CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9544|Reply: 66

CINTA ATAU KASIHAN

[Copy link]
Post time 19-8-2009 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mat_radzie at 19-8-2009 17:51

Salam buat semua disini

Nak kata masaalah peribadi, bukan mat punya. Nak kata masaalah cinta, pon bukan mat punya. Tapi kira libatkan emosi jugak ni…emosi banyak pihak

Ceritanya begini

Mat ada jaga satu orang anak perempuan(tunggal) dari aruah abg dan kakak ipar (keduanya meninggal bila anak ni dalam usia 14 dan 17 tahun (disamping 4 anak sendiri). Sekarang, anak ni dah pun umur 25+

Dalam 2 minggu lepas, dia ada bisik dgn mat dan isteri akan perasaan dia. Senang cerita, dia dah jatuh hati pada seseorg. Budak lelaki ni dah pun menyatakan hasrat untuk menyunting dia. Itu pun kalau anak saudara mat ni sudi hidup dengan dia. Usia budak lelaki tu dalam 31+, bekerja sendiri (ada kedai peralatan sukan)
Mereka mula kenal 9 bulan lepas bila syarikat tempat anak saudara mat kerja ni ada berurusan dengan kedai budak lelaki ni. Anak saudara mat ni mengaku, dalam masa
9 bulan tu, mereka pernah berjumpa sebanyak 5 kali, itu pun cuma untuk makan2 saja dan selebihnya yang merapatkan perhubungan mereka ialah dgn bersms dan chat melalui intenet

Yang merisaukan mat sekarang, bila anak ni ceritakan tentang keadaan budak lelaki tu. Dia pernah ditimpa kemalangan jalanraya. Keadaan dia berjalan pun nampak tempang atau terhencut2. Daya penglihatan budak tu pun kurang memuaskan…dan ianya pemenen (kekal)

Sebagai penjaga, mat hendakkan yang terbaik untuk anak ni…selalu mat doakan semoga dia dijodohkan dgn org yg berupaya menjaga dia….yang menikahkan dia nanti pun mat jugak
Dia anak yang mendengar kata. Tapi mat takut, jika mat menolak atau tak setuju dengan pilihan dia, dia akan berkecil hati sampai bila2.. mat tak tau sejauh mana perasaan dia pada budak lelaki tu..takut kalau2 ia cuma perasaan kasihan dan bukan cinta sebenar. Dan perasaan kasihan ni, bukannya kekal pun.


Diluah mati mak, ditelan mati bapak.Gitulah perasaan mat sekarang ni.
Buat masa ni, mat cuma suruh dia berfikir masak2 tentang perasaan
dia yang sebenar terhadap budak lelaki tu dan masa depan dia

Disini, mat nak mintak pandangan ikhlas dari adik2 (baik lelaki mau pun perempuan) semua. Apakah perasaan adik2 sekelian jika ditakdirkan bercinta dgn orang yg kurang upaya (cacat)? Sediakah adik2 berteman hidup dgn org sedemikian.? Tak ke nanti perasaan malu tu timbul bila dikata orang.? Maklum, sedang bercinta, semuanya indah. Tapi bila dah kahwin, berjalan seiring,pasti dipandang orang jugak


terlebih dulu, mat ucapkan terimakasih atas semua pandangan



pada moderators : maaf kalau tak sesuai di sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 05:50 PM | Show all posts
mcm mana kalo kess yang lagi komplicated BAYU dan EREMA tue..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 05:58 PM | Show all posts
salam mat,
saya pun ada anak2..saya tau perasaan mat ni..

pada saya, kalau budi bahasa & dia orang yang beriman, apa salahnya terima lelaki tersebut..dengan adanya kedai sendiri, bermakna lelaki tersebut jenis manusia yang boleh berusaha sendiri, mudah2an dapat memberikan nafkah zahir utk anak saudara mat..

yang terbaik buat solat istikharah..supaya Allah tunjukkan yang terbaik buat anak saudara mat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 06:02 PM | Show all posts
x semestinya yang sempurna tu perfect.... yg sempurni kekadang ligat ya amat.... susah nak jaga....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 06:25 PM | Show all posts
mmmm..... kalau anak sedara tue boleh terima... dan tahu segala risiko yang dia akan amik... dgn berkhawin dgn org kurang sempurna mcm tue...
pada fins x de masalah.... terangkan pada dier... berkhawin bukan hanya utuk bersuka-suka sahaja... tapi lebih pada tanggung jawab dan pengorbanan..........

