CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61147|Reply: 87

Lokasi Aktiviti Misteri [Bomoh Orang Asli/Sami/Bomoh Siam/Kuil/Tokong etc ]

[Copy link]
Post time 24-5-2009 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Lokasi paling berhantu Oleh AMREE AHMAD


Kawasan perkuburan, rumah tinggal, tempat penyembelihan haiwan dan lokasi kejadian bunuh dikenal pasti paling tinggi dengan aktiviti hantu. Mungkinkah lokasi terbaru adalah lebuh raya berikutan kemunculan misteri hantu kebaya merah di Gurun, Kedah?




MUNGKIN ada yang tersenyum menonton iklan terbitan Proton yang memaparkan adegan puntianak ditegur ibunya kerana tidak memakai tali keledar penumpang belakang.

Akibatnya dia terhumban ke jalan raya apabila pemandu wanita kereta Proton itu terkejut sewaktu menekan brek kecemasan.

Iklan 30 saat itu cukup popular sekitar akhir 2007 kerana iadi paparkan dalam bentuk lucu biarpun sekadar kempen kerajaan berhubung kesedaran pemakaian tali pinggang keledar.

Ironi, ramai pasti seram sejuk jika paparan sedemikian adalah realiti dalam kehidupan sebenar.

Namun ada juga yang pesimis kononnya hantu tidak wujud dan sekadar mainan perasaan semata-mata. Malah berdasarkan rekod saintifik, belum pernah ada manusia mati akibat dibunuh oleh hantu.

Terbaru, kawasan Gurun di Kedah mendapat perhatian ramai ekoran pendedahan beberapa pihak yang mendakwa melihat hantu hingga mereka terlibat dalam kemalangan.

Anehnya, lembaga eksentrik itu dikenali berdasarkan jenis pakaiannya - baju kebaya merah.

Kisahnya bertambah menarik apabila 'wanita kebaya merah' itu dipercayai roh jelmaan mangsa kemalangan maut yang tidak tenteram.

Kawasan lebuh raya makhluk itu berlegar kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dulu.

"Hakikatnya sejak dulu lagi manusia mudah takut kepada hantu akibat pengaruh filem cereka yang sebetulnya tidak berasaskan logik," jelas Ketua Penyelidik Kumpulan Pengkaji Paranormal terkenal tempatan atau PSI, Syed Abdullah Hussien Alattas.

Popular dengan gelaran Uncle Seekers, beliau mendedahkan Malaysia kemungkinan besar ialah negara yang paling banyak memiliki hantu.

Lebih menarik, perkara itu disahkan pula ramai pengkaji Barat berdasarkan kepada buku tulisan mereka sejak tahun 1896 hingga 1960-an.

Peliknya dalam tempoh kurang 100 tahun itu, ribuan buku penulis asing bercakap mengenai hantu di Malaysia mendedahkan negara kita 'mewah' dengan lebih 700 jenis hantu. Itu setakat jumlah yang barusahaja dikenal pasti dan didaftarkan di dalam katalog.

"Angka sebenar mungkin banyak lagi tetapi mujur Malaysia selepas dibentuk pada 1963, menyaksikan semakin kurang penulisan ilmiah berkaitan hantu.



"Jika tidak tentu jumlah hantu negara kita sudah mencecah lebih 1,000 jenis," terang beliau dalam nada berseloroh.

Mengulas mengenai kepercayaan kepada hantu, masyarakat Orang Asli dikenal pasti paling tinggi memiliki jumlah hantu.

Ini berkait rapat dengan faktor kehidupan mereka yang banyak bergantung kepada alam sekeliling kerana mereka tinggal di dalam hutan.

Manakala kaum Melayu, ujar Syed Abdullah, tidak ketinggalan mempercayai sejumlah besar hantu, menjadikan mereka sebagai bangsa bertamadun moden yang 'meriah' dengan pelbagai makhluk halus.

