View: 2909|Reply: 11
|
Sedihnya.. tergamak dia diperlakukan begitu
[Copy link]
|
|
Tak sampai hati aku tengok ibu yang baru lepas bersalin dibelasah suaminya yang berhati binantang, tengok baju dia basah kat dada tu, mungkin air susu dia keluar al maklumlah baru je melahirkan bayi.. dah tentu bayi dia lapar menantikan susu ibu dia yang terpaksa bermalam dihospital akibat perbuatan lelaki yang tidak berhati perut..
Suami dajalOleh Mohamad Hussin
2010/05/21
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.
Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain.
Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.
“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.
“Dia mengheret saya ke depan tempat letak kereta dan menendang muka saya. Ketika itu dia memakai kasut but dan tendangan itu menyebabkan saya pengsan selama sejam di situ,” katanya.
Che Azaini yang kini menetap di Guar Chempedak berkata, dia ke Pulau Pinang bersama kakak angkat dan anaknya kerana bimbang perkara buruk berlaku.
“Nasib baik kakak angkat ada di situ. Dia yang menghantar saya ke tempat kerja suami kerana kasihankan saya menanggung sengsara sendirian.
“Selepas tersedar pengsan kira-kira jam 11.30 malam, saya hubungi kakak angkat memaklumkan kejadian itu.
“Dia menghantar saya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan kerana saya masih dalam berpantang sebelum dirujuk ke Hospital Yan,” katanya sebak.
Che Azaini Suyana yang terkilan dengan suaminya, pasrah dengan apa yang terjadi kerana masalah mereka berlarutan sejak empat tahun lalu.
“Saya banyak bersabar melayan kerenah dia. Saya tahu dia ada hubungan dengan wanita lain sebab itu dia tidak ambil peduli kami dan enggan memulangkan kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Perai.
Sementara itu, jurucakap polis Seberang Perai Tengah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan masih dijalankan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la.. binatang pon tak mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh tul!!ish..emo dah aku nih |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bangang dpt laki mcm ni......mntk dijauhkan aku nnti..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by danfreez at 21-5-2010 21:16
Saya amat tersentuh lihat baju dia basah dengan susu tu, sbb saya pon melalui saat2 tu... mmg sakit masa susu tengah penuh .. nak2 lak masa baru lepas bersalin dalam pantang.. selalu baju basah bila susu penuh.. bila saya terlihat gambar wanita ini, saya dapat rasakan betapa azabnya dia menanggung kesakitan masa bersalin, kesakitan dada yang penuh susu, kesakitan dipukul suami dan juga kesakitan emosinya.. apalah nasib baby yang baru lahir tu.. terpaksa minum susu tin.
Syukurlah suami saya setia disisi saya masa melalui pengalaman berpantang. Mintak jauhlah lelaki binatang mcm ni jadi suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang laki2 ni kalau jumpa pompuan lain gitu le jadinya....yang pompuan tu dah tau laki org nak juga |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bangang dpt laki mcm ni......mntk dijauhkan aku nnti.....
kupu2siang Post at 21-5-2010 20:43
kannn Kup....sbb tu aku fikir 100 kali nak kawen...
lelaki ni belum dapat.....baiknya cam malaikat...
bila dah dpt...jahatnya mengalahkan iblis lak....:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
[AceHand SPECTaceLAR]
Kompom penagih dadah...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|