View: 16134|Reply: 60
|
PESANAN SEORANG PEREMPUAN KEPADA PEREMPUAN
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Elisya at 20-5-2010 10:20
Saya masih ingat lagi tatkala kawan saya menangis apabila cinta sejatinya akhirnya berkecai. Berhari-hari terperap dalam bilik. Kehidupannya mula tidak terurus. Tidak mahu makan dan minum. Setiap hari menyumpah-nyumpah bekas kekasihnya. Terjerit-jerit macam tarzan setiap hari. Habis barang-barang pemberian bekas teman lelakinya di bakarnya tidak cukup itu barang-barang dalam rumah juga dimusnahkan. Kadang-kadang kawan saya tidak ubah macam orang gila. Kasihan pun ada , sedih pun kadang kala lucu pun ada. Hebatnya kuasa cinta. Kalau jatuh cinta semalaman tidak boleh tidur, asyik tersenyum sepanjang masa kalau boleh hari-hari nak jumpa. Kalau putus cinta , macam orang yang akan diusung dalam keranda. Kata orang bila putus cinta, rasanya macam nak mati!. Pada memang ramai perempuan sukar menerima kenyataan yang diri tidak dicintai lagi. Saya pesan kepada perempuan, lelaki yang curang perlu dijauhi jangan sesekali beri peluang yang kedua kerana dia akan mempergunakan peluang yang kedua untuk mencintai wanita lain. Lelaki sebenarnya akan mengambil kesempatan
Saya tahu rasanya bila jatuh cinta. Ada yang kata nak peluk tiang, peluk bantal sampai terlena, hari-hari sms, bergayut di telefon sampai bil melambung beribu-ribu ringgit, makan nasi pun kata manis, minum pepsi pun kata rasa masam dan bermacam-macam lagilah. Itulah padahnya bila hanyut dalam dunia cinta. Saya selalu sedarkan diri saya cinta yang di bina tak semestinya akan sampai ke jinjang pelamin. Kalau bercinta sepuluh kali pun gagal, macam mana?Saya juga selalu fahamkan diri saya, lelaki yang mahu berkawan, menelefon atau selalu miscall kita tak semestinya dia akan jatuh cinta dengan kita sebaliknya sekadar mahu menguji kita kadang kala kita hanya sebagai sandaran saat dia kesepian, pendek kata lelaki ini akan menggelupur bila tiada seorang perempuan dalam hidupnya. Lelaki tidak boleh hidup tanpa perempuan!Saya ada bertanya kawan lelaki yang mempunyai ramai teman wanita. Kenapa kamu kumpul teman wanita? Jawabnya nak pilih yang mana sesuai dengan aku dan dijadikan calon isteri. Ha, kepada mereka yang tahu teman lelaki mereka ramai teman wanita jadilah perempuan melayu terakhir. Saya tanya soalan lain pula, tapi kamu selalu menghabiskan duit untuk teman-teman wanita kamu, tak rugi ke? dia tersengih-sengih macam ulat bulu naik daun, duit boleh di cari tapi cinta sejati sukar di cari. Hmmm dia sanggup melaburkan wang semata-mata mahu mencari pasangan yang sesuai tapi kumpulkan perempuan jadi koleksi tak pernah merugikan lagipun banyak faedahnya. Lihat, perempuan hanya dijadikan bahan boneka seorang lelaki. Bila seseorang lelaki itu kesepian dia akan mencari wanita lain, bila jumpa dia tetap akan mencari yang lain agar dapat melunaskan kesepiannya. Pendek kata kebanyakkan lelaki, tidak dapat hidup tanpa wanita bukannya tanpa cinta. Saya selalu bertemu dengan lelaki yang selalu menceritakan kisah cinta lampaunya kemudian memburuk-burukkan bekas teman wanitanya. Jadi jangan terkejut kalau keesokkannya anda bertemu dengan lelaki bersama teman wanita yang dia buruk-burukkan.kKadang kadang saya keliru perbezaan kawan baik dengan kekasih. Saya selalu dengar dari mulut seorang lelaki, sahabat perempuan saya lebih istimewa daripada kekasih sendiri. Ada seorang kawan saya dulu berkawan baik dengan seorang lelaki. Hubungan mereka intim dan saling mengenali antara satu sama lain malah keluarga pun mereka pun turut tahu akan hubungan