Setakat ini, bilangan hantu dalam masyarakat Melayu dianggarkan ada 300 jenis.

Ini berdasarkan kajian beliau selama 19 tahun sejak 1989 dengan sokongan 17 penyelidik tetap dan 26 lagi separuh masa yang membentuk kumpulan PSI.

Mereka turut mendapat bantuan daripada sembilan bomoh dan 85 sukarelawan yang menjelajah ke seluruh negara.

Tidak hairanlah tema hantu juga menjadi pilihan pembikin filem genre seram bermula dengan Pontianak pada 1957 membawa kepada 33 filem. Antaranya Sumpah Orang Minyak (1958), Badang (1962), Si Tora Harimau Jadian (1964), Puaka (1974) dan Toyol (1981).

Namun, hantu biarpun sering dikaitkan dengan orang mati tetapi berdasarkan tinjauan Uncle sendiri ke atas bilik mayat Hospital Kuala Lumpur mendapati para petugasnya langsung tidak bimbang diganggu oleh makhluk halus itu walaupun bekerja keseorangan pada lewat malam.

Jurnal yang sempat menemu bual beberapa pekerja mortuari awam di sebilangan hospital kerajaan turut terkejut melihat mereka bertugas seperti biasa. Bagi individu terbabit, tiada apa yang perlu ditakutkan apatah lagi momokan hantu.


WANITA berkebaya merah (dalam bulatan) yang dirakam pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun, Kedah.

"Mengarutlah, mana mungkin orang mati boleh hidup!" Itu jawapan standard mereka.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ada juga yang mengamalkan petua tertentu seperti membaca ayat Kursi selain tidak takbur dan yang penting, jangan panik!

"Mungkin sudah biasa bertugas di situ namun pemerhatian pasukan saya menunjukkan tiada aktiviti paranormal di sekitar bilik mayat atau kejadian aneh meskipun dipenuhi dengan ribuan mayat termasuk yang mati dibunuh, lemas atau terbakar," terang beliau lagi.

Bagaimanapun, pada umumnya kawasan perkuburan dan jirat Cina merupakan tempat paling banyak aktiviti hantu dicatatkan diikuti rumahtinggal atau bangunan terbiar lama, tempat penyembelihan haiwan ternakan, lokasi kejadian bunuh dan langgar lari mati.

Bercakap mengenai makhluk halus, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelaskan bahawa umat Islam perlu mempercayai kewujudan hantu sebagai ciptaan Allah berpandukan kepada pelbagai dalil al-Quran dan hadis Nabi.


ORANG Asli memiliki paling banyak hantu - UNCLE SEEKERS.

"Namun Islam sebagai agama yang lengkap berasaskan sumber kitab Allah dan sunah Rasulullah mendidik umatnya menitik beratkan soal ilmu.

"Ini bermakna kita perlu melakukan banyak kajian tertentu berhubung kehadiran hantu di alam dunia," katanya.

Justeru beliau merujuk usaha pihak tertentu menggunakan teknologi canggih untuk mengesan makhluk halus yang boleh dianggap sebagai pendekatan sesuai bagi mendedahkan masyarakat dengan kewujudan hantu secara ilmiah selain memperbetulkan salah tanggapan umum selama ini.

[ Last edited by  Syd at 4-6-2009 09:26 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 12:04 AM | Show all posts
orang Asli mmg tak takut hantu,
deme pun sekutu hantu jgk.
Tue yg mengait petai memalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 12:05 AM | Show all posts
mengong tul wifi aku nih

tunggang langgang jadik nye posting nih

sat, nak edit

:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 12:28 AM | Show all posts
[quote]Malaysia boleh dikatakan sebagai pusat pertembungan budaya yang amat subur di antara orang Melayu, Cina, India, Orang Asli pelbagai kaum peribumi di Sabah dan Sarawak.

