|
Aku tak banyak mengalami kejadian misteri, selalunya dengar cerita orang. Tapi adalah 2-3 pengalaman aku sendiri yang bila aku pikir balik, elok jugak dikongsi di sini.
Masa dulu, kami sekeluarga tinggal di rumah apartment yang ada koridor yang panjang. Maknanya kalau aku buka pintu hendak keluar rumah, aku kena lalui sebatang lorong yang panjang sebelum sampai ke tangga untuk turun ke bawah. Sepanjang koridor tu ada lah 3 buah rumah jiran aku tu. Kami tinggal di corner unit bermakna kalau kami buka pintu rumah, terus nampak koridor tu sampai ke tangga dan nampak pintu2 rumah jiran kami.
Mak aku ni jenis yang pandai jugak baca2 ayat Quran untuk rawat orang. Tapi ini bukan profession dia, cuma di kalangan keluarga terdekat aja. Satu hari itu, sepupu aku telepon memberitahu yang mak dia (makcik aku) macam ada yang tak kena. Mereka tinggal di rumah apartment di blok yang lain. Sepupu aku kata makcik aku tu macam kurang bercakap. Rambut pun dah tak terurus kusut masai dan makan pun dah tak lalu. Dia pun pernah beritahu anak dia, kadang2 dia macam terpanggil tengok ke luar tingkap rumah dia di dapur (dia tinggal di tingkat 12). Dan bila dia tengok di luar, dia pandang ke bawah dan seolah-olah ada bisikan yang hendak menggerakkan hati dia untuk terjun ke bawah!
Sepupu aku tu bimbang sebab dia kerja balik sampai ke malam, takut kalau apa2 terjadi. Jadi mak aku pun pergi ke rumah makcik aku dan beri makcik aku tu minum air yang telah dibacakan ayat2 Quran. Hari pertama, nampak macam ada kesan positif, tapi makcik aku tu masih lagi ada rasa kacau fikiran dia. Pada hari kedua, mak aku buat shalat dan rawat dia lagi di rumah dia. Keadaan Makcik aku bertambah baik.
Pada hari yang ketiga, mak aku pulang ke rumah sekitar pukul 11:40 mlm selepas merawat makcik aku. Aku masa tu sedang membuat assignment sekolah aku di komputer yang terletak dekat dengan pintu rumah. Bapak aku dan kakak aku sedang duduk di sofa. Mak aku pun ceritakan sikit kisah makcik aku tu. Mak aku cakap mak aku dapat rasakan makcik aku tu macam ada 'terkena'. Seolah-olah macam ada jin yang 'menyerap' ke dalam badan dia. Anak dia pun kalau balik ke rumah, dia rasa macam lain macam aja keadaan rumah dia. Kadang2 macam ada orang teriak nama dia. Dia ingatkan mak dia panggil, tapi bila masuk ke dalam bilik, mak dia sedang tidur. Bilik sepupu aku tu masuk ke dalam bilik dia hendak tidur. Di luar bilik dia dengar macam ada pergerakkan makhluk berjalan2. Mak dia sudah tidur dan dia pun tak berani nak jenguk keluar bilik siapa yang berada di luar itu!
Mak aku cerita lagi yang selepas rawat makcik aku pada malam yang ketiga ini, nampak keadaan dia semakin pulih dan baru dia ada selera nak makan dan tidur pun tak meracau. Sedang mak aku bercerita tu, tiba2 pintu pagar rumah kami bunyi berdentam macam ada orang yang terajang. Bunyinya kuat membuatkan aku terkejut dan secara reflek terbangun dari kerusi aku dan terjah ke pintu.
