CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17519|Reply: 44

Umpan Tapa - Ape ni?

[Copy link]
Post time 18-7-2009 02:33 PM | Show all posts |Read mode
Di kalangan kaki pancing, kebersanan umpan amat ditagih sekali,
namun terdapat umpan yg digunakan jelas bertentangan dengan norma kemanusiaan,
apatah lg sudut keagamaan,
sesetengahnya sanggup mengutip cebisan mayat untuk dicampur dengan ramuan umpan utk mendapat umpan yang berkesan,
di sini saya hendak menyampaikan tentang umpan tapa,
(umpan tapa yg dibuat ini adalah jenis syirik, yg dijual dekat kedai mancing tapa yg dihasilkan dengan peraman)
umpan tapa ini akan menghasilkan bau yg amat busuk, nescaya jika terlekat dekat baju/tangan 3 hari pon tak mampu hilang...

AMBIL ILMU INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA, JANGAN DIIKUT, MEMBAWA KE SYIRIK DAN BURUK AKIBATNYA KELAK

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2009 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by f_zal at 18-7-2009 14:34

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Sebelum dimulakan harus diingat sekali lagi bahawa pembuatan umpan tapa jenis ini adalah salah dan hukumnya syirik,
terlalu banyak perkara tahyul dan bertentangan dengan Islam dlm proses pembuatannya,
yang boleh menjerumuskan kita ke kancah kekufuran yang maha dasyat,
ramai pengamalnya yang menderita sepanjang usia lantaran kesilapan mengguna dan menjaga umpan ini,
dan harus diingat rezeki yg berasal dari perbuatan yg HARAM akan menghasilkan rezeki yang haram juga,

Mari Kita Mulakan,

Mula2, ikan berskala 1 atau 2 kilogram disediakan, mengikut spesies yang menjadi buruan, kebiasaannya ikan baung, jelawat, patin menjadi pilihan,
ikan tersebut mestilah dalam keadaan sempurna, tidak mempunyai apa2 kecacatan dan kulit/sisiknya hendaklah penuh dan bebas penyakit,

semasa bulan mengambang penuh di atas ubun2, dengan keadaan tanpa seurat benang, ikan itu dibawa ke bwh pohon yg sederhana rendang dan diikat secara terbalik, yakni kepala ikan menghadap ke bawah, dengan menggunakan tali guni yg telah di sapukan dengan minyak kelapa asli yg belum digunakan,

Proses ini berlaku selama 15 hari berturut2,
sepanjang proses tersebut, pastikan ikan tadi tidak dihinggapi sebarang binatang,
hatta seekor semut dan lalat sekalipun...
setelah tamat tempoh tersebut, sejenis lendir yg busuk akan keluar dr mulut ikan tersebut,
tadah lendir tersebut dengan botol kaca dan tutup rapat,
jangan biar ade laluan angin keluar masuk dr botol kaca....

Setelah siap, cari buah kekabu muda,
kait dan sambut dengan sepenuh hati supaya kekabu tidak mencecah tanah,
jika terkena tanah, haruslah digantikan dengan kekabu laen,
pecahkan buah tadi dan ambil isinya beserta bijinya,
jangan biarkan kekabu tadi terkena tanah atau kekotoran sepanjang proses ini,

Ambil tabung buluh yang berpenutup rapat,
kemudian masukkan sisa/bangkai ikan tersebut ke dalam tabung tersebut bersama2 dengan kekabu tadi,
tanam dalam tanah sedalam 7 kaki (sama seperti menanam mayat, yakni tabung buluh tadi ditatang dan diletakkan dengan berhati2),
Tempat yg paling sesuai ialah sekitar tepian air atau didalam busut anai2 yg ditinggalkan,
sekiranya terdapat dua2 lokasi dlm satu kawasan, umpan tersebut akan menjadi lebih ampuh lg,