Pertembungan yang mempunyai sejarahnya yang panjang itu manghasilkan khazanah budaya yang amat kaya. Begitu juga yang terjadi kepada kepercayaan hantu dan cerita-cerita hantu di Malaysia.Terdapat kepercayaan yang dikongsi bersama di kalangan etnik yang pelbagai itu tentang kewujudan pelbagai kategori hantu misalnya hantu nakal, hantu penghisap darah dan hantu pembawa penyakit.

Mereka juga berkongsi kepercayaan bahawa hantu selalunya tinggal di pokok-pokok. Begitu juga dengan binatang yang memainkan peranan simbolik sebagai sekutu ataupun jelmaan hantu.

Persamaan juga dapat dilihat pada adat sajian semahan misalnya dengan penggunaan limau nipis, besi dan garam yang terjadi secara meluas dan dikatakan berkesan menghindari hantu.Gendang, gong dan alat-alat bunyian lain lazimnya digunakan setiap kaum dan etnik bagi menyeru semangat, menyemah atau menjalankan upacara ritual yang berhubung dengan hantu.

Sementara itu, semua kaum bergantung kepada khidmat pawang, dukun dan bomoh untuk mententeramkan atau menghalau hantu atau semangat terutama sekali jenis hantu dan semangat jahat dan pembawa penyakit. Orang India misalnya percaya hantu-hantu berhimpun di persimpangan jalan. Kaum Bidayuh di Sarawak menggunakan pawang Melayu bagi menghalau hantu pembawa penyakit. Apabila orang Tionghua berinteraksi dengan Dewa Tanah atau Datuk Kung, bahasa Melayu digunakan. Persembahan untuk Datuk Kung juga tidak sama dengan hantu-hantu lain dalam masyarakat Tionghua kerana Datuk Kung tidak makan barang-barang yang tidak halal. Pawang dukun dan bomoh di kalangan masyarakat Malaysia digunakan oleh semua etnik. Orang Melayu selain menggunakan pawang Melayu, juga menggunakan pawang atau bomoh Siam. Dalam hai ini pawang dan hantu kelihatannya boleh merentasi sempadan kaum.Satu kajian antropologi mengatakan bahawa hantu penghisap darah iaitu Pontianak pada asalnya adalah semangat penyembuh bagi kaum Orang Asli Semelai. Orang Asli Semelai yang tinggal di dalam hutan menyeru kepada semangat 慚atianak
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 12:34 AM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

aku perasan kan Syd u ni asyik copy & paste je idea owg..mana thread u yg sbenar2nya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 12:38 AM | Show all posts

Reply #5 Oka's post

itu info pasal hantu/kepercayaan mistik kan?

untuk bacaan umum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2009 09:26 AM | Show all posts
aku suka posting SYD ... berinformasi.  keep it up.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 09:43 AM | Show all posts
kat satu area, kat lenggeng, N9
pemes pasal orang2 asli nih
kalau orang nak p mandi manda
kat jeram ke air terjun ke
kena hati-hati...
katanya...kalau tersalah 'pijak'
boleh jadik busung bagai laaa..

tpt orang asli tu nama BROGA

mmg pemes laa nama broga nih
ada tok-tok batin
yang dok 'mengubat' dan yang kasik

samada nak ubat sundri
atau nak 'buat'kan orang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2009 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by tutankhamun! at 25-5-2009 00:04
orang Asli mmg tak takut hantu,
deme pun sekutu hantu jgk.
Tue yg mengait petai memalam


haha
tadi aku terbaca
citer hantu orang asli
waktu tgh kait petai

ada hantu hutan bagai segala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 10:48 AM | Show all posts
Hidup poyang terakhir

Oleh AMREE AHMAD dan SHANIKA ABDULLATIB

Kehebatan bomoh Orang Asli diakui doktor moden.



TOK ULANG cuma mahu dipanggil 'doktor kampung'.



SEBUT sahaja nama Jalan Gombak Lama, mungkin kebanyakan kita segera mengaitkan laluan itu dengan Muzium Orang Asli. Juga jalan itu menempatkan ibu pejabat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan pelbagai agensi di bawahnya.

