PETALING JAYA 14 Mac - Kumpulan Mofaz menerusi bahagian motosikalnya, Mofaz Motosikal Sdn. Bhd. (Momos) yang menampilkan Momos Madass sebagai motosikal pilihan baru dalam pasaran tempatan, menyasarkan jualan 3,000 buah menjelang akhir tahun ini.
Digerakkan dengan kuasa 125cc, motosikal menggunakan teknologi Jerman yang dibawa dari China tetapi dipasang serta diedarkan di Malaysia, bakal mampu menarik perhatian peminat motosikal tempatan berdasarkan rekaan menarik dan inovatif.
Presiden Mofaz Mohamed Fauzy Abdul Hamid berkata, dengan harga di bawah RM6,000 sebuah, Momos Madass 125 mampu membantu meningkatkan penguasaan Momos dalam pasaran motosikal tempatan bermula tahun ini.
"Selain keunikan reka bentuknya berbanding motosikal sedia ada di Malaysia, Madass 125 menawarkan penjimatan minyak dan perjalanan lebih jauh bagi setangki penuh kerana dilengkapi tangki minyak dengan kapasiti 5.1 liter.
"Motosikal ini mampu mencapai perjalanan sehingga 35 kilometer bagi setiap liter minyak, sekali gus membolehkan penunggangnya mencapai sekitar 180 kilometer dengan setangki penuh," katanya di sini baru-baru ini.
Mohamed Fauzy berkata, model baru itu disasarkan untuk semua peringkat umur, boleh didapati di semua pengedarnya di seluruh negara mulai April ini.
Mengulas lanjut katanya, pasaran motosikal di negara ini dilihat akan berkembang berikutan permintaan terhadap jentera dua roda itu yang kian bertambah.
Walaupun terdapat penurunan lapan peratus dalam jualan industri pada tahun lalu, tetapi Mofaz dan peserta-peserta industri lain optimis bahawa permintaan pasaran terhadap motosikal berkuasa kecil akan meningkat.
"Orang ramai kini amat selesa untuk menunggang motosikal terutama dalam keadaan jalan raya yang begitu sesak selain penggunaan bahan api yang efisien," katanya.
Momos yang memulakan operasinya pada 1980, menawarkan pelbagai variasi motosikal pasang siap jenama Itali, iaitu Cagiva, MV Agusta, Husqvarna, Daelim.
Syarikat itu turut memasang beberapa jenama motosikal seperti Boxer 250cc, Forza II, Pantera 135cc dan Tigris 135cc di kilangnya di Damansara, Kuala Lumpur; Pasir Gudang, Johor dan Kuching, Sarawak.
2010 Sachs MadAss 125 Specs
Engine type: Air-cooled Single
Displacement: 124cc
Claimed Power: 11 hp
Claimed Torque: 6 lb-ft @ 7500 rpm
Front suspension: 43mm fork
Rear suspension: Monoshock with adjustable spring preload
Front brake: 260mm disc
Rear brake: 210mm disc
Tires Front: 90/90-16
Tires Rear:120/80-16
Seat Height: 33.7 inch
Length: 72.4 inch
Width: 29.9 inch