CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39883|Reply: 387

TAK BOLEH LUPA....

[Copy link]
Post time 4-2-2010 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Aku pernah cerita masalah aku sebelum ni kat sini….
Untuk pengetahuan korang, aku dah pun berhenti kerja dari tempat lama lepas bos aku tukar tempat kerja. Baru-baru ni aku dapat tahu isteri dia dah bersalin. Aku rasa jeles sangat!!! Tapi aku dapat tahu tempat kerja baru bos aku tu. So aku berhenti dari tempat lama dan cuba cari kerja dekat2 dengan dia. Dapat jugak walaupun jadi pembantu kafe tempat kerja dia. Pernah jugak terserempak dengan dia tapi dia macam buat tak tahu je dengan aku.

Ada sekali aku cuba tegur dia tapi dia tak cakap apa2 dan terus masuk kereta. Aku rasa macam terhina sangat. Tapi aku tetap tak boleh lupa dia. Macam mana nak buat??? Sekarang ni kerap jugak aku nampak dia datang kafe tapi dia akan palingkan muka bila ternampak aku. Tak layak ke aku mencintai dia???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2009 01:14 PM | Show all posts

Jatuh cinta pada bos baru....skrg xLEH LUPA LAK

Post Last Edit by hitamputih at 5-2-2010 08:51

DULU
Baru2 nicawangan aku dapat bos baru. Masa dapat tau ni, kami terkejut sebab bos ni mudalagi. Selalu umur 30-an baru dapat jadi bos branch. Tapi bos baru ni umur baru26 thn. mula2 aku pikir, ni mesti ada kabel kuat kat hq. aku cam tak suka jugakla. tapi bila time dia datang hari tu, baru aku tau yang dia memang dapat jadibos bukan sebab kabel ke apa. kiranya dia dapat jawatan ni sebab dia betul2layak.

time ni akumemang respek kat dia sebab bukan senang nak dapat jawatan tu. aku pun mulaberangan nak tackle bos baru ni. ye la, muda lagi, bos pulak tu. kat ofis nipun aku je yang single lagi. tapi masa hari kedua dia kat ofis, aku dapat tauyang dia baru kawen. bulan mac hari tu!! pulak tu wife dia dah preggy sekarang.kalau tak silap kira, wife dia bunting pelamin kot. (aku jumpa blog wife dia,ada tulis tarikh dia orang kawen & berapa bulan wife dia preggy). masa niaku dah rasa macam gelap je dunia.

aku dapattau tu pun sebab tanya gambar siapa dalam wallet dia. ingat gf ke apa. rupanyawife. aduiiiii... berkecai rasa hati aku ni. sebab tak puas hati, aku sengajacari bos aku ni kat facebook. lagi jeles aku tgk gambar2 da dengan wife dia.wife dia kecik je macam dia. muka biasa2 je tapi comel la. bos aku ni pun biasaje tapi yang buat aku suka sebab dia mudah mesra dengan staf kat sini &orangnya simple je. pakai pun keter sutera je.

aku try naklupakan dia. ye la, laki orang kan. buat apa nak kacau. tapi masalahnya akumacam tak bley nak lupakan dia. aku selalu baca blog wife dia. lagi aku baca,lagi aku jeles. tapi lagiiii buat aku tak boleh lupa bos aku ni. bulan 8 ni diastart jadi bos kat sini. lagi la susah aku nak lupa kat dia. aku ni tak pernahjatuh cinta betul2 kat orang.

ni la firsttime. tapi bila macam ni, aku terus jadi tak semangat nak kerja kat sini lagi.aku rasa nak je luahkan kat bos aku ni. korang rasa dia terima tak? aku macamtak boleh control perasaan ni. nak2 aku baru dapat tau yang hari tu dia sangguptak datang sebab nak jaga wife dia demam campak. aku rasa jeles ni kekadang terlalusangat sampai aku nak pakai ayat pengasih je kat bos ni. korang rasa macammana?????


SEKARANG
Aku pernah cerita masalah aku sebelum ni kat sini….
Untuk pengetahuan korang, aku dah pun berhenti kerja dari tempat lama lepas bos aku tukar tempat kerja. Baru-baru ni aku dapat tahu isteri dia dah bersalin. Aku rasa jeles sangat!!! Tapi aku dapat tahu tempat kerja baru bos aku tu. So aku berhenti dari tempat lama dan cuba cari kerja dekat2 dengan dia. Dapat jugak walaupun jadi pembantu kafe tempat kerja dia. Pernah jugak terserempak dengan dia tapi dia macam buat tak tahu je dengan aku.


