View: 28038|Reply: 201
|
Cinta Itu Membunuhnya.
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by bintang at 29-6-2009 23:50
Cinta Itu Membunuhnya.
Malam berjalan kian jauh, larut dan penuh kepekatan. Tiada bulan, tiada bintang, menyorok entah di benua mana. Dia masih berkebil-kebil, memandang suaminya disebelah berdengkur halus, tenang dalam lena atau mungkin sedang bermimpi indah. Setelah penat bergulir ke kiri dan kanan, dia bangkit ke bilik air berwuduk dan solat kerana merasakan tiada kesudahan dia resah di katil menanggung sedih dan bengkak hati. Mengadu sedih dengan Tuhan padanya lebih bererti. Dari berwuduksehingga selesai solat, airmatanya bercucur kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Selesai solat dua rakaat dia termangu di atas sejadah tanpa menadah tangan berdoa. Tidak tahu untuk mengadu apa lagi lepada Tuhan, kerana dia maklum Tuhan maha tahu apa yang sedang bergelojak dalam jiwanya dan kerana dia sudah selalu bermohon kepada Tuhan, tetapkan imannya dan kurniakan kesabaran kepadanya.
Imbauan, memori tentang janji dan masa depan yang belum pasti menerawang dalam benak, kisah-kisah sedih yang akan dilalui temanya dengan sendiri tercipta. Kesedihannya mengalir bersama airmata yang dari tadi tidak pernah kering sehingga terasa pedih matanya. Sendu ditahannya agar tidak kedengaran oleh suaminya yang sedang lena itu.
Dia cuba menjadi waras sejenak. Dia tidak tidak ingin menjadi orang yang menentang takdir Tuhan, maka dengan itu dia bermohon agar Tuhan kurniakan kesabaran buatnya. Jauh di sudut hatinya kadang-kadang dia berharap Tuhan pendekkan umurnya, namun cepat-cepat dia menepis perasaan tersebut, dia takut kalau-kalau dia terpesongatau menjadi orang yang engkar dengan takdir Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 5-7-2009 22:32
Lama dia di atas sejadah sehingga azan subuh berkumandang, dia mengerjakan dua rakaat solat sunat sebelum solat fardhu dan berwirid pendek. Dia bangkit dari sejadah berjalan terhenjut-henjut dek kebas kaki, mengejutkan suaminya yang masih berdengkur.
Setelah pasti suaminya sudah jaga, dia bergegas ke dapur melakukan rutin biasa pada setiap pagi.
Mee goreng basah kegemaran suaminya, nescafe panas sudah siap terhidang di meja makan, dia menjenguk jam di dinding kurang sepuluh minit pukul lapan pagi. Dia menunggu suaminya di meja makan dengan debaran dan cengkaman rasa. Dia memujuk diri sendiri, berhentilah menangis, ia tidak akan mengubah apa-apa. Di saat dia memujuk diri sendiri di saat itu juga matanya bergenang air, dia menyeka cepat-cepat supaya tidak dilihat oleh suaminya nanti.
Suaminya meletak beg pakaian sederhana besar di pinggir pintu masuk rumah. Sambil menguntum senyum kepadanya berjalan menghampiri meja makan. Dia membalas senyum tersebut dengan penuh paksa.
“Tak makan?” Tanya suaminya dengan mesra sambil sudu yang berisi mee disuapnya ke mulut penuh selera.
Dia mengeleng sambil menguntum senyum, paksa lagi.
“Abang kursus seminggu aje tau, nanti abang call Zila suruh dia jenguk-jengukkan Ija selalu ye.”
