View: 6764|Reply: 35
|
IKHLAS itu TERTINDAS???
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by mbhcsf at 24-4-2010 01:33
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
|
|
|
|
|
|
|
|
SAMBUNGAN...
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?tually
_______________________________
Assalamualaikum,
actually tajuk tu yang "catchy" ceritanya barangkali biasa sahaja
, tapi frasa dan klausa tu ada yg menyentuh hati saya ...tapi itu bukan soalannya, tapi ..lontaran pertanyaan itu - apa ya pendapat anda?
tertindaskah?
bukan dari aspek kerja saja may be kita boleh luaskan dalam aspek lain ..may be i dunno....
rugikah ikhlas itu...
sifat tu luhur tulus ...tapi bila di alam dunia ni ....segalanya i think sebab kita DIUJI....kan? |
|
|
|
|
|
|
|
so..........hmm life's like that ... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pinKy180 at 24-4-2010 02:50
Post Last Edit by pinKy180 at 24-4-2010 02:48
thanks sis for this sharing...
lumrah manusia selalunya nak balasan on the spot...buat skrg nak skrg...bila x dapat, putus asa...
ikhlas mmg perlu walaupun saya sendiri tak dapat rasa tu...setence 'ikhlas itu tertindas' boleh diguna pakai...tapi pada zahir saja sedangkan batinnya tidak...
zahir nampak rugi, buat tapi x dapat apa2, tapi sebenarnya benda tu ajar jiwa kita untuk sabar...
contoh kat sini, kita cuba buat kebajikan awal pagi kat umah sewa. Setiap hari selepas beribadat, kita sorang2 kemas umah, niat inilah kebajikan awal pagi kerana ALLAH. Satu lg sbb nak umah bersih. Memula mmg payah, sbb contoh dalam 5 org, hanya sorang ja tiap2 hari kemas. Tak fair lah mcm ni....
Masa ni maybe akan mai rasa mengungkit dalam hati, dia x buat..sampai bila aku nak buat sorang2 kan? normal la kan. Tapi cuba sentiasa refresh niat awal kita, kalau kerana ALLAH, kita tak perlukan bantuan or pujian. Lama2 insyaALLAH kita akan sedar, wow macam ni ka rasanya bersusah payah buat kebajikan tanpa harapkan apa2. Akan ada feel 'special' kat kita punya hati.
Ni contoh saja...banyak lagi contoh lain...
conclusion yg saya buat, sabar akan dapat memanipulasikan rasa perit menjadi 'something special' dgn kehendak dan izin ALLAH....nikmat kot semua ni... |
|
|
|
|
|
|
|
yup kan as you said ... learning process tu yang penting ajaq ita sabaq tu...dan percaya janji Allah itu yg besar dugaannya...sebab mmg ikhlas tu senang diujar di mulut dalam hati nak didik supaya sabar, percaya akan semua yg positif tu itu cabarannya so pada saya yg menyentuh hati ialah aspek aspek inilah...ujian tu .... |
|
|
|
|
|
|
|
masalah bila kita ikhlas, org mudah mengambil kesempatan ke atas kita. thats what I feel when I try to be "ikhlas" dan "tak mengharapkan apa² balasan". bila rasa macam ni JJ terus jadi tak ikhlas |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# JoanJett
U confused maksud ikhlas sebenarnya. ikhlas is, buat dan tinggalkan - jgn toleh2 lagi.
ni u dok toleh2 tu pasal jd mcm tu.
kalau betul u benar2 "tak mengharapkan apa2 balasan" kekesalan itu tidak akan terpost di sini.
bila ikhlas, u takkan nampak org ambil kesempatan, sebab ikhlas dlm islam ialah antara u dgn Allah, bukan antara u dgn org yang u tolong.
Cuba baca balik kisah yg mbhcsf eritakan pasal kereta dia atas nun. |
|
|
|
|
|
|
|
|
lumrah manusia selalunya nak balasan on the spot...buat skrg nak skrg...bila x dapat, putus asa...
pinKy180 Post at 24-4-2010 02:45
biasa la tu...sama jgk mcm bila kita dianiaya org..
kita doa supaya org tu dpt balasan atas perbuatannya..
mmg sooner or later Tuhan akan balas, cuma kita x tahu atau x sama ada dia dah dibalas atau belum...
sabar ajelah...
|
|
|
|
|
|
|
|
ader gak dapat emel pasal nih .... setuju gak ngan intipati cerita email nih ... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi suka satu perenggan ker ayat lam emel nih ....
