CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35727|Reply: 96

masih belum jumpa cinta sejati selepas ditiduri 9 lelaki....

 Close [Copy link]
Post time 10-8-2009 08:35 AM | Show all posts |Read mode
SOALAN

SAYA wanita berusia 24 tahun yang melalui pelbagai rintangan dalam kehidupan yang penuh noda dan dosa tetapi Allah memberi ruang untuk saya membina kehidupan lebih baik.

Sekarang saya baru menamatkan kursus dan akan memulakan kerjaya pensyarah di institusi swasta. Mungkin itu rezeki dan usaha saya untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah untuk saya.

Yang mengganggu fikiran saya sekarang adalah kehidupan masa lalu. Sebelum ini hidup saya sentiasa bergelumang maksiat. Ketika di kampus, saya pernah terjebak dengan cinta pengkid.

Saya menjalin hubungan sejenis hampir dua tahun dan naluri saya sangat mencintai perempuan. Kemudian hadir seorang lelaki yang membawa saya keluar dari kancah hidup sonsang itu.

Malangnya, selepas saya dapat menerima kehadirannya, lelaki itu pula sering menggoda saya sehingga saya akhirnya terlanjur tiga kali bersamanya. Lebih memilukan, hasrat kami untuk berkahwin tidak kesampaian kerana tidak mendapat restu keluarga.

Dang Setia, sejak itu saya sering berasa ketagih. Saya boleh dikatakan memiliki rupa yang cantik, oleh itu ramai lelaki sering memikat saya.

Masalahnya, bila saya ikhlas menerima mereka sebagai kekasih, saya dikecewakan. Selepas tubuh saya mereka nikmati, saya ditinggalkan.

Saya sangat menderita setiap kali ditinggalkan. Memang itu kesilapan saya kerana tidak dapat menahan nafsu. Bukan seorang yang pernah meniduri saya, tetapi sembilan lelaki.

Mereka adalah bekas kekasih saya atau sekadar kawan sekerja. Kadangkala saya terasa diri ini jijik sangat.

Sekarang saya berusaha memperbaiki kehidupan. Saya ingin buang jauh-jauh kehidupan lampau dan mahu kehidupan kini serta akan datang menjadi lebih baik. Saya rasa berdosa dengan keluarga kerana mereka menganggap saya anak yang baik.

Terkini, sejak dua bulan lalu saya bercinta dengan seorang lelaki yang baik. Dia menerima saya seadanya dan membawa saya berjumpa keluarganya. Walaupun tahu saya bukan dara lagi, dia tetap ingin saya berubah dan hidup gembira.

Masalahnya, saya tidak pernah menceritakan secara terperinci sembilan lelaki pernah menjamah tubuh saya. Perlukah saya menceritakan semua itu?

Sekarang saya ingin bertaubat, persoalannya adakah saya masih diterima Allah? Mungkinkah saya akan dijangkiti HIV kerana sering bertukar-tukar pasangan seks dan bagaimana langkah terbaik untuk memperbetulkan kehidupan?

ZANA


JAWAPAN


Pertama sekali, bersyukurlah kerana Allah SWT masih mengasihani saudari. Tidak dibiarkan-Nya saudari terus hanyut dalam kehidupan lampau yang penuh dengan noda dan dosa.

Sebaliknya, Allah menyuntik keinsafan dan rasa bersalah ke dalam diri saudari di atas segala kesalahan sebelum ini sehingga terbuka pintu hati untuk kembali ke landasan kehidupan yang disyariatkan Islam.

Selain itu, bersyukur juga kepada Allah SWT kerana ada lelaki sudi menerima saudari dan bercadang menjadikan saudari sebagai teman hidup.

Kesudiannya menerima saudari seadanya, biarpun selepas saudari berterus terang yang saudari bukan dara lagi, adalah petanda positif.

Justeru, berkaitan soalan pertama iaitu perlukah saudari menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman sebagai pengkid dan sembilan lelaki pernah meniduri saudari, bagi Dang Setia jawapannya tidak perlu.

Sebenarnya, soalan seperti ini terlalu kerap Dang Setia terima. Malah, tidak keterlaluan dikatakan lebih separuh daripada surat dan e-mel yang dihantar kepada Dang Setia datang daripada wanita, termasuk remaja yang terlanjur.

Selepas terlanjur, timbul perasaan kesal dan berasa diri hina dan jijik. Justeru, wujud kebimbangan adakah lelaki lain sudi menerima mereka sebagai isteri dan perlukah berterus terang mengenai status diri yang tidak suci lagi.

Untuk menjawab persoalan seperti ini, Dang Setia menetapkan pendirian berdasarkan satu penulisan mengenai pendapat Imam Nawawi selaku ulama terkenal dalam mazhab Shafie berkenaan permasalahan ini.

Dalam kitabnya berjudul Raudhah, Imam Nawawi berkata: “Sesiapa yang terbabit dengan perkara buruk dan dosa, maka disunatkan kepadanya untuk menutup kesalahannya.”

Alasan atau rasional kepada pendirian ini ada tiga iaitu:

1. Untuk menutup dosa dan aib individu itu.

2. Untuk menggalakkan individu itu supaya sentiasa mencari Allah SWT dan bertaubat.

3. Mengelak berlakunya kemudaratan kepada orang yang bertaubat atau ingin bertaubat iaitu kehancuran rumahtangga.

Bagi Dang Setia, jelas jawapan Imam Nawawi bertepatan dengan situasi saudari dan sesuai dijadikan panduan dalam membuat keputusan.

