View: 24327|Reply: 135
|
warna kulit lelaki idaman anda dan kenapa...
[Copy link]
|
|
MOD.. KALAU DA ADA THREAD NI MERGE OR DELETE JE LA...
salam forumers....
share your idea and experience or anything about this topic...
apa warna kulit lelaki idaman anda dan kenapa.....
just nak tau....
sebab kesemua girlfren aku bila tanya kenapa suka kat aku???salah satu jawapan dia sebab aku kulit gelap..(masa bujang)
bila da kawen pon wife aku cakap camtu jugak agak kenapa hek..xder plak bagitau sebab dia..
anyone.....
.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rakan masa belajar dulu cakap, org lelaki kalau putih tak elok... tak tahu sebab apa. le ni pun fikir juga kenapa..... yg kulit gelap katanya mancho... lelaki sejati... ya ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka laki itam manis....
rasa cam dorang seksi sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
aku itam manis..sgt seksi... |
|
|
|
|
|
|
|
minat dan suka yg putih cam pelakon korea tu... wah perasan ni.. tapu my hubby gelap gak..![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku ske laki yg kulit cerah.....cz haku neh gelap......bior le kontra.......![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka laki kulit gelap .... tk tau napa aku mmg x brp gemar laki kulit cerah2 ni..... tp ramai jer kawan2 aku suka laki kulit cerah2 ni..... ikut citarasa masing2 laa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 alfrina's post
kita limit kan kepada orang asia jer....xyah la p global...heheheheehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade la dengar gak yang lelaki kulit gelap dari perspektif sains dan perubatan....
depa ni lebih kuat dari yang lain...
i mean tahap kecergASAn....ketahanan...bla bla bla......kalo dari segi fizikal pada aku la nampak cam kasar..dan berkeyakinan...sebab lelaki berkulit gelap macam aku ni sukakan adventure...taktau la orang laen |
|
|
|
|
|
|
|
kulit putih kemerah merahan idaman me... |
|
|
|
|
|
|
|
ni artikel pasal kulit gelap nih korang bace la ....
LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza - lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.
Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.
Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.
Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.
Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap - daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.
"Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta," kata Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu.
Katanya, kajian itu membabitkan penyelidikan ke atas 2,000 gambar iklan yang dipilih berdasarkan model yang dianggap ramai responden daripada pelbagai latar belakang berbeza, sebagai paling menarik di mata mereka.
Model wanita yang menjadi pilihan itu mempunyai kulit putih 15.2 peratus lebih cerah berbanding model lelaki kulit putih, manakala wanita kulit hitam pula 11.1 peratus lebih cerah daripada lelaki kulit hitam yang dipaparkan.
"Lelaki amat tertarik kepada selebriti kulit putih seperti Nicole Kidman dan Kylie Minogue yang dianggap mempamerkan ciri mulia dan baik. Ada juga lelaki yang sukakan wanita berkulit gelap seperti aktres Monica Belluci berbanding aktres kulit cerah, Michelle Pfieffer hanya kerana wanita berkulit gelap itu dianggap lambang kerakusan," katanya. "Wanita sebaliknya, memilih lelaki lebih gelap seperti aktor popular Johnny Depp, Colin Farrell serta Jamie Foxx yang didakwa memiliki tarikan seks tersendiri, misteri, ganas dan bahaya."
Malah, antara bukti kewajaran andaian itu adalah berdasarkan pencapaian dua aktor yang tersenarai - Colin Farrell dan Jamie Foxx berpasangan dalam filem terbaru Miami Vice yang berada di carta atas biarpun menerima ulasan dan kritikan yang kurang menarik.
"Kajian ini membuktikan di dalam budaya kita sendiri sudah wujud satu rujukan tertentu bagaimana seseorang wanita itu perlu tampil dan membawa diri mereka." - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
memilih lelaki lebih gelap seperti aktor popular Johnny Depp, Colin Farrell serta Jamie Foxx yang didakwa memiliki tarikan seks tersendiri, misteri, ganas dan bahaya."
pelik ar pulak sejak bila johnny depp, dan collin farrel kulit gelap... jamie foxx memangler le gelap sbb dia negro...
kalo johnny depp dikira kulit gelap, rakyat malaysia ni walaupun cerah ttp dikira kulit gelap..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka laki itam manis....
rasa cam dorang seksi sangat...
yes....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ling34dcup at 11-4-2009 10:23 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
aku suka laki itam manis....
rasa cam dorang seksi sangat...
yes.......
kalau hitam cam mat afrika tu ko suka tak???
elehhh... ngaku je la..
apa?? tak suka??
abih tu ko suka camner?
oo... ko suka mat bangla yer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|