CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 40137|Reply: 50

MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar)

[Copy link]
Post time 28-6-2009 08:30 AM | Show all posts |Read mode
MCKK revolusi besar pendidikan anak Melayu
Oleh Ridzuan Yop
bminggu@bharian.com.my

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang ditubuhkan pada 1905 berjaya melakukan satu revolusi besar kepada kaedah pendidikan anak Melayu di negara ini.

Baginda bertitah, penubuhan MCKK penting kerana kurikulum pendidikan yang dirangka sebelum itu sekadar berupaya melahirkan petani, nelayan dan tukang kayu Melayu yang lebih baik daripada ayah mereka.

Melalui MCKK, titah baginda, kurikulum lama itu dirombak kepada kurikulum yang dapat membina daya intelek dan membekalkan anak Melayu dengan pengetahuan untuk menghadapi dunia moden.

"Idea menubuhkan MCKK adalah lahir dari istana untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. MCKK ditubuhkan hasil tuntutan Raja-Raja Melayu sebagai program yang dapat menyediakan pendidikan berkualiti kepada anak Melayu yang sudah lama berada dalam ruang pemikiran Raja-Raja Melayu.

"Akhirnya melalui MCKK, lahirlah barisan inteligensia Melayu dalam pelbagai bidang, namun mereka tidak lupa kepada akar dan budaya bangsa," titah baginda ketika merasmikan Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah MCKK, di sini semalam.

Turut hadir, Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Mohamad Zahir Abdul Khalid dan Pengetua MCKK, Mohd Rauhi Mohd Isa.

Pada majlis itu, baginda turut menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK, Iskandar Afiq Abd Nasir dan penerima anugerah Hassanal Bolkiah, Hazman Syamil Hassim atas kecemerlangan mereka.

Sultah Azlan Shah yang juga bekas pelajar MCKK, bertitah sempena sambutan 100 tahun penubuhannya, MCKK sudah dimasyhurkan sebagai Institusi Warisan Budaya dan Negara sebagai pengiktirafan negara dan dari Raja-Raja Melayu.

"Sebagai bekas pelajar MCKK, setiap kali Beta berangkat ke kolej ini, ia adalah satu perjalanan melalui laluan peringatan yang penuh dengan kenangan manis," titah baginda sambil mengingatkan MCKK sebagai institusi pendidikan Melayu ulung, wajib meneruskan tradisi kecemerlangannya.

Titah baginda, usaha penambahbaikan kolej itu juga perlu terus dirintis supaya ia kekal unggul dan dihormati, manakala pelajarnya hendaklah menjadi penggerak utama mencipta kejayaan dan kecemerlangan serta terus menyalakan obor kegemilangan sepanjang masa.



abg aku budak mckk.... bangga kan main... tapi ya lorrrrrrr ramai dak mckk yg cemerlang career depa..... aku masuk sbp tapi tak dapat mckk lak... lepas VI masuk sbp lain lak....  ramai gak member baik aku dak mckk masa kat dekalb dulu...  ramai amik enjin!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2009 02:19 PM | Show all posts
MCKK ni segah nama dia.. bagus kalo dpt masuk sana.. tp.... betolla kes2 yg tak sedap didgr tu... yela.. MCKK kan boys only.... huhuhu.. maaf kalo x betol.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 10:56 PM | Show all posts
same as sahc..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 11:49 PM | Show all posts
teringin masuk sekolah ni masa kecik dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2009 12:28 AM | Show all posts
MCKK ni segah nama dia.. bagus kalo dpt masuk sana.. tp.... betolla kes2 yg tak sedap didgr tu... yela.. MCKK kan boys only.... huhuhu.. maaf kalo x betol.......
anne83 Post at 29-6-2009 14:19

anuar ibrahim dulu mckk kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 06:47 PM | Show all posts
all hail 9701 hanoverian aposates...

Old Boy Weekend baru abis last weekend.
x sempat nk pegi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2010 10:11 PM | Show all posts
sekolah ni dulu antara musuh no wahid sekolah aku.. lagi2 kalau pasal ragbi.. tapi aku bangga gak sekolah ni masih kekalkan status elitnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 12:02 AM | Show all posts
anuar ibrahim dulu mckk kan
speedo Post at 30-6-2009 00:28


bikin malu budak kolek aje... chit!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2010 12:21 PM | Show all posts
school of king...king of school..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 12:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by mofisa at 14-4-2010 12:25



ini dia bangunan 'big school'...
huuu..rindunye kat dorm 10.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 05:52 PM | Show all posts
band butterfinger pun asal dari mckk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 06:36 PM | Show all posts
band butterfinger pun asal dari mckk..
pejai_arts Post at 14-4-2010 17:52


tp emmet budak VI..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 06:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by mofisa at 15-4-2010 17:10

http://www.youtube.com/watch?v=kdVSMDRrSNs
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:44 PM | Show all posts
10# mofisa

aku tak ingat dah nombor2 dorm nih.

dorm 10 yg atas common room tu ke, ah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 02:10 PM | Show all posts
emmet je VI kan, yg lain dari MCKK
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 05:04 PM | Show all posts
10# mofisa

aku tak ingat dah nombor2 dorm nih.

dorm 10 yg atas common room tu ke, ah?
observateur Post at 14-4-2010 20:44


a'ah..kat tengah2 big school tu.tingkat atas.
sebelah bilik tibi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 05:04 PM | Show all posts
emmet je VI kan, yg lain dari MCKK
pejai_arts Post at 15-4-2010 14:10


yup..yg len2 sume bdk koleq..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 08:58 PM | Show all posts
17# mofisa

Budak2 SMRPK kalau dapat berpakwekan budak MCKK ni bangga gila...ye lah budak MCKK ni pada masa 90an byk anak2 org kaya / bangsawan yg educated....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:11 PM | Show all posts
17# mofisa

Budak2 SMRPK kalau dapat berpakwekan budak MCKK ni bangga gila...ye lah budak MCKK ni pada masa 90an byk anak2 org kaya / bangsawan yg educated....
Isfa76 Post at 15-4-2010 20:58


Ish... ish.. Ish  (stail bujang lapok)

Sronok ye dapat awek RPK zaman tu. Tak dapat bayangkan camna dorang jumpa - masa w-end kut? Kat mana? Kawasan bandar KK budak kolek boleh merendek agak terhad gak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 10:13 PM | Show all posts
a'ah..kat tengah2 big school tu.tingkat atas.
sebelah bilik tibi..
mofisa Post at 15-4-2010 17:04


TQ.. dah ada bilik tv, ek? Kurang skit boring, ek?

Tapi SAS dah ada bilik TV dari tahun 70an...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197145 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.140648 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list