Dia mengangguk dan memaksa senyum lagi. Hatinya terasa tawar dan dia menahan-nahan airmatanya dari mengalir. Dia melihat kegembiraan di wajah suaminya, bagaimana dia turut ingin gembira? Tuhan, hapuskan segala perasaan di jiwa ini alangkah baik jika aku tidak punya perasaan kecewa dan marah. Dia menggomel dengan diri sendiri sehingga sesedar suaminya sudah tidak ada lagi di meja makan. Dia menoleh ke setiap ruang kelihatan suaminya sedang membetulkan pinggang seluar dan mengangkat beg pakaian dengan tangan kanan dan kunci kereta di tangan kirinya. Dia bangkit berjalan lemah menuju ke arah suaminya menghulur tangan disambut oleh suaminya dan tangan itu diciumnya tenang. Suaminya mengucup dahinya agak lama dan keluar mengucap salam, dijawabnya perlahan dan tenang juga. Daun pintu ditutup dan dia duduk bersandar di daun pintu sambil menangis perlan-lahan dan tangisan itu kian kuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung le lagik.......................cam best je |
|
|
|
|
|
|
|
Zila mengetuk-ngetuk pintu pintu setelah telefon dan smsnya tidak dijawab Ija. Sekian lama dia memanggil baru Ija membuka pintu. Daun pintu dikuaknya cepat dan dia terkejut melihat ija terisak-isak. Belum sempat dia bertanya dengan pantas Ija memeluknya kuat, terasa lemas dengan pelukan Ija dan dirinya terpinga-pinga mencari jawapan sendiri apa yang telah berlaku kepada Ija. Tadi Zikri menelefonnya menyuruh jenguk-jengukkan Ija katanya kursus seminggu, kelihatan elok saja nada suara Zikri. Takkan Ija sedih kerana kena tinggal dek Zikri, bukankah Ija sudah biasa ditinggal Zikri kerana berkursus. Zila berfikir dalam kebingungan. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mari kita duduk, bertenang dan cerita padaku apa yang telah berlaku,” pujuk Zila sambil menarik tangan Ija duduk di kerusi. Ija akur, esakannya semakin menurun. Ija bersandar di bahu Zila seperti melepaskan lelah yang panjang. Zila mengusap rambut ekal Ija yang panjang melepasi paras bahu itu dan dia melihat Ija seperti anak kecil yang dahagakan kasih sayang.
“Abang Zikri nak pergi nikah,” sayu suara Ija dalam esakan kecil.
“Aloloo.. baru lepas bergaduhlah ni jadi syak yang bukan-bukan,” Zila gelak kecil. Patutlah Zikri menelepon dia supaya menjenguk Ija, fikir Zila.
“Zikri pergi kursuslah Ija, kau janganlah fikir yang bukan-bukan. Tak sanggupnya Zikri menduakan kau”.
Ija meragut baju Zila dan menekan dadanya kuat seraya menjerit, “dia nak kahwin!” Dan tangisannya menjadi kuat kembali bersama sedu sedan yang sangat hiba.
“Ok, ok.... tapi kalau iya pun dunia masih belum kiamat lagi, Ija. Masih banyak perkara yang masih boleh kita lakukan.” Zila tetap Cuma menenangkan Ija dan di dalam hatinya cuba mencari kebenaran apa yang telah diluahkan Ija; benarkan?
“Alangkah baiknya kiamat datang cepat.” Suaranya tersekat-sekat merintih sedih.
”Bagaimana semua ni boleh berlaku? Cerita padaku”
Kalau semua ini benar bukan cubaan, dalam hati Zila mengutuk-ngutuk Zikri; apa salah Ija? Sampai tega Zikri lakukan semua ini. Menduakan Ija sama seperti menanam Ija hidup-hidup ke dalam kubur, masih bernyawa namun lemas. Zikri mengambil kesempatan di atas kenaifan Ija, kalau ini benar Zila terasa ingin meraung kuat-kuat; jahanam kau Zikri!.
”Ija, tadi Zikri call aku bagitahu dia dalam perjalanan ke tempat kursus dan dia suruh aku jenguk-jengukkan kau. Aku ingat kau tak sihat bila aku call kau tak angkat,” Zila terus berkata-kata kerana Ija diam membatu.
Ija mendongak, meramas kedua belah tangan Zila, airmatanya bercucuran lagi, wajahnya sungguh pucat dan kelihatan tidak bermaya, bibirnya kering dan Zila tersentak di dalam hati bila dia mengamati semua itu.
”Ija sudah pesan jangan bagitahu apa-apa pada Ija tentang perkahwinannya, tentang isteri barunya. Tidak tahu lebih baik dari tahu”
”Huh? Memang benar dia pergi nikah?”
”Dia kepingin anak.” |
|
|
|
|
|
|
|
”Kamu baru tiga tahun berkahwin.”
”Cukup lama buat abang Zikri”
”Kau izinkan dia kahwin?”
”Tidak ada gunanya menghalang, katanya kalau Ija menghalang bererti Ija menghalangnya membina masjid.”
”Teganya kau, Zikri!” Bentak Zila.
