CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3632|Reply: 11

kanak-kanak berjaya mendaratkan keli seberat 22kg

[Copy link]
Post time 9-5-2009 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Budak kail keli gergasi



NATALIE bersama ikan keli seberat 22kg yang
berjaya dipancingnya.

BANGKOK: Seorang kanak-kanak perempuan menggemparkan kaki pancing apabila memecahkan dua rekod serentak, termasuk menangkap ikan keli yang hampir sama berat dengan dirinya ketika memancing di Tasik Ratchaburi, Thailand.

Natalie Carter, 10, yang memiliki berat 31.75 kilogram bertarung kira-kira 45 minit di bawah sinaran terik matahari sebelum berjaya menjinakkan ikan geli gergasi seberat 22.27 kilogram.

Ikan itu yang hampir sama panjang dengan tubuhnya menobatkan Natalie sebagai pemegang rekod dunia pemancing ikan terbesar bagi kategori bawah 10 tahun dan jika layak, beliau turut memegang rekod bagi kategori bawah 16 tahun.

Beliau menutup hari bertuahnya itu dengan mencipta satu lagi rekod dunia bagi kategori usianya dengan menaikkan ikan haruan seberat 3.31 kilogram.





Namun, meskipun ikan keli yang ditangkapnya itu menjadi rebutan ramai, Natalie memutuskan untuk melepaskannya semula ke dalam air.

Bapanya, David dari Oxford, Oxon berkata, ikan itu amat kuat melawan tapi meskipun ada orang dewasa menawarkan bantuan selepas beliau penat, Natalie tetap enggan menyerahkan batang pancingnya.

揓ika beliau dibantu, catatan rekod itu tidak akan diambil kira. Suhu pada masa itu amat panas, kira-kira 38 Selsius dan batang pancingnya melengkung tapi Natalie tetap enggan menyerah hinggalah ikan itu keletihan dan berjaya ditarik ke tebing,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2009 01:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 03:16 PM | Show all posts
terharuu gituu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:37 AM | Show all posts
ishhh...napalah dilepaskan balik ikan tuh...
kalau aku jual jer....

apapon memang marbeless budak tuh...aku nih paling besor dapat ikan pon 3kg jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:02 PM | Show all posts
tercabarnya aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by baby77 at 9-5-2009 01:26 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2009 11:28 PM | Show all posts

Reply #6 bzzts's post

toceh...toceh...besor dah gambornye. Ikan keli spesis ape ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 01:22 AM | Show all posts
gle ah beb. keli ak besau selipa jepun je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2009 07:53 AM | Show all posts
ni ikan redtail catfish.. memang besar ikan ni.. harga pun mahal.. leh tgk kat kedai ikan tanya diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 01:02 AM | Show all posts
pergh..buh dlm aquarium lawa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 02:05 PM | Show all posts
ikan keli kalo dah bsr sgt geli geleman aku nak makan...biar saiz biasa dah le....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 10:16 PM | Show all posts
makan setahun tk abis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10279 Replies : 57
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 113221 Replies : 488
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30253 Replies : 171
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6279 Replies : 12
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5359 Replies : 53
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21447 Replies : 61
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195468 Replies : 4528
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4119 Replies : 3
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27048 Replies : 105
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73298 Replies : 314

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.085236 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list