|
Sesiapapun akan teruja melihat kesempurnaan ciptaan Ilahi yang berdiri di hadapanku ini.Seraut wajah tampan yang bisa menggetarkan jiwa insan bernama hawa.Langkah penuh yakin yang diaturnya bisa membuat kaum adam di sekelilingnya rasa cemburu. Mata hawa yang lemah tidak dapat menipu betapa dia adalah lelaki sempurna yang dipuja seisi dunia sepi seorang perempuan.Senyuman yang terukir diwajahnya pasti diabadikan sesiapa sahaja yang melihatnya. Bicara penuh makna yang menambah kekaguman insan terhadapnya.Dia juga manusia. Dia juga Adam yang memerlukan Hawa di sisinya. Dia juga penghuni dunia sementara yang fana ini. Bezanya dia punya tarikan dan aura yang jarang dimiliki mana-mana lelaki.Ah, terlalu puitis caraku menceritakan tentang dia. Dari jauh, dia kurenung dengan ekor mataku yang kuyu ini. Di sebalik kerudung coklat muda, dia ku intai dalam diam. Mengertikah dia tentang rasa cinta abadi yang dilahirkan dari sekeping hati makhluk kerdil sepertiku ini? Andai Hawa yang mampu berkata-kata begitu payah untuk menawan hati lelaki itu,apatah lagi makhluk hawa sepertiku ini yang hanya mampu berbicara dalam hati…
Biarlah…..meskipun aku tidak diciptakan Tuhan sesempurna makhluk tuhan yang berakal dan berkata-kata tetapi aku turut punya rasa cinta. Jika makhluk sepertiku sewajarnya jatuh cinta kepada jasad sepertiku, tetapi aku tidak tahu mengapa aku satu-satunya yang ingin menentang fitrah itu.
“ Laura..Laura…” Lamunanku terhenti. Ibu memanggil. “ Lupakan sahaja semuanya sayang. Walau dia yang kau cintai…kita tetap kucing.Manakan boleh kita bersatu dengan manusia…”
???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ceritalah lagi.... pasti ada yang nak Follow !
terus kan ye cik nada (hope you dont mind i call you nada |
|
|
|
|
|
|
|
cite kucing?
tipah tertipu |
|
|
|
|
|
|
|
best, citer melalui mata seekor kucing.....mana nak dapat tu....
ihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
detox: he..he...thanks ..boleh..panggil nada pun ok..
bunick: tak pe...lain kali saya buat cite manusia plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa.... akak baru nak gi amik kuaci... nak layannnzzz konon... rupenye kucing... pandai ko ye dik...akak tertipu gak lah neh...{:1_126:} |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qatrunnada at 11-4-2010 18:37
he..he...sori kak.. |
|
|
|
|
|
|
|
penah bc dlm komik mana tah...kucing tu mati tp disaat kematiannya dia muncul dlm mimpi tuannya tu sbg manusia luahkan persaannya...then slps beberapa thn diorg terjumpa semula... |
|
|
|
|
|
|
|
mijot : mesti komik jepun tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qatrunnada at 11-5-2010 00:40
Aku sedar siapa aku.Aku juga mengakui kata-kata ibu.Meskipun inilah takdir yang perlu aku terima bahawa dunia kami berbeza,tetapi aku tidak mampu untuk menahan rasa cinta yang hadir ini...Oh,tuhan,berat sungguh dugaan yang terpaksa kutempuhi ini. Hari ini ibu tiada. Meskipun telah berkali-kali ibu berpesan agar jangan ke mana-mana,tetapi hatiku meronta-ronta untuk menemui lelaki yang mula bertakhta dalam hatiku.Langkahku kuaturkan menuju ke rumah lelaki manusia yang kupuja dalam diam itu. Setelah lama kuberjalan,akhirnya aku tiba di hadapan rumah banglo yang tersergam indah..Bukan sahaja tampan,kaya juga orangnya.Dua buah kereta mewah berada di dalam pagar.Sebuah Toyota Aphard hitam berkilat dan sebuah BMW berwarna kelabu Metallic.Meskipun rumahnya berkunci,tetapi tubuh kecilku ini mampu kuloloskan melalui jejari pintu pagarnya.Rumah besar yang sunyi sepi.Entah ke manalah penghuninya. Mungkin masih tidur lagi mereka semua,fikirku.Pagi pun masih muda benar lagi. Matahari baru sahaja memancarkan cahayanya.Kehidupan orang kaya ternyata berbeza. Pagi yang sepatutnya disambut ceria di permulaan hari,dibiarkan berlalu begitu sahaja.Ibu selalu berpesan agar bangun di awal pagi agar rezeki yang datang tidak berlalu begitu sahaja.
Bunyi detakan kasut bertmit tinggi mengejutkan aku.Sepantas kilat aku menyembunyikan diri di sebalik pasu bunga besar berwarna biru muda.
" Sunarti,nanti jangan lupa masak kan makanan kegemaran Tuan Muda ya..saya ada perjumpaan pesatuan wanita.Mungkin malam nanti baru saya pulang.." Seorang wanita separuh umur yang masih cantik masuk ke dalam Toyota Aphard setelah selesai berkata-kata dengan pembantu rumahnya.
" Baik datin.." Jawab pembantu rumah berbangsa indonesia itu sambil tersenyum.
" Lagi satu, jangan lupa kemaskan ruang tamu.Malam nanti kita ada tamu.." ujar wanita berkebaya hijau tadi sambil menurunkan cermin kereta sebelum mengundurkan kereta.
" baik datin.." Jawabnya lagi mengiayakan arahan majikannya. Setelah kereta mewah datin tadi berlalu, Sunarti membuka paip air untuk menyiram pokok bunga. aku segera berlalu dari belakang pasu bunga agar aku tidak kuyup disiram Sunarti.Sementara pintu utama terbuka,cepat-cepat aku melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu.Sunarti yang leka menyiram pokok bunga tidak menyedari aku tyelah pun selamat masuk ke dalam rumah banglo.Indah sekali rumah mewah ini.Semua perabot mewah berkayu jati ada di dalamnya.Karpet yang terbentang begitu lembut sekali entah diimport dari mana.Terasa ringan sahaja tubuhku untuk berbaring-baring di atas karpet lembut itu,tetapi hasratku ini terpaksa kubatalkan. Dia yang kupuja ingin kutemui dulu.Dia yang kurindu ingin kulihat sepuas-puasnya dari dekat. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung2 cpat,, |
|
|
|
|
|
|
|
best jgk nih..cpt2 ler smbung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Orangelily at 1-12-2021 04:08 AM
Ala lamanya nak tunggu sambungan cik nada
ingat thn 2021 rupanya 11 thn yg laluuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikkkk..habis dah ke? Aku hagak mungkin tt lupa pasword.. baru je eksaited nak baca.. tgok tarikh mak aih.. dah bertahun2 berlalu sepi... huwaaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|