kalau berkhawin bukan untuk sehari dua... atau hanya untuk suka suka....
seharusnya dia tahu... benda ini sepatutnya berpanjangan sampai ke akhir hayat.. kalau boleh nya....

pasal dier mungkin berasa malu atau tidak... seharusnya dier tahu pengorbanan yang harus dia buat dan tempuhi.. semua ini akan menguji tahap kesabaran yang ada pada dia.... rasanya incik razie.. sendiri tahu... tahap mana kesabaran dan sikap yang anak sedara incik razie ada kan....

kalau dia budak yang baik dan patuh serta sabar.... mungkin x mengapa.... tapi bagai mana sebalik nya..

ckp la pada dia.. kalau perassan itu kasihan..... atau terdesak.... sampai bila perasaan kasihan itu akan ada.. ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 06:35 PM | Show all posts
hmm......wa selalu terfikir.......kalo bf wa@suami wa jd cacat mcmana......?
ermmm....komplikated jugak isu nih...
bg wa la kan....sebelum hidup bersama ni,
mmg la ape je sanggup kan pakcik radzie...
sebab kita tak serumah ngan die, tak tido sebantal.....
kalo kekurangan lelaki tu tak membebankan anak pakcik tak apa...
wa takut 1 hari nanti,
anak pakcik tak tahan.....org2 mesti akan mengata suami yg mcm tu
kalo tak cekal & tabah, kita pasti termakan & tumbang dgn kata2 org.....
pdhal tu sume ujian utk kita......

seeloknya pakcik slow talk ngan anak pakcik..
suruh die pikir masak2.......betul ke dia tak akan berubah fikiran
dgn keadaan fizikal lelaki tu? (yg mungkin akan bertambah buruk pd
masa hadapan)

kdg2 kalo kita dah nak sgt kat org tu,
perasaan kita membayangi akal fikiran
dan kita tak dpt buat keputusan yg betul & baik.....

sambil2 nasihat, pakcik suruh ler die wat solat
istikharah selalu......inshaAllah ditunjukkan jalan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2009 06:48 PM | Show all posts
Tumpang susah hati ngan masalah cik mat ni... macam2 yang perlu dihadapi demi mengekalkan perhubungan sebegini.. ada pihak yang perlu membuat pengorbanan dan sanggup berkorban...

bak kata teman2 yang lain, harap2 cik mat dapat minta anak buah cik mat untuk solat istikharah.. belajar buat dengan cara yang betul dari mereka yg arif... saya dulu pun pernah hadapi situasi rumit untuk membuat pilihan, alhamdulillah dengan izin Allah saya bahagia dengan pilihan saya sekarang...

moga2 dengan apa yang diputuskan oleh anak buah cik mat nanti adalah yang terbaik..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 07:04 PM | Show all posts
1# mat_radzie

kepada Pak Mat,

Daripada pak mat bertanya pada forummer disini berapa banyak perasaan tahap kasih sayang anak saudara pak mat itu pada si lelaki.. lebih baik lah pakmat temuramah anak saudara pak mat itu sendiri.. kasih sayang bersulam cinta dia itu tahap 1, 2,3 atau 100%.. pak mat haruslah bersyukur juga kerana si lelaki itu bukanlah hilang kaki..cuma tempang sedikit aja dan bukan lah buta terus.. jika anak saudara pak mat betul2 sayang pada lelaki itu.. itu merupakah anugerah buat si lelaki cacat itu tadi... Maha Kaya Allah..

