View: 4005|Reply: 4
|
Phua Chu Kang Pte. Ltd. The Movie
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 27-1-2010 09:53
Phua Chu Kang ke layar perakOleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
Gambar ISMAIL KAMADIN

| PELAKON utama Phua Chu Kang Pte. Ltd. The Movie (dari kiri) Gurmit Singh, Irene Ang dan Lim Kay Siu.
|
PHUA Chu Kang merupakan antara sitkom dari Singapura yangpopular dan lama bertahan iaitu sejak 11 tahun lalu dengan menampilkan barisan pelakonnya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India.
Selepas lebih sedekad menghiburkan para penonton di kaca televisyen (TV), sitkom yang menonjolkan watak seorang lelaki Cina bernama Phua Chu Kang itu mengorak selangkah lagi apabila ia diangkat ke layar perak.
Pelakon watak Phua Chu Kang, Gurmit Singh menyifatkan sudah sampai masanya sitkom yang turut mendapat sambutan hangat para penonton di negara ini diangkat ke medium filem selepas sekian lama mencipta nama.
"Sebenarnya idea untuk mengangkat Phua Chu Kang menjadi sebuah filem sudah tercetus sejak 10 tahun lalu iaitu sewaktu sitkomini mendapat sambutan hangat daripada para penonton di Singapura.
"Bagaimanapun, pada ketika itu ia masih baru beberapa musim disiarkan di TV, jadi proses peralihan ke filem tidak diketengahkan secara serius," katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
Pada pertemuan itu, Gurmit bersama para pelakon Phua Chu Kang sedang menjalani penggambaran Phua Chu Kang Pte. Ltd. The Movie arahan pengarah terkenal dari Singapura iaitu Boris Boo.
Menurut pelakon utama Phua Chu Kang berusia 44 tahun itu, siri sitkom itu tidak sama dengan filem yang akan diangkat ke layar perak antaranya termasuklah daripada segi jalan cerita dan lokasinya yang diadakan di luar Singapura.
"Selepas 11 tahun kami dapati sudah sampailah masanya Phua Chu Kang dibawa ke tahap yang lebih besar iaitu melalui layar perak. Sitkom dan filem Phua Chu Kang tidak sama terutamanya daripada segi watak-watak yang ditampilkan.
"Melalui filem ini, watak-watak yang ada dikembangkan lagi karakternya supaya ia lebih kelakar dan sesuai untuk diketengahkan melalui medium filem. Selain itu, bagi versi filem kami mengambil kawasan kampung sebagai lokasi utamanya.
kekal watak utama
"Filem ini antara lain menggambarkan tentang permulaan kisah Phua Chu Kang yang berlatar belakang kampung. Ia tidak seperti dalam sitkom yang lebih fokus kepada kawasan bandar," ujarnya.
Selain diangkat daripada siri sitkom kepada filem, kisah popular masyarakat berasal dari Singapura ini 100 peratus memilih Malaysia sebagai lokasi penggambarannya yang bermula sejak 4 Januari lalu di Kajang, Selangor.
Filem dengan kos pembikinan berjumlah RM1.8 juta itu juga mengekalkan watak-watak utamanya iaitu Phua Chu Kang lakonan Gurmit Singh, Rosie (Irene Ang) dan Frankie Foo (Lim Kay Siu).
Bagi Irene Ang pula, mengekalkan barisan pelakon serta tenaga kerja dalam Phua Chu Kang Pte. Ltd. The Movie sama seperti yang dipaparkan dalam sitkom mampu meneruskan kesinambungan jalan cerita dan juga sebagai tarikan utamanya.
"Apabila Phua Chu Kang dibawa keluar daripada sitkom sambutannya cukup baik sekali kerana ia masih mengekalkan para pelakon asalnya. Contohnya sebelum ini Phua Chu Kang pernah diangkat menjadi sebuah muzikal.
"Sambutannya amat memberangsangkan. Watak-watak yang ada sebelum ini juga pernah digunakan bagi membantu kempen-kempen kemasyarakat diSingapura dan ia berjaya menarik perhatian ramai," jelasnya.
Filem terbitan bersama Grand Brilliance, RAM, Hwa Yea, MM2 Entertainment dan sebuah syarikat dari Singapura, Scorpio East itu yakin pemilihan Malaysia sebagai lokasi penggambaran mampu menambah tarikan filem tersebut.
Tambah Irene, filem itu yang menggunakan campuran bahasa Inggeris, Melayu dan Cina itu bukan setakat untuk tayangan di Singapura, malah beliau berharap ia juga akan mendapat sambutan hangat di negara ini.
"Soal kenapa filem ini menjalani penggambarannya di Malaysia, itu kena tanya penerbit. Namun, sebagai pelakon kami rasa Malaysia begitu dekat di hati kami. Kami mahu menggambarkan suasana kampung dan malamdi Malaysia.
"Senario dan adegan seperti itu tidak banyak terdapat di Singapura mungkin kerana arus pemodenan. Lagipun sitkom Phua Chu Kang pernah ditayangkan di kaca TV di Malaysia sejak lama dulu.
"Misalnya, sitkom Phua Chu Kang pernah ditayangkan di saluran ntv7. Jadi apabila penggambarannya dijalankan di sini ia mungkin akan lebih dekat lagi di hati para penonton," katanya lagi pada pertemuan singkat di lokasi penggambaran filem tersebut.
