CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8316|Reply: 16

Undang Undang Kedah.

[Copy link]
Post time 11-5-2009 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua.

Baru baru ni aku menjejak semula thread thread yg berkaitan dengan sejarah negeri kedah. Dalam aku mencari dan mengorek tu aku terjumpa banyak thread thread pasal kerajaan Negara Siam Kedah, dan kedah pasai Ma. aku tertarik dengan ulasan dan pandangan korang korang tentang topik topik terseb ut. ada yang pro dan ada yang kontra. Dan dalam thread dan blog yg aku baca tu kerap kali menyuruh kita merujuk balik manuskrip undang undang kedah yang yang baru diberikan semula oleh pihak penjajah setelah mereka menyimpan sekian lama. baru sangat sangat. sekitar tahun 2004 tak silap aku. dan undang undang kedah tu pun sekarang dah diterjemah dan disusun oleh DBP ( Dewan Bahasa Dan Pustaka ) semula untuk memudahkan kita membuat rujukan. apa kata disini kita bincang dan kaji antara isi isi kandungan yg terdapat didalam undang undang kedah. kepada anda yang ada salinan asal ke, scan punya versi ke silalah kongsi dan bincang bersama, berkenaan fakta fakta yg meragukan yg terdapat dalam undang undang kedah. mana nak tau dapat jalan keluar ke. hehehe.

P/S : Kat mana nak beli buku tu ek ? ada jual kat MPH ke ? aku carik xde pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 08:20 AM | Show all posts
waalaikumsalam...

nnti ada la org dr puak siam pasaima jwb ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 09:57 AM | Show all posts

Reply #2 fuel_i's post

insyaallah... saya sedang menunggu juga ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 04:31 PM | Show all posts
terima kasih TS buka thread nih...

hird pun bersama2 anda menunggu juga..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 04:24 PM | Show all posts
member aku ada beli buku Undang-Undang Kedah ni kat DBP. Tulisan jawi ada kat belakang dan tulisan rumi dia ada kat belah depan.. member aku dah khatam dah buku ni dan dia asyik bercerita pasal kandungan buku ini yang berkisarkan sejarah "Kerajaan Negara Kedah" yang bermula dari kerajaan Merung Mahawangsa yang berasal dari daerah Zhian di Tanah besar China.. juga dikenali sebagai Kerajaan Siam.. Sebuah kerajaan Islam yang hebat dan gah pada masa lampau meliputi jajahan dari wilayah Burma membawa ke Filipina, Indonesia sehingga ke sebahagian besar negara Australia termasuk sebahagian negara Thailand..  katanya betapa sejarah asal negara kita telah diputarbelitkan oleh orang2 terdahulu yang berkepentingan dan yang menjadi talibarut Inggeris semata-mata tidak mahu kita mengingati kembali kehebatan kerajaan Melayu Islam Kedah pada masa lampau..

buku ini juga ada menceritakan bahawa "Semenanjung Malaysia" dulu asalnya dikenali sebagai "Melaka" dan termasuk di dalam jajahan kerajaan Negara Kedah tapi sekarang Melaka tiba2 jadi kecik pulak hasil daripada manipulasi sejarah yang telah diputarbelitkan..

kalau korang betul2 buat kajian pasal buku ni, jangan terkejut sebab sejarah yang sebenarnya memang betul2 lain daripada sejarah yang kita belajar di sekolah... kalau korang malas nak buat kajian sendiri, korang boleh jumpa ngan member aku ni, nanti dia kupas pasal buku ni satu-persatu sebab dia cakap sejarah perlu diperbetulkan kembali... pelan-pelan katanya...

tak pun korang boleh juga start dengan blog ni... http://sejarahnagarakedah.blogspot.com , baca pelan-pelan daripada awal...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 04:46 PM | Show all posts

NEGARA THAILAND ASALNYA ADALAH BENUA ISLAM SIAM KEDAH

http://sejarahnagarakedah.blogsp ... a-adalah-benua.html


Wednesday, April 18, 2007
NEGARA THAILAND ASALNYA ADALAH BENUA ISLAM SIAM KEDAH

Labels:photos Misteri dan Penerangan semula
Oleh : Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad

Saya merujuk kepada Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 171 lampiran 65, manuskrip bertulisan jawi yang diwartakan pada tahun 222 Hijrah bersamaan 812 masihi

Konflik keganasan yang sedang membara di Wilayah Selatan Thailand bukanlah masalah ekonomi. Sebaliknya ia lahir dari rasa tidak puas hati tentang penjajahan Dinasti Chakri Sokho Thai yang kini diterajui oleh Raja Buddha Bhumiphol Adulyadej. Dinasti ini bermula pada tahun 1736 oleh pendatang tentera dari puak musuh Raja Buddha Rama Kha Meang dari India. Mereka menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokha Thai di Luang Prabhang,Benua Islam Siam Kedah Kheag Tesh. Sejarah bermula pada tahun 1752 apabila mereka menyerang Kerajaan Thong Oo Siam ketika itu dipimpin oleh Maha Dammaiyaza Dipati.Baginda berundur ke Ayuthia dimana baginda di kenali sebagai Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol.

Putera baginda Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol bernama Koya Long dan bergelar Po Chan semasa memerintah di Kemboja Cempaka Sari dan kemudiannya kembali ke Kedah setelah diserang oleh Alaungphaya. Nagara Kedah adalah tempat asal keturunannya (keturunan Merong Mahawangsa) dan baginda memerintah sebagai Sultan Mudzaffar Syah III setelah ayahanda baginda mangkat dibunuh Thai dalam tahun 1821. Baginda bersemayam di Istana Kuala Kangsar. Pada ketika itu Perak belum lagi sebuah negeri tetapi sebuah daerah dibawah Kerajaan Nagara Kedah.

