Post Last Edit by homer_simpson at 8-10-2009 10:45
seorang gadis, sebatang gincu, sehelai selendang, di 2B-07-16.
seorang teruna, sebatang sikat, sebotol perfume, di K5-116.
seorang gadis, sebuah tas tangan, sebuah telefon mobil, di tangga mawar.
seorang teruna, segugus kunci, sebuah motokar, di lobi kenanga.
seorang gadis,sebuah kegugupan, di hadapan ATM.
seorang teruna, sebuah harapan, di atas motokar.
seorang gadis, segelas horlick, sebuah kegugupan, di dataran cendekia.
seorang teruna, sekeping kad, sebuah kegugupan, di dataran cendekia.
seorang gadis, sebaris kata, sekuntum senyuman, di dataran cendekia.
seorang teruna, sebaris kata, sebuah persoalan, di dataran cendekia.
seorang gadis, sebuah persoalan, di dataran cendekia.
seorang teruna, sebuah kepastian, di dataran cendekia.
seorang gadis, setitis air mata, di dataran cendekia.
seorang teruna, sebuah janji, di dataran cendekia.
seorang gadis, sekuntum senyuman, di dataran cendekia.
seorang teruna, sekuntum senyuman, di dataran cendekia.
seorang gadis, seorang teruna, sebuah cinta, di dataran cendekia....
ditujukan buat insan-insan yang banyak buat maksiat dekat dataran cendekia :) |