Aku meneropong di lubang pintu dan tak nampak apa2 di sepanjang2 koridor tu. Aku buka pintu dan tak nampak sesiapa. Pagar2 pintu jiran pun berkunci. Kalau ada orang yang datang dan terajang pintu itu, belum sempat dia lari turun tangga pasti aku dah nampak kelibat dia sebab pergerakan spontan aku terjah ke pintu. Mak aku marah aku sebab 'main bukak pintu' aja sbb mak aku bimbang badan aku ni 'kosong', takut ada pulak benda yang serap ke badan aku. Jam menunjukkan sekitar pukul 12 tengah malam. Siapa yang terajang?!
Sedang kami semua merasa pelik bercampur misteri itu, selang 5 minit kemudian telefon kami berdering. Mak aku jawab dan selepas itu ceritakan pulak pada kami..... Yang telefon itu ialah sepupu aku. Dia baru pulang dari kerja. Dia buka pintu rumah dia. Rumah dia malam2 tu biasanya gunakan lampu tungsten yang berwarna oren. Apabila dia masuk dan membuka kasut, dia terus berjalan hendak ke dapur. Tetapi dia perasaan macam ada seorang wanita duduk di kerusi di ruang tamu menghadap pintu rumah tu sekitar 5-7 meter dari pintu rumah. Dia terhenti sekejap dan merenung wanita tu. Sangkanya macam mak dia. Tapi wanita itu berpakaian serba putih dan wajahnya tidak kelihatan, sbb dia tertunduk ke bawah sambil duduk di atas kerusi itu dan rambutnya pula panjang berjurai ke bawah.Kakinya juga tidak kelihatan kerana diselubungi kain berwarna putih seolah-olah bagaikan orang yang sudah mati dikelubungi kain kapan.
Sepupu aku terus tak jadi ke dapur. Dia masuk ke dalam bilik mak dia dan memang mak dia sedang tidur. Terus dia telefon mak aku menyampaikan cerita tersebut.
Kami semakin merasa pelik dan tercengang. Pintu kami baru diterajang dan kemudian ada lembaga yg menampakkan dirinya kepada sepupu aku. Sampai sekarang kisah ini menjadi misteri bagi diri aku.
Makcik aku sudah sembuh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
uikkkk part terajang tu agak seram bila tgk xde sapa pulak tapi part sepupu ko tgk pempuan duk atas kerusi tu lagilah serammm aku baca sambila imagine.. jadik makcik ko tu sapa yg mengganggu dia time tu? lama ke kejap je dia sembuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Seram gilerrr...hahaha..hantu kuntilanak kot..huhuu...dia maghah sebab mak hang pi ubat makcik hang huhuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Seram gila baca part terajang tu. Nasib baik keluarga ada dekat. Kalau sorang-sorang kena, tak ke naya.
Bila baca pasal terajang pintu ni, aku teringat peristiwa yang aku sendiri alami. Erk. Apsal aku macam ikut stail ko menaip ni?
Tapi kes ni tak de tendang menendang.
Ok, sambung balik. Benda ni berlaku 2 tahun lepas, kalau tak silap. Masa tu aku ngan 2 kawan sekerja yang jugak merangkap kawan serumah, A & B, baru je habis dengar Juara Lagu kat radio.
Kita orang duk rumah teres 2 tingkat yang bos aku sewa untuk dijadikan asrama. Lepas habis dengar Juara Lagu, kawan aku 2 orang tu, terus masuk bilik di tingkat atas.
Aku stay kat tingkat bawah sebab ada kerja yang kena siapkan.
Sebelum benda ni berlaku, aku tak kisah duduk sorang2 situ. Semua pintu kaca slide kita orang dah tutup habis ngan langsir bila masuk malam. Kalau aku tak nampak dunia gelap kat luar, tak delah aku pikir macam-macam. Aku pasang radio jadi peneman.
Aku duduk dekat betul denga pintun kaca slide yang jadi pintu utama rumah tu.