persahabatan antara mereka berdua. Ke mana mereka pergi mereka tetap bersama. Kalau orang lain tak tahu itu pasti mereka akan menyangkakan mereka adalah pasangan kekasih. Kalau kawan-kawan mereka Tanya, mereka hanya akan menjawab just friend tapi kalau kawannya tak percaya juga mulalah melenting . Lain cerita pula, mereka sepasang kekasih, dan mempunyai sahabat perempuan yang amat setia dengan mereka. Lelaki ni kalau ada masalah tak beritahu aweknya sebaliknya bercerita dengan sahabat perempuannya. Boleh dikatakan semua masalah diluahkan pada sahabat perempuannya. Si aweknya yang manja-manja dan gedik-gedik pula tidak tahu apa-apa. Kena kutuk dek teman lelaki pun masih merindui dan mencintai teman lelakinya. Akhir sekali si aweknya terima kad jemputan dari teman lelakinya yang akan berkahwin dengan sahabatnya. Kata teman lelakinya, keluarganya sudah berkenan dengan sahabatnya. ..
Wahai sahabat-sahabat perempuan, jangan terlalu taksub dengan cinta, jangan terlalu manja, buang perangai tergedik-gedik, jangan terlalu perasan, dan jangan jadi materialistic kerana semua itu adalah ciri-ciri yang boleh mengorbankan cinta anda. Kalau anda putus cinta, jangan jadi macam orang gila. Anda mesti tenang, berfikiran waras dan buktikan yang anda kuat, tenang dan tabah setelah ketiadaan orang yang istimewa. Kalau anda juga menjadi kekasih suatu hari nanti, anda juga perlu menjadi seorang sahabat pada teman lelaki anda dan jangan benarkan dia mencari sahabat perempuan melainkan sahabat lelaki dalam hidupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tue lah kuasa cinta cik kak!! b0leh bwat 0rg waras jadi gila, 0rg tua jd cam bebudak.....s0 p0werful huh. |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu taksub dgn cinta manusia
cinta kpd tuhan lebih bermakna |
|
|
|
|
|
|
|
klau dah jumpa cinta Tuhan, manusia akan rasa hampa dan hambar pd cinta manusia neh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anda juga menjadi kekasih suatu hari nanti, anda juga perlu menjadi seorang sahabat pada teman lelaki anda dan jangan benarkan dia mencari sahabat perempuan melainkan sahabat lelaki dalam hidupnya.
lagi bahaya krg jadi gay lak bf ko..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang cakap; cinta tak semestinya bersatu.... |
|
|
|
|
|
|
|
. |
|
|
|
|
|
|
|
kopi pes ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
1# Elisya
pesanan ko tu byk btol nyer..hmmm....aku hrp hubungan "kwn rapat" aku dgn si dia skg neh akn btukar jd cinta x kalo boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau perempuan curang camna?
kalau perempuan tinggalkan lelaki yang setia macam mana?
dan itu la yang aku hadapi sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
yeke..yang kat board perak aritu?
dune1989 Post at 4-3-2010 10:27
dilema dengan mamat2 mana tu biasala. tapi manja anggap tak terikat sehingga dia serius... sementara tu, sibukkan diri dengan keje, aktiviti luar... :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
dilema dengan mamat2 mana tu biasala. tapi manja anggap tak terikat sehingga dia serius... sementara tu, sibukkan diri dengan keje, aktiviti luar... :pompom:
manjamalinja Post at 4-3-2010 10:31 AM
ohh yeke...erm..bagus la..
saya nih masih praktikal..
kewangan masih tak stabil..
skang slowly business utk more pocket money..erm |
|
|
|
|
|
|
|
ohh yeke...erm..bagus la..
saya nih masih praktikal..
kewangan masih tak stabil..
skang slowly business utk more pocket money..erm
dune1989 Post at 4-3-2010 10:32
o yeke, bagus... berusaha ya...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|