CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6850|Reply: 28

Dilema Kereta Berusia Lebih 10 Tahun

[Copy link]
Post time 4-7-2009 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Kereta tua tak dapat insurans     
Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]



                                Syarikat  enggan lindung kenderaan bawah RM10,000

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolakpermohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berhargabawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.

Berdasarkan aduan yang diterima Berita Harian, syarikatterbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberiperlindungan insurans.

Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yangbernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuklebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaituKancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.
        
   
    Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketikadihubungi semalam, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenaiperkara itu, terutama daripada pemilik teksi yang berusia 10 tahun keatas.

Sehubungan itu, Fomca menggesa pihak berkuasa khususnya BankNegara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberipenjelasan berhubung perkara itu kerana ia akan menimbulkan masalahkepada pemilik kenderaan terbabit.

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkatatindakan itu tidak adil kepada pengguna khususnya golonganberpendapatan rendah yang menggunakan kenderaan bernilai di bawahRM10,000.
                                  "Kerajaan masih membenarkan rakyat menggunakan kenderaan berusia lebih10 tahun. Saya tidak faham mengapa syarikat insurans tertentu engganmenerima permohonan dan pembaharuan insurans bagi kenderaan di bawahRM10,000," katanya.

Mohd Yusof berkata, syarikat insurans tidak mungkinmenanggung kerugian selagi kenderaan berkenaan tidak terbabit dalamkemalangan.

"Setahu saya, masih tidak ada statistik rasmi yang menyatakanbahawa kadar kemalangan bagi kenderaan bernilai bawah RM10,000 atauberusia lebih 10 tahun adalah tinggi. Lagi pun, nilai yang dilindungiadalah rendah berbanding kereta baru," katanya.

  PIAM ketika dihubungi semalam memberi jaminan akan meneliti aduan itu.
                                Sementara itu, sebuah syarikat insurans terbabit ketika dihubungimenjelaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kajian mendalammengenai risiko dan keuntungan pada peringkat syarikat yang dibuat darisemasa ke semasa.

Jurucakapnya berkata, pihak syarikat sudah tentu mahu menjanakeuntungan dan segmen perlindungan kenderaan di bawah RM10,000 dikenalpasti membawa kerugian kerana banyak tuntutan diterima.

Bagaimanapun, kajian peringkat syarikat akan terusdilaksanakan dan kemungkinan segmen itu diberi perlindungan semula jikaia didapati tidak berisiko tinggi pada masa akan datang.





http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090703232210/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 09:28 AM | Show all posts
syarikat insurans mmg bangsat la ......... tau nak untung byk je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2009 09:39 AM | Show all posts
tak kan gov diam seribu bahasa kot....??? kan tagline derang "rakyat didahulukan"....????
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 09:39 AM | Show all posts
kalau kera-jaan buat bodo jer...apa kata tukar kerajaan...kata rakyat didahulukan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 02:17 PM | Show all posts
perghh... ni reason yg strong boley drive keter without roadtax insuran ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 05:12 PM | Show all posts
jangan jangan, kerajaan pun sama main peranan.
mau kasi payung pada p1,p2 dan p3 serta ceri dari cina....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2009 08:18 PM | Show all posts
Kemelut insurans kereta lama: Sistem insuran perkongsian, Pos Malaysia jadi ejen

BACHOK: Kementerian Kewangan akan melaksanakan sistem perkongsian atau "pool system" antara syarikat insurans bagi mengatasi kemelut pemilik kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000 supaya memiliki insurans bagi melindungi kenderaan masing-masing.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata bagi penyelesaian tempoh terdekat ini, kementeriannya menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) juga bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) menjadi ejen bagi menyediakan perkhidmatan itu kepada pelanggannya.

“Kerajaan sedar masalah syarikat insurans yang enggan melindungi insurans kenderaan berumur lebih 10 tahun atau berharga RM10,000 ke bawah yang masih beroperasi di atas jalan raya kerana merugikan syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan benih ikan di projek ternakan ikan keli menerusi Program Kemiskinan Parlimen Kawasan Bachok, di Kampung Telok Merbau, Perupok, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.

Laporan media hari ini, menyatakan dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yang bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini.

Ia termasuk lebih 900,000 kenderaan Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.

Dr Awang Adek berkata, kerajaan sedar ada syarikat insurans yang tidak sanggup melindungi kenderaan yang berisiko tinggi kerana membabitkan kerugian syarikat jika berlaku kemalangan di atas jalan raya.

Menurutnya, masalah itu bukanlah baru dan kerajaan menerusi BNM dan syarikat insurans sedang berusaha mengatasinya dengan mengambil pelbagai pendekatan yang menguntungkan kedua-dua pihak, terutama pemegang polisi kelas tiga.

“Hasil mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya sendiri baru-baru ini, kerajaan bersetuju melantik pihak tertentu, termasuk Pos Malaysia menjadi ejen insurans bagi membolehkan pemilik kenderaan membayar insurans dan mendapat faedah perlindungan berdasarkan kepada pengkelasan sesuatu insurans itu,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju menggalakkan syarikat insurans menubuhkan syarikat atau ejen insurans secara berkongsi menerusi perjanjian persefahaman (MoU) supaya keuntungan dapat dinikmati oleh semua pihak dan tidak dimonopoli oleh satu pihak saja.