WHAT U GIVE U GET BACK .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply JoanJett
wasntme Post at 26-4-2010 07:39
mmg la ikhlas tu antara saya dgn Tuhan. bukannya saya buat sbb org lain....u yg salah fhm. pengertian ikhlas tu bukan boleh dilihat dr satu sudut saja. its ok la mungkin konsep ikhlas u lain dr saya. bg saya setiap yg kita buat tu biarlah keranaNya. tu dah jadi ibadah kan. kalau buat benda yg kita tak suka for the sake of Allah, lagi bagus kan?
like me, sometimes I tak suka buat something ni tp I fikir kalau sy tak buat sebab tak suka, saya dah ikut hawa nafsu. so saya buatla ikhlaskan niat keranaNya. yg benda mcm ni la kdg2 org ambik kesempatan mungkin saya je yg rasa mcm ni..Allah knows best |
|
|
|
|
|
|
|
syarat sah ibadah ada dua...
1. Ikhlas..
2. Melaksanakan dengan tatacara yang diperintah...
jadi Ikhlas ini amatlah penting dalam ibadah kita agar diterima Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
zaman ni org bagi derma pun sengaja buat replika cek besar2...tanda ikhlas la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak kat drama bersiri Kiamat Sudah Dekat.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa beza
ikhlas dengan ihsan
dari segi itilah dan pendefinisian syara'? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mbhcsf at 16-5-2010 21:18
Ehsan tu bolehlah kan kita takrif seperti melakukan sesuatu hanya dan hanya untuk ALLAH , mencapai redhanya kan?
that means , konsep, penghayatan makna tu besar kan, a person sanggup terima, korban sesuatu laksanakan sesuatu semata mata nak capai redha Allah - ih san tu tadi konsep tuuu..
maknanya juga , sanggup mendepani apa jua halangan dugaan , mehnah , semau yg aduhai hati kita pun dok ouchhhh it is hurting kan?
i mean ....bila terbaca email di atas dan kita , kaitkan ( saya ) dengan apa juga kita hadapi dalam hidup dalam aspek lain...darjah penghayatan konsep ni amat besaq dan
ya ALLAH...
hmmm...tapi satu lagi saya percaya sesuatu yg dilakukan dengan niat hanya kerana ALLAH atas apa jua urusan ( I MEAN SEMUA ) i think Allah will help you...protect you dari segala anasir yg negatif....i mean ....
bila kita diuji just well seperti kita sedia maklum, balik pada basic balik tanyakan diri, apakah aku buat ini kerana orang atau DIA...if DIA ....then tak payah fikirkan org lakukanlah and just accept apa ketentuan dan dugaan sepanjang proses itu ....that ;'s a good learning proses...sabar kita dapat pahala....dan kita dalam lindungannya insya ALLAH.
tapi susahkan?
ye ke?
Para Rasul boleh saja kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Di dalam Hadis 40 Imam Nawawi ada menyatakan mengenai Hadis Jibril A.S. Ini berkenaan Ihsan (bermaksud):
...Dia (Malaikat Jibril A.S.) berkata lagi: Ceritakan kepadaku tentang Ihsan. Rasulullah S.A.W. menjawab: Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Allah melihat kamu... |
|
|
|
|
|
|
|
Berkata Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha dalam mensyarahkan maksud Ihsan pada Hadis Jibril ini (sila rujuk kitabnya: al-Waafi Syarah Matan Arbain Imam Nawawi) katanya:
Ihsan adalah ikhlas dan tekun. Iaitu kamu ikhlas di dalam beribadat kepada Allah dan disertai dengan penuh ketekunan seolah-olah kamu melihat Allah ketika melakukan ibadat. Sekiranya kamu tidak mampu mencapai tahap tersebut, maka ingatlah bahawa Allah Taala melihat kamu dan perbuatan kamu samaada kecil ataupun besar. |
|
|
|
|
|
|
|
so meaning that ihsan = ikhlas + tekun ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|