CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6540|Reply: 38

aku mimpi LILIWATI, tolonglah..!!!

[Copy link]
Post time 12-5-2010 03:46 PM | Show all posts |Read mode
tak tau nak mula camana kat sini, tapi aku kena luah, tak tahan, dari aku bangun tido tadi pagi mimpi itu masih terbayang jelas depan mata. sampai sekarang, apa kerja pun aku tak buat! nak cerita kat kawan, malu la pulak..
tak faham aku apa motif mimpi tu! ..tapi aku rasa macam bermakna je, tak pasal pasal 'dia' datang, apa 'dia' ada kena mengena ngan aku! aku semakin bingong! tertanya tanya pada diri sendiri..
mimpi tu lebih kurang begini..

macam kenal, alamak! liliwati!!! apa dia buat kat sini? cunnya dia macam 20 tahun yg lepas, malah tubuhnya semakin 'mantap'!!! ..dua kali pandang, macam lisa suriani..
kami saling berpandangan, berbalas senyum, sah!! kalau dia pun balas senyum, itu liliwati lah namanya. aiik.. dia ingat aku lagi?
aku pendekkan cerita mimpi, maka, aku pun bertanyakan macam macam kat dia. dibangku itu kami duduk berdua, tidak berapa rapat, tapi dapat terhidu harumya si liliwati ni. dalam suasana romantis gerimis petang itu, ditaman bunga atas puncak bukit itu, aku menyatakan bahawa selama disekolah rendah, aku tersangat menyimpan perasaan 'kasih' kepadanya. "tapi kau dah kawin sekarang," itu balasnya sambil memuncungkan bibir kearah isteri aku yang tengah melayan kerenah tiga anak aku yang sedang main buaiyan di hujung taman. aku cakap kat dia, "aku rindu sangat kat kau, lama tak jumpa"..
macamana anak isteri aku pun boleh ada dalam mimpi tu, aku tak tau, itu mimpi.. dan aku dikejutkan dari tido oleh isteri aku, kacau, kacau!!

aku mandi, pakai baju, pandu kereta, kat tempat kerja, asyik ingat pasal LILIWATI, LILIWATI, LILIWATI..

nota:
liliwati adalah classmate aku masa sekolah rendah sungai besi tahun 80an. dulu aku memang 'suka' kat budak manja anak tunggal ni. tapi orangnya mudah menangis kalau diejek. berkulit cerah. masa tu aku kecik lagi, simpan je la perasaan tu.. bapak dia hantar dia kesekolah pakai kereta warna merah.
semasa darjah lima kuning, aku pernah tidak sengaja tertumpah air teh basi kat baju dia, dia menagis tak dapat dipujuk, aku panik, cikgu zulkifli masuk, aku kena rotan, aku dah explain, tak sengaja, tapi kena jugak.. terus aku kena lucut jawatan pengawas sekolah!!!
sejak itu aku jadi benci kat dia, tapi dalam hati aku sebenarnya masih 'syok' kat dia. aku tak pernah bercakap ngan dia, sampailah habis darjah enam kuning!!
kemudian, bila tingkatan 1 aku masuk sekolah menengah sungai besi dan dia dapat masuk sekolah berasrama. terputus..
sekali sekala waktu musim cuti sekolah aku ternampak dia beberapa kali di pekan sungai besi, dia senyum je kat aku, aku tahu dia memang pemalu orangnya, tapi aku lagi malu ngan pompuan.. kemudian pada tahun 90an kawasan kejiranan rumah dia terbakar, tak tau la rumah dia kena ke tidak, tapi yang pasti semenjak itu muka bapak dia pun aku tak pernah lihat..

