CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3398|Reply: 7

Blueberry-i

[Copy link]
Post time 1-10-2009 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Blueberry-i mirip Blackberry

Oleh AQMAR ALLADAD



Pada harga RM438 anda mampu memiliki telefon bimbit yangmenyediakan pelbagai kemudahan asas dan kelihatan eksklusif sepertiBlackberry Bold.





SESETENGAH orang lebih mementingkan papan kekunci setiap kali inginmembeli telefon bimbit. Ini kerana ciri selesa dan mudah ketika menekanpapan kekunci untuk mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupunmembuat panggilan boleh mempengaruhi pengalaman menggunakan sesebuahtelefon bimbit.

Trend menggunakan telefon bimbit yang mempunyai papan kekunci Qwertyseolah-olah semakin digemari oleh semua peringkat umur pada hari ini.

Malah syarikat pengeluar telefon bimbit kian giat memasukkan elemen terbaru itu untuk keluaran produk masing-masing.
Begitu juga dengan syarikat tempatan CSL Manufacturing (M) Sdn. Bhd.Mereka tidak mahu ketinggalan untuk memasarkan telefon bimbit jenamanyadengan papan kekunci Qwerty.

Papan kekunci

Sejak Blueberry-i dipasarkan baru-baru ini, banyak maklum balasdaripada pengguna yang mengatakan mereka menggemari papan kekuncitelefon tersebut.


Ini kerana jarak papan kekunci telefon tersebut tidak terlalu rapatsekali gus membuatkan penggunaan satu tangan sahaja sudah memadai.

Dalam pada itu, dengan mempunyai cahaya lampu putih pada papankekunci tersebut, para pengguna boleh menggunakannya meskipun berada ditempat yang gelap.

Blueberry-i juga didatangkan dengan kemudahan kamera Video GraphicsArray (VGA) iaitu sistem yang mampu memberikan hasil gambar yangmenarik tidak kira sama ada pengguna berada di dalam persekitaran gelapatau cerah.

Dengan adanya kemudahan VGA, pengguna boleh merakam video dan hasilnya tidak mengecewakan.


Kantanya pula turut dilengkapi dengan penutup yang tahan lasak.Malah, anda boleh membersihkan permukaannya daripada kesan cap jariatau habuk dengan mudah tanpa sebarang sensitiviti.



KAMERA yang dilengkapi teknologi VGA mampu memberi hasil grafik yang menarik.




Kemudahan

Rekaannya nampak eksklusif seperti telefon-telefon bimbit yang mempunyai pelbagai kemudahan terkini.


Namun, jika diteliti Blueberry-i sebenarnya direka bagi pengguna yang kerap membuat panggilan telefon.

Ia kurang sesuai digunakan oleh pengguna yang menggunakan telefon untuk bermain permainan.

Dilengkapi dengan kabel mini USB yang terletak di sebelah bawahtelefon, pengguna boleh menggunakannya untuk membuat sambungan bagimengecas, memasang aksesori, kabel penyimpanan data-data dan fontelinga.

Pembaharuan lain yang ditonjolkan menerusi telefon itu ialah GlobalSystem for Mobile Communication (GSM). Ia merupakan sistem data yangditerima secara langsung tanpa wayar bagi memudahkan anda mendapatmaklumat terkini.

Aplikasi seterusnya pula ialah GPRS dan Bluetooth yang menggunakan Advanced Audio Distribution Profile (A2DP). Teknologi streaming baru itu menyokong stereo bagi menikmati muzik dengan bunyi yang kuat, bertenaga dan berkualiti.

Pengguna juga diberi kebebasan untuk membuat pilihan bahasa sama ada bahasa Melayu, Cina dan Inggeris.
Ia turut menyediakan fungsi berbentuk Islamik apabila telefon itumengetengahkan sistem pelbagai guna seperti laungan azan setiap kalimasuk waktu solat.


Bagi mereka yang sering mengembara, anda tidak perlu bimbangberhubung arah kiblat kerana Blueberry-i turut menyediakan kemudahantersebut.

Dua dalam satu


Satu lagi keistimewaan telefon itu ialah pengguna boleh menggunakan dua kad SIM serentak.
Bagaimanapun, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan hanya satu kad SIM sahaja.
Caranya ialah hanya mengunci sahaja kad SIM yang tidak digunakan.

Anda tidak perlu menyimpan kad SIM yang tidak digunakan di tempat lain yang mungkin hilang, rosak, dicuri atau sebagainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 08:19 AM | Show all posts
sape dah pernah pakai?
wata tgh cr fon yg murah tuk 2 simkad
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:49 AM | Show all posts
cam berminat gak, tp function yg tv series lagi best dari blueberry-i nih..
rege pun lebih kurang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:56 AM | Show all posts
csl ni stendet hp cina je.cume de grenti.
dan buatan maalaysia,teknologi 100% dari china nya.
baik beli hp cina yg siap de tulisan blackberry
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:57 AM | Show all posts
kamera tadak flash??

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:26 AM | Show all posts
Blueberry....namanya mcm buah....hehehehe....sepatututnya kekalkan keseluruhan Badan/casing HP ni dgn warna biru...dah namanya pun Blueberry...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2009 09:28 AM | Show all posts
csl ni stendet hp cina je.cume de grenti.
dan buatan maalaysia,teknologi 100% dari china nya.
baik beli hp cina yg siap de tulisan blackberry
stfunewbiez Post at 1-10-2009 08:56 AM


HP China yang DI"CSL"KAN.....rebranding...hehehehee,,,,,,,,,,....advantage dr segi waranti je....kalau tak....mmg betul hanya sebuah HP China yang biasa....

byk kan CSL dpat untung...beli secara bulk dr Tanah Besar China....konpem dapat murah semurah2nya...jual plak dgn rega sekali ganda...makin kaya CSL...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 07:52 PM | Show all posts
penah gak tgk bluberi ni.... igtkan functions cam BB.... tp takder pun.... hampeh ajer... tp ada satu lg model CSL G3.... tu pun ok.... hp dia solid n berat gak... ada apps Quran complete 30juzuk.... kalu rasa takut dok kat umah sengsorang.... bole bukak apps tu... hehehe!!

ada gak rasa nk cari phone yg bole support 2 sim.... cari yg murah2 dah laa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.209993 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list