“Langkah itu akan diperkenalkan mulai Julai ini dan akan terus dikuatkuasakan di seluruh negara bagi menjaga kepentingan pemilik kenderaan dan pengendali syarikat atau ejen insurans,” katanya.

Pada majlis tersebut, 10 penduduk kampung menyertai projek itu yang diusahakan secara berkelompok oleh penduduk miskin membabitkan peruntukan RM50,000 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 12:49 AM | Show all posts
kenapa dulu tak menda pun?

kenapa dulu insuran leh kaver keta lama tanpa masalah?

malaysia ni,kalau bab peniaga, memang gomen tolong habis... rakyat kena bertolak ansur, kena cekik pun tak pa.

tu belum mau cerita insuran yg bila buat tuntutan, makan masa berbulan, insured 20k, tapi bayar 15 k saja......


malaysia, bab pengguna, lagi teruk kena tindas dari papua new guinea...




p/s: aku tak pernah pun pergi papua sana......kat atas tu aku saja borak... wakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2009 10:53 AM | Show all posts
Insurans kelompok untuk kereta tua
Oleh Faiza Zainudin
[email protected]

Datuk Dr Awang Adek Hussin

Pejabat pos akan kendali permohonan mulai bulan ini

KUALA LUMPUR: Masalah mendapatkan perlindungan insurans bagi kenderaan berharga kurang RM10,000, termasuk teksi akan diatasi menerusi skim insurans berkelompok yang boleh dibeli di semua pejabat pos mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata skim yang diwujudkan kerajaan dengan kerjasama semua syarikat insurans itu berikutan masalah pemilik mendapatkan perlindungan insurans bagi memperbaharui cukai jalan.

Dr Awang Adek berkata, skim baru itu akan memudahkan penduduk luar bandar berurusan tanpa perlu mencari ejen atau syarikat insurans. Ia juga mengelakkan mereka daripada menghadapi pelbagai kerenah syarikat insurans.

"Memberi perlindungan insurans kepada kereta lama memang tidak menguntungkan syarikat insurans. Namun, isu ini tidak timbul lagi kerana syarikat insurans bergabung membentuk skim berkelompok (pool insurance) untuk memudahkan orang ramai.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan permohonan mereka, pejabat pos yang akan kendalikan, jika masih juga timbul masalah atau permohonan ditolak, mereka boleh melaporkan kepada saya atau Bank Negara.

"Menolak permohonan untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan adalah satu kesalahan.

Jika didapati bersalah, syarikat insurans boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk disenarai hitamkan,"
katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam. Beliau diminta mengulas tindakan beberapa syarikat menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga kurang RM10,000 kerana dianggap merugikan.

Syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans. Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas bernilai kurang RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara didaftar antara 1994 hingga 1999.

Dr Awang Adek berkata, pihaknya juga dalam usaha merombak sistem atau kaedah pembayaran insurans kenderaan yang membabitkan Bank Negara, Kementerian Pengangkutan dan syarikat insurans.

Antara perkara yang dikaji ialah bayaran insurans minimum kepada pihak ketiga, menetapkan had liabiliti yang perlu ditanggung syarikat insurans jika berlaku kemalangan, membayar pampasan secara automatik kepada mangsa dan penguatkuasaan garis panduan.

"Sistem kita perlu diubah, ada yang tidak betul, kaedah baru perlu dilaksanakan supaya semua pihak dapat keadilan dan keuntungan.

"Contohnya, sistem sekarang, tidak ada had dalam memberi pampasan, semua ditentukan mahkamah sampai ada pampasan RM3 juta kepada mangsa, merugikan syarikat insurans," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kerajaan sedang memperincikan cadangan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membabitkan penetapan had tuntutan untuk sesuatu kemalangan.

"Sekarang tuntutan tiada had, mahkamah bebas menetapkan berapa jumlah tuntutan kepada mangsa kemalangan.

"Perkara ini masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan, Bank Negara dan syarikat insurans, ambil masa sikit untuk diperincikan," katanya.

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Dr Mohd Hamdan Adnan meminta kerajaan mengkaji semula kadar premium insurans yang kini semakin tinggi sehingga membebankan pengguna berpendapatan rendah.

"Syarikat insurans juga perlu dipantau kerana laporan mendapati mereka turut menipu pelanggan untuk meraih keuntungan tinggi daripada pelanggan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2009 10:54 AM | Show all posts
"Menolak permohonan untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan adalah satu kesalahan.

Jika didapati bersalah, syarikat insurans boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk disenarai hitamkan,"


padan muka syarikat2 insurans yg terlalu gilerkan duit.....



