CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2515|Reply: 1

Ahli Fiqir - Kelentong

[Copy link]
Post time 10-2-2010 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Wooo..Wooo..Wooo..
Satu Dua Tiga Empat

Jangan nak kelentong
Jangan nak bohong
Cakap bohong
Kita riuh satu kampung

Eee..Satu Dua Tiga Empat

Engkau cakap semua ok
Engkau bilang gerenti boleh
Engkau suruh kerja gigih
Nanti kita agih-agih

Cakap cakap banyak cakap
Masuk angin keluar asap
Makin lebar nganga tingkap
Makin banyak langau hinggap

Habis peluh penat lesap
Habis biduk lagi lelap
Kasi sikit-sikit sedap
Lagi banyak lagi lenyap

Macam kuda engkau tunggang
Aku macam layang-layang
Kenyang-kenyang engkau makan
Ikat perut aku sorang

Gali lubang tutup lubang
Macam lilin engkau padam
Engkau terang kita terpanggang
Tambah hutang keliling pinggang

Banyak bukak tudung saji
Makin banyak lauk basi
Kata lepas tak bertali
Janji-janji itu ini

Minta-minta tak diberi
Mau tunggu ape lagi
Satu kerja tak menjadi
Salah siapa tanya diri

Lebih bunyi dari ketuk
Lebih keluar dari masuk
Peluk kami engkau sauk
Kami teruk kena cilok

Jangan nak kelentong
Jangan nak bohong
Cakap bohong
Kita riuh satu kampung

Sembunyi di balik telunjuk
Mudah-mudahan orang tak nampak
Busuk tetap busuk
Tak kan lari bau hapak

Cakap lauk-lauk
Tapi makan sambal lada
Daras tampuk pinang
Dalam dua tengal tiga

Harapkan pagar pagar makan padi
Harapkan padi padi tak menjadi
Menanam betung aur yang tumbuh
Masuk lima keluar sepuluh

Kata satu hati
Tapi belah bagi
Cakap jangan takut
Itu semua karut

Senang sama senang
Susah aku sorang
Bagi sama rata
Habuk pun takdak

Menanam tebu di mulut
Menanam halia di hati
Manis tebu puas kau hirup
Bau halia kau beri kami

Takpe takpe takpe takpe
Hari ini hari dia
Besok besok hari kita
Tiada maaf tiada lupa

Bukan kacang lupa kulit
Tapi kulit lupa
Kacang yang orang nak rasa
Bukan kulit

Jangan nak kelentong
Jangan nak bohong
Cakap bohong
Kita riuh satu kampung

Lari
Boleh lari tak boleh sembunyi
Sembunyi
Pasti kami dapat cari

Jangan nak kelentong
Jangan nak bohong
Cakap bohong
Kita riuh satu kampung

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/02/lirik-kelentong-ahli-fiqir.html#ixzz0f7TzXeIk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2020 12:57 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Wujud lagi ka kumpulang tu...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.467349 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list