Mengenai soalan kedua saudari, sesungguhnya hanya Allah yang tahu sama ada taubat seseorang akan diterima-Nya atau tidak. Sebagai makhluk-Nya yang lemah, kewajipan kita ialah berbaik sangka terhadap Allah dan jangan putus asa.

Perkara ini dinyatakan secara terang dan jelas di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Katakanlah, hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-zumar: 53)

Malah, dalam satu hadis qudsi, Rasululullah SAW memberitahu firman Allah yang maksudnya: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian berbuat dosa, baik pada malam hari mahupun siang hari, sedang aku mengampuni semua dosa-dosa itu. Oleh kerana itu mohonlah kempunan kepada-Ku, nescaya akan Aku ampuni kalian.”

Berkaitan soalan mungkinkah saudari dijangkiti HIV kerana sering bertukar-tukar pasangan seks, nasihat Dang Setia kepastian mengenai hal ini hanya diperoleh apabila saudari membuat pemeriksaan kesihatan.

Akhir sekali, untuk memperbetulkan kehidupan saudari ke arah lebih positif, nasihat Dang Setia, sepadukan tiga elemen ini iaitu niat di hati, perancangan di fikiran dan laksanakannya dalam bentuk tindakan.

Pada peringkat ini, mungkin perasaan ingin bertaubat dan berubah sekadar di dalam hati saudari. Itu belum mencukupi kerana saudari perlu tahu bagaimana untuk bertaubat dan apa tindakan perlu dilakukan untuk berubah.

Dalam hal ini ilmu perlu ada dan ilmu perlu dicari. Pencarian ini adalah tindakan. Seterusnya, tindakan perlu dilanjutkan dengan amalan atau ibadah kepada Allah.

Inilah gabungan tiga elemen yang perlu saudari lakukan untuk berubah. Jika niat saja untuk bertaubat dan berubah namun tiada ilmu dan amal, perubahan tidak akan berlaku.

"ko pon same je sangap'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 08:40 AM | Show all posts
Bila dah puas dgn lelaki lain dan dah rasa was2 kena HIV baru nak bertobat...Macam2 lah...Nasib baiklah masih sempat bertaubat.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:46 AM | Show all posts
pompuan bodoh:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:48 AM | Show all posts
kat sini aku tgk dua perbezaan...kalu budak2 cina, selalunya hubungan mereka akan kekal, tp lelaki melayu kita ni sering menjadikan awek2 mereka sebagai habuan seks, sehinggalah ka suatu ketika (taubat), mungkin mereka berasa seronok, tp satu perkara yang aku tak tahan nak dgr ialah bila mereka menyebut "aku nakkan seorang ibu untuk anak2 aku, so aku nak cari calon yg baik", sedangkan sebelum itu, dia lah "bakal" bapak yg "celaka"!..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:48 AM | Show all posts
aduh...
apa kes..
cuba lah buat sembahyang istikharah ker...apa ker..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 08:51 AM | Show all posts
Alhamdulillah bertaubat nasuha lh jalan yg terbaik. Doakan yg terbaik. Pendpt imam nawawi yg blh dijadikan panduan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2009 08:54 AM | Show all posts
Nie current issue atau ruangan soal jawab bersama kaunselor?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:01 AM | Show all posts
apa punyer bengap dh pompuan ni
senang2 je serah kt 9 lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 09:02 AM | Show all posts
mcm2 hal... baru 24 tahun tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:09 AM | Show all posts
kat sini aku tgk dua perbezaan...kalu budak2 cina, selalunya hubungan mereka akan kekal, tp lelaki melayu kita ni sering menjadikan awek2 mereka sebagai habuan seks, sehinggalah ka suatu ketika (tauba ...
bubpallo Post at 10-8-2009 08:48


betul ape ko ckp tuh...
maybe bdk tuh dulu syg sgt2 kat bf dia.. tuh yg dia serah sume. jantan pun 1.. budget bagus
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:20 AM | Show all posts
Skrg budak2 pempuan bukan tau jg pukey......

Murah sgt.....

Siap offer klu bleh nak 4 org skali kejekan pukey dier.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:28 AM | Show all posts
xyah komen la benda2 ni............dh berlambak pmpn perangai camni.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:29 AM | Show all posts
HIV bukan ker hidup dah x lame..dalam 3 bulan gitu.. orang kate la..aku x tahu dan x pernah amik tahu pun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:30 AM | Show all posts
awek pengkid biasanya cun...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:40 AM | Show all posts
sikit lagi je tu, by lelaki no 44 nanti jumpa le yang sejati;-))
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 09:48 AM | Show all posts
tak tahu nak komen apa
bertaubatlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2009 12:15 PM | Show all posts
13# cmf_eddie_world

kalau setakat HIV je, ada harapan lagi nak hidup lama. tapi kalau dah kena AIDS, takde harapan la nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 02:12 PM | Show all posts
Enjoy your life.........jangan takut nanti sampai satu hari you akan puas dan tahu apa itu cinta
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 01:49 AM | Show all posts
brtaubat la cepat2...manusia mmg asyik leka dan xpndai mnghrgai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2009 09:00 AM | Show all posts
hmm 9 lelaki....ok la tu..at least dapat rasa 9 saiz yang berlainan..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 1.862443 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list