Namun, laluan tersebut yang suatu ketika dahulu menjadi penghubung utama antara negeri Selangor dan Pahang turut terkenal dengan kewujudan perkampungan Orang Asli suku Temuan.

Uniknya, kawasan tempat tinggal mereka itu biarpun agak tersorok di sebalik rimbunan aneka pokok hutan tetapi mudah dicari. Ini kerana ia terletak bersebelahan dengan sebuah pusat penyelidikan biologi kendalian Universiti Malaya (UM).

揔awasan ini masih baru diteroka. Generasi awal kami menduduki tempat ini hanya untuk membina Jalan Gombak-Bentong lebih separuh abad lalu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 10:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 10:50 AM | Show all posts
uhhhh best2 info ko syd.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 11:12 AM | Show all posts
jeng jeng jeng..

tuk peminat siri bercakap dgn jin, dan orang-orang yang sewaktu dgn nye...


[quote]Bercakap Dengan Jin

(Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli - Siri ke 17)

Dan Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja lelaki itu hilang dari penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan Latifah yang cukup keras dan nyaring. Datuk dan Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah.

Latifah Berguling-guling atas lantai, kedua belah tangannya memegang batang leher. Matanya kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada menangis. Wansi segera memegang pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai. Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta. Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi padanya. Dtuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas ke badan Latifah tiga kali berturut-turut.

Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi Latifah ditamparnya dengan belakang tangan. Latifah bangun dan terus duduk.

"Apa yang kau nampak nak?" tanya Wansi.

"Orang hitam mengajak saya keluar," sura Latifah merendah.

"Lagi apa yang dibuatnya pada kau," sanggah datuk.

"Dia lari dengan tiba-tiba," jawab Latifah tenang.

Wansi terdiam seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan pencil sudah ada di tangannya. Dia menulis sepotong ayat al-Quran. Kertas yang sudah ditulinya itu diserahkan pada Haji Azhar.

"Bacalah ayat ini, ke telinga Latifah bil di agak resah. Dan kau harus mengamalkannya," ujar Wansi.

"Caranya?" tanya Haji Azhar.

"Baca seratus kali selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati dengan dirimu, banyak faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan." Cukup lebut nada suara Wansi. Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang lengan mawas.

"Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil balik," tambah Wansi. Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke tangan Haji Azhar.

"Untuk apa?"

"Untuk mengubat penyakit anak kau," sahut datuk.

"Kalu dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?"

"Dengan pertolongan Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat selama tiga minggu, jangan beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan emaknya," Wansi memberikan sebuah keyakinan dan harapan pada Haji Azhar.

Haji Azhar tersenyum. Sebelum meninggalkan bilik Latifah Wansi berpesan pada Haji Azhar supaya mengunci bilik dari dalam. Dan jangan memperhiraukan dengan apa yang berlaku di luar. Haji Azhar angguk kepala.

Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah dengan anjung rumah memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji Azhar menawarkan dua bilik penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi menolak dengan alasan tidur di anjung lebih baik. Tidak panas serta mudah menjalankan kerja-kerja untuk mengubati Latifah.

Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak juga mahu tidur. Lampu gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan lampu minyak tanah sengaja dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi lingkaran cahaya lampu itu sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat tidur.

Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok daun sambil bercakap sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu-talu, saya kira sudah hampir pukul dua malam. Dugaan saya tepat sekali. Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji Azhar berbunyi dua kali berturut-turut.

Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya terpaksa membengkokkan badan, seperti angka lima. Sayup-sayup saya terdengar suara burung hantu dan suara anjing menyalak panjang. Datuk dan Wansi masih juga belum tidur.

Tiba-tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk menyalakan lampu minyak tanah kembali terdapat batang pisang berkembar dua terletak atas lantai di anjung rumah. Batang pisang itu seolah-olah baru lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu menjamah batang pisang tersebut, cepat-cepat Wansi menyepak tangan datuk.

