CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2405|Reply: 4

Mercedes Benz ML350 Sports SUV

[Copy link]
Post time 13-6-2009 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Mercedes-Benz ML350 Sports SUV Elit

Oleh JOHARDY IBRAHIM



Bamper dan lampu belakang juga diberi sentuhan baru.


TREND memandu kenderaan utiliti sports (SUV) di Malaysia ternyata meningkat, apatah lagi pelbagai jenama dan model sudah tersedia untuk dipilih oleh pengguna.

Daripada SUV paling kecil Perodua Kembara hinggalah paling besar, Hummer.

Trend pemanduan SUV dipelopori oleh Amerika Syarikat (AS), mendorong hampir semua peserta industri automotif dunia berlumba-lumba mencipta model masing-masing bagi merebut bahagian kek lapis automotif AS itu.

Uniknya pasaran SUV di AS ialah purata minimum kapasiti enjin yang menjadi kegemaran 3.5 liter. AS mengenakan cukai jalan berasaskan jenis enjin (petrol, diesel atau hibrid) dan bukan kapasiti enjin seperti Malaysia yang menyulitkan peminat kereta menikmati kejuruteraan kenderaan berkapasiti 2 liter ke atas kerana cukai jalan yang tinggi.

Mercedes-Benz M-Class juga antara jenama mewah yang berjaya menembusi pasaran lumayan SUV di Amerika Syarikat. Tidak payah ke sana untuk mencari bukti, tonton sahaja MTV. Banyak video muzik terutama kumpulan Rappers menggayakan M-Class yang menjadi penanda aras kemewahan (selain Hummer - simbol gengster kaya, kononnya).

Generasi terbaru M-Class atau ML350 Sports yang baru dilancarkan pada 6 Mei lalu ke pasaran Malaysia, memaparkan reka bentuk depan yang ketara lebih rugged dan `timbul'.

Pada bahagian depan, bampernya diberi rekaan baru dengan plate perlindungan bawah enjin, lampu bi-xenon yang bergaya baru serta besar, malah jeriji radiator yang lebih dominan.

Di bahagian belakang pula digayakan dengan bamper serba baru yang disepadukan dengan garisan pembias lampu yang menekankan saiz lebar kenderaan ini serta lampu belakang yang didatangkan dengan kaca gelap (atau opsyen lampu LED dengan kaca terang).

Sistem ekzos berkembar dengan muncung paip bujur menyerlahkan elemen sport yang dibawanya manakala besi bumbung didatangkan sebagai ciri standard.

Dari aspek dalaman, ML350 Sports didatangkan dengan sistem COMAND yang kini memiliki paparan warna yang besar dan tambahan fungsi seperti COMAND APS yang merangkumi navigasi, musik dan kawalan berasaskan suara. Selain itu, sistem media antara muka yang universal menyambungkan iPod dan alat-alat audio lain. Sistem LINGUATRONIC juga menggunakan kawalan berasaskan suara dengan keseluruhan pengenal pastian perkataan menyeluruh.

Sistem bunyi sekeliling dengan dua pembesar suara dan output sebanyak 610 watt adalah lebih daripada cukup untuk membawa suasana konsert semasa pemanduan. Sementara itu, sistem teater dengan paparan lebih besar terletak di belakang kerusi pemandu. Mungkin dari sudut lain, ia kelihatan tidak sesuai tatkala kebanyakan jenama lain menggunakan kaedah bina-dalam untuk paparan LCD seumpamanya.

Pada bahagian enjin, tiada perubahan iaitu 3.5 liter yang menjana kuasa maksimum 200 kW atau 272 brek kuasa kuda (bhp) pada 6,000 revolusi per minit (rpm) dengan kuasa terjahan maksimum 350 Newton meter pada 2,400 dan 5,000 rpm.

Bagi mereka yang mahukan model terbaik, Mercedes-Benz juga menawarkan varian ditala khas iaitu ML63 AMG dengan kapasiti enjin 6,208 cc V8 yang menjana 510 bhp atau 630 Nm menjadikannya SUV paling berkuasa dalam pasaran. Daya pemecutan dari 0-100 km/j dikatakan boleh dicapai dalam masa 5 saat dengan kelajuan tertinggi 250 km/j.

ML350 Sports ini diperkasa oleh transmisi automatik 7-kelajuan 7G-TRONIC yang menyalurkan kuasa ke semua roda menerusi sistem 4MATIC. Sistem ini adalah sistem pemanduan semua roda yang secara berterusan menukar edaran kuasa terjahan antara roda depan dan belakang supaya stabiliti boleh dioptimumkan.

Kebanyakan pemilik M-Class tidak mungkin memandu kenderaan mewah mereka ini ke dalam hutan tetapi jurutera Mercedes-Benz memastikan ia mempunyai keupayaan pacuan empat roda (4x4).

Model ML350 yang diimport dari kilang Mercedes-Benz di Amerika Syarikat, dilengkapi pakej kejuruteraan Off-Road Pro sebagai ciri standard. Secara umumnya, pakej ini berfungsi serentak dengan sistem gantungan udara AIRMATIC bagi membolehkan ketinggian pemanduan kenderaan ditingkatkan hingga 90 mm supaya ia boleh melalui kawasan banjir sedalam 600 mm.

ML350 Sports ini ditawarkan pada harga RM548,888 (tanpa insurans) manakala harga bagi ML63 AMG boleh diperolehi dari pengedar Mercedes-Benz bertauliah.






HALF mill????  aku penah tengok keta ni sekali ajer.... kalu tengok pun  nampak dah jenis MAHAL punyer.... aku menang loteri seksok...  aku beli sebijik...    suka ngan bumper  dia!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2009 11:02 AM | Show all posts
automatic gear lever dia kat steering wheel.. macam classic american cars..



korang boleh nampak P-R-N-D kat lever sebelah kiri steering wheel tu..

yg best sekali, bau leather dia.. mmg bau leather mahal.. perrrrgghhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 12:20 PM | Show all posts
wow..mcm-2 gadet ada kat dlm kokpit..
yg guna cuma gear,henbrake,lampu/signal dan radio je kot...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 02:58 PM | Show all posts
sorry maksud aku, sebelah kanan belakang steering wheel tu...  bukan kiri...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 06:53 PM | Show all posts

Reply #2 BSundayB's post

lepas setahun bau leather tu hilang le kot.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073569 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list