Tengah aku syok-syok buat kerja, tetiba lak pintu gril dekat luar pintu kaca slide utama macam kena goncang. Memandangkan luar tu kita orang ada pasang lampu, kalau ada orang lalu depan tu, mesti akan nampak bayang orang tu. Tapi masa tu, aku tak nampak satu bayang pun. Aduih~
Aku yang terkejut terus terkaku kat tempat duduk aku. Tak leh nak gerak. Jantung lak dup dap dup dap. Aku macam tengah tunggu pintu gril tu bergoncang lagi. Aku nak kompemkan yang aku dengar bukan mainan telinga. Bila aku kompem pintu gril tu tak berbunyi lagi, aku terus pecut naik tingkat atas.
Aku kejut kawan aku, si A, yang boleh nampak benda-benda ghaib ni. Aku citer kat dia apa yang berlaku. Aku minta tolong dia tengokkan. Si B lak tengah tidur mati. Cis!
A jenguk ke luar dari tingkap yang ada kat tangga. Aku stay kat belakang.
Pertama kita orang cek pagar depan. Manalah tau yang kacau tu manusia bukan benda lain. Dahlah dalam rumah ni semuanya pompuan. Kalau ada apa-apa jadi, sapa nak tolong? A tengok sekeliling. Clear. Tak de apa-apa kat luar. Dia suruh aku gi tidur. Dia pun nak sambung tidur gak. Kerja aku yang tak siap, aku biarkan je kat tempat aku tadi. Tak nak ambik. Takut ~
Esoknya, si A cuba minta tolong pakcik dia, seorang bomoh. A bagi alamat rumah kita orang. Pak cik dia kata, kat situ memang ada 'benda' duduk. Port dia, tangga nak naik tingkat atas. Sebelum ni, 'benda' tu tak kacau sebab dia dah biasa ngan aku dan si A. 'Benda' tu tak puas hati bila ada orang baru masuk - si B. Dia suruh buat don no je ngan benda tu.
Malam tu aku tidur awal jadi tak perasanlah sama ada benda tu kacau ke tak. Bila B berhanti kerja dan digantikan dengan C, kita orang kena kacau lagi.
Tapi kali ni, 'benda' tu tak tunggu tengah malam dah.
Hari tu aku stay kat rumah bos, kena jaga anak-anak dia sementara dia dan suami menguruskan perkara yang agak penting. Dia orang kata tak lama.
Aku suruh anak-anak bos aku tidur awal. Dalam pukul 10 lebih gitu. Besok dia orang kena gi skolah. Masa aku tengah buat spotcek di bilik anak-anak bos aku - takut dia orang berlakon tido - kawan serumah aku call.
Dia suruh aku balik cepat. Dia kata ada benda kat luar rumah. Dia macam takut sangat. Kalau aku balik pun, aku tak leh buat apa-apa sebab aku pun penakut gak. Disebabkan aku risau takut benda tak baik jadi kat si A dan C tu, aku terus call bos aku. Terus dia suami isteri bergegas balik.
Dia bawak aku balik asrama dan bawak sekali 2 botol air mineral. Bos aku masuk kawasan rumah dan berhenti dalam kira 2 depa menghadap pagar rumah sambil memandang kawasan semak seberang jalan rumah kita orang. Aku yang tengok dia terus meremang bulu roma.
Dia kata tak yah risau sebab benda tu dah tak de situ. Tapi untuk langkah berjaga-jaga dia sembur kawasan rumah kita orang dengan 2 botol air mineral yang dia dah baca aya-ayat suci. Dia suruh aku masuk rumah dan kincu pintu. Bila dia tengok aku ikut cakap dia, dia pun balik.
Memandangkan kawan-kawan masih lemah sangat, aku tak jadi nak tanya tentang apa yang sebenarnya berlaku. Aku tengok esok.
Nasib baik dia orang nak citer.
Masa kejadian, budak berdua tu tengah makan malam. Meja dia orang letak betul-betul dekat pintu masuk dapur. Dari pintu dapur boleh nampak terus pintu hadapan dan pemandangan luar. Waktu tu dia orang lupa nak tutup pintu depan ngan langsir. Konfiden tak kena kacau.