Phua Chu Kang Pte. Ltd. The Movie turut dilakonkan oleh pelakon dari Singapura Henry Thia, Neo Swee-Lin dan Zaibo dari Malaysia. Filem ini dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Julai depan. |
|
|
|
|
|
|
|
margaret belakon tak? |
|
|
|
|
|
|
|
budak yg bernama alloysiiii---us tu ader??
suka tengok cara dia lawan mak dia lar...
klakar.. tapi x baik blajar lar |
|
|
|
|
|
|
|
kompom filem ni klako..x sabar nak tgk! |
|
|
|
|
|
|
|
"Jangan main-main"
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
[email protected]

salah SATU ADEGAN DALAM FILEM PHUA CHU KANG THE MOVIE.
SIAPA yang tidak kenal dengan Phua Chu Kang (PCK), kontraktor popular di Singapura, Johor Bahru dan Batam.
Sinonim dengan imej rambut kerinting, bertahi lalat besar dan berkasut but kuning, dia menjadi jenama popular isi rumah di rantau ini.
Selepas 13 tahun diwujudkan, PCK mahu ruang yang lebih besar. Ia dibawa ke layar perak dengan persekitaran yang berbeza iaitu Kuala Lumpur (atau 'Kuara Rumpur' mengikut slanga Chu Kang).
Walaupun sudah berpindah lokasi, semangat PCK masih terasa 'Singapura'.
Saya tidak pasti jika ini waktu yang tepat untuk mengalihkannya ke medium filem - lambat atau cepat, hangat atau basi - saya percaya PCK ada pengikut sendiri.
Phua Chu Kang The Movie menghimpunkan semula Chu Kang dan isterinya, Rosie, ibunya, Ah Ma, pekerjanya, King Kong dan seterunya, Frankie Foo dalam satu bingkai.
Kerana Chu Kang sudah berpindah ke Kuala Lumpur, maka adalah wajar untuk mengenepikan watak adiknya, Chu Beng, isteri Chu Beng, Margaret dan anak mereka, Aloysius untuk versi filem. Sewaktu di Singapura dulu, dalam sitkom, mereka tinggal serumah.
Filem ini dibuka dengan babak imbas kembali Chu Kang dikejar penduduk sekampung. Adegan semasa kanak-kanak ini pastinya mengembalikan ingatan penonton kepada montaj sitkomnya, yang juga menunjukkan zaman kanak-kanak Chu Kang. Satu permulaan yang baik.
Seterusnya, penonton dibawa ke zaman hari ini iaitu Chu Kang dan Rosie menjemput Ah Ma di stesen bas Kuala Lumpur.
Sewaktu bersiar-siar di pusat membeli-belah, tiba-tiba Ah Ma hilang. Di sinilah bermulanya pengembaraan intipati Phua Chu Kang The Movie.
Ah Ma sebenarnya pergi melawat datuk Chu Kang yang ditinggalkan di Rumah Penjagaan Siao Soon.
Dua karakter baru yang diperkenalkan dalam filem ini ialah Lim Lau Pek, pemilik rumah kebajikan serta datuk Chu Kang.
Selama ini penonton tidak tahu Chu Kang mempunyai datuk yang masih hidup, yang membenci cucunya kerana menganggap Chu Kang sebagai pembawa sial sejak kecil. Kerana itu Ah Ma menziarah secara sulit kerana enggan diketahui Chu Kang dan Rosie.
Untuk mengintip perbuatan Ah Ma, Chu Kang berusaha mendapatkan tender membaik pulih rumah kebajikan tersebut.
Konflik demi konflik dicetuskan antaranya persaingan merebut tender di antara Chu Kang dan Frankie Foo serta Lim Lau Pek yang jatuh hati kepada Rosie.
Tanpa disedari, ia membawa kepada satu konflik yang lebih besar iaitu misteri kematian seorang demi seorang warga tua di situ. Ini bukan spoiler, tetapi penonton boleh menjangka siapa wira di penghujung filem ini kalau bukan Chu Kang sendiri.
Tidak dinafikan Phua Chu Kang The Movie membawa semula kenangan indah sitkom popular itu menerusi sifat-sifat karakternya yang masih sama, dengan beberapa frasa popular, seperti 'don't play play' dan 'use your brain-lah!'.
Bagaimanapun, sebagai pengarah, Boris Boo mungkin terlupa bahawa PCK kali ini tidak lagi berdurasi setengah jam, tetapi dipanjangkan kepada dua jam.
Lakon layar yang lemah tidak mampu menyokong perjalanan filem, menyebabkan saya beralih posisi duduk beberapa kali akibat kebosanan.
Skripnya tidak kemas dan terlalu mencuba untuk memaksa penonton ketawa.
Saya masih boleh memaafkan beberapa lawak slapstik, tetapi terdapat beberapa adegan yang tidak perlu diadakan.
Versatiliti Singh dicabar dengan beberapa adegan emosi pada penamat filem.
'Antics'nya sebagai kontraktor kiasu juga terus membuatkan penonton tersenyum, sama seperti Irene Ang yang berjaya mengubati kerinduan peminat terhadap karakter Rosie yang flamboyant dan over the top.
Bagi peminat setia sitkomnya, Phua Chu Kang The Movie mungkin tidak mengecewakan.
Tetapi, kepada yang lain, 'jangan main-main' dengan wang tiket yang bakal dibelanjakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|