahun ini. Keyakinan itu bersandarkan kepada harga baru, selain penambahbaikan yang dibuat ke atas Civic Hybrid.
Untuk rekod, sejak diperkenalkan, sebanyak 250,000 unit telah berjaya dijual di seluruh dunia.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Atsushi Fujimoto, ketidaktentuan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup membuatkan pengguna lebih sensitif terhadap wang yang dibelanjakan.
Justeru, Civic Hybrid yang cukup menjimatkan petrol ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan bebanan tersebut. Di samping itu, ia dapat menyumbang ke arah mengurangkan pencemaran udara.
"Selaku pengeluar kenderaan, Honda bertanggungjawab menjaga alam sekitar dengan memperkenalkan teknologi termaju yang mesra alam," kata Fujimoto.
Sekali pandang, sukar mencari perbezaan fizikal antara model Civic Hybrid dan Civic yang dikuasakan oleh enjin dengan sesaran 1.8 atau dua liter.
Tetap mengekalkan penampilan Civic generasi kelapan yang sporty, cara paling mudah untuk membezakannya ialah melihat emblem yang ditampal di bahagian belakangnya.
Tempat duduk dan panel sisi Civic Hybrid yang baru itu disalut dengan kulit berwarna beige. Papan pemuka berwarna hitamnya pula cukup kemas yang dihuni oleh unit audio serta pendingin hawa dengan paparan digital.
BAGI sebuah jentera hibrid, prestasi yang ditawarkan oleh Honda Civic Hybrid adalah memuaskan.
Ada sedikit perbezaan pada paparan meter berkembarnya itu. Pemandu boleh melihat tahap baki bateri kereta yang menggerakkan motornya selain dapat mengetahui sama ada kenderaan sedang mengecas bateri atau menggunakan kuasa enjin.
Sistem hibrid memperoleh kuasanya daripada enjin berkuasa 1.3 liter, dibantu oleh motor elektronik yang lebih kompak dan efisien.
Sistem pintar itu mengaplikasikan pemasaan injap secara berbeza menerusi enjin i-VTEC tiga peringkat yang digabungkan bersama sistem Integrated Motor Assist (IMA) generasi keempat ciptaan Honda.
Sistem IMA mengandungi motor elektrik brushless DC yang dipasang antara enjin petrol, transmisi jenis CVT dan Intelligent Power Unit (IPU).
IPU berfungsi menyimpan kuasa elektrik dalam satu bateri kompak dan mengawal aliran tenaga motor elektrik.
Kuasa yang hilang ketika pelbagai peringkat pemanduan akan disimpan dalam bateri kompak dan dihantar semula ke motor elektrik. Ini sekali gus meningkatkan prestasi enjin dan mengurangkan emisi.
Malah, kecekapan penggunaan bahan api model CBU dari Jepun itu dikatakan mampu mencecah 34 kilometer bagi setiap liter petrol.
Menerusi cara sistem hibrid itu berfungsi, enjin akan dimatikan secara automatik apabila ia berada dalam keadaan pegun dan breknya ditekan selama beberapa saat.
Sebaik sahaja kaki diangkat daripada pedal brek, enjin akan dihidupkan kembali dan menggunakan kuasa motor untuk menggerakkannya. Aktiviti berulang-ulang itu boleh diterjemahkan kepada pengeluaran asap yang minimum.
Namun, harus diingat bahawa Civic Hybrid lebih menjimatkan jika dipandu dalam keadaan jalan raya yang sesak atau pemanduan bergerak dan berhenti secara kerap.
Jika dipandu dalam kelajuan yang konsisten seperti di lebuh raya, ia tidaklah terlalu menjimatkan kerana menggunakan kuasa enjin petrol sepenuhnya.
Tidak perlu bimbang mengenai bagaimana bateri ini dicaj. Sebabnya, kuasa bateri akan ditambah setiap kali brek ditekan dan tidak memerlukannya disambung dengan mana-mana soket elektrik. Jangka hayat baterinya juga dikatakan boleh bertahan sehingga lebih daripada 10 tahun.
Terhasil daripada falsafah Environmentology Honda, Civic Hybrid baru-baru ini memenangi dua anugerah utama iaitu Anugerah Inovasi NST-Maybank 'Car of The Year' 2008 dan Anugerah Asian Auto - Bosch Fuel Efficiency Awards 2008/2009 dalam kategori kereta hibrid.
