View: 4005|Reply: 2
|
twister (tornado) langgar brazil/argentina; 17 mati!!
[Copy link]
|
|
Puting beliung, 15 maut
BUENOS AIRES 9 Sept. - Ribut ganas yang mencetuskan puting beliung dan banjir lumpur telah meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa di seluruh utara Argentina dan selatan Brazil.
Berpuluh-puluh lagi cedera apabila angin kuat memusnahkan kediaman mereka.
Pengarah Pertahanan Awam San Pedro, Ricardo Veselka berkata, sekurang-kurangnya 10 maut di Argentina apabila puting beliung berlaku di bandar ini.
Empat lagi mangsa yang terbunuh adalah di bandar Guaraciaba, di kawasan setinggan Sao Paulo selepas banjir lumpur memasuki rumah-rumah cabuk.
Pasukan penyelamat di Sao Paulo menjalankan kerja mencari di runtuhan bangunan petang semalam untuk mencari tiga mangsa yang masih hilang serta dua kanak-kanak dipercayai tertimbus selepas sebuah sekolah runtuh.
Kerosakan paling teruk berlaku di bandar kecil Santa Rosa dan El Progreso di Argentina, di mana pegawai menyatakan bahawa kediaman malah pusat kesihatan bandar telah ranap dilanda angin kuat awal semalam. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
A satellite image taken on Sept. 7, 2009 and released by Argentina's National Meteorological Service, shows a severe depression raging over southern Paraguay, northeastern Argentina and southern Brazil mainly. A fierce storm described in places as a "tornado" shredded hundreds of houses and killed at least 14 people in the southern part of South America on Sept. 8, officials said. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur tinggal di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|