View: 11334|Reply: 61
|
Pameran Keranda - Tradisi dan Misteri
[Copy link]
|
|
Keranda bersadur emas di Muzium Negara
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
[email protected]
IBRAHIM (kanan) dan Wan Jamaluddin meneliti salah sebuah keranda yang bakal dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Sebuah keranda berharga hampir setengah juta ringgit adalah antara tarikan utama pada Pameran Keranda - Tradisi dan Misteri di Muzium Negara di sini yang akan bermula dari 1 April hingga 20 Jun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara (JMN), Datuk Ibrahim Ismail berkata, keranda milik masyarakat Cina yang bersadur emas itu akan dipamerkan bersama 30 jenis keranda kaum lain termasuk Melayu, India serta etnik Sabah dan Sarawak.
/- tak sabar nak pegi hujung minggu neh... marilah serbu Muzium Negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keranda bersadur emas di Muzium Negara
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
[email protected]
IBRAHIM (kanan) dan Wan ...
Syd Post at 30-3-2010 10:04
Dasat betul kranda bentuk kerbau nie..
btw, abah aku penah cerita, org2 cina kalau di tanam, siap dgn emas pure dan duet2 betol. pastu
mlm2 sure ada org gi korek balik kubur tu amek 'harta karun'. tatau bila, org cina dah tak guna
brg2 yg asli tukar kepada kertas2 biasa yg dibuat model; mcm kereta, dvd, condo dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Keranda bersadur emas di Muzium Negara
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
[email protected]
IBRAHIM (kanan) dan Wan ...
Syd Post at 30-3-2010 10:04
diorg wat tu bajet bleh wat gne ntuk lpas titian siratulmustaqim ker?? huhu |
|
|
|
|
|
|
|
lama sungguh aku tak ke muzium, last time aku pegi, x silap aku 20 thn yg lalu....ish ish, wpun aku dok KL!! |
|
|
|
|
|
|
|
diorg wat tu bajet bleh wat gne ntuk lpas titian siratulmustaqim ker?? huhu
mrbotak Post at 30-3-2010 10:04
lawak giler stetmen ko...ado aiii |
|
|
|
|
|
|
|
lama sungguh aku tak ke muzium, last time aku pegi, x silap aku 20 thn yg lalu....ish ish, wpun aku dok KL!!
apa2jelah Post at 30-3-2010 11:06 aku lagi la pulak tak pernah pegi muzium walaupun manyak tahun dok KL... |
|
|
|
|
|
|
|
lamer sey x pi muzium
last skali umo 5 thn
skang ???????????????
hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dasat betul kranda bentuk kerbau nie..
btw, abah aku penah cerita, org2 cina kalau di tanam, siap dgn emas pure dan duet2 betol. pastu
mlm2 sure ada org gi korek balik kubur tu amek 'harta ka ...
joyahglam Post at 30-3-2010 10:16
arwah mak aku pon pnah cite dlu time die kcik2 ade org cina yg baling duit btol2.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Suku Toraja amat kuat berpegang kepada adat resam yang berkurun lama menjadi ikutan dan amalan tanpa mengira agama apa yang mereka anuti. Kedua-dua amalan tradisional berusia ratusan tahun itu masih lagi diamalkan sehingga kini.
Upacara pengkebumian tetap akan mengikut tradisi Toraja yang amat dibanggakan walau di mana saja mereka berada, hatta jika mati di penghujung dunia sekalipun jasad akan dibawa balik ke tanah asal bagi ditanam dengan penuh adat istiadat.
Setiap orang yang mati akan diawet dengan rempah ratus bagi mengelak berbau busuk dan ia tidak terus dikebumikan sebaliknya akan diletakkan di dalam bilik utama Tongkonan bersama dengan ahli keluarga.
Bermula pada saat itu, segala urusan termasuk pembayaran hutang si mati dan urusan pengumpulan wang ringgit akan dimulakan seperti pencarian Saleko terbaik, kemudiannya barulah upacara Rambu Solo disempurnakan. Tempohnya bergantung kepada keupayaan keluarga si mati, ada sesetengah kes mayat disimpan menjangkau sehingga 10 tahun.
Bagi golongan bangsawan, mereka disyaratkan untuk mempersembahkan sekurang-kurangnya 24 ekor kerbau termasuk dua ekor Saleko, bagi golongan pertengahan pula antara sembilan dan 12 ekor kerbau dan golongan terendah hanya seekor atau dua ekor kerbau. Bagi dua golongan ini mereka tidak diwajibkan mempersembahkan Saleko.
