CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37934|Reply: 298

pusat makan asap

[Copy link]
Post time 10-11-2009 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Teman percaya semua yg di CnM ni pemandu baik, beretika, dan mematuhi undang2. Tapi sepanjang kita memandu kereta ni ada juga sesekali kita terbakar dek cabaran pemandu2 lain (maklumlah manusia kan) di jalan biasa mahupun di lebuhraya.  Ada kalanya kita dapat bagi pemandu yg mencabar tu makan asap, tapi banyak kali juga kita yang kena makan asap. Meh pakat2 ceritakan pengalaman anda bagi kereta lain makan asap atau anda termakan asap dengan menyatakan secara terperinci maklumat2 sepeti tempat kejadian, kereta yg anda pandu, kereta yg mencabar, situasi semasa acara kejar mengejar tersebut dan keputusannya. Tapi kalu setakat cerita dongeng aje, cukup rasanya kalu komer simpan dalam hati ya

nota bulu kaki: Pandu Cermat Jiwa Selamat ~ tiada serius2 maa, ini cuma thread penglipurlara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 12:22 PM | Show all posts
parking dulu,
aku citer lps lunch makan ikan bakar kat restoran sri murni
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:27 PM | Show all posts
tajuk mengelirukan...







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:30 PM | Show all posts
parking dulu,
aku citer lps lunch makan ikan bakar kat restoran sri murni
takumi86 Post at 10-11-2009 01:22 PM


the best smoked story will be awarded with tonne of credits ~ tak gitu kumik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:34 PM | Show all posts
tajuk mengelirukan...








d34n Post at 10-11-2009 01:27 PM


kau terpikirkan benda lain ya din kalu kot bahasa memang mengelirukanlah bang kalu in english ~ smoked (eating) center
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 12:56 PM | Show all posts
Abg zek baru lepas racing dgn saper sebenarnya nie??Nak suruh org cerita dulu ker??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2009 01:02 PM | Show all posts
teman tak penoh bawak laju2,
nak save minyak,
student la katakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 01:02 PM | Show all posts
Abg zek baru lepas racing dgn saper sebenarnya nie??Nak suruh org cerita dulu ker??
danedzya Post at 10-11-2009 01:56 PM


silakan silakan...jangan malu2, buat macam rumah sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 01:48 PM | Show all posts
errr....kete teman xde asap...so org yg teman tinggalkan tu x merasa le makan asap.....klu kete yg potong teman tu kuar asap berkepol2 mcm ketapi arang batu pon teman tetap tak makan asap sbb teman tutup cermin rapat.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 02:08 PM | Show all posts
1# zzcbr

I dengan my darling pemandu yang berhemah.....oleh sebab kitaorang kategori bersopan-santun....so, tak derlah pengalaman membagi asap kat pemandu lain....dan setakat la ni...selalu termakan asap dari Bas Metro (sebab naik kete tayar dua jer kan).....ntah baper taun ntah tak pi servis....

notakakibulukerinting: dulu x pernah bilang....kalau dia jumpa kitaorang kat jalanraya, dia nak bagi asap tebai jer kat kitaorang...(yerlah...masa tu kitaorang naik motor kriss, dia naik kete merc...)
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 02:35 PM | Show all posts
Sapa yg hisap rokok dia lah yg makan asap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 02:36 PM | Show all posts
temanlah mulakan cerita.

Ni kisah masa teman balik bercuti hari tu. Semasa memandu pulang ke kl atas highway plus (arah selatan le) beberapa km sebelum R&R sg perak. Waktu kejadian secara tepat teman dah lupa, tapi dah agak lewat petang, dan cuaca pada hari tu agak redup dengan angin air-cond bertiup sepoi2 bahasa. Teman bawak pada kelajuan malar pada julat 110-130km/h, dan pada masa tu kenderaan agak `ramai' di atas jalan. Maklimlah hari Ahad petang, ramailah yg nak pulang ke kl setelah bercuti hujung minggu.

Pada masa kejadian, teman sedang berada di fast lane (lane sebelah kanan) dan dihadapan teman ada beberapa buah kereta yg sedang memotong deretan kereta (dah tentulah disebelah kiri). Kat belakang teman sebelum ini memang clear tetapi tetiba aje teman terkejut oleh flashing lampu yg tak henti2. Teman nampak sebuah kereta datang dari arah belakang dengan kelajuan cahaya. Tapi teman tak le ketepi memandangkan ada byk kereta disebelah kiri, lagi pun dihadapan bersama2 teman ada deretan kereta yg sedang memotong. Kereta tu laju terus berada dalam jarah seulas padi dengan bontok kereta teman, dan terus-terusan memberikan lampu. Teman yg berhemah pun mulalah rasa terhina (lupa lak nak bagi tahu yg pada masa tu teman memandu Gen2) bila cuba dinyahkan ketepi sebegitu. Darah mula naik kekepala, dan menjadi sangat tegang pada masa itu.  Teman tak ketepi mahupun bagi dia potong. Bini teman mulalah bising (amaran: kalu nak buat mabuk2 atas jalanraya pastikan anda seorang ~ kalu ada co-pilot, kalu dia tak membebel maka siap le, bakal lebam mengelupas lah kulit peha komer kena cubit).

