View: 3847|Reply: 10
|
Aktiviti mengoca ikan boleh hilangkan stress.
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Anak_Nogori at 7-4-2010 17:19
Guru pelatih ikuti aktiviti ‘mengoca’Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
[email protected]
| Sebahagian guru pelatihIPRM merasa seronok apabila berjaya menangkap ikan menggunakan tangandi Kampung Lonek, Batu Kikir, baru-baru ini.
|
KUALA PILAH 6 April – Pernahkah anda melakukan aktiviti ‘mengoca’atau lebih dikenali sebagai menangkap ikan cara tradisional menggunakan tangan khususnya di kawasan sawah padi?
Jika anda biasa melakukannya, tentulah ia satu aktiviti yang menyeronokkan.
Tetapi bagi sekumpulan 104 guru pelatih dari Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) Seremban ini, ia merupakan satu pengalaman baru apabila diberikan pendedahan aktiviti itu di Kampung Lonek, Batu Kikir dekat sini baru-baru ini.
Ketua Unit Pengajian Melayu IPRM, Dr. Khairuddin Mohamad berkata,penganjuran aktiviti itu sudah masuk kali ketiga sejak 2008 dan telah mendapat kerjasama erat daripada kerajaan Negeri Sembilan.
‘‘Program ini bertujuan melahirkan bakal guru yang mempunyai pengalaman secara terus di samping membentuk mereka supaya menguasai kemahiran yang tinggi dalam mengurus.
‘‘Selain itu, program ini bertujuan melahirkan guru yang mempunyai jati diri yang kukuh dan mantap serta mendekatkan mereka dengan persekitaran semula jadi,” katanya di sini hari ini.
Tambah Khairuddin, sepanjang tiga hari menyertai program itu,pelatih tinggal bersama keluarga angkat di kampung berkenaan, selain mendekatkan mereka dengan aktiviti harian penduduk.
‘‘Di sinilah mereka diberi pendedahan mengoca ikan, mengacau dodol dan lain-lain aktiviti tradisional,” katanya.
Katanya, aktiviti mengoca merupakan kaedah tradisional menangkap ikan pada zaman dahulu yang dijalankan dalam sawah padi selepas penat bekerja seharian.
Tambahnya, kaedah menangkap ikan yang menggunakan tangan ini dijalankan secara berkumpulan sama ada bersama keluarga atau penduduk kampung.
‘‘Bagi mereka yang pernah melakukan aktiviti mengoca dalam selut ini, sudah tentulah akan terkenang kembali peristiwa manis tersebut.
‘‘Kini aktiviti mengoca mula terpinggir di sebalik kemodenan peralatan menangkap ikan yang ada masa kini seperti pancing, jala,pukat dan lain-lain,’’ katanya.
Dalam pada itu, Khairuddin menambah, aktiviti mengoca ikan ini mampu mengurangkan stres atau tekanan.
Katanya, terdapat sekurang-kurangnya tiga tahap dalam aktiviti iniyang telah dikenal pasti, boleh membantu mengurangkan stres secara semula jadi ini.
‘‘Pertama pada bahagian tangan, iaitu apabila berlakunya sentuhan badan ikan yang licin dan berselut dengan tangan, penghidap stres secara sendiri membantu mengalirkan lebihan tenaga akibat stres berkenaan ke dalam badan ikan sembilang.
‘‘Bahagian kedua apabila kaki pesakit bergesel dengan badan ikandan proses ini terjadi apabila kaki pesakit terendam dalam bahagian air yang mengandungi banyak ikan menyebabkan pesakit berasa geli.
‘‘Sementara itu, peringkat ketiga berlaku apabila proses gelak ketawa, gurau senda dan jeritan terkawal yang berlaku secara spontan sama ada untuk tujuan memberikan motivasi kepada rakan-rakan supaya menangkap ikan dengan banyak dan sebagainya,” katanya.
Oleh itu, tambah Khairuddin, aktiviti mengoca ikan boleh meredakan tekanan dengan cara murah, cepat dan mudah diperoleh dalam sawah.
Sementara itu, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) di IPRM,Asmah Yahya berkata, walaupun guru pelatih ini datang dari merata negeri dan latar belakang budaya, mereka tetap bersemangat mencuba aktiviti mengoca ini.
‘‘Semangat berlumba-lumba telah memperlihatkan pelbagai aksi lucu secara spontan yang lahir menerusi kreativiti, kritis dan kemahiran untuk menangkap ikan dalam selut dengan jumlah yang banyak seterusnya menjuarai pertandingan tradisional ini,” katanya.
Katanya, apabila mereka keluar dari IPRM kelak, aktiviti ini boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. |
|
|
|
|
|
|
|
riso gak masuk sawah nie..ular pun byk... |
|
|
|
|
|
|
|
Wow best ngoca ni... teingat maso kekocik dulu ngikut uwan & atok den poie ngoca kek sawah, raso ghindu lah pulak nak ngoca ni... tapi apo kan dayo sawah skrang dah koring kontang jadi sawah tebiar & somak samun... apo nak buek, yg tinggal hanyo konangan mengusik jiwo.... |
|
|
|
|
|
|
|
uwan den pandai ngoca ni...masuk dalam sawah kojap yo dah dapek ikan...haha den x brani masuk sawah goli dongan lintah... |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang stress ok la...Kalau kena sengat ikan keli..baru tau..stress kemana apa kemana.... |
|
|
|
|
|
|
|
ado lagi ke lopak nak mengoca....budak2 skrg mengoca awek ado la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang stress ok la...Kalau kena sengat ikan keli..baru tau..stress kemana apa kemana....
edaladiva Post at 7-4-2010 18:22
zaman den dulu klu kono sengat ikan koli kek jari.. petuo nak hilangkan biso.. koncingkan kek jari yg kono sengat tu... kok ekau xleh koncing maso tu.. ekau suruh la kawan2 koncingkan.. hahah |
|
|
|
|
|
|
|
ado lagi ke lopak nak mengoca....budak2 skrg mengoca awek ado la....
ajoi Post at 7-7-2010 11:30
mengoca ateh tilam pn ado..adik eden maso kocik2 tiap2 mlm koncing ateh tilam..omek den la tukang jomo tilam..sebolah ghumah tanyo abah den jwb ado org mengoca mlm tdi...sekor ikan pn tak dapek.. |
|
|
|
|
|
|
|
mengoca ateh tilam pn ado..adik eden maso kocik2 tiap2 mlm koncing ateh tilam..omek den la tu ...
alladeen Post at 7-7-2010 16:21
haha klu mengoca ateh tilam.. eden pun dah terbiaso.. tp bukan koncing malam la.. ngoca siang sampai ngigau dibuek eh... abih satu ghumah terkojut dongar den menjorit dapek ikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
haha klu mengoca ateh tilam.. eden pun dah terbiaso.. tp bukan koncing malam la.. ngoca si ...
ajoi Post at 8-7-2010 11:32
lagi dasat ekau jang ngoca tongahari buto... |
|
|
|
|
|
|
|
mengoca kek sawah .... erkkkkkk terbayang lintah kobau , aduish dolu kocik2 baghu nampak pon dah histeria... kalau kono gigit ngan lintah godang ni mau pengsan ... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|