"Jangan dipegang," kata Wansi.

Saya mengeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh dengan sendiri hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya bogel dalam sinar samar-samar cahaya lampu minyak tanah. Wansi yang terpandangkan saya turut tersenyum.

"Kau pergi ke sana," katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk membawa saya. Tanpa banyak bicara saya akur dengan perintahnya. Saya bersandar pada tiang rumah. Saya lihat dari batang pisang itu keluar asap berkepul-kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan dengan bebasnya di anjung ruamh, kelawar hitam itu akan kencing, airnya merah macam darah.

Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada bayang putih memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap. Benda putih itu masuk ke dalam kawasan anjung dan hilang betul-betul di tengah-tengan batang pisang. Suasana di luar rumah agak gamat juga dengan bunyi suara kokok ayam, salakkan anjing dan suara jampuk bersahut-sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian anjung rumah terus bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di samping memperlihatkan taringnya.

Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan-syaitan ini akan meragut nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam keadaan yang serba gawat itu, saya masih dapat membaca beberapa potong ayat al-Quran yang saya kira dapat menghalau syaitan-syaitan itu. Datuk dan Wansi kelihatan tenang memandang batang pisang yang berasap itu.

Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan kanan yang diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya. Sementara tangan kirinya diletakkan atas dada, kaki kanannya, menapak dua tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan sedikit.

Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam loghat bahasa Bawean, selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu berterbangan masuk ke dalam anjung ruamh. Wansi sedikitpun tidak bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah. Beberapa ekor tupai hitam, entah dari mana datangnya berlompatan di lantai. Semuanya melompat ke tanah. Sebaik saja tupai-tupai itu ghaib, seekor beruk besar muncuk di depan datuk dan Wansi.

Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak, tentulah datuk tahu, bahawa kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan syaitan-syaitan itu. Datuk berpeluk tubuh. Dia membaca mentera hingga tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di tengah anjung bagaikan diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang dalam gelap.

Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas. Bahang panas itu terasa ke muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu memukul ke arah api. Api itu mula runduk. Wansi memukul lagi hingga api itu bertukar mejadi bara sebesar bola pingpong. Bara itu terbang. Berlegar-legar dalam rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk serta Wansi beranung dulu. Pondok itu terbakar.

"Orang ni benar-benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu membinasakan kita," kata Wansi sambil melurut langan kirinya dengan tapak tangan kanan. Dalam beberapa saat saja pondok itu hancur menjadi abu. Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat-cepat Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya olehnya.

Bara api sebesar bola pingpong terus berlegar-legar dalam ruang anjung. Wansi mula bertindak, saya lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap dalam bahasa Bawean. Wansi membalut tangan kanannya dengan uncang hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak ilmu dunianya jika dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam diri datuk.

Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk dan mengeluarkan darah yang cukup kental. Saya urut belakang datuk. Wansi meletakkan bola api yang sudah menjadi seketul arang itu di tengah anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia menumbuk belakang datuk.

Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu. Cacing dan ulat bulu itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya ke muka datuk. Datuk segera pulih. Wansi kembali ke tempat arang yang diletaknya. Arang itu masih berasap. Bila asapnya hilang saya lihat ada kepala manusia terletak di situ, Berlilit dengan kain. Matanya terkedip-kedip merenung ke muka datuk, bagaikan minta pertolongan.

"Saya kenal dia Wansi," kata datuk.

"Siapa manusia ni?"

"Bomoh orang asli, dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya dua kali," terang datuk dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila di depan kepala manusia yang seoah-olah melekap pada papan lantai itu.

"Kenapa kau buat jahat dengan orang?" tanya Wansi.

"Saya dapat upah encik," jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli bercakap Melayu. Matanya terkelip-kelip macam katak puru kena sembur air. Wansi atau datuk. Biarkan mereka dengan tugas mereka. Saya cuma mahu melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau sejarah yang tersimpan dalam diri saya. Itu saja tekad saya.

