View: 3569|Reply: 2
|
Gempa bumi Kuat di Honduras - 7.1 richter scale -
[Copy link]
|
|
Gempa bumi kuat di Honduras
TEGUCIGALPA - Satu gempa bumi kuat menggegarkan Honduras awal pagi semalam dengan menyebabkan seorang remaja maut dan banyak rumah musnah.
Gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter itu turut mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai Amerika Tengah dan perairan Carribean tetapi ditarik balik tidak lama kemudian.
Ia bermula di perairan timur laut Honduras berhampiran pulau peranginan Roatan dan merosakkan banyak bangunan di negara yang memiliki tujuh juta penduduk itu.
Perkhidmatan bantuan kecemasan dan beberapa pegawai berkata, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terbunuh di bandar La Lima, kira-kira 160 kilometer ke utara ibu kota Honduras, Tegucigalpa apabila bumbung rumahnya runtuh.
Negara miskin berkenaan tidak mempunyai banyak bangunan tinggi tetapi sejumlah rumah dan gereja di beberapa kawasan dilaporkan mengalami kerosakan teruk.
Bencana berkenaan berlaku pada pukul 2.24 pagi waktu tempatan ketika kebanyakan penduduk sedang tidur.
Seorang pengawal keselamatan, Pedro Ramirez, 52, sedang berada di dalam traknya di luar sebuah bangunan pejabat di sini ketika kejadian berlaku.
"Kenderaan saya bergoncang dan terdapat serpihan bangunan berhampiran mengenai bumbung trak saya. "Saya amat takut dan belum pernah mengalami keadaan seperti ini," katanya. - Agensi
**********************************************************************************
7.1 richter tu memang boleh bawa kemusnahan besar --
kalau ada update tentang earthquake ni nanti akan di updatekan lagi - |
|
|
|
|
|
|
|
patut la aku rase gegarannye.... |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya...semoga khabar tsunami melanda malaysia x benar... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|