CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6760|Reply: 24

Kisah Perjuangan rakyat Malaysia 1982

[Copy link]
Post time 29-5-2010 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by MetalFire at 29-5-2010 16:45

sumber Sokernet


ESPANA 1982 - kisah perjuangan rakyat Malaysia.

Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui,mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.
  

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat didunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.




Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi,sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.




Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satusemangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalikkelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legendayang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertamauntuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, danhari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.




Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandangjauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahumenjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahumenunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.






part 1..bersambung

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2010 04:43 PM | Show all posts
Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.

Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Sime Darby di pasaran saham negara penjajah. Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.

Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.

Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....

Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.

Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.

Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.


Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.

Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.

Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.




p/s...betul ke sejarah ni??
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 09:36 PM | Show all posts
wah menarik nie...otai2 yg boleh confirm kn bnda ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 09:46 PM | Show all posts
sgt btol.. haku darjah dua masa neh...
SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.

idola haku masa neh ialah zico , platini
tim feveret brasil.. haku benci paolo rossi..bagi haku dier jahat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:43 AM | Show all posts
Reply 4# epitome

boooooo.....

dari darjah 2 ko da x suka itali rupanya.. jahat gak ko ni ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2010 11:53 PM | Show all posts
haku pong nak boo itali
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2010 11:54 PM | Show all posts
haku pong nak boo itali
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 01:55 PM | Show all posts
ingat2 lupa la kisah tu.

Tapi Paolo Rossi waktu tu memang cukup bersemangat dan rajin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 04:53 PM | Show all posts
haku pong nak boo itali
MetalFire Post at 30-5-2010 23:54



    boooo inter...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 01:28 PM | Show all posts
aku ada lg keratan suratkhabar iklan siaran ini ditaja oleh rakyat malaysia.. nanti aku cari.. aku rasa masih simpan..

kalau tak silap aku, mamat yg htr surat tu cina.. dia htr kat paper malay mail.. ms tu kat rtm, game yg ditayang only the opening match, one semi and the final itself..

pas dia htr surat tu kat paper, malay mail pun drive the campaign.. memula mmg skit.. tp lama2 ramai yg bg duit.. termasuk la company swasta.. the final amount was doubled by company castrol kalau tak silap aku la kan..

pastu diorg bg duit ni kat rtm .. wat Mou kot.. pastu rtm dpt la beli few games lg.. ada lg balance skit, so rtm top up sendiri.. and bought another game...

begitu la citenya.. berdasarkan pe yg aku igt la.. kalau salah, mtk maaf...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 05:26 PM | Show all posts
aku darjah 1....x brp layan game bola lagik...masih main pondok2.... btul2 layan time 1986....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 10:27 PM | Show all posts
Reply 10# Nash^Roy


    tepek la keratan tue kt sni

    masa tu ai blum lahir lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 07:21 AM | Show all posts
smlm aku dok belek2 paper lama yg aku simpan.. perghh.. aku belek satu2 last jmpe gak.. tp yg aku jmpe ni iklan bolasepak charity unicef.. game ni live kat rtm gunakan excess fund yg diorg kutip ms world cup 1992 ni la.. same thing gak.. terpampang siaran ini ditaja oleh rakyat malaysia..

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 07:22 AM | Show all posts
ni la orgnya.. yg bg idea utk kutip duit tu..

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 03:24 PM | Show all posts
Nasib baik tak di taja oleh Barisan Nasional
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 02:21 PM | Show all posts
Banyak jugak duit dipakai untuk Projek Serbuan Subuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2010 02:40 PM | Show all posts
tahun 1982.. adalah antara tahun- tahun aku pergi tengok tv umah jiran.. jd masa ni mmg aku x tau apa itu World Cup!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2010 11:37 PM | Show all posts
Pergggh tragis juga yea sejarah silam liku2 nak tgk siaran langsung piala dunia ni. Sampaikan kutip derma tu.!
Maklum la dulu kita berekonomikan sosialis, tak ramai org2 kaya mcm skrg ni. Skrg pun  iklan bukan hanya mampu menaja, malah pihak penyiar mendapat keuntungan berkali ganda .
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 09:58 AM | Show all posts
aku tak lahir lagi time.. mak bapak aku pun tak kahwin lagi.. hehehe... mesti best dapat melalui zaman penuh kebanggaan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 11:44 AM | Show all posts
smlm aku dok belek2 paper lama yg aku simpan.. perghh.. aku belek satu2 last jmpe gak.. tp yg aku jm ...
Nash^Roy Post at 7-6-2010 07:21


syabas Nash^Roy sbb tepek iklan tu kt sini....ni dah kira sejarah ni...
syahdu plak bila baca kisah ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.077220 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list