”Ija.. Ijaaa.. mari kita menghalang Zikri, masih sempat!” Zila menarik tangan Ija namun Ija membatu, mengeleng-ngeleng kepala lemah.
”Biarlah dia, Ija sudah penat merayu. Dia mengharapkan Ija memahaminya, membantunya bukan memusnahkan impiannya. Biarlah hati Ija remuk, asalkan dia bahagia. Biarlah, biarlah.” Ija merebahkan kepalanya merengkuk di sofa dengan kedua tangan di bawah pipi kirinya. Matanya pejam namun manir halus mengalir lesu di hujung matanya. Bibirnya kering wajahnya terus menerus sayu. Semua kata-kata Zikri bermain di fikirannya. Kata Zikri dia bukan bebuat onar dengan perempuan lain, dia nak kahwin saja, berkahwin bukan buat dosa tapi buat pahala. Kenapa Ija harus menentangnya berbuat pahala? Ya, kenapa? Dalam persoalan itu Ija berkata-kata kepada Tuhan; Tuhan, alangkah baik kalau aku tidak punyai perasaan. Semua rasa kecamuk, pedih dan pilu ini tidak wujud lalu aku boleh tersenyum dengan semua yang berlaku ini. Aku cintakan suamiku, namun cinta ini telah membunuh aku!
|
|
|
|
|
|
|
|
”Zila...”
”Hmmm”
”Setelah Mak Uma meninggal, Ija cuma ada Zikri. Sekarang Zikri sudah dirampas, Ija sudah tidak punyai sesiapa lagi.” Rintih Ija, perlahan.
”Zila ada Ija, kau ada aku. Aku akan sering menjaga kau. Aku janji, demi Tuhan.” Zila berkata bersungguh-sungguh dalam sebak yang diseka. Zila merasakan dia harus membuat perhitungan dengan Zikri, mesti!.
Tiga bulan selepas perkahwinan Zikri, baru Zila berkesempatan berjumpa lelaki itu. Itu pun secara tidak sengaja di perkarangan tempat letak kereta maktab.
”Tega kau zikri!”
”Apa yang tega?”
”Apa kekurangan Ija? Sampai sanggup kau menduakan dia”
”Apa salah aku?”
”Mentang-mentang dia tak ada mak pak, suka hati kau layan dia begitu. Mana janji-janji kau dulu?”
”Kau ada tengok aku abaikan dia? Makan pakai dia cukup. Zila, aku Cuma berkahwin bukan buat dosa. Ingat tu!“ Zikri mula meninggikan suaranya. Dia benci dengan sikap masyarakat yang sering memperbesar-besarkan isu poligami seolah-olah ia satu dosa yang amat besar di sisi agama maupun masyarakat.
“Hei... kau ingat dengan bagi makan pakai tu cukuplah? Kau tu yang nikah lain sebab apa? Nak apa ?’’
‘’Aku ni lelakilah Zila, dah lah aku banyak kerja nak masuk opis dah.’’ Zikri berlalu namun tiba-tiba dia berpatah balik, telunjuknya menghala kepada Zila, ‘’ingat, kau jangan cuba mengjadi penghasut Ija !’’
Zila mengetap bibir, geram dan marahnya tidak dapat dilepaskan habis kepada Zikri. Banyak perkara yang ingin disampaikan kepada Zikri dalam dia merasa simpati yang amat kepada Ija. Kalaulah Ija tidak sebaik dan senaif itu.....
”Ija apa khabar?” Suara Zikri halus di corong talipon.
”Sihat, abang di mana?”
”Abang masih di opis, eerr.. abang nak mintak maaf kerana tak dapat balik rumah hari ni.”
”Kenapa?”
”Mila sakit.”
”Mila mana?”
”hehee.. ”
”Mila mana?”
Zikri tergelak lagi. Dia merasa lucu sudah empat bulan dia berkahwin Ija masih belum mengenali nama madunya.
”Isteri abang....” |
|
|
|
|
|
|
|
beshnyaa...nak lagi.pandai awak menulis bintang..
chaiyok chaiyok! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 5-7-2009 22:29
Dan Ija terdiam dalam sebak yang ditahan sedang Zikri merasa sedikit bersalah. Terasa olehnya dia telah calarkan hati Ija, namun perasaan yang datang sejenak itu dilemparkan jauh.