bila kenang balik, aku 'tersentuh' dek mimpi dan pasal 20 tahun dulu..
apa cerita hidup dia sekarang?
ayat lelaki biasalah.. "cun lagi ke?" dalam mimpi memanglah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2010 03:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 04:25 PM | Show all posts
cian nye,,
tertumpah air xsengaja pun smpai kene lucut jawatan pengawas ea,,
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 04:40 PM | Show all posts
carik la liliwati kat fesbuk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 06:32 PM | Show all posts
aku ingat ...aku mimpi diliwati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:17 AM | Show all posts
semalam aku cuba cari kat facebook, tapi berderet nama 'liliwati' keluar, kebanyakkanya.. indon!
aku ada juga cari kat page page alumni sekolah, tapi bach lama lama 80an ni takde..
maka, malam tadi aku juga harap liliwati 'datang', tapi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-5-2010 10:32 AM | Show all posts
kepada 'dia' yg bernama liliwati,
aku percaya kau juga tentu ingat tragedi aku dirotan dan dipecat jawatan pengawas angkara air mata kau depan cikgu zul. kenapa masa tu kau tak bela aku katakan yg aku tak sengaja? kau tahu apa yang sebenarya kan.. kesian aku.. mak bapak aku penat cari duit beli baju dan seluar pengawas kau tahu tak! aku simpan rahsia dipecat pengawas berbulan lamanya dari mak bapak aku. akhirnya mak bapak aku tahu dari mulut tempayan linda kedai belakang rumah, mak bapak aku sangat kecewa!
selepas itu kau tentu rasa bersalah kan? itu pasal kau takut pandang muka aku sampai habis darjah enam. kalaulah kau cuba berbaik dengan aku dulu, tentu aku akan baik semula dengan kau. kau tau tak, sebenarnya aku 'syok' kat kau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 04:10 PM | Show all posts
Reply 5# NEM0


   

kinda agreed....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2010 06:14 PM | Show all posts
ler ingat kan kena liwat...ruper nyer awek nama liliwati...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 08:16 PM | Show all posts
whoah....dah 20 tahun tu bro....
macam2 benda buleh jadi dlm masa 20 tahun tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 09:57 PM | Show all posts
wah..bestnya perasaan time tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 11:06 PM | Show all posts
akula lilawati tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 12:23 AM | Show all posts
hadoii...kelakar betul la citer TT neh..
xper..bertabah la mencari Liliwati.. semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 01:30 AM | Show all posts
hahaha..lwknye..neway, wtpe ko nk crik liliwati tu blik? ko dh ada bini, klu ko jmpe die blik pasti mslah lain akan timbul..cth,ko mula mengimbas kmbli zmn knk2,jd syok,suke n curang n.. n..mcm2 g.ala biarla kngn lalu prgi bgtu shj klu xde pe2 mkna pon
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 08:34 AM | Show all posts
aku hingat mimpi diliwati kaaaa....ayoyoyoyo...nanda korey
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:30 AM | Show all posts
better xpyh ingt lg pasal liliwati tu.......
awak da ank&istri.....
jgn tmbah mslh lg.....klu da berjaya menjejak liliwati tu cmfom kenangan lama akn kembali segar.....pas tu mule curang,abaikan ank bini....huh,mntak d jauh kan....
harap TT xcamtu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 09:48 AM | Show all posts
sempoi la bro..
x lama lg pasar kat sg besi tu kn roboh..
ko tunggu la kat psr tu..
xpon ko tanye balai polis sg besi..
mn tau diaorg ade mmp gak liliwati mlm td...
haha
nway, moga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 10:01 AM | Show all posts
jiran saya lailawati ak muniandi..mayb dalam suwat beranak dia tulis liliwati kut..tapi tak mungkin kut sebab umur dia baru 3 tahun..kih3...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 10:18 AM | Show all posts
dah ada anak bini pun nak ingat kat awek lama lagi?
cuba bayangkan perasaan isteri tu..jgn pk diri sendiri je
kalau isteri terkenang bf lama camna? tak rasa sakit ati ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 10:18 AM | Show all posts
asas aku jadi 'blank' pasal mimpi tu begini,
kalau korang la, dah berbelas tahun hidup tanpa ada kena mengena dgn seseorang yg telah lepas, tetiba satu hari korang bolah pulak bermimpi tentang orang itu, tentu korang jadik hairan kan..
ye betul, mimpi adalah mainan tidur.. tapi dalam banyak banyak orang, pasal apa liliwati yg 20 tahun dulu datang pulak dalam mimipi? aku bukan ada ingat pasal dia pun semenjak dua menjak ni sampai mewajarkan aku termimpikan dia.
hanya lepas pagi yg aku bermimpi liliwati tu je aku jadi teringat kembali sangat pasal liliwati. teringat sangat si liliwati ni lepas mimpi ni pun pasal aku pernah syok kat dia dulu..
but i'm still wonder, why i'm dream of LILIWATI? after 20years?
aku takut aku terjumpa dia je kat memana dalam dua tiga hari ni.. aku ni pun kerja salesman, jumpa macam macam orang, keluar masuk jabatan kerajaan..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list