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20090704233845/Article
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 11:03 AM | Show all posts
10# t@t


betul3...sikit nak untung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2009 11:09 AM | Show all posts
kenapa dulu tak menda pun?

kenapa dulu insuran leh kaver keta lama tanpa masalah?

malaysia ni,kalau bab peniaga, memang gomen tolong habis... rakyat kena bertolak ansur, kena cekik pun tak pa.
...
geng_tx Post at 5-7-2009 00:49


stended ah tu geng.....rakyat di dahulukan katanya.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 01:27 PM | Show all posts
kenapa kerajaan nak kena ikut kata syarikat insurans?

kalo diikutkan memang dungu la itu punya kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 02:03 PM | Show all posts
Pos Malaysia ejen insurans kereta lama

BACHOK - Kementerian Kewangan akan melaksanakan sistem perkongsian atau 'pool system' antara syarikat insurans untuk mengatasi kemelut yang dihadapi para pemilik 4.8 juta kenderaan berusia lebih 10 tahun atau berharga bawah RM10,000.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, bagi penyelesaian dalam tempoh terdekat ini, pihaknya melalui Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju menggalakkan Pos Malaysia Berhad menjadi ejen perkhidmatan itu.

"Kerajaan sedar masalah syarikat insurans yang enggan memberi perlindungan kepada kenderaan berumur lebih 10 tahun atau berharga RM10,000 ke bawah yang beroperasi di atas jalan raya kerana merugikan mereka,'' katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan beberapa syarikat insurans yang kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi, kerana menganggap ia tidak menguntungkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 02:20 PM | Show all posts
Jualan kereta tua susut 70 peratus
Oleh Siti Haliza Yusop
[email protected]

Firma enggan baharui insurans, perketat syarat

KUALA LUMPUR: Syarikat kereta terpakai terjejas teruk sehingga penurunan jualan 70 peratus kereta berusia lebih 10 tahun, selepas syarikat insurans menolak permohonan memperbaharui insurans kenderaan berharga di bawah RM10,000.

Pemilik kenderaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak tinggi untuk membeli polisi insurans selepas syarikat insurans memperketatkan proses kelulusan memperbaharui insurans.



Pengurus syarikat kereta terpakai, Jeffrey Wong, berkata urusan insurans yang sebelum ini boleh diselesaikan dalam masa singkat, kini mengambil dua hingga tiga hari menyebabkan pengguna gusar.

"Oleh sebab syarikat insurans mengambil masa meluluskan permohonan itu, pengguna beranggapan kereta itu menghadapi masalah dan membatalkan niat membeli kereta, " katanya.

Ejen insurans kereta, P M Yap, berkata tindakan syarikat insurans menolak permohonan memperbaharui insurans kereta kategori itu tidak wajar dan menyulitkan pembeli.

"Pemilik kereta baru dan berpendapatan tinggi tidak terjejas tetapi kerajaan perlu melihat kepada golongan berpendapatan sederhana serta rendah yang kebanyakannya masih memiliki kereta lebih 10 tahun, " katanya.

Pemilik kereta, Hamsan Talib, berkata syarikat insurans perlu mengambil kira keadaan sesuatu kenderaan itu ketika memproses permohonan memperbaharui insurans.

"Saya tidak menafikan pengguna mempunyai pilihan membeli kenderaan baru, malah kerajaan kini memberi rebat RM5,000 bagi penukaran kereta lama kepada kenderaan keluaran Proton atau Perodua tetapi dengan membeli kereta baru kami tanggung hutang," katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Lembah Klang, Abdul Jalil Maarof mengakui teksi yang berusia 10 tahun tidak dapat memperbaharui insurans dengan mudah berbanding sebelum ini.

"Kami minta Bank Negara dan persatuan insurans membantu memberi kemudahan kepada industri pengangkutan awam kerana kami susah mendapat insurans, jika beli pun dengan harga mahal," katanya.

*********lagi cepat susut nilai keter lama lebih 10 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 08:51 AM | Show all posts
simpan ajae kete lama bawah 10k tue...
bawak gie pasar atau jalan2 petang aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 10:10 AM | Show all posts
Agaknya tak lama lagi, kereta tua kena check puspakom tiap2 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 11:01 AM | Show all posts
susah kotr.. sebab kalau libatkan orang peringkat bawahan,... kelak pilihanraya.. merana... kerajaan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 11:24 AM | Show all posts
16# actza


aku pun pakai kereta tua gak tahun 1994. Skg ni dekat 15 tahun umur kereta aku tu... kalo aku simpan camner nak pegi keja hari2. lagipun keta aku tu masih elok lagi dan jarang bagi masalah. kalo nak beli keta baru kena buat loan... bermakna menambah hutang...

adakah menambah hutang itu sesuatu yang baik sedangkan ianya tidak diperlukan sgt. sbb nak ganti kereta lama yang masih elok kepada kereta baru supaya insuran boleh cover...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 11:32 AM | Show all posts
huhuhuhhh

aku ada 2 kereta ..
rasa2nya .. cubar korang nilaikan sekejap kereta2 aku nih kot bleyh masuk kategori pool system

1. charade espri transformed to detomaso 1.3 tahun 1995

2. sm4 1991 enjin twin cam body lawo mantap semua
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.076323 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list