”Mila tak sihat,dia baru mengandung, asyik muntah-muntah. Abang mintak maaf giliran yang sepatutnya dengan Ija tak dapat abang tunaikan.”
”Tak apalah.” Ija berkata dengan nada mengalah, redha dalam sendu yang ditahan. Dia menahan tangis agar suaranya kelihatan biasa di pendengaran Zikri. Biarlah dia sebak, biarlah dia sedih asal suaminya gembira, dia merintih sendiri di dalam hati.
Ija membuka almari, mengambil baju kemeja Zikri dan lengan baju tersebut disangkut ke lehernya, diikat di belakang leher dan dia memeluk baju tersebut erat, merasai bau badan zikri pada baju tersebut. Rindu yang diruntunnya sejak dua hari lepas terasa menusuk jauh ke dalam urat saraf. Dia berbaring di sofa dengan baju zikri dalam dakapannya. Dia sungguh rindu kepada suaminya, dalam dia sedar kasihnya kini sudah berbagi dua dan dia tidak boleh terlalu berharap, tidak boleh merengek seperti dulu lagi kepada Zikri. Menahan diri dari merungut apa-apa kepada Zikri, bukan kerana dia sangat mulia tapi adalah kerana dia terlalu naif, tidak ada saudara mara untuk menumpang kasih selain Zikri. Maka dengan itulah segala amukan rasa cuma bermain di kepalanya, di hatinya cuma. Suaminya sudah ada cinta lain yang harus dia beri perhatian juga. Dan isteri baru suaminya sudah berbadan dua kini! Ija makin hiba, di mengusap perutnya yang kempis dan kosong. Dia kian merasa cinta Zikri padanya kian pudar. Dia menangis lagi.
Zila mengetuk pintu rumah Ija sambil salam diberi bertalu-talu. Hampir sepuluh minit dia di luar baru Ija membuka pintu. Dia kelihatan lesu. Zila memeluk ija, dia rasa bersalah kerana sudah dua minggu tidak kemari pada hal jarak apartmentnya dengan rumah flat Ija tidaklah jauh, cuma terpisah satu blok saja. Ija baru berpindah ke flat yang berhampiran dengan apartmentnya kerana kata Ija Zikri tidak mampu menyewa apartment lagi sejak punyai isteri baru. Tambah lagi Zikri sedang menyambung pelajaran, banyak duit yang diperlukan. Lagi pun Ija tidak berkerja, jesteru itu atas persetujuan Ija juga mereka pindah dari apartment ke rumah flat, kata Ija kepada Zila dia tetap selesa lagi pun dia cuma seorang saja buat apalah rumah besar-besar. Namun dalam hati Zila dia tahu Ija cuma menyedapkan hatinya sendiri dan Zila tahu Ija sering dalam kesedihan meski pun bibirnya sering menguntum senyum.
Hari ini dia datang rumah Ija semata-mata untuk mengajak Ija keluar. Keluar dari rumah, berjalan-jalan naik turun pasaraya tengok sale yang melambak di musim cuti sekolah ini. Dia ingin Ija lari sejenak dari berfikir tentang Zikri dan madunya. Dia ingin melihat Ija lari ke dunia lain sekejap dan dia ingin sekali melihat Ija yang dulu, seorang yang riang, manja dan ceria.
”Kita keluar,jom.”
”Kemana?” |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 5-7-2009 22:47
”Kemana-mana aje,jom.. pegi tukar pakaian.”
”Tak naklah.”
”Jooommmm,” tangan Ija ditariknya, dia membuka ikatan lengan baju Zikri dari leher Ija. Dia faham Ija sangat rindukan Zikri, tetapi lelaki bangsat itu sering tidak mengendahkan perasaan isterinya yang terlalu dahagakan kasih sayang.
Mereka sudah pun berada dalam kereta Zila. Zila memandang Ija yang bersandar lesu di sebelahnya. Di radio berkumandang lagu seakan-akan mengundang sedih.
..adanya seperti tiada, tiadanya seperti ada..
.. betapa pun takdir ku terima namun hiba sangatlah hiba..
Bila melihat airmata Ija jatuh lagi Zila menutup radio. Lagu tersebut tentu buat hati Ija menyayat lagi.
Henset Zila berbunyi dan Zila bercakap dengan seseorang sambil mengangguk-angguk kepala dan seketika dia mengerling kepada Ija sambil mengulum senyum. Dia mengalihkan pandangan ke arah pemanduannya semula dengan wajah girang.