Pertapaan umpan tersebut dilakukan selama 40 hari, dan kawasan tersebut ditandakan supaya tidak dilangkah manusia,
stlh cukup tempoh 40 hari, tabung tadi dikorek semula dan dibawa naik seperti menatang mayat,
jgn sesekali membuka penutup tersebut sehingga proses perasapan dilakukan,
yakni proses menjinakkan penunggu umpan tapa berkenaan,

Setelah itu, tabung buluh diasapkan dengan kemenyan selama 7 hari 7 malam berturut2 tanpa henti,
tujuannya utk menenangkan penunggu umpan tapa berkenaan,

Sepanjang tempoh pembuatan umpan tapa, bermula dr menggantung ikan sehingga selesai proses menjinakkan umpan,
pembuatnya dilarang dr memasuki rumah, apatah lg mengadakan hubungan kelamin dengan isteri,
seelok2nya cari tmpt terpencil yg susah berjumpa dgn org laen...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 02:34 PM | Show all posts
Cara penggunaannya

Sehari sebelum pergi memancing, penggunanya akan membawa tabung buluh ke lubuk pilihan,
dengan menggunakan lidi, pintal kekabu di dalam tabung dan lontar ke tengah lubuk,
sambil niat di dalam hati bahawa esok akan dtg memancing di situ,
Peringatan! Pastikan penutup tabung sentiasa rapat sepanjang perjalanan pergi dan balik dr lubuk tersebut,
dan jgn sekali2 cuba mencium apatah lg membuka penutup tabung berkenaan tanpa sebab,

Semasa memancing, jgn cuba menegur apa2 yg anda nampak dan dengar...


Pantang larang menjaga umpan tapa

Pakaian yg dipakai bermula dr membuat hinggalah baju memancing hendaklah TIDAK DIBAWA MASUK KE DALAM RUMAH,
jika hendak dibasuh, basuhlah diluar rumah secara berasingan dan jgn sekali kali dicampur dgn pakaian ahli keluarga yg laen,
utk mengelakkan bau yg tlh sebati melekat sama,

Pulang dr memancing sebelum memasuki rumah, pakaian hendaklah ditanggalkan dan mandi hadas besar diluar rumah,
seelok2nya sediakan satu lg bilik air diluar rumah siap dengan peti menyimpat peralatan memancing,
ambil wudhuk dan sebelum melangkah bendul rumah, baca ayat kursi 3x, surah 3 Qul 1x, Selawat Nabi 7x, Istighfar 10x,
setelah selesai langkah masuk dgn kaki kanan,
ikan yg dipancing hendaklah ditinggalkan di luar rumah sehingga selesai disiang dan dicuci elok,
jika hendak dijual, tak perlulah dibawa langsung masuk ke rumah...

Setiap bulan, tabung buluh itu perlu diasap 7 hari 7 malam berturut2.....

Selain itu, tabung tadi mesti disimpan di luar rumah, jgn sesekali di bawa masuk atas apa jua alasan,
(perasapan kemenyan juga dilakukan di tempat laen),
jgn biar tabung dilangkahi atau dijadikan mainan oleh kanak2 mahupun binatang,
penutup tabung mesti sentiasa rapat, dan jika hampir habis,
tambah saja kekabu muda yg dikait tanpa mencecah tanah,
selepas menambah kekabu, asapkan semula kerana anda telah membuka tabung tanpa mengeluarkan 'DIA'

Sekian...

Sekali lagi  diingatkan perbuatan ini adalah SYIRIK dan KHURAFAT, ianya salah disisi agama dan BURUK NATIJAHNYA!