Ada sekali aku cuba tegur dia tapi dia tak cakap apa2 dan terus masuk kereta. Aku rasa macam terhina sangat. Tapi aku tetap tak boleh lupa dia. Macam mana nak buat??? Sekarang ni kerap jugak aku nampak dia datang kafe tapi dia akan palingkan muka bila ternampak aku. Tak layak ke aku mencintai dia???
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:20 PM | Show all posts
cuba ko muhasabah diri ko balik. cemana ko boleh jatuh cinta dgn dia at the first place? sbb dia 26 th dah jadi bos? tu bukan cinta, tu perasaan kagum je tuh. ke suka dia sbb dia bos? err tu dah kira materialistik. cuba ko pikir balik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:22 PM | Show all posts
cuba bayangkan pulak camne kalu ko berada di tempat wife dia?....ko suka x kalu ada pompuan lain memperlakukan ko dan suami ko mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:24 PM | Show all posts
patut dibuang je rs suke....buat keje dgn ikhlas..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:26 PM | Show all posts
Baru2 nicawangan aku dapat bos baru. Masa dapat tau ni, kami terkejut sebab bos ni mudalagi. Selalu umur 30-an baru dapat jadi bos branch. Tapi bos baru ni umur baru26 thn. mula2 aku pikir, ni mesti a ...
sayang1986 Post at 30-7-2009 01:14 PM


Berpijak pd dunia yg nyata......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2009 01:28 PM | Show all posts
ko rasa dia suka kat ko kah? o u perasan................ ko cari la jantan lain.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:30 PM | Show all posts
aku rasa, ko syok sendiri... lagi pun jgn dikacau mahligai orang... jodoh ko akan dtg jugak.. kalau dah nak melibatkan ilmu pengasih bagai, that shows camne peribadi ko yg sebenar.. berdoa pada Allah semoga ko dpt jodoh yg baik, dgn cara yg baik... aminn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2009 01:32 PM | Show all posts
2# jose_rizal

maybe mula2 tu aku kagum je. tapi lepas borak2 dgn dia, aku rasa macam dah jatuh cinta kat dia. sebab dia ni jenis tak menyombong macam bos lain.

salah ke jatuh cinta kat bos? kalau aku materialistik pun, utk masa depan jugak. sapa tak nak jadi isteri bos kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:32 PM | Show all posts
1# sayang1986

sbb org2 mcm ko ni la, ramai rumah tangga org skrg retak...
tggu la nnt saatnye org lain buat kt laki ko mcm tu nnt
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:36 PM | Show all posts
8# sayang1986

kalau adik nie isteri bos tu....rase tak mcm nak pelempang tak kalau pompuan ckp mcm nie?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:38 PM | Show all posts
hindar sebelum parah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:39 PM | Show all posts
apa perasaan u kl u ditempat wife bos u tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:42 PM | Show all posts
bos dh kwin....wife dia preggy...bos n wife dia xde mslh.........................napela ko nk cri n buat mslh?

ko try puase.........tahan skit perasaan tu.............
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:43 PM | Show all posts
10# mimi77

exactly
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2009 01:44 PM | Show all posts
apasal kat sini semua cakap, pikir macam mana kalau kat tempat wife dia?????

salah ke jatuh cinta kat laki orang? bukannya dia tak boleh kawen dua. bos tu ulang alik dari sini ke ampang sebab wife dia tak nak berenti kerja. 2 jam punya drive tu! kalau dia ada orang jaga kat sini, tak payah ulang alik macam tu. ntah apa2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2009 01:46 PM | Show all posts
auzubillahiminasshaitonnirrojim
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:48 PM | Show all posts
btw takyah bising2.. g luahkan isi hati ko tu.. jgn kne rejek udahler
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:49 PM | Show all posts
ko ingat senang ke jd 2nd wife.........budus
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 01:51 PM | Show all posts
laaa...bos ko merungut ke dia kne ulang alik tu??

xsalah jtuh cinta.........cume xptut jek.......

tp dosa beb klu ko nk gne ubat pengasih ape kejadah sume tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071380 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list