Secara puratanya nilai harga kerbau yang diperlukan bagi golongan bangsawan ialah melebihi 300 juta rupiah atau RM100,000, dan masing-masing 100 juta rupiah dan 15 juta rupiah bagi golongan pertengahan dan terendah (RM30,000 dan RM5,000).
Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk kos keranda atau 'erong' dan kedudukan lahat yang dipilih memandangkan terdapat empat kaedah utama pengkebumian, iaitu:
l Liang batu - dinding batu bukit atau gua akan ditebuk bagi dimasukkan mayat, kaedah ini paling mahal iaitu mencecah 30 juta rupiah atau kira-kira RM10,000. Bagaimanapun ia hanya dibuat sekali sahaja dengan binaan ruang lebih besar dan luas bagi dimasukkan mayat kesemua ahli keluarga ke dalam satu lubang.
l Tergantung - keranda berisi mayat akan digantung pada lereng bukit dengan menggunakan beberapa batang kayu kuat sebagai sokongan gelegar yang sebahagiannya daripadanya dimasukkan ke dalam batu yang telah dikorek.
l Gua - keranda akan diletak dan disusun ke dalam gua.
l Patene (pembinaan bangunan kecil seperti stor) - kaedah moden memandangkan faktor lereng bukit atau gua yang terhad.
Sementara itu, kepala keranda bagi mayat golongan bangsawan lelaki akan dibina menyerupai kerbau, sementara bagi wanita pula bentuknya menyerupai babi.
Pada masa yang sama, ahli keluarga golongan bangsawan juga akan membina 'Tau-Tau' iaitu patung menyerupai si mati yang diperbuat daripada kayu-kayu tertentu yang kukuh dan diletakkan di bahagian khusus di lereng bukit berhampiran dengan kawasan perkuburan mereka.
Tau-tau ini akan disusun mengikut hierarkinya dalam keadaan menghadap perkampungan sebagai simbolik untuk memberi restu dan perlindungan kepada kaum keluarganya yang masih hidup.
Bagi suku Toraja, kehidupan selepas mati sama pentingnya dengan hal ehwal semasa di dunia, walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi tetapi mereka tetap akur dan kekal meneruskan amalan tradisi itu, tanpa sebarang halangan dan bantahan. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya penah tengok kat National Geog pasal orang Toraja nehh
details sungguh dorang buat dokumentari pasal kematian orang bangsa nehh |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya penah tengok kat National Geog pasal orang Toraja nehh
details sungguh dorang buat dokumentari pasal kematian orang bangsa nehh
Syd Post at 30-3-2010 14:35
yup.. i pun penah tengok..
ada satu mayat tu disimpan bertahun-tahun sebab nak kumpul duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Keranda Dracula takder ke? |
|
|
|
|
|
|
|
TT kalau pegi muzium nanti tangkap gamba post la kat sini..nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
nak g esok...!!
vley amik gambar ke? boleh tepek sini nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
12# Syd
susah betul proses funeral deorang ni kan ? cuba bayangkan kalau tiap2 hari ada kematian macam kena wabak penyakit ker aper.... mesti berbulan2 la satu kampung tak boleh ke sawah sbb sibuk buat persiapan funeral orang.... sebab sorang mati pun berhari2 prosesnyerrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
today dah start ekk.. pameran keranda kat Muzeum Negara ? last aku gi Muzeum zaman Dato Shahrum yg dia wat pameran hantu tuu... serrraammm bebbbb.... last year aku gi Melaka.. aku tengok plak ada pamerah alat2 penyiksaan manusia kurun ker 19... fuuuhhh.. takut nyerrrr... ada yg dah karat.. aku tanya ngan petugas, dia kata ada yg asal adanya yang replika.. aku suspen gak.. bayangkan lah alam menyiksa dan membunuh orang yang asal... mesti penuh ngan percikan darah kan.. paku2 besi dia pun dah berkarat2.. aku tak bagi anak2 aku pegang.. aku takut "ada" yang ikut balik..... |
|
|
|
|
|
|
|
17# twins
mcm ala2 pesta gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Agama Islam jugak lah yg paling mudah dlm bab2 menguruskan mayat .... kalo kat area kg2 lg mmg cpt sgt menguruskan mayat ... andaikata mayat tu meninggal mlm hari ... esok pg nyer blm pkl 10 pg lg dah siap dikebumikan .... tak nak menyeksa kan mayat ....... Alhamdulillah ........ |
|
|
|
|
|
|
| |
|