kalau anak saudara pak mat tu betul2 hendak, dimana ada kehendak disitu ada jalan.. org kalau dah bercinta, susah jika dihalang2.. yang utama pak mat harus nilai pada lelaki itu adalah akhlak, keimanan dan taqwa lelaki itu.. dan jika pak mat risaukan soal ekonomi..lebih baik lah pak mat bertanya saja pada anak saudara perempuan itu adakah dia betul2 yakin?.. tak pun pak mat jumpa dulu lelaki itu dan bertanya tahap ekonomi dan bank statement dia.. cukupkah duit?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 07:09 PM | Show all posts
berkahwin dengan lelaki curang lebih menyiksakan hati nurani.. mana pak mat tau kalau dia kahwin dgn lelaki sempurna fizikal akan lebih bahagia? contoh macam ustaz akhil rock.. ceramah agama bukan main..anak pun bole dia tinggalkan..sungguh lelaki tak berguna.. jadi berkahwin lah dengan lelaki yang pak mat rasa org berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 07:13 PM | Show all posts
yang terbaik buat solat istikharah..supaya Allah tunjukkan yang terbaik buat anak saudara mat..

tapi kalo jodoh tak berpanjangan selepas tu,jgn lak salahkan tuhan sebab tak bagi petunjuk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 09:08 PM | Show all posts
pak mat berkenalan lah dulu dgn budak lelaki tu ke..

jgn sbb kecacatan dia semata.. pak mat dah pikir mcm2..
byk lagi yg pak mat harus selidik kan..?

berbincang jugak la dgn anak saudara pak mat tu..
btullah kena tanya dia..
adakah die betul2 sanggup nak hidup dgn lelaki tu sepanjang umur dia?
adakah dia betul2.. buleh bertahan bersuamikan org cacat?
skang mayb die berduit.. jadik kecacatan dia tu mcm nampak x nampak jer.. esok2.. wat nyer die muflis.. adakah anak saudara pak mat sanggup bersusah payah?

huhuhu.. mmg complicated jugak keadaan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 11:40 PM | Show all posts
kalau tok la...tok tanya budak laki tu...alat kelamin dia masih boleh berfungsi ke tidak
sebab.....itu yang penting bila dah nikah....., walau pun dia boleh bagi kemewahan harian dalam bentuk sara hidup
kalau tak, merana la nanti anak sedara mat tu

kemudian....tok akan tanya dia...atau pun siasat habis habisan
sebelum dia kemalangan tu, pernah tak dia rosakkan anak dara orang ?

kalau 2 benda ni pass, tok terima dia dengan hati terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 11:42 PM | Show all posts
kalau tok la...tok tanya budak laki tu...alat kelamin dia masih boleh berfungsi ke tidak
sebab.....itu yang penting bila dah nikah....., walau pun dia boleh bagi kemewahan harian dalam bentuk sara hi ...
tokmanting Post at 19-8-2009 23:40



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 11:44 PM | Show all posts
ya allah tokk :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 11:48 PM | Show all posts
betul apa

apa nak sembunyi kan

ni kan perkara penting dalam perkahwinan
dah kawin, takkan nak suruh anak perempuan tu puasa aje sepanjang hayat
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 11:54 PM | Show all posts
pendapat lily kan tok.. utk perempuan.. duit lebey penting bila usia perkahwinan tu dah lama.. dr sex
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2009 12:00 AM | Show all posts
betul apa

apa nak sembunyi kan

ni kan perkara penting dalam perkahwinan
dah kawin, takkan nak suruh anak perempuan tu puasa aje sepanjang hayat
tokmanting Post at 19-8-2009 23:48



astaga..............lagi sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 12:01 AM | Show all posts
pendapat lily kan tok.. utk perempuan.. duit lebey penting bila usia perkahwinan tu dah lama.. dr sex
lily_kama Post at 19-8-2009 23:54


tapi kalau baru baru....?

itu yang tok sebut pada menjawab soalan mat tadi
anak sedara dia baru 25-26
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 12:05 AM | Show all posts
oklah tok.. tok ambik laa...

tok lg tua dr lily..
lg byk makan garam..{:2_67:}
tok lebey tahuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 12:17 AM | Show all posts
bukan macam tu lily
perempuan belum kawin...boleh la cakap macam yang lily kata tu

masa terlibat dengan bagian kounseling dulu..benda benda  macam ni la yang selalu tok jumpa ...membuku perasaan tak puas begitu lama
bila nak cerai, baru keluar semua cerita tu

thats why, tok cadang mat tanya aje terus terang pada budak laki tu

dan cadangan kedua tok tu pulak, membawa impak besar tau
maknanya, kalau dia berjaya jaga keterunaan dia sebelum kemalangan tu...bererti, dia budak baik dan bersih...elok sangat buat menantu sedara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.110471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list