View: 2813|Reply: 1
|
Perhimpunan Penyair Nusantara Ke-3 (PPN3)
[Copy link]
|
|
Nak jemput rakan-rakan di Cari.com yang minat program baca puisi ke Perhimpunan Penyair Nusantara Ke-3 anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di Kuala Lumpur, bermula 20 hingga 22 November ini.
Antara acara ialah Forum Penyair: Puisi Mancanegara dengan ahli panel dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand yang diadakan pada 20 November (Jumaat), jam 2.30 petang di DBP.
Kita juga ada seminar PPN3 di DBP, Sabtu tu, mula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang.
Selain itu, kita ada dua acara baca puisi, iaitu (1) Baca Puisi Menara Kuala Lumpur di Menara Kuala Lumpur pada 21 November (Sabtu), jam 2.30 petang, dan (2) Baca Puisi Pena di Rumah Pena (depan Wisma MAA, Jalan Dewan Bahasa - dekat dengan Jalan Istana), jam 8.30 malam.
Dan hari ketiga, kita ada Persidangan Penyair: Kerjasama Penyair dalam Mengataskan Suara Kemanusiaan di DBP, mula jam 8.30 malam.
Boleh baca lebih lanjut di facebook, http://www.facebook.com/event.php?eid=213228459672&ref=mf
|
|
|
|
|
|
|
|
en.buku,
aku AJK SEMINAR kan kan kan?
hehehehe! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|