Seminggu memandu Civic Hybrid, saya mulai menyukai jentera ini walaupun breknya terasa sedikit pelik dan kuasanya tidak membolehkan anda meninggalkan semua kenderaan di lampu isyarat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by baby77 at 4-4-2009 18:20
Seminggu memandu Civic Hybrid, saya mulai menyukai jentera ini walaupun breknya terasa sedikit pelik dan kuasanya tidak membolehkan anda meninggalkan semua kenderaan di lampu isyarat....
tak faham laa maksud nih... adakah penulis nak cakap civic ni tak cukup power? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 zorrro_03\ catat
Menerusi cara sistem hibrid itu berfungsi, enjin akan dimatikan secara automatik apabila ia berada dalam keadaan pegun dan breknya ditekan selama beberapa saat.
Sebaik sahaja kaki diangkat daripada pedal brek, enjin akan dihidupkan kembali dan menggunakan kuasa motor untuk menggerakkannya. Aktiviti berulang-ulang itu boleh diterjemahkan kepada pengeluaran asap yang minimum.
sebab tu kot...
enjin dimatikan.. kalau lepas brek baru enjin jalan.. tu yang lembab sket kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 zorrro_03's post
Maksudnya, time dari berhenti ke lebih kurang 40 km/h, keter ni pakai motor elektrik jer, dan motor elektrik tu cuma setakat 20 bhp jer laa, bila dah lebih 40 km/h baru la dier engage enjin petrol tu untuk start dier dan gunakan output enjin petrol tu untuk sama2 gerakkan keter tu laa. Sebab tu la pikap dier kureng sket laa bila kat traffic light. Satu lagi, combined power untuk keter ni cuma 115 bhp jer, padahal kalau model Civic biasa lak lebih kurang 140 bhp (model 1.8L) dan 155 bhp (model 2.0L). |
|
|
|
|
|
|
|
aku ader terbaca (kat mana tak ingat). ader banyak kes Toyota Prius yg ader problem ngan transmission, sebabnyer hydraulic transmission pump to hanya operate ngan enjin petrol keta tu, jadi bila drive Prius dlm mode electric dlm jangka masa yg lama, Transmission keta tu akan overheat sbb pump nyer tak jalan sampaila prius tu punya enjin petrol hidup.
harap honda tak macam tu.
ps, hari tu lalu kat MRR2 nampak Toyota Estima Hybrid, agaknyer berape hargenyer ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 batu_bergolek's post
Sepatutnya pada certain speed yang rendah (lebih kurang 40 km/h) enjin petrol nak kena hidup psl motor elektrik tu kuasa kuda dier kecik jer, tak larat nak bawak laju2 sgt... so problem camtu mungkin ada kaitan dgn program hybrid synergy drive dier gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 Squall-Leonhart\ catat
sepatutnya enjin petrol dan motor letrik tu active serentak bila kita force pedal utk dptkan kuasa maksimum. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 zorrro_03's post
Tak jugak, sebab keter hibrid memang direka untuk penjimatan minyak maksimum... time bawak slow sekitar bawak 40 km/h, tork enjin rendah jer time rpm rendah, tapi time tu la tork motor elektrik adalah maksimum. Sebab tu la motor elektrik digunakan 100% time tu, kalau tak nanti setakat buang minyak jer laa. Enjin petrol cuma hasilkan tork maksimum dier time rpm pertengahan ataupun lagi tinggi. Sebab tu la bila lebih 40 km/h baru la dier couple untuk sama2 hasilkan kuasa laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 Squall-Leonhart\ catat
ok. ok. tunggu kereta elektrik proton detroit la nampak gaya nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zorrro_03 at 5-4-2009 16:14
ok. ok. tunggu kereta elektrik proton detroit la nampak gaya nya...
aku takut keta proton lg bermasalah je |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 baby77\ catat
tengok dulu. tp proton punya tu kena charge mlm sampai pagi utk fully charged. |
|
|
|
|
|
|
|
saper lah yg dpt AP utk kereta hybrid ni huh??
jeng jeng jeng... |
|
|
|
|
|
|
| |
|