“Ija..”
“Hmm..”
“Cuba teka kita nak berjumpa siapa nanti.”
”Siapa?”
”Tekalah.”
”Abang Zikri”
”Buat apa jumpa si bongok tuh!”
“Dia bukan bongoklah, dia suami Ija.”
“Bongoklah tu,sudah dapat isteri baik, cantik, pergi cari perempuan lain pulak.”
“cakaplah, siapa yang kita nak jumpa?”
“Kalau tak boleh teka, tunggu sajalah nanti.”
Ija diam. Dalam hatinya tiada siapa yang ingin dia jumpa kecuali suaminya. Dia sering rindu, walaupun kerinduannya itu tidak dihiraukan. Dia akur saja sekarang ke mana dia akan dibawa Zila tanpa peduli dengan siapa yang akan dia jumpa nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 5-7-2009 23:25
Zila membawa Ija masuk ke sebuah restoran kopitiam. Seorang lelaki menunggu di situ, Ija
mengamati lelaki itu, ada sejemput janggut dan misai yang nipis terjaga rapi. Dia terkedu sekejap, wajah yang dikenali yang sudah sekian lama tidak ketemu, lalu dia berteriak kecil; ”Abang Amir!”
Lelaki itu tergelak kecil.
”Kalau ya pun duduklah dulu,” Zila menarik kerusi menyuruh Ija duduk setelah sekian lama Ija tercegat kaget di situ memandang Amir.
Amir tersipu dalam sayu. Dia merenung Ija,
wanita yang pernah didambakan dulu ini sudah kurus sekarang, matanya yang dulu bercahaya cantik kini redup cengkung seperti membayangi kesedihan yang dialaminya. Badan kecilnya kian mengecil. Baju kurung yang dipakainya kelihatan sangat longgar, namun dia masih manis seperti dulu. Lesung pipit di pipi kanannya masih melekuk seperti dulu. Dulu sungguh asyik dia memandang lesung pipit itu tatkala Ija menguntum senyum atau ketawa. Dia selalu mengusik Ija atau bercerita dengan kisah-kisah lucu semata-mata mahu lihat Ija ketawa bersama lekuk lesung pipitnya.
Sangat terasa olehnya untuk memeluk Ija. Di dalam hatinya kekesalan meruntun-runtun apa lagi setelah mendengar cerita dari Zila yang Zikri berkahwin lagi. Mahu saja saat itu dia pergi menumbuk Zikri, membelasahnya cukup-cukup biar tinggal nyawa-nyawa ayam saja jantan keparat itu. Tapi begitulah, itu adalah kata hati yang sangat marah, di dalam hati cuma. Kalau membunuh itu soal yang enteng tidak diperhitungkan di akhirat maupun di dunia, mau juga saat itu ditembaknya Zikri di kepala pada jarak yang sangat dekat. Dadanya panas berombak-ombak dengan api kemarahan yang ditahan. Memandang wajah Ija yang lembut dan tulus buat Amir tenang penuh belas. Dia ingin sekali menjaga dan melindungi Ija seperti dulu, namun bagaimana? Ija isteri orang. Satu-satunya wanita yang didambakan di dunia ini sudah menjadi milik orang. Dia cuma dapat melihat Ija dari kejauhan, berdoa untuk Ija di kejauhan. Dia tak punya hak apa-apa kepada Ija. Tapi sekiranya dia mendengar lagi Ija diapa-apakan zikri, siap kau keparat! Dia merengus geram di dalam hati.
”Abang di mana selama ini?” Ija bertanya dalam nada sebak berbaur gembira. Gembira dapat bertemu lelaki yang dianggap sebagai abangnya sendiri sewaktu di kampung dahulu. Imbauan semasa kecil bersama Amir mula bermain satu-satu di dalam benaknya. Semuanya indah dan menyeronokkan.
“Sudah hampir setahun abang di sini. Ke KL ni ada kursus, terserempak dengan Zila petang tadi di hospital...”
”Teman kawan aku hantar anak dia demam panas,” pintas Zila belum habis Amir berkara-kata. |
|
|
|
|
|
|
|
ija jumpa kekasih lama yerk..
sambung lagik.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepatla sambung....sangat tak sabar.teeruja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 6-7-2009 21:56
Seperti dulu jugak, Amir tidak banyak berubah. Dia bercakap dengan ayat yang perlahan dan lembut, sesuai professionnya sebagai seorang doktor. Yang berubah cuma dia sudah mulai menyimpan janggut dan misai, kalau dulu wajahnya licin saja. Dia nampak lebih dewasa dan kacak dengan wajahnya sekarang. Ija tersenyum bila dapat merenung wajah yang lama sudah tidak ditatapnya.