Walaupun sudah ramai org menggunakannya, tp belum ada lg yg menikmatikekayaan atau kesenangan hidup hasil penggunaan umpan tapa berkenaan...
So, kenapa harus guna???
Tepuk dada tanya iman....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 04:17 PM | Show all posts
yer ke camtu sekali susahnya nk buat.....

suami kawan aku buat xda la camtu pun....

cuma peram dalam tanah je.... xda lak ritual2 cmtu.....

xpernah buat jadi xpasti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 04:53 PM | Show all posts
4# ^^langkasuka^^
yg tu yg biasa la,
yg dijual kat kedai2,
yg ni yg gerenti power punyer
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 05:02 PM | Show all posts
guna umpan tapa nih..
byk ke akan dapat ikan nanti..
sebenarnya apa tujuan umpan tapa nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2009 06:03 PM | Show all posts
guna umpan tapa nih..
byk ke akan dapat ikan nanti..
sebenarnya apa tujuan umpan tapa nih..
anniez08 Post at 18-7-2009 17:02

mmg x menang tgn la kalau guna yg jual kat kedai2 tu,
tanya je memne kaki pancing,
tujuan dia nak dapat ikan byk,
tp yg tapa kat atas ni lg byk dapat,
sebab ade campur tangan makhluk len...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 07:26 PM | Show all posts
isk..isk..sanggup dorang buat mcm ni..tak takut ke dorang ni guna umpan ni..dpt ikan then makan ikan tu..erkk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 08:40 PM | Show all posts
kalu guna umpan nih gerenti 1 mata kail bleh dapat doblas ekor ikan!!!

siap lain2 spesis lagi!!

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 10:18 PM | Show all posts
power jgak eh umpan tapa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 12:45 AM | Show all posts
pakai umpan telor kerengge pun jadik laa....senang nak carik
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 10:05 AM | Show all posts
menyusahkan jer....
dh la nk buatnyer pun ssh....byk lak pantang larangnyerrr.....wat dose jer....
klu ak xsanggup.....dh la kene telanjang bulat lak 2.....silap2 ari bulan m'leleh air liur pontianak klu tgk.....hehehe!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2009 11:10 PM | Show all posts
menyusahkan jer....
dh la nk buatnyer pun ssh....byk lak pantang larangnyerrr.....wat dose jer....
klu ak xsanggup.....dh la kene telanjang bulat lak 2.....silap2 ari bulan m'leleh air liur pontiana ...
cik_ted143 Post at 19-7-2009 10:05


nnt jd salah satu akibat guna umpan ni:
diperkosa oleh pontianak dan sewaktu dgnnya
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 12:56 AM | Show all posts
besh la plot forum ni..rashid sibir patut amik buat episod utk keliwon.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 08:59 PM | Show all posts
leceh giler
baik aku beli ikan kat pasor jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 09:13 PM | Show all posts
ehmmm
aku buat umpan tapa tak guna pun benda2 ngarut tuh
hanya bismillah je
kalau umpan tapa yg sebenar tak mcm tu
mana ada asap2
tapi baung naik gak... heehehheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 09:15 PM | Show all posts
lagi 1, tak yah le pakai umpan susah payah nak buat
pakai je yang moden
takpun pakai je cacing...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2009 12:55 PM | Show all posts
lagi 1, tak yah le pakai umpan susah payah nak buat
pakai je yang moden
takpun pakai je cacing...
orgutan Post at 21-7-2009 21:15

huhu,
benda ni cam nak cantik la orgutan,
nak cantik kan org pakai susuk walaupun leh pakai krim hape ke,
ni nak dapat umpan power pon sanggup wat cmnila walau de alternatif laen,
manusia kalau dah gelap mata/hati mcm2 hal dia wat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 02:13 PM | Show all posts
mana ada jampi2 umpan tapa nih....

aku ada ler jugak mancing guna umpan nih....
tu pon kalau aku nak ngail ikan baung...

umpan tapa bahan dia ialah...

tali perut ayam
telur
tepung gandum

cara2 wat
gaul semua benda nih sampai sebati
kendian letak dlam tin milo kosong
kendian korek tanah
letak kat dlam tanah
biar umpan tu betapa selama 2-3 hari

kendian operasi mencari baung pon bole ler dijalankan

dinasihat kan pagi ler sarung tgn plastik masa pasang umpan nih
bole pengsan ooo bau dia

tapi hasil nyer amat la lumayan.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 02:14 PM | Show all posts
tak sama yer umpan tapa tuan umah ngan umapan tapa aku

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.233032 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list