Pada tahun 1767, kerajaan Lannathai menyerang raja Siam Dinasti Ayuthia Boromoraja V Ekataat Sultan Syarif Syah (Ekataat bermaksud, kami taat). Serangan ini ada disebut dalam buku 揂 History of South East Asia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2009 09:38 AM | Show all posts

Reply #5 kurik's post

Kat DBP boleh beli ye buku tu ? aku ingatkan pinjam aje. huhuhu. kalau camtu aku try cari kat DBP aje lah. thanks kurik. ok teruskan posting.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 08:22 PM | Show all posts

Balas #7 winamp05\ catat

yup.. member beli kat DBP hari tu ada buat karnival jualan buku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 08:27 PM | Show all posts

SIAPAKAH YANG MEMBUKA MELAKA?

ada lagi perihal sejarah yang dirujuk daripada buku Undang-undang Kedah..

Dipetik dari SejarahNagaraKedah.blogspot.com

Thursday, May 31, 2007
SIAPAKAH YANG MEMBUKA MELAKA?
Oleh anaianai

Penjajahan oleh Belanda dan Inggeris telah menghapuskan banyak bukti-bukti sejarah di negara kita. Diantara yang hilang ialah sebuah kerajaan melayu Islam iaitu Benua Islam Siam Nagara Kedah. Kerajaan ini bukan sahaja tinggal nama malah hilang dari pengetahuan orang-orang Melayu dan pengkaji sejarah tempatan. Penjajah Inggeris telah menukar nama kerajaan ini kepada wilayah jajahannya yang dinamakan Malaya.

Hari ini sebagai sebuah bangsa yang merdeka, haruskah kita menerima bulat-bulat nama ini, nama warisan penjajah yang memperkecilkan kebolehan bangsa kita. Dalam usaha mereka kearah itu, dibesarkan cuma pada nama sahaja, Melayu di inggeriskan menjadi Malaya, padahal wilayah dan jajahan maharaja dari bangsa kita ini telah menjadi kecil. Raja-raja daerah dulu yang bersubahat dengan Inggeris terlalu mementingkan diri sendiri, hanya melihat pada daerah mereka untuk berkuasa dan mendapat punca kekayaan setempat. Ada diantara mereka telah bersubahat dengan Inggeris yang menyediakan dana secukupnya untuk kegiatan itu.

Tanpa diketahui oleh raja-raja daerah yang bersekongkol ini Inggeris pula menjalankan usaha mereka dengan skop yang lebih besar, dengan 憂etworking
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 04:52 PM | Show all posts
yg pastinya dlm blog sejarah nagara kedah ni,depa nk tuntut takhta kesultanan kedah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 04:46 PM | Show all posts

Balas #10 fuel_i\ catat

Pada pandangan aku, itu hak depa kalau depa nak tuntut takhta kesultanan kedah sebab berdasarkan buku undang2 kedah tu memang depa adalah pewaris sebenar takhta kesultanan kerajaan kedah pada masa lampau berdasarkan susur galur dari keturunan Sultan Kedah yang asal..

kita cuma nak study isi kandungan buku 'Undang-Undang Kedah' ni aje..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by fuel_i at 20-5-2009 16:52
yg pastinya dlm blog sejarah nagara kedah ni,depa nk tuntut takhta kesultanan kedah..


dah dapat ka belom?............
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 03:32 PM | Show all posts
ish2... pada aku xyah ar tuntut tuk jadi sultan balik.. kalau niat betul2 ikhlas tu cume nk bgtau perkara yg sebenar je xpe kot... pasal nmpk sgt mcm GK kuasa 2 huhuhu... mintak sejarah dibetulkan saja sudah.... lagipun kalau betullah kata si anai2 dlm blog tu, Sultan Kedah sekarang ni pun tetap berdarah diraja juga.... nanti ramai pulak yg claim sultan Melaka la, Sultan Johor la, ape la huhu {:2_65:}
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 04:58 PM | Show all posts
kalu x silap aku pewaris sebenar sultan kedah ni x mintak takhta pon...
diorg cuma mintak harta benda tok nenek diorg je dikembalikan...
dan memperbetulkan fakta je...
pasal institusi raja kedah skrng ni sultan kedah sekrng ni pon tahu hal sebenar...
cuma baginda malas nk perbesarkan takot makin byk rhsia yg terbongkar...
wallahuallam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 05:15 PM | Show all posts
Sultan kedah yang ada sekarang ni pun pada pandangan aku dah ok. tak da kontroversi ke apa. memerintah dengan aman dan makmur juga adanya. hehehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2010 05:19 PM | Show all posts
BTW, aku dah beli buku undang undang kedah tu. Memang seluruhnya adalah manuscrip lama yg dikumpulkan balik. Siap ada bajet istana lagi. renovation istana semuanya ditulis dan dibukukan. detail sungguh.

Cumanya aku ragu ragu dengan banyak fakta dalam blog negara kedah tu. malas ah nak komen sbb banyak org dah ulas pasal blog tu dalam ni. tp pasal undang undang kedah tu aku still ada keyakinan. lg satu sebab aku belum habis baca lagi buku tu. thehehe......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2017 12:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075456 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list