Si C duduk menghadap pintu depan. Waktu tengah makan, mata dia melilau tengok luar. Tetiba dia nampak macam ada kelibat keluar dari kawasan semak seberang jalan. Dia ingat mainan mata je sebab tak nampak dengan jelas benda tu. Tapi benda tu dia tengok macam tak berhenti bergerak menuju ke rumah kita orang.
Dia tau benda tu betul bila dia boleh nampak bayang lelaki jalan tembus pagar rumah. Dia terus cuit si A, suruh naik. Dia tak bagi si A tengok luar rumah. Kalau dia tengok, mesti dia leh tengok dengan jelas. Malangnya si tertengok keluar dan nampak kelibat yang si C tengok. Terus dia orang bergegas naik atas.
Masuk bilik. Kunci pintu. Dan menyelubung badan dengan selimut. Mulut dia orang tak habis-habis baca Ayat Kursi dan macam-macam surah. Waktu tu jugaklah baby kat rumah belakang melalak diiringi ngan sahutan anjing. Pergh~ seram gila siot. Masa nilah si A sms aku.
Dan barulah aku tau yang bos aku pandang tu mungkin benda tu dalam semak-samun situ. Lepas Bos aku buat ops sembur tu, tak de dah benda masuk rumah tu. Kita orang pun hidup aman dan damai kat situ.
Habis. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
part terajang pintu ok lagi tp part sepupu ko nampak pompuan pki baju putih tu yg buat aku seram... |
|
|
|
|
|
|
|
jadik makcik ko tu sapa yg mengganggu dia time tu? lama ke kejap je dia sembuh?
pinktriangle Post at 7-5-2010 12:02
Tak tahu sapa yg ganggu. Mungkin jin. Makcik aku tu meniaga. Masa kena dia tak ke kedai buat beberapa waktu.
Masa mak aku tau tentang keadaan dia, masa tu makcik aku tu dah rasa macam tu sejak 2-3 minggu yg lalu. Mula-mula ingat tak sedap badan, penyakit biasa, tapi sebab ada rasa lain macam aja yang berlaku dalam diri dia tu, itu yang sepupu aku telepon mak aku. Selepas kejadian malam tu, mak aku masih teruskan rawat dia selama 2 malam lagi, tapi takda kejadiaan yg pelik2 lagi dan makcik aku beransur pulih. |
|
|
|
|
|
|
|
.dia maghah sebab mak hang pi ubat makcik hang ...
Terajana Post at 7-5-2010 12:05
feedback kau ni sama macam beberapa orang yang dengar cerita ini.
mak aku ada banyak cerita lain, tapi aku tak berapa ikuti sbb masa tu aku tidur pun sorang2 kat bilik. Tak nak aku dengar yg lebih2.
Biasanya mak aku cakap kalau ada benda yg dirawat, benda itu akan cuba nak kenakan kita balik, sbb tu badan tak boleh 'kosong'. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2nya, kalu jumpa jin tuh cegak jer tak gerak.... dan pada masa yg sama korang pun brani...
-Adakah korang akan pegi kat jin tuh?
-mungkin buat2 tanya napa kacau korang?
-atau, bagi jer pelempang tanpa sepotong soalan?
-atau, buat2 tak tau..sampai jin tuh naik fed-up sbb tak berjya takutkan korang? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh gantiTamar Jalis ni |
|
|
|
|
|
|
|
seram seyh part nmpak pompuan baju putih tuh..
mcm mana nak tau ye kita ni 'kosong' atau x?
kalau kosong mmg benda2 mcm ni senang masuk ye?
mcm mana nak isi kan nya balik?
sbb nya, dulu mak aku de pergi berubat
mulanya nak gi ubatkan ayah aku sbb kena buatan org, ayh aku bisnesman..
biasalah dengki2 org niaga nih..
pastu x disangka, org ubatkan tuh terdetect mak aku ada saka..
sbb nya, masa first time mak aku masok rumah die, pakcik tuh tanya maka ku ada bela apa2 x?