”Kenapa?” Amir kehairanan bila Ija asyik merenungnya.
”Sejak bila abang menyimpan janggut dan misai?” Dalam gelak kecil Ija bertanya.
”Sejak kehilangan Ija.”
Semua gelak. Kata-kata itu dianggap bernada gurauan walaupun itulah hakikatnya buat Amir. Kehilangan Ija merubah dirinya, dia ingin melupakan Ija namun sampai saat ini Ija masih di hatinya. Kesalnya Amir kerana Ija sudah terlepas ke tangan Zikri yang tidak tahu menilai permata yang indah itu.
Amir dan Zila gembira bila melihat Ija kelihatan begitu ceria. Sudah lama Ija tidak gelak ketawa seperti itu, pada Zila dia ingin terus melihat wajah Ija bercahaya seperti sekarang.
Petang itu sungguh indah. Langit cerah sampai sore mencecah senja. Ija dan Zila pulang kala maghrib sudah pun mengundang.
Zila tidur di rumah Ija malam itu. Cerita pertemuan dengan Amir petang tadi menyambung borak mereka sampai larut malam. Zila bercerita sejak bila dia mengenali Amir dan bagaimana Amir sering bercerita kepadanya tentang Ija. Saat Amir tahu Ija sudah berkahwin dengan Zikri, Amir mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia buat masa terdekat. Kecewa dan kesal merobek sanubarinya. Kecewa kerana Ija terlalu cepat dilamar orang, kesal kerana tidak meluahkan isi hatinya awal-awal kepada Ija. Ija yang mendengar cerita dari Zila terkedu. Dan pada malam itu Ija tertidur bersama Zila di ruang tamu di depan tv yang masih terbuka.
Sudah seminggu Ija tidak menemui Zikri. Zikri berjanji akan menjenguknya sekejap malam nanti. Ija menunggu dengan gembira namun sampai pukul sebelas malam Zikri tidak muncul. Dia mengunci pintu, kalau dia lena pun Zikri ada kunci untuk membukanya, namun di hatinya dia tidak berharap sangat Zikri pulang atau tidak. Menanti suaminya dengan penuh harapan lebih memberi sebak dan tangis di dalam dadanya. Seperti biasa dia mengambil kemeja Zikri mengikat lengan kemeja tersebut di lehernya dan memeluk baju tersebut erat. Bau badan Zikri menusuk ke dalam hidung dan meresap ke dadanya, dia menyedut bau tersebut perlahan dan bau itu menusuk bersama rindu yang sangat dalam. Dia lena di birai katil tanpa menyedari Zikri pulang tepat jam dua pagi.
Zikri merenung sebak wajah Ija, melihat bajunya dalam rangkulan Ija. Dia mulai sedar wajah isterinya kian cengkung, kurus dan kering badannya. Rasa kesian menusuk sanubarinya. Dulu dia berjanji akan melakukan yang terbaik buat Ija, namun dia tidak tahu kenapa dia menjadi kian tidak mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
kewl.....i loike |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bintang at 8-7-2009 06:16
’’Maafkan abang Ija, abang tidak mampu menjadi yang terbaik pada Ija.“ Zikri merintih kesal dengan diri sendiri, dia mulai dapat merasakan penderitaan yang Ija tanggung akibat perbuatannya. Dia merungkai baju kemejanya dari pelukan Ija. Ija menggeliat kecil dan terjaga bila tersedar dia sudah pun berada dalam rangkulan Zikri.
’’Dah lama abang sampai?“
”Ssyy... tidur, dah larut malam.”
Dia melekapkan bibirnya rapat ke bibir Ija.
Bulan sesekali tersorot di balik awan. Di beberapa penjuru langit, kelihatan bintang berkelip indah. Bayu malam bersepoi lembut menolak langsir dari nakoh yang sedikit terbuka dan kedinginannya sungguh halus, lunak membelai tubuh.