Teman perhatikan dari cermin pandang belakang. Kereta yg memecut macam F1 tu adalah toyota vios specis dugong warna light brown gitu. Teman intai sekali lagi melalui cermin pandang belakang, dan jelas yg memandunya bertudung bawal warna pink. Pemandunya seorang perempuan, ya sah seorang perempuan. Teman terus bertekad tak akan bagi dia menang dalam perlumbaan tak rasmi ni atas faktor maruah. Ini sangat kritikal sebab maruah lelaki dan Gen2 berada pada tangan teman ~ teman tak boleh gadaikan kedua2nya walau apapun terjadi.

bersambung ~ suspen tak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 02:51 PM | Show all posts
12# zzcbr

suspen..suspen...minah racing wehhhh! tp cam dah xde sifat sopan santunnye sbb buat cmtu....errr, bersangka baik je le...kot2 dia udah terlambat ke mjlis pernikahan dia yg smua hadirin, bakal suami & tok kadi udah menunggu.... habis dia bg lampu kat smua kete yg menghalang laluan dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 03:22 PM | Show all posts
suspen..suspen sambunglah lagi..sapo yg menang..
girl in pink ..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 03:23 PM | Show all posts
pernah skali masa on the way nak ke KLIA , maklum la dah terlewat nak jemput org so main tekan je laaa .Kebetulan waktu tengah malam , kereta pulak kurang lagi sedap bawak lagi.

Tanpa aku sedar rupanya ada yang sedang mengikuti cara pemanduan aku. Kat  last traffic light sebelum balai bomba.ada satu perdana V6 dok sebelah aku.Bila hijau apa lagi aku tekan je laa..yang perdana ni pun tekan jugak tapi tak nak potong pun.

Aku dah agak org tua tu nak lumba lari ngan aku. So apa lagi tekan laa  below 140 aku doh depan tapi bila 150 laju je dia potong...yelahh..perdana kan 2 liter.kete aku punya 1.5 liter oto .
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 03:27 PM | Show all posts
Kalau yeop z kalah dgn awek pakai tudung bawal kaler pink tu...mmg harus yeop Z kena potong lagi sekali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2009 03:30 PM | Show all posts
15# mikasa

ko makan asap la ek....hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 03:34 PM | Show all posts
17# 220796

ada laa sikit makan asap sikit...kalau tak tutup cermin mau makan debu :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 03:35 PM | Show all posts
suspen..suspen sambunglah lagi..sapo yg menang..
girl in pink ..:pompom:
gilmoregirl Post at 10-11-2009 15:22


jom kita beating sapa yang menang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 03:38 PM | Show all posts
part 2: (sambungan)

Kenderaan yg memotong di hadapan teman semakin laju (dalam range 130-140km/h). Jarak antara kereta juga semakin melebar. Kalu sebelum ni dalam keadaan bertunda2 pada jarak sebijik ke dua bijik kereta, sekarang dah menjarak jadi pada jarak antara 3 hingga 5 bijik kereta. Tapi kereta2 tu semua masih maintain kat fast lane, coz kat depan2 nun dikejauhan masih ada banyak lagi deretan kereta berada di lane sebelah kiri yg nak dipotong. Teman turut menekan, cuba merapat sedekat yg mungkin dengan kereta di depan teman. Tapi tahu aje lah Gen2, mana mahu memancut perginya kalu pun minyak habis ditekan kelantai.

Kelibat Vios dugong dan perempuan bertudung bawal warna pink masih rapat mengekori belakang teman, sambil sesekali2 mengacah2 kesebelah kiri seolah2 mahu mencilok teman dari belah kiri. Tapi setiap kali dia berbuat demikian, teman juga akan mengacah2 macam nak memotong ikut sebelah kiri walaupun ruang pada masa itu hanya sekangkang kera sumbang. Teman mula bimbang akan kecundang mempertahankan maruah pemandu2 Gen2 dan yang lebih penting maruah lelaki. Maklumlah vios dugong tu walaupun huduh tapi memang bukan lawan kepada Gen2. Teman mula mengeluarkan handphone dan letakkan dicelah kangkang teman sebab kat situlah tempat yg mana teman boleh capai handphone tu dengan mudah.

bersambung lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.792406 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list