|
Jentera pintar, selamatOleh Mohd Razlan Salleh
SUATU masa dulu, masyarakat sering dihidangkan filem Barat yang menunjukkan sebuah kereta mampu bergerak sendiri tanpa memerlukan pemandu.
Kini, perkara berkenaan semakin menjadi realiti apabila pembuat kenderaan terbesar Sweden, Volvo memperkenalkan model Crossover terbarunya, XC60.
Peluang memandu uji jentera yang dibawa masuk Volvo Car Malaysia itu memang diakui kenderaan yang unik, berteknologi tinggi dan pintar.
Ini kerana, XC60 boleh berhenti secara automatik apabila mengesan kenderaan di hadapannya berhenti, terutama ketika menghadapi kesesakan jalan raya.
Malah, jentera ini juga mampu mengesan objek pada garisan titik buta serta memberitahu tahap kepekaan pemandu sama ada baik atau merosot.
Semua teknologi berkenaan menguatkan lagi jenama Volvo antara kenderaan paling selamat di dunia.
Sekali pandang, fizikal XC60 kecil sedikit berbanding abangnya, XC90 yang mampu memuatkan tujuh penumpang.
Ketelitian kejuruteraan Scandinavia menjadikan XC60 tampak garang dengan logo Volvo lebih besar selain gril berpalang melintang sebagai identiti aslinya.
Padanan lampu memanjang ke bumbung dengan gaya terkini sangat menarik perhatian dan menjadi identiti terbaru Volvo bagi model akan datang.
Garis lentur aerodinamik termasuk bumbung panoramik menjadikan XC60 sebuah Crossover yang kelihatan bergaya berbanding model lain.
Menerjah ke ruang dalaman pula, rekaan kemas papan pemuka dan padanan kulit gelap menjadikannya tampak sporty.
Paparan meter analog terbaru selain skrin memaparkan maklumat kenderaan menjadikan pemanduan lebih santai.
Sistem audio dengan penukar enam cakera bersama 12 pembesar suara menawarkan kepuasan halwa telinga seperti berada di studio.
Malah, penumpang belakang yang tidak gemar mendengar lagu dipilih pemandu, cucuk sahaja 'ear phone' pada konsol tengah dan dengar lagu kegemaran masing-masing.
Sistem Navigasi Volvo (VNS) yang menggunakan aplikasi GPS Garmin dan peta daripada MapKing memudahkan pemandu mencari jalan pintas selain skrin sentuh tersebut turut berfungsi sebagai paparan kamera apabila pemandu mengundur atau meletak kenderaan.
Sebagai sebuah jentera yang berorientasikan keluarga, tempat duduk belakang mesra kanak-kanak.
Lantai kerusi boleh dilipat agar kedudukannya menjadi tinggi bagi mengelak tali pinggang keledar daripada menjerut leher kanak-kanak selain membuatkan anak kecil lebih selesa dan melihat pemandangan menerusi tingkap.
XC60 dibekalkan dengan nadi berkuasa turbo 3.0L enam silinder (T6) menjadikannya jentera yang tidak pernah mengecewakan.
Enjin berkenaan menghasilkan 285 hp pada 5,600 rpm dan kuasa tork setinggi 400 Nm pada 1,500 hingga 4,800 rpm.
Semua kuasa itu dibahagikan dengan lancar menerusi pacuan semua roda (AWD) bersama transmisi automatik Geartronic enam kelajuan.
Keistimewaan XC60 terletak pada teknologinya seperti Lane Departure Warning (LDW).
LDW akan mengeluarkan bunyi 'beep' apabila kenderaan melebihi garisan putih jalan.
Walaupun bunyi berkenaan agak mengganggu, ia mengajar pemandu menggunakan isyarat membelok sekiranya hendak menukar haluan.
Pada bahagian bawah cermin sisi, terdapat alat pengesan untuk memaklumkan jika kehadiran kenderaan di tepi kenderaan.
Indikator sistem titik buta atau Blind Spot Information System (BLIS) ini akan mengeluarkan kerlipan lampu kecil berwarna merah memberitahu penulis terdapat objek bergerak pada sebelah kiri atau kanan kenderaan.