Pagi itu Zikri bergegas keluar tanpa sempat bersarapan setelah menjawab satu panggilan talipon. Dahi Ija dikucup diiringi dengan salam dan dia kian hilang bersama deru tapak kasutnya menuruni anak tangga rumah flat itu. Ija terduduk lagi bersama pilu yang meruntun di sebalik daun pintu, masih merasai hangat kucupan Zikri di dahinya. Terasa olehnya kehadiran Zikri semalam seperti mimpi yang hinggap dan lenyap bila siang mulai singgah. Tangisannya kian kuat malah dia meraung terus kali ini.
Hensetnya berbunyi. Ija menekan punat yang berwarna hijau dan terdengar suara Zikri;
”Ija, abang lupa nak cakap, abang bercuti seminggu. Balik ke kampung Mila....”
”Ya.”
”Nak berubat Mila yang teruk alahannya.”
”Ya”
”Berubat cara kampung pulak.”
”Ya.” Dan punat merah di tekannya.
Tangisan tadi bersambung lagi setelah habis perbualan singkat dengan Zikri. Dia menggosok-gosok perut kempisnya. Walaupun kecewa namun di hatinya berharap kepada Tuhan di suatu hari akan ada janin di dalamnya. Alangkah bahagia kalaulah dia mengandung, Zikri tentu lebih memberi perhatian kepadanya, lebih sayang kepadanya atau paling tidak Zikri turut merindukannya seperti yang dirasainya sekarang. Indahnya mengenangkan sesuatu yang manis, biar pun hakikatnya pahitlah yang sering ditelannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba-tiba dia terasa rindu kampung halaman. Kesunyian yang dirasakannya seolah-olah terubat bila suasana kampung mengimbau dalam benaknya yang selama ini cuma ada Zikri. Sejak Mak Uma ibu saudaranya yang telah membelanya dari kecil itu meninggal, dia tidak lagi pulang ke kampung. Rumah pusaka peninggalan Mak Uma untuknya dijadikan tempat mengaji quran yang diuruskan oleh jiran dan kawan baik Mak Uma, Uteh Som. Sudah dua tahun lebih dia tidak pulang ke kampung, saat itu juga rindunya meruntun-runtuh. Terbayang sungai, sawah yang padinya menguning keemasan, bukit yang tidak pernah surut mengalirkan air terjun, dan suasana sejuk dan harmoni di kampungnya.
Ija menaip sms kepada Zikri menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung seminggu. Zikri membenarkannya tanpa banyak soal. Dia gembira berbaur sedih. Dia membaca berulang-ulang sms Zikri; ’Pergilah, sampai di kampung nanti smslah abang.’ Kalau dulu zikri akan bersoal jawab dengannya jika dia minta izin untuk pulang ke kampung yang akhirnya dia terus membatalkan niatnya untuk menjenguk kampung, kerana kata Zikri dia tak boleh tanpa Ija, hidupnya rasa sungguh sepi walaupun sehari Ija pergi. Kini semua itu kenangan cuma.
Setelah kematian kedua ibubapanya yang terbabit dalam kemalangan jalanraya, mak saudaranya merangkap kakak kepada ibunya yang dipanggil Mak Uma membelanya dari umur lapan bulan sampailah dia berkahwin dengan zikri. Tiga bulan usia perkahwinannya dengan zikri Mak Uma meninggal dunia di serang demam panas. Waktu itu dia terasa gelap dunia dan Zikri sering memujuknya bersabar dan dia berjanji akan menjaga dirinya dan tetap bersamanya sampai akhir nyawa. Dia cuma ada zikri, semua kepercayaan kasih dan rindu diserah bulat-bulat kepada Zikri. Tapi kini dia sedar, dia harus pandai berdikari dan membawa diri sendiri tanpa berharap kepada suaminya lagi.
Sesedar dia sudah berada di halaman rumah pusaka yang kini menjadi miliknya. Suara kanak-kanak mengaji riuh kedengaran. Suara Uteh Som nyaring menegur kesalahan tajwid anak muridnya. Ija tersenyum dalam kerinduan yang amat kepada Uteh Som yang dulu pun guru qurannya. Malah lebih dari itu, Uteh Som bagai ibu keduanya setelah Mak Uma. Selalu sangat masakkan lauk kegemarannya, setahun sekali pada musim perayaan Uteh Som belikan kain pasang dan tudung. Barangkali Uteh Som merasakan perlunya berbuat baik dengan anak yatim piatu macam dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|