"Siapa yang mengupah kau?" datuk menyoal.

"Orang kampung ini juga."

"Siapa namanya."

"Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya,"

"Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain," kian keras nada suara Wansi. Datuk mula resah. Dia berpusing-pusing dua tiga kali di depan kepala yang terlekap di lantai.

"Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah mukanya waktu dia usik-usik untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya ingat perbuatan orang itu tak baik menghina sesama manusia kerana itu saya tolong dia." Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu bercakap, cukup siksa.

Datuk dan Wansi berbisik, Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak-gerak. Mukanya berpeluh-peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan malam yang tadi agak gawat sekarang sudah cukup tenang.

"Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala awak di sini," Wansi mula mengugut. Datuk mengigit bibir.

"Jangan buat jahat dengan orang encik."

"Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu."

"Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu sekarang?"

"Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di baruh yang upah awak?"

"Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak balas dendam."

"Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja."

"Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh dia jumpa encik,"

"Bila?" potong datuk dengan cepat.

"Dua hari lagi."

Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan uncang yang dibuat dari kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik Haji Azhar berbunyi empat kali berturut-turut. Dingin subuh mula meresap ke batang tubuh saya. Dalam kedingannan yang menggigit tulang itu saya terlelap . Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai dan merbah sudahpun berhenti berkicau.

Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok nipah. Mereka merenung ke arah pondok yang tertegun gagah di bawah kelopak matahari pagi. Kepala saya terasa pening kerana malam tadi saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri pondok itu musnah dijilat api. Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang menguasai diri saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil saya.

"Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar," itulah pertanyaan pertama pagi itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka saya sambil tersenyum.

"Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan," balas datuk.

Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan pada sesiapapun tidak ada orang yang percaya sedangkan pada kenyataannya saya melihat kejadian-kejadian itu sendiri.

Bila datuk melihat daya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan menyatakan apa yang saya lihat iut, bukanlah satu perkara yang aneh. Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yang maha besar.

"Allah itu maha pemurah dan panyayang."

"Jadi," tingkah saya.

"Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama ada jahat atau baik."

"Kalau minta jahat bagaimana?"

"Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia kita diberikan fikiran untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat."



MENGAKU

Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama Haji Azhar minta datuk dan Wansi duduk sebulan di tempatnya.

"Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat kerana ada orang yang akan datang ke sini?" Saya lihat wajah Wansi cukup tenang.

"Siapa?" soal Haji Azhar.

"Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana saya belum lagi membuat persiapan untuk
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 11:19 AM | Show all posts

Balas #13 Syd\ catat

wahhhh timo kasih....timo kasih syd....

wa rindu nak baca TJSBDJ ni..................
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 11:32 AM | Show all posts
syd.....cerita2 tamar jalis nik berlaku kat kampung mak aku.............

changkat melintang.......kampung belanja tu pon sama............

bangga aku.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 11:36 AM | Show all posts

Reply #15 ctaz's post

so, citer tu mmg jadik laa eh

wahhh...

kat Perak kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 11:42 AM | Show all posts

Balas #16 Syd\ catat

ramai orang kata tu memang pengalaman sebenar TJ.....

so suma tu mungkin kisah benar ler kot.....lagi pon....
kalu follow2 citer TJ....nama2 tempat2 yg dia ngan atok dia pegi tu...
memang betol ada nama2 tempat tu......
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 11:42 AM | Show all posts

Balas #16 Syd\ catat

ha ah...tu semua area perak...
TJ tu kan org perak.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by Oka at 25-5-2009 00:34
aku perasan kan Syd u ni asyik copy & paste je idea owg..mana thread u yg sbenar2nya..


pe maselah ko nih??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2009 11:52 AM | Show all posts

Reply #19 mauminumapa's post

ala.
takpelah tu.
tak payah panjang2 citer nih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 1.015171 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list