mak aku jawap TAK ADA!!
beria pakcik tuh tanya, sbb dia kata benda mak aku tuh dah mengamok depan rumah dia..
sbb x dpt masok.. rumah dah dipagar kan..
scan , rupenye mak aku ni dpt saka dr mak cik mak aku... kiranya nenek sedara aku laa..
saka bidan mengurut org nih... sbb mak aku cucu sulung pompuan...
yg si nenek sedara aku ni mmg x ada ank pompuan.. sbb saka die boleh turun kt pompuan jee..
sbb mak aku nih yg paling rpt dgn nenek sedara aku n ank sedara pompuan sulong, tuh yg saka die turun tanpa sedar kt mak aku..
dah bertahun2 juga baru mak aku tau... ada hikmah juga ayah aku didengki org..
kalau x, mak aku asik sakit2 je, lemah bdn.. period pon ketol2 drh yg kuar.. asik mengamok.
mls buat kerja, mls masak.... asik nk cari gado dgn ayh aku..
masa mak aku muda2 mak aku rajin giler masak... pas dpt saka nih kot berubah perangai..
and pas dh buang saka, baru mak aku berubah jd diri dia yg first dulu..
disambungkn cerita td, mak aku diubatkan..
sebelum tuh pakcik tu tanya, pilih antara dua.. nak buang atau nak amek.
kalau amek, secara automatic mak aku akan jd bidan and power mengurut..
cayaaa arrr.... x masal2 dpt free urut..
tp kena bela lah saka tuh...
tp mak aku pilih buang.. SAPE nk belaa kenn??
seb bek mak aku bijak membuat pilihan..
kenapa??? sbb, kalau mak aku amek, saka tuh akan turun pd slh seorang ank pompuan die
iaitu antara AKU or AKAK aku..
aku tak laa risau sgt, sbb rasa confirm2 akk aku yg dpt.. sbb pompuan first kan..
adik beradek aku siap nganjing lg akak aku ... ayooo.. pasnih ko plak jd bidan...
rupe rupe nyee....
dijadikan cerita... bukan mak aku je kena berubat, anak2 pompuan die pon kene bawa berubat.. bersihkan semua..
pakcik tuh scan punya scan...
mula2 scan akk aku...
die boleh nasihat akak aku.. kuar rumah jgn sampai malam2.,
x baek ank dara kuar rumah... kuar umah jgn tipu mak bpk gi mana..
kebetulan akk aku time tuh mmg ske curik2 kuar umah jumpa pakwe die...
tp x delah smpai malam... lewat ptg balek umah... tp , bila mak pak aku gi haji...
die gi date smpai mlm.. sampai along aku yg ditugaskan jaga kitorang mengamok akk aku balek lewat, dlm kol 9 mlm gitu laaa..
pastuh.. scan aku plak..
scan scan... zaaaapppp...
pakcik tuh ckp aku ni KOSONG
sowwwww....
Saka mak aku akan diturunkan kepada aku rupenyee kalau mak aku meninggal...
time ni turn akk aku plak gelakkan aku
aku tanya pakcik tuh, aiksss... kenape saya plak pk cik? saye bukan akak...
iyee.. sbb kamu ni sama mcm mak kamu... rapat dgn mak kamu.. pangai sama... muka iras2 sikit...
owhhh... baru aku phm.. rupenyee bukan yg sulong je boleh dpt, yg rapat iras2 sama pon boleh dpt..
mmg laa antara aku dgn akk aku, aku lg rapat dgn mak aku...
sow, kami pon disucikan dr saka...
hapuslah saka si syaitan yg x beguna... hiduplah kami aman damai dr pergaduhan..
persoalan disini, mmg yg KOSONG senang benda2 ni masok ke? mcm mana nk ISIKAN untuk hindar benda ni masuk?
sekian... sebok je kaco thread org... tp aku terpk nk tanya soklan ni bile terbaca TT cerita psl KOSONG ISI nih...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|