View: 17146|Reply: 86
|
MONYET BERBADAN KUCING
[Copy link]
|
|
Rupa monyet, badan kucing
2010/05/10 PASIR GUDANG: Seorang guru di Bandar Seri Alam di sini, percaya menemui haiwan pelik yang mempunyai rupa seakan monyet, tetapi badan seperti seekor kucing dengan panjang keseluruhan kira-kira 30 sentimeter, di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2, pagi semalam.
Haiwan berkenaan mempunyai ekor yang agak panjang namun jari kaki dan tangannya seperti jari monyet, mempunyai bulu panjang menutupi sebahagian besar telinga dan mengeluarkan bunyi pelik sekiranya diganggu.
Abdul Halim Abdul Ghani, 35, berkata haiwan berkenaan ditemui bersama pengusaha kantin sekolah sebaik mendengar anjing menyalak di belakang kawasan kantin.
Menurutnya, dia bersama pengusaha kantin bergegas ke lokasi sebelum menemui seekor ‘monyet’ yang cedera kaki kanan dipercayai akibat gigitan sekumpulan anjing.
“Saya terus menangkap haiwan berkenaan dan memasukkannya ke dalam sangkar kerana kasihankannya yang cedera ketika itu.
“Malah, saya sendiri merawat haiwan itu serta memeliharanya buat sementara waktu dan bercadang menghantar haiwan ini ke pihak bertanggungjawab dalam tempoh terdekat.
“Saya tidak mahu memelihara haiwan ini kerana pasti ia haiwan larangan,” katanya.
Menurutnya, haiwan itu jinak dan gemar memakan epal, anggur dan mentimun namun enggan memakan pisang seperti monyet biasa.
“Saya pernah memberinya pisang, tetapi ia tidak mahu makan. Bimbang ia mati kelaparan, saya kemudiannya memberikan epal, anggur dan mentimun sebelum ia menghabiskannya.
“Keadaan itu meyakinkan saya ia bukannya monyet, sebaliknya haiwan yang tidak pernah ditemui sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, keluarganya ingin membela haiwan berkenaan namun dia khuatir ia menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan. |
|
|
|
|
|
|
|
gambar tak dapat nak tepek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# king\'s
kalau camtu tepek je link. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk gak cane rupa dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
mane gambonye?aku pon tertanya2 jgk camne ghopanya haiwan itu |
|
|
|
|
|
|
|
ini la keajaiban ciptaan tuhan...
allahuakbar.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bluezink at 13-5-2010 00:29
meh haku tulunnn......artikel ada sowang nickname amieshoro,telah tepek kat bod Pencinta Haiwan » KISAH-KISAH MENARIK TENTANG HAIWAN DI DALAM MEDIA , ni link dia .......> http://mforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=480984&;extra=page%3D1&page=4
ngan title:
haiwan apa ni? kucing atau monyet?
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pinktriangle at 13-5-2010 00:13
yalah muka monyettt badan mmg kucing...spesies luar biasa betul nih..tidak syak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
wah kacukan kucing dgn monyet ke |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti kucing kene rogel ngan monyet |
|
|
|
|
|
|
|
kucing + monyet = KUNYIT???? |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn 'ada' yg mengamuk dah ...binatang kesayangan dia dah hilang ..... dah lah jumpa kat kawasan sekolah tu ...
* terpaksa berspekulasi mcm tu since ni bod MPS kan... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa aku bekerja di pulau pinang aku tinggal berjiran dgn uncle ni...dia ada pelihara anjing sekor..monyet sekor..
dia letak monyet ni kat belakang rumah.dirantai kat rumah kecik khas dia buat untuk monyet tu..anjing pun dia ikat kat situ jgk.
ampaian tempat aku jemur kain kat belakang rumah bersebelahan dapur uncle ni...
tiap2 hari aku tgk monyet ni cuba nak mengawan dgn anjing ni..anjing tu selalu berpusing2 kat situ ja..dia dah kena ikat kan..tiap kali dia lalu depan rumah kecik monyet tu monyet tu akan melompat ke belakang anjing dan akan mencuba sedaya upaya..lawak la jgk aku tgk sebab anjing tu pun anjing jantan..
agak nya kalau anjing betina maybe jadi macam kucing berupa monyet ni la jgk..jadi anjing berupa monyet..bila fikir2 balik ..x mustahil kann..monyet dah rogol kucing.. |
|
|
|
|
|
|
|
mata dia kuyu mcm manusiaa jeee....
pelikkk sangat nihh |
|
|
|
|
|
|
|
macam sian jerr..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|