Post Last Edit by dekesugi at 5-5-2010 11:28
kak ayu berjalan sampai ke sibu,
penat berjalan sampai kematu
bersyukurlah kita masih beribu,
masih ramai yg yatim piatu.
nas suke bahasa baku,
gunakan bahasa memikat mamat,
shariffah diberi nama ibuku,
Moga Allah limpahi rahmat.
tinggi sungguh pohon ara
tempat bermain kupu2 dan angsa
jasa ibu tidak terkira
mengasuh membelai hingga dewasa
aikee menanggis sampai ke pagar
kerana xdapat semangkuk bubur
Nasihat ibu jangan dilanggar
Mengharap berkat hingga ke kubur
kak mas pandai menjahit kebaya
jahit pula menggunakan tali
Walau sudah dimamah usia
Pengorbanannya dilupa jangan sekali
sedap sungguh air bali
jadi kegemaran rose dan kawan2nya
Berkata 'ah' jangan sekali
Syurga itu di bawah telapak kakinya.
---------------------------------------
|