CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11178|Reply: 37

P A M J (Persatuan Anak Melayu Johor)

[Copy link]
Post time 15-11-2009 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by rdzaccess at 15-11-2009 18:06

5 November, 2009 00:06 AM

PAMJ Perlu Tingkatkan Semangat Kerjasama Kalangan Kaum Melayu



KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) disaran supaya memainkan peranan dalam meningkatkan hubungan dan semangat kerjasama perpaduan di kalangan masyarakat Melayu bukan saja di negeri Johor tetapi di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan itu boleh dimainkan PAMJ kerana ramai pemimpin persatuan itu datang daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman sama ada dalam bidang politik, perdagangan, perniagaan, kebudayaan mahupun kesusasteraan.

"Pengalaman inilah yang saya percaya boleh digunakan dalam membantu usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan sokongan, kepercayaan dan dokongan masyarakat ketika ini.

"Dengan adanya jaringan strategik ini juga saya yakin bahawa peranan yang boleh dimainkan dan sumbangan oleh persatuan ini akan dapat dilihat terserlah di masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis makan malam 'Malam Tanjung Puteri' anjuran PAMJ di sini pada malam Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu ialah isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Penasihat PAMJ Tun Musa Hitam dan Presiden PAMJ Siti Zainab Sheikh Abu Bakar.

Muhyiddin berkata PAMJ juga boleh berperanan sebagai sebuah pusat sehenti yang menghimpunkan butir-butir latar belakang mereka yang berjaya dalam pelbagai bidang dan seterusnya menjadi penjalin hubungan antara anak-anak Melayu lain yang baru menceburkan diri dalam bidang yang berkenaan.

"Cara ini boleh menggalakkan perkongsian resepi kejayaan disamping mewujudkan jaringan pintar ke arah meningkatkan pencapaian anak Melayu Johor dalam pelbagai bidang.

"Secara tidak langsung inisiatif seperti ini sekiranya dilaksanakan secara gigih dan bersungguh-sungguh juga pastinya dapat melahirkan lebih ramai lagi golongan kelas menengah Bumiputera selain meningkatkan sumbangan khususnya anak Melayu Johor dalam pembangunan negara kita," katanya.

Beliau yang juga Penaung PAMJ berkata semangat kemuafakatan diantara anak-anak Melayu Johor perlu diperkukuh dan digembeling darisemasa ke semasa untuk melonjakkan pencapaian dan sumbangan yang lebih bermakna oleh mereka di persada negara dan juga peringkat antarabangsa.

Persatuan yang ditubuhkah 27 tahun lepas itu disertai kira-kira4,000 anggota yang terdiri daripada anak kelahiran Johor yang bermastautin di negeri-negeri luar Johor.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=455287
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2009 06:30 PM | Show all posts
Malam tu aku tak puashati ngan makanan kat situ...

Creamer untuk kopi macam dah expired...walaupun air panas suam bila bubuh berketul- ketul tak nak hancur....

Pastu Laksa Johor yang dah lama aku ngidam macam bukan laksa Johor....
Geram aku...Ni mesti bukan orang Johor yang buat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 11:26 PM | Show all posts
macamana nak join persatuan nihh... macam best ajerrr.. apa motifnya.. apa perjuangannya.. apa undang2 nye,  dan lain2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2009 11:26 PM | Show all posts
macamana nak join persatuan nihh... macam best ajerrr.. apa motifnya.. apa perjuangannya.. apa undang2 nye,  dan lain2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:03 AM | Show all posts
betul tu,,.. nak join gak.. tapi apakah kebaikan untuk kita?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2009 02:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by rdzaccess at 15-11-2009 18:06

Persatuan yang ditubuhkah 27 tahun lepas itu disertai kira-kira4,000anggota yang terdiri daripada anak kelahiran Johor yang bermastautin dinegeri-negeri luar Johor.
rdzaccess Post at 15-11-2009 18:03


ditubuhkan 27 tahun lepas? 4000 orang jerk? pesal x ramai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2009 08:23 PM | Show all posts
PAMJ ni ada kat semua negeri ke? kalau ada kat sabah ni aku nak join...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 01:58 AM | Show all posts
4000 orang tu yang berdaftar ajer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2009 01:59 AM | Show all posts
Oleh itu kawan nak promote supaya akan lebih ramai lagi ahli...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:40 AM | Show all posts
sy msk jd ahli ..heheh
rasa sy sekali ajer pegi itu pon dgn kkk dan kwn dia..
apa2 aktiviti ada jer la surat sampai dr s/usaha cik lizah ahmad.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 04:19 PM | Show all posts
.........yg bermastautin di luar johor da...

Aku kt jb...leh ke..ade wat rombongan bercuti tk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:16 PM | Show all posts
rdzaaccess..... camane nak join.... pleasee help me.... mana tau berguna untuk kita orang melayu... syok jugak penuhkan masa dengan aktiviti2 macam nihh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:18 PM | Show all posts
laman web nya pon takde... dah try google...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 12:55 AM | Show all posts
Nak join perlu lengkapkan borang permohonan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 12:59 AM | Show all posts
Nak lengkapkan borang permohonan perlu ada borangnya.

So nanti aku dapatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 03:04 PM | Show all posts
jgn lupa tauu... memang serius nak join... but rdzaccess... kan saudara kat KL???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 12:55 PM | Show all posts
cam  best je ek...cam nak apply ek?
ada borang kosong lg x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 07:18 PM | Show all posts
nak join gak...
ada borang, bagitau arr....
publish lah website..senang kit kalau nak  update ape2 yg patut...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 03:50 PM | Show all posts
yesss..mcm mana nak join????


regards
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2009 06:55 PM | Show all posts
aku nak join gak...macamner nak join....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084498 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list