Teknologi Driver Alert Control (DAC) akan memaparkan ikon 'secawan kopi' selepas memandu bagi tempoh masa agak lama selain tahap kepekaan kian menurun.
Ikon berserta bunyi 'beep' itu seolah-olah menasihati pemandu supaya berhenti berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Satu lagi ciri keselamatan utama ialah Keselamatan Kota atau City Safety apabila XC60 akan membrek secara automatik apabila terdapat halangan di hadapan.
Bagaimanapun, sesuai dengan kegunaannya di bandar, ia hanya berfungsi jika bergerak pada kelajuan di bawah 15 km/j.
Ciri keselamatan lain seperti beg udara dua peringkat, SIPS, WHIPS, ABS, EBD, HBA, RAB, DSTC dna RSC adalah standard.
Ini menjadikan XC60 sebuah jentera selamat ketika memandu dengan laju atau perlahan di bandar, lebuh raya atau laluan tidak berturap.
Bagi unit pandu uji, Volvo menawarkan XC60 versi LE yang bersifat premium dan berharga RM360,200 tanpa insuran.
SPESIFIKASI
VOLVO XC60 3.0L
ENJIN: Enam silinder 2,953cc Turbo (T6)
KUASA MAKSIMUM: 285 hp pada 5,600 rpm
TORK MAKSIMUM: 400 Nm pada 1,500 hingga 4,800 rpm
TRANSMISI: Automatik enam kelajuan dengan Geartronic
CIRI KESELAMATAN: City Safety, ACC, LDW, BLIS, DAC, Beg Udara Dua Peringkat, SIPS, WHIPS, ABS, EBD, HBA, RAB, DSTC dan RSC
HARGA: RM360,200 tanpa insurans
Tayar dicadangkan: ContiCrossContact UHP 235/60 R18 103V
woooooo minat betul aku ngan volvo xc60 ni weyyyyyyyy.... nampak kat jalanraya MOSTI toleh 2-3 kali ekkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
volvo kalau beli baru rugi...harga cepat jatuh |
|
|
|
|
|
|
|
volvo kalau beli baru rugi...harga cepat jatuh
labu21 Post at 17-9-2009 00:44
tunggu keter second tentu murah tapi pening kepala tang spare part kalu rosak pulak....kesimpulannya ; hanya orang kaya yang mampu pakai XC60 ni.....moga satu hari nanti aku boleh mampu pakai XC60 ni |
|
|
|
|
|
|
|
no comment pasal XC60 ni.. but design-wise, aku lagi prefer Audi Q5 (although 2.0Litre Turbo aje)..
the best volvo design for me is V50... meleleh beb.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon dah nampak kat NKVE... |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu aku ternampak kat highway Sg Besi..nampak kecik je tapi design memang cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
em audi tu harga lebih kurang volvo xc60 ke?em market 2nd hand xc90 berapa sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
bro, kereta2 mcm ni brp kerat je pun org yg mampu pakai?
aku dah mls dah nak baca berita2 psl kereta yg x mungkin aku dpt beli |
|
|
|
|
|
|
|
malam tadi, dalam perjalanan nak cari tempat makan, terserempak dengan `binatang' ni...XC60 Heico...peh, tak boleh tido malam tadi teman memikirkannya...terus belek buku akaun tabung haji, geran2 tanah, denagn goncang tabung ayam
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zzcbr at 15-7-2012 19:21
hari ni teman test drive XC60 T5 and S60 juga T5, SA tu offer utk test drive S60 T6 (yg ni 3.0 liter twin scroll turbo 340hp), yg T5 tu 2.0 liter turbocharged 240hp. Dari tests drive dua model (XC60 and S60) apa yang teman boleh katakan, volvo memang sgt mengujakan...comfort, luxury plus performance. Tak tido lah nampaknya teman malam ni, masih terasa lagi inzal pagi tadi
lupa nak bagi nota kaki: Spec yg kat posting no. 1 tu versi lama, versi baru XC60 T5 (2.0 liter 240hp), manakala T6 (3.0 liter with 340hp)
Harga XC60 T5 hanya RM300k aje |
|
|
|
|
|
|
| |
|